Rate

BAB 68 - JANJI JAGA MANJA

Romance Completed 446976

Berputar-putar Raif didalam satu bulatan berjalan mengelilingi sofa emas yang ada di bilik bacaan, ada Hamzi sedang duduk di atasnya sofa tersebut.. Tangannya erat memegang telefon bimbitnya.. hujung telefon bimbit itu diketuk-ketuk ke dahinyanya.. berkali-kali.

''manja.. sudah! stop jalan berpusing keliling abang ni! abang dah pening.. rasa nak muntah dah ni!'' rungut Hamzi memegang kepalanya yang terasa berpinar.. mana tidaknya dengan dia yang belum sempat lelap kan mata lagi dari awal pagi tadi..

'ingatkan bawa manja ke Hotel tu akan selesaikan masalah.. tak sangka Inas pula pergi macam tu je..' keluh Hamzi.

Selepas ke rumah kedua orang tua Inas tadi.. Raif bagaikan orang hilang siuman memandu semula ke hotel.. habis semua pekerja hotel disoalnya.. malah kamera kawalan litar tertutup habis Raif meneliti satu persatu.. Ternyata Inas sendiri yang keluar dari hotel. Tanpa atas paksaan sesiapa..

''dimana lagi manja nak cari Inas?''akhirnya kakinya berhenti melangkah.. terus rebah duduk disamping Hamzi.

''call lah orang tua dia.. mana tahu dia ada kesana..?'' cadang Hamzi.

''kalau manja call nak cakap apa? tambah-tamah kalau manja tanya tentang Inas dekat mereka.. kalau betul Inas tak ada disana macam mana? manja tak nak ayah dan ibu risau pula nanti.. ayah tu.. nanti kesihatan dia merosot.. manja tak mahu semua tu..'' kata Raif dengan panjang lebar.. tangannya meraup rambutnya kebelakang..

Hamzi yang berada di sebelah Raif berpaling melihat kearah Raif.

''risau tu normal Raif .. lagipun itu anak mereka .. tentulah mereka akan risau.. tapi manja jangan terus tanya hal Inas.. Raif tanya keadaan mereka.. sama ada mereka disana sihat.. buat-bual kosong dengan mereka.. jangan biar mereka syak apa-apa.. abang tahu Raif risau.. kita semua risau..'' jelas Hamzi dengan panjang lebar..

Telefon bimbit yang ada di tangannya diperhatikan lama oleh Raif.. Kepalanya di alihkan memandang kearah Hamzi.. Hamzi yang ada disampingnya mengangguk perlahan beberapa kali.. Menghantar isyarat agar terus membuat panggilan kepada orang tua Inas.. Jari raif mula bergerak menyentuh paparan skrin telefon itu.

Panggilan disambungkan...

''hello assalamualaikum .. Ibu?'' Raif memulakan bicaranya..

''waalaikumsalam .. Raif..'' ceria sahaja suara Amni dari sebelah sana..

''ibu dan ayah macam mana? Disana? Sihat?'' tanya Raif.. Gugup..

''alhamdulillah.. Ibu dan ayah disini.. Sihat.. Raif dan Inas pula macam mana? Sihat?'' tanya Amni ..

Bagai nak tercabut tangkai jantung Raif bila mendengar soalan yang diajukan oleh ibu mertuanya itu..

'Inas tiada disana?!!' Raif berpaling melihat kearah hamzi..

''alhamdulillah Raif dan Inas disini sihat..'' balas Raif.. Berbohong .. Hamzi yang sedang bersandar kini sudah menegakkan tubuhnya.. Apa yang baru dikatakan oleh Raif itu ada satu pembohongan.. Pembohongan yang sudah menjawab segala persoalan mereka.. Iaitu.. Inas tidak ada bersama dengan keluarganya disana..

Hamzi sekadar memandang kosong kearah Raif yang sedang melayan perbualan ibu mertuanya di dalam talian yang masih disambungkan..

''Inas tak ada disana..'' ucap Raif.. Sebaik panggilan di putuskan.. Belum sempat Raif menyambung katanya.. Telefon bimbit Hamzi pula berbunyi memotong perbualan mereka berdua..

''mama!'' kata Hamzi menayangkan telefon bimbitnya kepada Raif .

''angkatlah abang! Mama call tu..'' kata Raif.. Bila melihat telefon bimbit yang sedang berbunyi itu sekadar dibiarkan oleh Hamzi.

''boleh tak kalau abang cakap yang abang malas nak jawap panggilan ni..'' balas Hamzi..

''terpulang lah kepada abang.. Tapi itu mama kan.. Sanggup abang tak jawap panggilan tu..? '' kata Raif perlahan..

'seburuk-buruk dia.. Sejahat-jahat dia.. dia tetap wanita yang melahirkan abang ke dunia ni.. Sekaligus dia mendapat martabat yang paling tinggi iaitu.. Ibu..'

Dengan satu keluhan yang sangat berat.. Dilepaskan oleh Hamzi.. Panggilan itu disambungkan.

'' HAMZI!!'' belum sempat telefon itu melekat di telinga Hamzi.. Suara Maya lantang kedengaran di corong sana..

''mama..'' sahut Hamzi lemah..

''kenapa Hamzi tak balik sini.. Tahu tak hari ni kita ada mesyuarat penting..!'' marah Maya dari sebelah sana..

''Hamzi ingat nak sambung cuti.. ''

''CUTI! No!.. Naik flight sekarang.. Mama nak tengok Hamzi masuk office juga hari ni..'' kata Maya Tegas.

''ma..''

''Hamzi ni dah kenapa? Tak sihat? ''

''taklah.. Cuma tak sedap badan.. Rasa..''

''dah! Jangan nak bagi alasan kepada mama! Mama tunggu Hamzi..''

Tut-tutt-tutt..

Panggilan diputuskan oleh Maya dari sebelah sana..

''ma.. Hamzi..'' Hamzi membawa telefon bimbitnya ke hadapan melihat panggilan telefon itu sudah di putus kan secara sepihak dari sebelah sana.

''mama panggil abang masuk office?'' tanya Raif.. Lemah kepala Hamzi mengangguk..

''biarlah mama tu.. Abang malas nak ikut mama kalini.. Abang akan buat surat letak jawatan dari syarikat tu.. '' Hamzi bangun dari terus duduk disamping Raif.

''dan.. Kembalikan kepada pemilik asalnya semula..'' dua tangannya ditujukan kearah Raif yang sedang duduk di sofa.. Bibir Hamzi kembang menghiasi wajahnya.. Tersenyum melihat kearah Raif.

''abang rasa... Mama..''

''biarlah mama tak setuju sekalipun.. Yang penting abang nekad kalini.. Abang pernah berjanji dengan ayahanda untuk jaga manja.. Macam adik kandung abang.. Sama kasihnya yang abang curahkan buat hanania.. Sekarang lah.. Masanya, abang buktikan..'' Hamzi mula melangkah pergi..

''walaupun...''

''walaupun ada tentangan besar dari mama.. Abang akan cuba.. Cuba betulkan semuanya semula..'' sambung Hamzi berjalan keluar dari bilik bacaan..

Kini di dalam bilik bacaan itu hanyalah tinggal Raif sendirian.. Pintu yang baru tertutup rapat itu diperhatikan Raif lama..

'bukannya mudah apa yang abang pernah janjikan dengan ayahanda.. Waktu tu kita masih kecil.. Manja sepuluh tahun dan abang tiga belas tahun.. Kak nia pula.. dua belas tahun.. Sanggupkah abang menentang mama abang sendiri.. Demi manja.. Orang yang tak ada kaitan dengan abang.. Orang yang tak sedarah dengan abang..?'

Dalam Raif sedang melayan fikirannya yang sedang berkecamuk itu satu panggilan masuk ke telefon bimbitnya..

'Uncle Widad?'

'kenapa Uncle call ni? Ada benda tentang syarikat? Mahupun wasiat ayahanda ?' lambat-lambat baru Raif menjawab panggilan itu..

''Assalamualaikum .. Uncle..'' kata Raif sebaik panggilan disambungkan

''apa uncle? Inas ada dengan uncle?!'' terus Raif berdiri tegak secara mendadak.

''uncle? Boleh Raif nak cakap dengan inas..?'' tanya Raif..

''hmm.. Dia dengan nusrah? Tak apalah uncle.. Terima kasih uncle..''

''nak jumpa.. Boleh uncle.. Ya.. Baik..'' panggilan diputuskan..

Sebalik panggilan tamat.. Raif terus mendail nombor telefon Inas.. Tapi hasilnya tetap sama.. Panggilannya tak disambungkan..

'confirmlah ni dia dah block nombor aku.. Tak apalah.. Bagi dia masa.. Lagipun dia sedang panas marahkan aku.. Sekurang-kurangnya aku tahu dia selamat tinggal dengan uncle Widad buat sementara waktu..'

Beberapa hari berlalu..

Inas kini sudah berada di lapangan terbang.. Dia duduk bersendirian di situ tengan troli yang ada beberapa bagasi diatasnya.. Leka bermain dengan telefon bimbitnya..

''hai!'' suara milik seorang lelaki menyapa Inas yang sedang duduk bersendirian di kerusi

Inas tidak terus menyahut teguran itu melainkan mendongak melihat kearah suara yang menegurnya..

''arman?'' kata Inas melihat kearah Arman yang sedang mengalas satu beg di belakang badannya.. Tersenyum memandang kepadanya..

Sebuah senyuman yang pernah membuatkannya menjadi gila bayang dulu. Senyuman dari Arman yang pernah mengajarnya erti sebuah rasa hangat nya bercinta.. Dan lelaki yang ada di hadapannya jugalah yang membuatkannya jatuh kedalam jurang yang paling dalam.. Hingga menguburkan perhubungan mereka..

'dalam banyak-banyak orang dalam dunia ni! Kenapa harus aku berjumpa dengan lelaki yang pernah ada sejarah hitam dalam hidup aku.. Orang yang paling aku tak nak jumpa..'

''ya Arman .. Lelaki pertama yang pernah Inas cintai dulu.. Takkan Inas dah lupakan abang ..'' katanya sambil ketawa kecil.

Inas tak menjawap.. Melainkan menundukkan pandangannya memandang kearah lain..

'sekurang-kurangnya di dah tak bersayang-sayang seperti sebelum ni..'

''buat apa di sini?'' tanya Arman .. Inas sekadar mengangkat kedua bahunya keatas. Arman tersengih melihat layanan Inas yang dingin terhadapnya..

'rasanya tak perlu pun.. aku layan dia..' Inas membuatkan seperti Arman tidak wujud di hadapannya..

''boleh abang duduk?'' Arman menunjuk ke kerusi kosong yang ada disamping Inas..

''masih ada banyak kerusi kosong di tempat lain. Kenapa perlu duduk disini... '' belum sempat Inas menghabiskan ayatnya.. Arman terus duduk di kerusi bersebelahan dengan Inas.

''terima kasih..'' kata Arman.. Tersenyum memandang kepada Inas.

Inas menggeleng tidak percaya.. Segera dia berpaling mengenjak ke tempat kosong, di sebelah sana. Membuatkan Inas dan Arman berjarak satu tempat kosong..

''benci sangat ke Inas dengan abang? .. Sampai macam ni sekali layanan Inas kepada abang.. Jahat sangat ke abang ni di mata inas.. Sampai abang tak layak untuk minta maaf dengan Inas..'' kata Arman berbunyi sayu.. Menghadap memandang kearah Inas.

''kalau kemaafan yang abang pinta.. Inas akan berikan.. Inas dah maafkan abang.. Okay.. Kita dah selesai... '' balas Inas..

''kalau Inas dah maafkan abang.. Boleh kita.. Jadi sahabat..?'' tanya Arman menyuakan tangannya kearah Inas.

''apa niat abang sebenarnya ni?'' tanya inas.. Tangan Arman dibiarkan tergantung begitu saja..

''salah kah kalau abang nak betulkan kembali hubungan kita? Salah ke kalau abang nak kita jadi sahabat?'' tanya Arman.. Masih mengharap.. Inas setuju dengannya.

PAP! Tangan Arman itu diketuk kuat

''auch!'' tangan Arman kembali ditarik semula.. Terkejut dia melihat ada Nusrah di situ.. Matanya melihat kearah majalah yang sudah digulung oleh Nusrah.. Senjata yang digunakan untuk mengetuk tangannya tadi..

''Nusrah ?!'' kata Arman.

''suprise!! Kau tergejut ke tengok aku dekat sini Arman ?'' tanya Nusrah menyindir lelaki yang sedang duduk di hadapannya.

''kau buat apa disini?'' tanya Arman .

''perlu ke aku jawap soalan dari orang yang dah membuat sahabat aku derita sebelum ni? Perlu..? Sekarang kau bangun Arman ! Dan sila nyah! Dari sini..'' kata Nusrah, menghalau Arman.

''apa hal pula kau nak halau aku ni? Ni tempat awam! Suka hati akulah nak duduk dimana pun...'' balas Arman .. Tak mahu mengalah.. Tetap juga duduk di kerusi itu.

''ohh! Yea ke? Tempat kau yea.. Ok fine! Silalah nikmati duduk di tempat anda ya, saudara Arman..'' perli Nusrah.

''Inas jom.. Tiba-tiba rasa macam tak selesa nak duduk disini.. Jom kita duduk disana..'' Nusrah menunjuk kearah kerusi yang ada jauh sedikit dari tempat duduk mereka..

Tanpa berkata apa pun.. Inas menarik senyumannya bangun berdiri lalu berjalan pergi dari situ.. Membiarkan Arman duduk sendirian disitu.. Tapi tak lama pun mereka duduk menunggu di situ.. Kedua wanita itu bangun semula bila mendengar pengumuman dibuat memanggil mereka yang bakal bertolak ke kanada.. Arman melihat kearah skrin yang sedang ditayangkan diatas dekat dengannya..

'kanada?' matanya kembali melihat kearah Inas yang sedang beratur bersama-sama dengan Nusrah.. Tak lepas memandang kearah Inas yang sedang tersenyum manis berbual ceria dengan Nusrah..

Alhamdulillah.. Dah selesai.. Kita sambung esok na.. Terima kasih kepada semua.. Muaahhh muahh muaahhh Jaga diri.. Covid sedang menganas dasyat sekarang ni... Hati-hati.. Insya Allah.. Jumpa di next chapter.. (^_-)

Share this novel

K Monalissa
2020-11-06 07:43:20 

hye dear.. good morning.. boleh sambung chapter 69,70,71...thank you


NovelPlus Premium

The best ads free experience