BAB 1 DICP

Romance Completed 255987

Terkaku seketika aku memandang dirinya ,sudah hampir 5 tahun kami tidak bersua muka dan kini dia berada di hadapannya

Apakah erti disebalik pertemuan ini?

Begitu juga dengan Fateh ,matanya tidak berkedip memandang susuk figura di hadapannya pada ketika ini

Tidak menyangka bahawa dia masih berpeluang untuk menatap wajah ini setelah hampir 5 tahun mereka berpisah dek angkara dirinya juga

Aku mula terasa sesak di dada apabila kejadian 5 tahun yang lepas kembali terrimbas di minda aku Sakit rasanya hati apabila dia hilang begitu sahaja tanpa jejak dan disebabkan itulah aku telah memutuskan untuk sambung pengajian di luar negara selama 5 tahun ini

Kaki aku dan dia masih terkaku di situ tidak tahu apa yang perlu dilakukan

Entah reaksi bagai mana harus aku pamerkan pada ketika ini ,aku terlalu rindukan dia tapi ego aku mendahului segalanya

Aku rindu ingin mendengar suaranya tapi tak boleh ,egoku harus ditinggikan aku tak boleh mudah-mudah jatuh semula ke dalam pelukannya

Semakin tinggi ego aku apabila kenangan 5 tahun lepas menyelinap semula ke dalam minda

Flasback start (5 tahun lepas)

I'm sorry Irina i terpaksa akhiri hubungan kita" tutur Fateh Uwais dalam cuba menyembunyikan air mata yang serasa mahu gugur ketika itu

Manakala aku diam tidak terkutik sebaik sahaja mendengar pertuturan dari jejaka itu ,betul ke apa yang ungkapkan itu

Hatinya remuk , siulan burung -burung yang berterbangan pada petang yang mendung itu ibarat satu noktah pengakhiran hubungan yang sudah terjalin hampir 5 tahun ini

Aku mula memberanikan diri untuk membuka mulut ,Aku mula sedar akuperlu pertahankan selagi boleh ,aku perlu membujuk lelaki ini untuk mempertahankan hubungan ini ,Aku terlalu mencintai lelaki itu melebihi nyawa aku sendiri

"Sayang tolong tarik balik apa yang you dah cakap tadi ,i merayu dekat you tarik balik ..tolong cakap yang tadi tu hanya gurauan"tutur Faneesya Irina tersedu-sedu menahan tangis yang semakin jelas kedengaran

Harith merenung tepat ke mata wanita dihadapannya .... sungguh remuk hatinya apabila wanita ini mengalirkan air mata kerana dirinya

Sungguh dia terasa lelaki tak guna kerana mengugurkan air mata seorang perempuan yang amat mencintainya dan dirinya juga turut mencintai wanita itu namun disebabkan benda yang memang tidak dapat dia elakkan dia perlu mengorbankan perasaannya

"I'm sorry anggap kita takde jodoh i tak boleh teruskan hubungan ni "balas Harith lagi tanpa nada dia perlu menunjukkan sebuah keegoan agar wanita ini dapat melupakan dirinya walaupun sakit sanubari hatinya ketika ini tiada siapa yang tahu

Seusai menghamburkan kata-kata itu dia lalu berpusing ke belakang ,sudah tidak sanggup lagi melihat air mata wanita ini tumpah dengan deras di hadapannya dia lalu mengorak langkah masuk ke dalam kereta spot miliknya

Aku memejamkan matanya serapat mungkin ,terlalu dalam sudah luka ini diciptakan dengan sekelip mata

Kemanakah janji -janji yang telah engkau taburkan dalam kata-kata mu yang begitu aku percayai dan sekelip mata engkau mungkirinya tanpa aku duga

Apa makna hubungan yang sudah terjalin selama ini Fateh Uwais , benarkan itu dirimu tidak rela aku percayai nya

Air mata mengalir dengan sederas-derasnya ,aku jatuh terduduk di situ ,seiring dengan itu air hujan turun mencurah-curah dengan begitu lebat membasahi tubuh badan ...aku yang ketika itu memegang lutut di atas permukaan tanah yang yang sudah berair dek air hujan

Arghhhh! Aku menjerit dengan sekuat hatiku pada ketika itu untuk melegakan hati dan dadanya yang terasa cukup sempit

Fateh kenapa you buat i macam ni

Kereta itu lalu diberhentikan di bahu jalan

Dia menghentak stereng kereta dengan kuat ,wajahnya dibenamkan ke atas stereng kereta

Dibiarkan air matanya keluar mencurah-curah tanpa sebarang noktah lagi

I'm sorry Sayang i terpaksa ,i terpaksa berulang kali dia mengunkapkan kata-kata itu sejak tadi

Flasback end

"Haii"sapa Fateh sedikit gugup ,wajah dihadapannya ditenung tanpa jemu

Aku masih kelu untuk berkata-kata , dan aku juga lega apabila masih berpeluang untuk mendengar suara garau milik Lelaki itu

"Awak apa khabar"sapa Fateh lagi

Aku akhirnya tersedar lambat-lambat aku menjawab pertanyaannya kerana lidahku masih terasa kelu

"Baik"sepatah sahaja yang meluncur keluar dari mulutku ,wajahku lalu dipaling ke arah lain

Fateh hanya ukir senyum di bibir ,dia faham mengapa wanita ini begitu dingin sekali dengannya langsung tidak dia ambil hati

Suasana yang hening seketika itu berubah serta merta apabila mendengar satu suara yang comel

"Papa "panggil Aurora secara automatik apabila dia ternampak papanya dari jauh sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pagar tadika ,dia terus sahaja terkedek-kedek berlari mendapatkan papa nya bersama beg sekolah yang disandangnya di atas belakang

Fateh tunduk lalu mendepakan tangan untuk merangkul kanak-kanak itu ke dalam pelukannya

Tidak berkelip mata aku memandang ke arah kanak-kanak itu ,dalam masa yang sama aku agak terkejut mengapa dunia ini begitu sempit sekali mengapa harus dia

Aku menjadi buntu ,mengapa ramai -ramai orang dekat Malaysia ni Fateh jugak yang memiliki....

Arhhhh sudahlah malas aku nak pikir lagi

Aurora kini sudah berada di dalam dukungan Fateh Uwais merangkap papanya ,satu ciuman sudah hinggap di pipi papanya itu melepaskan kerinduan walaupun baru setengah hari mereka terpisah

Lalu pandangan Aurora beralih ke arah wanita di hadapannya iaitu Faneesya Irina

"Hello "sapa Aurora dengan suara manjanya sambil dia melambai tangan ke arah Faneesya

Aku hanya membalas lambaian itu dengan senyuman canggung bercampur gembira

"Papa kenal ke auntie ni"tanya Aurora dengan petah

Fateh lalu melirik ke arah Faneesya sebelum dia kembali menjawab pertanyaan anak kecil yang berada di dalam dukungannya pada ketika ini

"Haa ahh ,dia kawan lama papa "jawab Fateh bersama senyuman lalu dia kembali melirik ke arah Faneesya Irina

"Oooo ,hai auntie saya Aurora"sapa Aurora dengan suara manja lalu dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita di hadapannya ketika ini pada pandangan matanya sungguh cantik

Aku mula tersedar cepat cepat aku menyambut huluran tangan budak kecil itu bersama senyuman manis

"Nama auntie Faneesya "balas Aku lembut lalu ubun-ubun rambut Aurora aku elus dengan lembut

"Auntie ni cantik la "puji Aurora lagi

Aku hanya mampu tersenyum dengan celoteh Aurora itu

"Ermm okaylah Aurora.... Auntie pergi dulu yer,kirim salam dekat mama Aurora"balas Aku tapi ianya telah mengundang reaksi sedih pada wajah Aurora dan juga Fateh

Aurora langsung mendung wajahnya ,

"Aurora Auntie ada salah cakap ke sayang"tanya Aku sedikit risau

"Aurora takde Mama ,Mama dah lama meninggal"tutur Aurora bersama wajah yang mendung

Aku tersentak terbit rasa simpati di hati aku ,ternyata lelaki ini sudah bergelar duda

"Sayang tak mau sedih-sedih ,kan Mama dah bahagia dekat syurga"pujuk Fateh sedikit sebak ,pipi anaknya dikucup lembut

Aurora akhirnya tersenyum

Lega sedikit hati aku bila budak ni dah senyum balik

"Aurora jangan sedih tau ,auntie mintak diri dulu sayang"tutur aku

"Okay auntie ,jaga diri"balas Aurora

Aku hanya tersenyum lalu terus mengorak langkah meninggalkan mereka berdua tanpa sempat Fateh berkata apa-apa

Fateh hanya kemam senyum walaupun dia sebenarnya kecewa tidak sempat untuk meminta nombor telefon bekas kekasihnya itu

"Papa cantikkan auntie Faneesya "puji Aurora lagi

"Cantikk "balas Fateh lagi

Bersambung

Follow IG .n.a.s_author komen yer guys ,love youu all kalau ada typo mohon maaf yer

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience