SEMINGGU KEMUDIAN..
Sue balik berbaik tau nak hujan ni karang sampai dirumah whatsapp Wa okey.
Haa yelah jangan lupa makan tau apa-apa call jer okey.. bye
Bye.. Wawa melambai seketika sebelum Suhada menghilangkan diri disebalik kereta Pesona itu.
Angin mula bertiup kencang pokok besar ditepi jalan mula bergoyang dahannya..
Harap-harap sempatlah sampai ke pekan ni ya allah dengan guruh lagi.." kereta Pesona itu membelah jalan ditengah bukit dengan lajunya.
•••
Adam nanti kita masuk jalan didepan tu ya.." Syarif memerhati di jalan hendak dituju itu.
Kenapa tuan..? jalan highway dekat sikit tuan.." Adam masih menunggu lampu bertukar hijau sebelum bergerak pergi.
Saya nak tengok permandang hijau kejaplah letih dari pagi tadi asyik mesyuarat jer saya nak freshkan mata ni dulu naik sebu dah ni..
Baiklah tuan kita ikut jalan bukit tu tapi rasanya macam nak hujan jer.. tak apa ke kita lalu sini..?
Kenapa aku rasa tak sedap hati ni.. semoga tak ada apa-apalah nanti. "Hatinya berdegup laju"
Tuan.. tadi masa meeting tadi tuan ada nampak sorang perempuan tak..?
Sorang...? biar betul awak ni dam tadi punya ramai takkan awak nampak sorang je kot..!!
Yes memanglah ramai tapi dalam salah sorang tu.. ada tak?
Rasanya ramai je tapi kenapa tu?..
saya rasa ada sorang anggota perempuan ni asyik perhati tuan je semasa adakan meeting tadi cantik bibir dia tu seksi uitt..."
Syarif sengeh nakal..
Adam.. awak ni kan kalau tentang bibir seksi tu laju jer.. kalau setakat bibir dia seksi, saya taknaklah.. taknak seksa diri sendiri berdosa tau!
Adam menggeleng kepalanya perlahan..
Syarif hanya senyum sinis
•••
Hujan mula membasahi bumi..
Ya allah hujan lebat dah ni macam mana nak balik, jalan pula berliku-liku macamni! kenapelah aku tak balik ikut jalan besar je tadi eee geram pulak dengan diri sendiri nih...
Prakkk....' dahan pokok besar ditepi jalan patah dan terus jatuh ditengah jalan. hujan semakin lebat hingga menutup pandangan..
Ya allah.. arggggh..!!! tidak sempat untuk mengelak stereng kereta Pesona itu memutar laju hingga break kaki terputus.. sejurusnya kereta itu terus melanggar pokok besar ditepi jalan..
•••
Hati-Hati dam hujan lebat ni..
Baik tuan.. Bahaya ni sebenarnya kita lalu sini.. dengan jalan berliku-liku saya risau pokok tumbang je ni.
Tak apa perlahan sikit.. Syarif memerhati kepulan asap yang tidak jauh dari selekoh itu hatinya mula berdebar-debar..
Tuan.. asap!! Adam menunjuk dengan muncung bibirnya kepada Syarif.
Ya allah.. Adam berhentikan kereta ni cepat..
Tapi tuan hujan ni.."
Tak apa awak duduk sini biar saya tengokkan
Tapi tuan bahaya tu..? kita call polis sekarang.!
Awak nak tunggu polis dan ambulance sampai kita tahu ke apa yang terjadi dekat dalam kereta tuha..? jawab..!!
Adam terdiam dan Syarif terus keluar dari keretanya dan berlari kearah kereta Pesona itu..
Adam terus memerhati Syarif keluar dari kereta jantungnya berdegup laju bila melihat keadaan sekeliling..
Tok.. tok.. pintu kereta diketuk beberapa kali didalam hujan.. bajunya mula basah dengan air hujan semakin mencurah itu..
Sepi.. tiada tindak balas..
Cik..buka pintu ni..! Ia melihat kearah cermin kereta Pesona itu berkecai dan di jalan tar itu ada beberapa pusingan tayar kereta sebelum kereta itu membagi pokok besar ditepi jalan.
Teruk ni mungkin driver pengsan., Syarif terus berlari ke keretanya dan pintu kereta dibuka pantas sehingga mengejutkan Adam disitu.
Ya allah.. terkejut sayakenapa ni tuan..?
Adam bagi kunci cepat saya nak buka bonet belakang cepat ada orang didalam tu...
Hah..? Tuan.. Hati-hati guruh semakin kuat ni bahaya duduk dibawah pokok tu.
Tak apa awak duduk sini cepat sikit..
Adam terus membagi kunci kereta kepada Syarif.. tak lama kemudian Syarif kearah kereta Pesona itu besi ditangannya dihumban sekuat mungkin..
Bismillahiramaniruahim.." Ia mengetuk cermin kereta itu sekuat hatinya apa-apa ia perlukan selamatkan nyawa orang didalam..
Prakkk.." cermin kereta itu pecah dan secepat kilat tangan Syarif membuka pintu kereta itu dengan gelojoh, Pintu kereta dibuka dari dalam.."
Ya allah darah.." Darah didahi dan dibibir gadis itu masih mengalir perlahan bermakna kemalangan ini baru terjadi.. ia cuba mendukung gadis itu keluar dari kereta tapi terhalang sesuatu..
Arggggh sakit...
Syarif memerhati wajah gadis itu fikirannya mula ligat memikir sesuatu.
"Sudi tak jadi isteri saya ada boyfriend belum ni.."
Tak sangka dia ni rupanya.. Sakit dekat mana..? Syarif meletakkan kembali tubuh gadis itu diseat kereta.
Airmatanya mengalir laju kini dirinya tidak percaya bagaimana ini terjadi apakah ini hanya sebuah mimpi.?
Tuan..? Buat ape dekat sini..? Ermm... matanya dipejam perlahan kakinya semakin sakit dirasai sehingga keseluruhan tubuhnya.
Kenapa sampai macamni haa.. awak langgar apa..?
Suhada menggeleng kepala perlahan..
Dah biar saya bawa awak balik dulu pegang saya sekuat yang boleh ya.
Taknak tuan.. kaki saye sakit sangat ni..
Saya tak suka orang yang cepat mengalah macam ni..!! awak tahu tak keadaan awak boleh meragut nyawa orang lain.!
Saye tak perlu diselamatkan hiskk.. tuan pergilah.. Suhada terus menolak lelaki itu menjauhkan diri darinya sakit diseluruh badannya membuat kepalanya memusing dan mual...
Awak siapa nak tolak saya macam niha.. Syarif terus memeluk tubuh gadis itu badannya separuh diluar separuh didalam.
Jangan ganggu saye lagi! PERGI...!! Suara Suhada bergema kuat seperti bukan dirinya disitu..
Syarif memerhati disebelah seat gadis itu lama dan ia beristifar sebanyak yang mungkin..
Saya akan pergi tapi bersama awak ingat tu!! yang lain jangan ikut..! Peluk saya cepat kita tak banyak masa dah ni.
Tuan saye takut tolong..." Suhada memeluk erat tengkuk Syarif badanya terasa amat berat walaupun beratnya tidak cecah 50kg lagi.
Hujan dan guruh saling membadai langit.
Ya allah selamatkan dia yang didalam kereta tu.. semoga permudahkanlah urusan tuan Syarif ya allah... aku bermohon sangat. amin.. Adam masih menanti didalam kereta.
Saya kira sampai tiga awak peluk saya kuat-kuat faham walaupun apa pun jadi jangan lepaskan saya faham tak!!
Tuan.." Saye takutt hishk.. hishk..
Dah berhenti menangis.. Ia tahu yang Suhada sudah melihat makhluk buruk disebelahnya sehingga ia memeluk leher lelaki itu sekuat-kuatnya.
Okay dah..? Saya nak angkat awak sekarang ni..
Suhada mengangguk perlahan..
Pegang saya kuat-kuat.. sakit atau tak pegang jangan sampai terlepas faham.! suaranya sedikit meninggi.
Suhada mengangguk lagi.."
Saya nak dengar suara awak sendiri, saya sejuk ni kang apa pun tak dapat.. cepatlah..!
Hisk hisk.. Saye faham tuan"
Tangannya memeluk bawah peha Suhada dan sebelah lagi dia memeluk belakang Suhada dengan erat walaupun ia tahu ada yang menganggu ia tidak perduli semua itu janji gadis didalam pelukkannya selamat.
1.. 2.. 3.. Bismiillah.." Pegang kuat-kuat!
Suhada terus memeluk lelaki itu bibirnya digigit semahu-mahunya sakit mula menjalar ke seluruhan tubuhnya..
Arghhhhhh sakit ya allah!!!... Suhada menjerit kuat
Krekk.." Kaki Suhada terus tertarik keluar dari break kakinya.
Peluk saya kekuat jangan lepas ingat..!
Sampai diseparuh jalan kaki Syarif bagai ditarik dan terhumbanlah tubuh Suhada diatas rumput didepannya dan Suhada kembali pengsan kerana kepalanya terhantuk di jalan tar..
Ya allah..Cikkkkk... " kini Syarif terus bangun baju nya sudah kotor dan ia cuba bangun dari jatuh tersungkur dan terus berlari kearah Suhada,
Cik.. ya allah.. cik bangun.. Pipi Suhada ditepuk beberapa kali sebelum ia membawa Suhada pergi dari situ.
Tuan....!! Adam memerhati dibelakang Syarif seperti ada bayangan hitam.
Diam...!!
Suhada didukung terus masuk kedalam kereta.. Ia membaringkan Suhada diseat belakang.
Cik bangun cik.." gadis itu sudah tidak sedarkan diri dahinya mengeluarkan darah yang banyak..
Adam tolong ambil kotak kecemasan didalam dashboard cepat..
Tuan kenapa ni..? kenapa baju tuan kotor..
Cepat..!! Syarif menyeka darah didahi gadis itu dengan bajunya.
Kotak kecil dibahagi kepada Syarif..
Cikk..jangan buat saya takut macam ni tolonglah.. Adam tengok depan cepat ini arahan dari saya"
Errr.. baik tuan.." Adam terus memerhati ke arah stereng kereta.
Syarif terus membuka sedikit mulut Suhada dan ia memberi nafas kepada Suhada dan kedua tapak tangannya di tekan disebelah dada gadis itu.. Sehingga beberapa kali ia membuat begitu akhirnya Suhada kembali tersedar dari pengsannya. nafasnya tercungap-cungap..
Terima kasih ya allah.. cik tak apa-apa ke?
Suhada membuka mata perlahan dan ia melihat lelaki didepannya ia terus menangis semahu-mahunya ia terus memeluk erat tubuh lelaki itu..
Alhamdullilah.." Cik selamat jangan menangis lagi.
Hiskk.. hiskk.. terime kasih tuan.. terime kasih banyak-banyak hanya allah dapat membalas jasa tuan..
Syarif menyeka airmata gadis itu perlahan..
Dah cik dah selamat.. tunggu ya saya ambil barang cik dekat kereta sana.
Taknak.. saye takut" ia mula membayangkan rupa seram tadi..
Sssh.. tak ada apa yang perlu ditakutkan.." awak dah tengok rupa dia kan...? buruk kan...?
Suhada mengangguk laju..
Dia takkan sempurna macam kita ni jadi jangan takut saya pergi sekejap je, Cik baring dulu ya..
Hmmm.. hati-hati tuan" Erghh!! sakit.. Dahi dan tangannya kambali sakit.
Syarif tidak jadi keluar dari kereta, Kenapa ni..? ia membelek dahi dan tangan Suhada lama.. beberapa butir sayang mula menyelinapi ke sanubari Syarif..
Tuan jangan pergi..!! tolonglaa..
Kalau saya tak pergi bagaimana dengan barang-barang didalam kereta tu..? nak biarkan macam tu je ke.." Kini ia harus bertegas jika tidak sampai kesudah gadis itu tak akan membiar ia pergi.
Biarlah..!! kenape tuan degil sangat.. Tuan ingat tuan hebat sangat ke hah..? hebat ke..?
Kini Syarif mendekati wajahnya hanya tinggal dua inci di permukaan wajah Suhada, Mata mereka bertentang..
Saya tak cakap yang saya ni hebat..! Tapi saya taknak tunjuk yang saya ni lemah..!! faham".. sekarang lepaskan saya..
Suhada menggeleng kepalanya perlahan.. ia menangis lagi, wajahnya disembunyikan didada Syarif.
Syarif mula mengalah dengan gadis itu...
Saya takkan kemana-kemana jadi berhenti menangis.." Please....
Tuan jangalah pergi..! saye taknak ape-ape jadi dekat tuan. Tolonglah..
Baiklah saya takkan pergi, berehatlah ya saya ada ni kan...
Sepuluh minit kemudian..
Suhada sudah terlena bila ia merasakan kehangatan tubuh lelaki itu, kini kesakitan yang dirasai juga berlarut pergi..
Syarif melihat seketika diraut wajah itu.. ia perlahan-lahan melepaskan tangan gadis itu dibelakang tubuhnya selembut yang boleh.. tubuh gadis itu bergerak sedikit dan Syarif kembali mendiamkan diri.. dan tak lama ia mula mengesot perlahan-lahan keluar dari kereta.
Tuan.." Suara Adam diperlahankan..
Syarif meletak jari dibibir dan ia menutup pintu kereta dengan perlahan..
Adam memerhati lama kearah Suhada melalui cermin depan.
Macam teruk je kesianlah pula..! mana pula tuan pergi ni hujan pun dah berhenti ni..
Lima minit kemudian..
Syarif terus masuk kedalam kereta pintu ditutup rapat barang-barang gadis itu disimpan rapi..
Tuan kenapa lambat sangat...? Saya risau perempuan ni bangun je tadi.
Shhhhhh.. perlahankan suara tu.
Kenapa dia bangun ke..? Syarif memerhati sekejap kearah gadis itu.
Kereta Honda terus meluncur pergi dari tempat kejadian itu.
Taklah.. dia tidur tapi saya risaulah kot-kot dia terbangun masa tuan takde, risau juga.. Kenapa tuan..? ada apa-apa terjadi ke.. Adam melihat kearah Syarif
Kereta dia rosak teruk kemek bumper depan tu.. kaki dia tersangkut di break tadi.. Agaknya break terputus lepas itu kereta dia membagi pokok besar tepi jalan tu.. saya sempat ambil gambar beberapa keping sebelum kesini tapi yang lagi peliknya...
Ya allah macam teruk tu pelik kenapa tuan? Adam mula kecut perut.
Masa saya sampai dan nak selamatkan dia. kepulan asap dikereta dia tu bertambah-tambah pulak.. dan tangan dia sebelah kiri tadi saya rasa tulang tangan dia patahlah..
Tapi tadi macam mana tuan boleh bawa dia keluar dari situ..?
Hurmm.. saya terpaksa tarik diri dia keluar dari situ, awak tahu tak saya nampak satu lembaga disebelah dia!..
Serius ke ni tuan..?? Adam terkejut stereng kereta digenggam erat.
Ye.. serius! dia yang tarik tubuh cik ni tak bagi keluar dari kereta tadi.
Adam memerhati gadis itu melalui cermin.. Hurmm ada apa dengan gadis itu sampai-sampai Tuan Syarif risau sampai macam ni sekali.
Kita hantar cik ni ke hospital dulu lepas itu baru kita ke pejabat ya..
Baiklah tuan.. tapi tangan tuan tu luka teruk juga kita bagi nurse ubatkan dululah, berdarah lagi tu..
Syarif mengangguk faham..
Setahu saya tuan pernah tahan dia malam tu kan..? betul tak.." Adam melihat kearah seat belakang melalui cermin depan..
Syarif hanya senyum...
Ya.. saya buli dia tapi tak sangka pula terjumpa macamni hurmm kesian pula.
Adam senyum penuh makna..
Faham.."
Apa maksud faham tu dam!!..?Syarif mengepal menumbuk perlahan..
Eh.. tak ada apa kita dah sampai dihospital ni.." Adam menarik nafas lega ia terus memarking kereta di pusat kecemasan, Syarif terus keluar dari kereta dan ke seat belakang.
Cik tolong ambil katil.. Adam mendekati mentenan disitu.
Baik tuan.." Beberapa nurse perempuan menghampiri...
Tunggu saya bawa dia keluar dulu.." Syarif terus masuk kedalam kereta.
Cik bangun kita dah sampai hospital ni..cik..
Ermm.. kat mane ni..? Ia mengesat matanya perlahan sambil melihat kearah lelaki itu lama..
Hospital.. pegang tengkuk saya cepat nurse ada diluar dah tu.
Apa hospital..? saye taknak!! saye nak balik tolonglah tuan..
Jangan degil!.. kita dah sampai ni...
Adam membuka pintu kereta membolehkan Syarif mengeluarkan tubuh gadis itu dari kereta.
Suhada melihat pintu di kepalanya terbuka luas..
Saye cakap taknak tu taknaklah..!! lepaslah, kenape dengan tuan ni.. Suhada terus menerus menolak tubuh itu menjauhi darinya.
Adam bawa gari kesini cepat..
Adam tercengang.. Gari tuan..?
Ya gari ambil di board depan anak gajah saya ni degil pulak!
Tuan saye taknak kesini tolonglah jangan bawa saye keluar dari sini.. Ia semakin kuat menangis seperti budak-budak.
Taknakkk...!!!!!! Suhada menolak tubuh lelaki itu dan sepantas kilat tubuh Suhada dicempung dan dibawa keluar..
Saye benci tuan benci..!! Suhada tidak henti-henti menangis ketakutan, matanya membengkak..
Syarif menggeleng kepala perlahan.
Katil mula ditolak hingga masuk dalam hospital..
Adam parking kereta ketepi saya nak bawa dia ke dalam dulu..
Baik tuan, Adam segera kearah kereta Syarif dan ia memarking kereta itu.
Katil beroda itu terus berlalu pergi..
Maaf tuan.. tuan boleh hantar cik ni sampai kesini saja terima kasih..
Ish risau pulak tengok dia menangis macam tu..
Arghhh sakit..." Suhada menjerit kuat bila kakinya disentuh oleh nurse dan ia terus dibawa kebilik kecemasan.
Syarif bercekak pinggang bila suara gadis itu mengaduh sakit. Ya allah.. kuat betul menjeritnya..!! risau pulak ni
Tuan sabar.. Adam membawa Syarif ke kaunter pendaftaran diluar
Macam mana nak sabar! belum apa-apa lagi dah jerit sakit!!.. Sebetulnya ia memarahi nurse dan doktor disitu tapi jika ia mengata begitu silap-silap gadis itu dibiar begitu sahaja.
Daftar dulu ya tuan.." Nurse senyum manis didepan Syarif..
Hah erkk.. okey tunggu dulu! Syarif terus keluar dari situ.
Nurse mengangguk sambil senyum.." Handsome doh.. Kalau jadi boyfriend aku ni mahu mak bangga giler dengan aku yelah anggota jpj kot.. hihihi..
Dia dah berpunya pun abaikan jelah.." Adam masih dikaunter..
Eh.. tuan" maaf.. Merah pipi nurse perempuan itu bila ada lelaki lain disitu.
Ni ic dia.." Syarif membagikan kepada nurse tadi.
Hurmm Suhada suraya 26tahun muda lagi.. takut jarum ke apa..! Haaa jem!! Otaknya mula berperang..
Ehem.. tuan berkerut sangat dahi tu janganlah terlalu risau, Doktor ada didalam tu rawat buah hati tuan pun..." Adam sengeh laju
Eh saya okey jelah tak ada maknanye nak berkerut dahi niha! Jantungnya berdegup lagi seperti dirinya pula bakal dibius nanti..
Tuan.. biar saya ubatkan luka tu dulu boleh tak? Nurse mula menghampiri.
Erm nurse perempuan tadi tu macam mana.. semua okey kan..?
Nurse disisinya senyum sendiri.
Takde ape tuan doktor dah merawat pesakit tadi, Biar saye ubatkan luka ditangan tuan ni dulu.. tangan tuan semakin membengkak ni.
Erk.. kalau boleh tolong x-ray kan keseluruhannya jangan risau bil hospital tak apa saya bayarkan..
Adam hanya senyum dari tadi...
Risau sangat dengan buah hati dia tu.." Adam bercakap sendiri.
Baiklah tuan.. Sila ikut saye ye.." Nurse mula pergi meninggalkan Syarif dan Adam disitu.
Tuan pergilah saya tengokkan dia.. jangan risau mungkin dia dah dibawa ke bilik x-ray dah tu.
Syarif mengangguk faham dan ia mengikuti nurse itu ke bilik rawatan luar...
Encik.. ic..." Nurse itu mula tergagap-gagap mengulurkan ic Suhada
Haa baiklah berapa ni..? Adam memerhati nama dan nombor kad pergenalan gadis itu.
Oooh Suhada suraya sedap nama.. kalau digadungkan dengan Syarif Rizuan prghhh.. nasi minyaklah beb..
Nurse itu terkedu bila lelaki tu bercakap sendiri.
Encik pun sakit ke..?
Adam terdiam sendiri..
Apa..? sakit..? Saya sihat lagi setakat nak angkat nurse campak ke longkang depan tu pun takde masalah he..he..he terima kasih!!.. erghh sibuk jelah.. Adam terus keluar dan menunggu di kerusi luar hospital..
Cantik orangnya patutlah tuan macam gila dengan dia ni sanggup bersusah payah dalam hujan tadi.. hurm jodoh kot diorang ni hehehe..
Ha.. sembang apa sesorang tu..? Syarif mendekati Adam dengan tangan telah dibalut rapi oleh nurse tadi.
Tuan tengok budak ni cantikkan..
Budak..? umur dia dah 26 tahunlah..
Ye tahu tapi tengoklah didalam ic dengan diluar sama jer paras rupa dia, selalunya kalau paras rupa diluar cantik tapi didalam ic buruk tapi niha.. lawa ter..lajak.. tak dapat diundur dah..
Syarif hanya senyum sendiri.
Baru tahu ke dia cantik..? Awak lambatlah Adam saya awal-awal dah tahu pun, tapi saya malas nak cerita dekat awak.. yelah awak kan dah berpunya."
What...!!!!! tuan ni saya ni rakan sepasukan tuan tau boleh tuan rahsiakan dari saya.? Ish-ish tak adil betul macam ni..
Syarif sengeh menampakkan gigi putihnya..
Kita balik ke pejabat dulu ke tuan..?
Ya kita balik ke pejabat dulu nanti kita datang melawat dia saya sorang pun boleh kesini..
Aikk..? datang bertiga takkan tuan nak datang sorang je macam tak adil jer ni..
Awak tu dah berbini baliklah saya tak apa single lagi..
Ooooooh faham.. hurm tak adil betul..
Apadia..? Syarif memerhati kearah Adam lama..
Dah jom balik nanti apa-apa diorang hubungi saya..
Amboi cepat betul tuan buat kerja ya, TERBAIK"
Tengok oranglah handsome ke tak.. Jomlah kita balik dulu saya dah sejuk ni nanti saya datang sendiri melawat dia.. kalau awak nak ikut boleh tapi bagitahu isteri awak dulu faham..!
Okey.. faham tuan.."
Dah jom kita..." mereka berdua pergi meninggalkan hospital itu..
Suhada sudah mencuri hati Syarif tanpa sengaja
Share this novel