Chapter : 15

Action Completed 48464

Semalam Razin mendapat panggilan dari sebuah syarikat iaitu syarikat daddynya. Pekerja itu berkata bahawa Dato'Sharin akan bekerjasama dengan syarikat daddynya

Dia tida mahu daddynya memberitahu tentang dirinya pada sesiapa. Mujur daddynya mengikut arahannya

"Awak bangun, dah Zohor ni"kejut Razin

"Saya cuti lah"balas Shira. Berkerut dahi Razin.

"Cuti apa?"tanya Razin pelik

"Cuti solat lah"

"Hah,solat mana boleh cuti cuti sayang"

"Ey awak ni, saya perempuan lah"Kata Shira lalu memukul lengan Razin

"Ohh, kata lah period"Shira terus menampar mulut Razin. Apa dia ni cakap kuat kuat.

"Sakit lah. Dosa tau pukul suami awak ni"

"Ey, mengadanya. Awak pukul cubit saya takpe pulak"Shira memuncungkan bibirnya

"Buat lagi mulut macam mulut itik tu. Saya cium kang"ugut Razin. Lahai comel je bila Shira muncung macam ni. Jarang jarang Shira muncungkan mulutnya itu

"Hey,awak kata mulut saya ni macam mulut itik"marah Shira

"Siapa suruh buat mulut macam tu"balas Razin sambil mencium bibir Shira

"Eh,apa ni main cium cium orang"

"Biarlah saya cium isteri saya sendiri kot. Ke awak nak suruh saya cium Akrina?"ugut Razin

"Ha pergi lah. Awak balik nanti tidur dalam kereta jer"

"Sikit sikit tidur luar"rungut Razin dengan muka sebal.

"Awak nak sangatkan merasa"kata Shira lalu keluar dari bilik Razin dan masuk ke dalam bilik lamanya

Pulak dah!

'Tidur sorang lah kau Razin. Lain kali jangan main main dengan perempuan ni'kata hati Razin

"Haih kau memang suka cari pasal dengan Shira kan Razin?"

"Haih dah kenapa budak berdua ni. Sorang bilik tu sorang bilik ni. Apa nak jadilah. Ingatkan dah kawin okey lah perangai tu. Ni tidak,makin menjadi jadi. Sorang suka mengusik sorang lagi sensitif. Nasib bukan anak aku. Haih Shafa cucu kau jugak"bebel Puan Shafa seorang diri.

Dia malas mahu melayan karenah cucunya itu. Tau lah macam mana mahu berbaik. Nanti sorang takde mula lah mencari bila tak jumpa baru menyesal. Pastu buat lagi. Apa nak jadi lah.

"Adelia"sayu nada Shira memanggil nama itu. Dia rindu kenangan masa kecil mereka yang sentiasa bergelak tawa bersama. Tidak pernah tiada senyuman di bibir mereka di masa dahulu. Kini,hanya menjadi kenangan manis dan pahit.

Siapa sangka kawan yang sentiasa bersama sanggup mengkhianati kawan baik sendiri. Siapa yang pernah kene sahaja faham akan situasi itu. Tapi tidak semua,kerena lain orang lain ceritanya.

Dia tidak pernah tahu apa yang berlaku pada Adelia. Yang dia tahu semasa umurnya 20 tahun, Adelia sudah hilang dan tidak pernah muncul. Dan sekarang Adelia berdendam dengannya.

Sudah lah 5 tahun tidak berjumpa tiba tiba dia berdendam. Shira tidak tahu apa tujuan Adelia munculkan diri

Dia menangis sepuas puasnya mengenangkan apa yang berlaku. Sudah lama dia menangis tapi tiada tanda tanda air matanya mahu berhenti.

Dia membuka pintu bilik dan keluar. Dia masuk ke dalam bilik Razin dengan muka yang di basahi air matanya

"Hey sayang,kenapa ni?"tanya Razi lembut

"Sayang marah sebab abang sebut nama Akrina ke?

Laju Shira mengeleng kepalanya menafikannya

"Dah tu kenapa ni"sayu hatinya melihat keadaan isterinya itu.

"Adelia. Sayang teringatkan Adelia"

"Dah dah,takde apa"kata Razin lantas memeluk tubuh badan isterinya dengan erat.

Perlahan lahan dia membaringkan Shira di sebelahnya. Dia mengusap perlahan wajah ayu isterinya.

"Hey sayang, bangun. Abang tahu sayang tak boleh solat tapi bangun lah bersihkan diri tu"kejut Razin

Geram dia apabila isterinya itu menjawab

"Awak ni sebok lah. Pergi buat kerja. Shuh shuh"halau Shira dalam keadaannya yang sedang
mamai

"Hey, bangun. Awak tahu tak yang awak tu dah tidur dari pukul 2 sampai pukul 6 petang. Dah lah tak tolong nenek dekat dapur. Tidur je kejenya. Makin lama makin malas lah awak ni"bebel Razin panjang lebar. Dan itu memang kenyataan,Shira makin menjadi pemalas sekarang.

Tanpa di duga. Shira menampar wajah Razin dengan kuat. Shira terkedu, Razin tersentak dengan matanya yang mencerlung ke arah Shira

"A..aw.ak..saya tak sengaja"gagap Shira. Dia memandang ke arah tapak tangannya yang merah dan pipi Razin yang terkena tamparannya tadi. Seram

Razin menarik nafas panjang. Mengawal rasa amarahnya terhadap Shira. Huh!

"It's Okey dear. And im okay"kata Razin dan berlalu keluar dari bilik itu.

"Ish, Shira apa kau da buat ni? Kalau dia merajuk macam mana?. Kau ni memang suka cari masaalah kan? Kau sedar sikit yang dia tu suami kau bukan bodyguard kau"bebel Shira pada dirinya

"Ha Raz,mana si Shira? Dah kenapa pipi kamu merah?"tanya Puan Shafa

"Shira dalam bilik. Shira tampar Raz tadi masa nak kejut dia bangun nek"jelas Razin

"Ya Allah budak ni"

"SHIRA ADELINE!!KAMU TURUN SEKARANG"jerit Puan Shafa . Boleh pekak telinga Razin yang berada berdekatan dengan Puan Shafa

Shira yang berada dalam bilik yang mendengar jeritan itu sudah ketakutan. Ayok Shira

Shira keluar dari bilik perlahan lahan dan turun tangga menuju ke dapur. Dia menarik nafas panjang bersedia untuk dengar leteran tok wannya

"Shira Adeline. Kamu ni takde kerja ke pergi tampar suami kamu ni. Dah lah bangun lambat pastu senang senang tampar suami kamu. Kamu ingat dia ni siapa? . Kamu tahu tak surga tu di bawah telapak kaki suami kamu ni? Kalau kamu buat dia macam ni,dia tak nak bagi kamu masuk surga macam mana? Kamu nak masuk neraka ke? Sedar diri sikit kamu tu bukan anak dara. Dah jadi isteri orang dah pun. Nenek ingat dah jadi isteri orang ubah dah perangai. Ini tidak makin teruk jadinya"bebel Puan Shafa pada Shira

"Alaaaa, Shira tak sengaja tampar dia. Eeee,awak ni manjakan sikit sikit mengadu. Siapa suruh awak kacau saya tidur mendapatlah"balas Shira selamba seperti tiada apa yang berlaku

"Ya Allah Shira. Kamu ni dah kenapa kurang ajar sangat dengan suami"marah Puan Shafa. Menjawab je keje budak ni

"Yang tok wan nak menangkan sangat Raz tu kenapa. Shira ni cucu nenek tau bukan dia. Nenek kutip dia je.

BANG!!!!

Bergema bunyi itu. Shira dan Puan Shafa menoleh kebelakang. Kelihatan Razin menghentak meja makan. Dia memandang tajam ke arah Shira. Gulp!.

"Saya tau saya bukan cucu nenek,saya ni cucu kutip je. Tapi tak bermaksud awak boleh kata saya macam ni. Saya tetap suami awak tau."kata Razin yang menahan marahnya.

Razin masuk ke bilik tidur di ikuti dengan Shira di belakang. Razin mengambil beg baju dan masukkan segala bajunya dan barang barangnya di dalam beg itu. Di tidak menghiraukan Shira langsung ketika itu.

Dia keluar dari bilik dan menyalami tangan Puan Shafa. Dia keluar dari rumah itu. Dia menghidupkan enjen kereta dan berlalu pergi

"Kamu dah puas buat suami kamu macam tu?"sinis Puan Shafa. Apa nak jadi lah

"Tok wan. Shira takde niat pon"

"Tak payah ada niat. Kamu yang nak semua ni berlaku kan"kata Puan Shafa dan terus masuk ke dalam biliknya

Shira menangis di sisi katil. Dah lah di tinggalkan suami,tok wannya pulak tidak mahu bercakap dengannya.

Sudah sehari Razin tidak pulang ke rumah. Dia menetap di hotel yang berdekatan dengan rumah neneknya.

Dia mahu pulang tapi dia takut yang Shira masih bersikap begitu. Shira juga tidak menalefonnya langsung. Ye,dia berkecik hati dengan isterinya. Shira tidak pernah buat begitu padanya

CALL-- SHAMIR

Ha baru nak talefon aku sorang ni.

"Hello Raz"

"Waalaikumussalam"

"Haih kau ni main perli perli pulak"

"Ha kau nak apa. Lama tak call aku"

"Aku dah kawin"

"Tahu lah kau dah kawin. Tak payah cakap lah aku dah tahu"

"Tapi bukan dengan Akrina"

"Hah dah tu dengan siapa"

"Hurmm. Aku nak bagi tahu yang aku ada dekat Malaysia sekarang ni. Kau tak payah risau tentang aku"Shamir terus mematikan panggilan itu

"Dia tak kawin dengan Akrina? Dah tu dia kawin dengan siapa?"

Hish serabut lah. Nak kene fikir masaalah isteri,nak kene fikir masaalah Shamir lagi.

CALL -- NENEK

"Assalamualaikum Raz"

"Waalaikumussalam,ada apa nek?"

"Shira masuk hospital ni"

"Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni"

"Dia pengsan pagi tadi masa nak turun makan"

"Ok nek nanti Raz datang"

Raz turun ke tempat letak kereta. Dia masuk ke dalam kereta dan terus menghidupkan enjen kereta. Dia menuju ke arah hospital. Baru tinggal sehari macam macam dah jadi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience