BAB 1

Romantic Comedy Completed 5761

Bukan dia tak tahu apa yang bergejolak di fikiran ibunya. Dia tahu dan mengerti. Wieyda hanya pandang wajah ibunya yang merenungnya dari tadi. Rasanya dia tahu apa yang ada dalam kepala ibunya itu.

“Kak ngah betul ke tak kisah?” Soalan ibu yang entah sudah masuk kali ke berapa. Cepat-cepat pula Wieyda menggeleng. Mahu membuktikan bahawa dia langsung tidak kisah dengan semua itu. Ameena mahu melangkah bendul, langkahlah. Dia apa kisah. Kalau tersadung pun, Ameena, bukan dia..erk??? Okay, sebenarnya dia sangat kisah, tapi saja dia buat macam dia tidak kisah untuk menjaga air muka sendiri, dan mengelakkan ibu dan ayah merasa serba salah.

“Kak ngah tak kisah kalau nanti orang cakap-cakap pasal kak ngah..”

“Bu..apa salahnya dengan semua ni? Apa orang nak cakap, biarkan je la, mulut manusia kan..lagipun kak ngah tak rasa apa-apa yang pelik pun. Kak chik tu kan muda setahun je dari kak ngah, so tak kisah la kalau dia nak kahwin dulu. Kak ngah tak kisah, sungguh. Ibu jangan risau. Okay?” ujarnya panjang lebar. Dia memegang tangan ibunya lembut sambil tersenyum. Riak wajah ibu nampak lega sedikit dari tadi.

“Ibu cuma takut kak ngah terasa hati ke apa ke. Maklumlah, kita ni hidup dengan adat dari dulu, mana tahu lepas ni nanti, kak ngah tak selesa pula, adik kahwin dulu dari kak ngah.”

“Apa salahnya bu. Nanti kak ngah jugak untung. Dapat hadiah.. cincin sebentuk, baju dua tiga pasang, sebab diorang langkah bendul.. ahhahaha..kan untung tu..” guraunya, menceriakan suasana. Ibu bimbang sangat dengan hatinya ini. Dia senyum. Ibu membalas senyumannya.

“Kalau itu kata kak ngah, lega hati ibu.” Ibunya mengukir senyum sambil mengusap lembut rambutnya yang panjang mengurai sampai ke pinggang.

“Don’t worry ibu sayang..” Wieyda mengukir senyum lagi. Senyuman sehabis manis agar dapat meyakinkan ibu tercinta bahawa dia tidak apa-apa.

“Kak ngah masuk dulu la bu. Kak ngah belum solat Isyak lagi ni, mata pun dah rasa mengantuk pulak..” dia meminta diri, sopan. Ibunya hanya mengangguk. Matanya kembali terpaku pada kaca tv yang sedang menayangkan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam dengan tajuk yang agak menarik. Dia hanya mengekori langkah anak gadisnya itu sehingga batang tubuh anak keduanya itu hilang di sebalik pintu bilik. Dalam hati seorang ibu, dia mengeluh. Benarkah tiada sekelumit rasa terkilan atau kecewa mahupun kecil hati dalam jiwa anaknya itu apabila adik sendiri bakal melangkah ke gerbang perkahwinan terlebih dahulu daripadanya yang memegang status seorang kakak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience