7.

Romance Completed 46657

Uthman yang baru bangun selepas terlelap semula lepas subuh tadi, Dia melihat phonenya takut-takut jika ada oanggilan dari Unitnya.

Namun dia menerima satu pesanan dari nombor yang tak dikenalinya.

Dia membuka pesanan itu dan tersenyum melihat nama Gadis Chubby didalam pesanan.

Dia mulai menyimpan nombor Aura didalam kenalannya.

Dia menghantar pesanan pada gadis Chubby itu.

-ASSALAM MORNING SWEET CHUBBY GIRL. KAT MANA TU?-

Namun tiada balasan yang diterimanya. Dia melihat jam dipergelangan tangannya. Pukul 8.50 waktu London.

"Oo patutlah, Mesti dia sibuk." Kata Uthman.

Phonenya berdering menandakan panggilan dari seseorang dia melihat kaca screen tertera nama 'Umie' disana. Dia menjawab akhirnya.

"Bila anak Umie nak balik ni?" Tanya Tengku Irma.

"Bila hati Uth dah terubat, Uth akan balik." Kata Uthman.

"Sampai bila Uth nak pergi jauh dari Umie dan Baba?" Tanya Irma lagi.

"InsyaAllah dalamasa terdekat ni Uth akan balik juga." Putus Uthman.

Tengku Irma tahu, sakit yang dirasakan anak bongsunya terasa juga padanya. Namun siapalah dia dan Suaminya Tengku Roslan nak melawan takdir.

Tunang anak bongsunya kini menjadi isteri anak sulungnya. Keadaan yang memaksa semua berlaku dalam sekelip mata.

"Redha dengan ketentuan Allah. Melati bukan untuk Uth. Mungkin akan ada seseorang yang Allah kirimkan untuk menjaga hati Uth lepas ni." Kata Irma.

"Ye Mie. Uth akan balik. Ni janji Uth. Tapi Uth taknak tinggal kat rumah tu. Biar Uth cari Rumah sewa or Kondo maybe?" Kata Uthman memutuskan.

"Umie dan Baba tak kisah asal Uth balik dan ada depan mata Umie dan Baba." Kata Irma.

Panggilan ditamatkan selepas berbual sekejap bersama Umienya. Dia meibuka semula dan ingin membuat status didalam whatsappnya namun da terlihat status yang baru di up oleh Aura.

Gambar pergelangan tangan yang terbalut indah dengan caption, Allah uji sebab Allah sayang.

Uthman mulai menekan menghantar pertanyaan pada Aura.

-Kenapa tangan tu?-

Namun Aura tidak membalasnya.

Mungkin dia sibuk. Kata Hati Uthman berbisik. Dia bangun dari pembaringan dan pergi kekanar mandi membersihkan diri.

Disisi lain, Melissa dan Aura pergi terlebih dahulu meninggalkan 3 rakannya. Melissa menghantar pesanan pada Adam agar mereka bergerak terus ke hotel yang dimaksudkan Tuan Steve.

Dia dan Aura kini duduk dilobi hotel Tuan Steve. Terpegun melihat betapa besar dan indah hotel itu.

"Apa lagi yang dia nak buat ni?" Tanya Melissa.

"Haah. Hotel dah cukup Gah macam ni dia nak ubah tang mana aku pun tak tahu." Balas Aura.

Melissa melihat 3 rakannya menapak menuju kearah mereka berdua.

"Sorry lambat. Kau berdua pun satu hal kenapa tak tunggu kitaorang." Kata Adam.

"Kami pergi sarapan tadi." Kata Melissa.

Farel melihat pergelangan tangan Aura yang berbalut. Timbul rasa bersalah oada dirinya. Dia melabuhkan punggung disisi Aura, dengan cepat Aura bangun dari sisi Farel dan berlalu kekaunter untuk bertanya tentang CEO hotel itu.

Adam perasan akan perubahan diantara Aura dan Farel. Dia bertanyakan Isyarat pada Melissa yang dibalas dengan bahu kedua ternaik menandakan tidak tahu apa apa.

Pertemuan mereka dengan Tuan Steve dan sepupunya Tuan Alex berjalan lancar. Dia ingin hotel mereka direnovate dengan gaya Melayu klasik dibahagian Vvip.

Akhirnya Tuan Steve bersetuju dengan lakaran yang dibuat oleh Aura dan menurunkan tanda tangan kerjasama pada surat perjanjian.

Renovate akan dilakukan 3 bulan dari sekarang. Itu persetujuan dari pihak Steve dan Melissa.

Mereka berlalu keluar dari hotel tersebut dan mulai menapak hendak pulang ke hotel mereka.

"Aura aku nak cakap dengan kau sekejap." Kata Farel yang mengejar langkah Aura dan Melissa.

"Hm cakaplah." Aura berhenti berjalan dan menghadap Farel.

Melissa menanti disisi Aura.

"Aku nak bercakap berdua dengan kau." Kata Farel.

Adam dan Ryqarl menghampiri mereka bertiga.

"Katalah tak payah nak berdua sangat. Nanti aku takut kalau berdua dengan kau jatuh fitnah pulak." Kata Aura memulangkan paku buah keras.

"Tapi aku nak cakap dengan kau berdua je." Farel memaksa..

"Macam nilah Ril, Kalau sebab semalam dekat lobi tu, Aku dah maafkan kau. Tapi bila kau nak aku macam dulu balik, jadi kawan kau, rapat semula, Mungkin tak. Sebab apa yang kau kata semalam tu bekasnya kat sini sangat dalam." Kata Aura yang menunjuk dadanya.

"Tapi aku takde niat." Kata Farel.

"Ada ataupun takde niat kau, aku tak pasti sebab aku bukan tuhan yang mampu ramal semua yang kau nak ucap dan luah." Kata Aura lalu meninggalkan Mereka dibelakang termasuk Melissa.

"Tulah orang cakap, Jalan pakai selipar mulut tu jangan celupar." Kata Melissa.

"Jomlah Dam, Qarl, kita tinggalkan mamat mulut puaka ni." Kata Melissa dan meninggalkan Farel yang masih berdiri disana.

"Besar sangat ke salah aku pada budak gemuk tu?" Tanya Farel lagi.

Dia mulai berjalan sendiri dan melihat lihat kedai cenderamata. Tanpa sengaja dia melihat lelaki yang bersama Aura semalam sedang memilih neberapa cenderamata didalam kedai dkdepannya.

"Hmm patutlah Aura nak kat dia. Kaya rupanya. Dasar Perempuan mata duitan." Kata Farel kesal.

Dia meninggalkan tempat itu dan valik semula kehotel tempat mereka menginap.

"Kau nak main api dengan aku Aura. Aku akan pastikan yang kau akan hangus terbakar dalam permainan yang kau cipta ni." Kata Farel akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience