58

Romance Series 93218

Trisya berjalan masuk dengan penuh gaya menggoda. Secawan coklat panas diletakkan di tepi meja Harraz.

“Encik Harraz, jemput minum. I dah buatkan your favourite hot chocolate special untuk you." Pelawa Trisya dengan gaya menggoda.

Harraz diam tidak berkutik. Pelawaan Trisya langsung tidak diendahkannya. Malah raut wajah Trisya juga langsung tidak dipandang. Entah mengapa dia merasakan tindakan Trisya itu sangat melampaui batas. Walaupun gadis itu hanya sekadar menawarkan air kepadanya, namun Harraz tetap tidak selesa.

Melihatkan penerimaan Harraz yang agak dingin, Trisya terpanggil untuk mencuba menarik perhatian Harraz dengan cara lain pula. Dia tidak akan mengalah dengan begitu mudah. Lagipula Trisya menganggap ini sebagai satu cabaran buatnya untuk menawan hati Harraz. Biar dia bersusah dahulu sebelum Harraz menjadi miliknya sepenuhnya.

“Encik Harraz, I tahu you seorang yang workaholic. Tapi itu tak beerti you tak boleh nak berehat sekejap untuk tenangkan fikiran you. Cubalah rasa air ni. Nanti dah sejuk tak sedap tau. Atau you nak I suapkan you?" Soal Trisya berani. Kali ini dia semakin berani mendekati Harraz lalu kerusi lelaki itu ditarik bagi menghadapnya.

“What are you trying to do, Trisya??" Tempik Harraz kuat lalu tangan Trisya yang singgah di bahunya ditepis kasar.

Trisya tersentak dengan tindakan Harraz. Wajah bengis lelaki itu langsung tidak berani ditatap. Tubuhnya menikus di tepi kerusi sambil menantikan hukuman Harraz yang seterusnya.

“I'm asking you to you again, Trisya. What are you trying to do just now?" Kali ini suara Harraz sudah sedikit kendur. Namun masih terselit ketegasan di situ.

“Err... Takde apa - apa, Encik Harraz. I cuma nak tolong hilangkan penat you. I tengok since pagi you tak makan apa - apa. Lunch pun you tak ambil. That's why I made a cup of hot chocolate for you." Jawab Trisya takut - takut.

“Did I mentioned to you that I'm tired? Lagipun you nampak ke I makan ke tak tengah hari tadi?" Soal Harraz lagi.

Trisya hanya menjawab soalan Harraz itu dengan gelengan. Wajahnya masih menunduk merenung lantai.

“So, yang you terlebih rajin nak sediakan semua tu untuk I dah kenapa? Macam ni lah Trisya. I rasa banyak benda yang you tak
tahu pasal I. So let me clear everything. Keje dengan I ni senang je actually. Kalau I tak minta, so you tak perlu pandai - pandai nak sediakan semua tu untuk I. Normally before this, kalau I haus ke atau lapar sekali pun I sendiri yang akan pergi cari makanan di pantry tu. Paling tidak pun, I akan minta our tea lady yang sediakan untuk I. Lagipun untuk apa company kita hire tea lady kalau dia tak boleh nak buat semua tu. Betul tak?" Jelas Harraz penuh sinis.

Trisya menggigit bibir bawahnya perlahan. Entah mengapa dia terasa begitu tersindir dengan penjelasan Harraz. Namun begitu wajah bengis lelaki itu masih jua tidak ditatapnya. Lagaknya tidak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menantikan hukuman dijatuhkan kepadanya.

“And one more thing. It's quite important to me. So please keep in your mind properly. I paling tak suka kalau ada orang masuk bilik I tanpa kebenaran dari I melainkan ianya atas urusan kerja. Selain daripada tu, tolong jangan pernah berani nak jejakkan kaki you dalam bilik I ni. Faham??" Ujar Harraz dalam memberi amaran kepada Trisya.

“Tapi..."

“Takde tapi - tapi, Trisya. It's my rules. Kalau you tak suka, you boleh sediakan surat perletakan jawatan you sekarang. Masih ramai orang kat luar sana yang layak untuk position ni. I pun tak perlu nak pening - pening kepala layan kerenah you." Laju sahaja Harraz memotong percakapan Trisya sehingga membuatkan gadis itu terdiam tanpa kata.

Trisya tersentak buat sekian kalinya. Bibirnya kelu dari berkata - kata. Sungguh dia tidak menyangka Harraz akan bertindak sekejam itu dengannya. Malah lebih menyakitkan apabila Harraz sanggup memberi kata putus kepadanya hanya kerana satu kesilapan kecil yang dilakukan. Entah mengapa dia merasakan peluangnya untuk mendapatkan Harraz semakin menemui jalan buntu. Namun begitu Trisya tetap tidak mahu mengalah. Bukan prinsip hidupnya untuk mengaku kalah sebelum berjuang. Tiba - tiba senyuman kecil terukir di bibirnya.

“Jadi kalau takde apa - apa lagi, I rasa you dah boleh keluar dari sini kot. Lagipun banyak lagi keje you kat luar sana yang masih pending kan? So why not you pergi siapkan sekarang sebelum I mengamuk buat kali kedua." Arah Harraz tanpa sedikit pun memandang wajah Trisya.

Tanpa sebarang jawapan balas, Trisya segera berlalu pergi dari situ. Namun belum sempat kakinya melangkah keluar, tiba - tiba namanya dipanggil sekali lagi oleh Harraz. Trisya pantas menoleh.

“I rasa balik nanti you dah boleh pergi shopping baju kurung banyak - banyak kot. Bukan apa, pakaian you yang sekarang ni macam tak sesuai je dipakai untuk ke office. Too sexy. Macam nak pergi clubbing je I tengok. Kerja you tu PA. Bukannya GRO." Bidas Harraz selamba.

Bagai mahu meletup dadanya dirasakan saat ini lalu Trisya terus sahaja pergi meninggalkan Harraz yang sedang tersenyum sinis ke arahnya. Pintu bilik itu dihempas sekuat hati. Selama hidupnya, belum pernah Trisya merasakan dirinya dihina seperti itu. Tidak semena - mena, air matanya mengalir membasahi pipi.

Harraz tersenyum gembira. Hatinya terasa puas dapat memperlakukan Trisya seperti itu. Walaupun tindakannya itu kelihatan agak kejam, namun Harraz langsung tidak mempedulikannya. Sekurang - kurangnya dia dapat menyedarkan Trisya dari melakukan perkara - perkara yang tidak digemarinya.
Sejujurnya sejak dari awal pertemuan mereka lagi Harraz sudah tidak menyukai Trisya. Baginya tindak tanduk Trisya itu sungguh merimaskan pandangan matanya. Diharapkan dengan ketegasan yang ditunjukkan kepada Trisya sebentar tadi dapat mengubah sikap gadis itu selepas ini.

**************************************

“Sayang.." Harraz menyapa isterinya lembut.

Aayra yang sedang berkemas di dapur segera menghentikan tugasnya lalu tumpuannya difokuskan sepenuhnya ke arah suaminya.

“Ya, abang. Abang nak minum? Nak sayang buatkan hot chocolate?" Soal Aayra sopan.

Tidak semena - mena ingatan Harraz mula teringatkan kejadian yang berlaku di pejabatnya petang tadi setelah Aayra menyebut hot chocolate. Bibirnya menguntum senyum lau kepalanya digeleng beberapa kali. Harraz mengatur langkah mendekati isterinya lalu pinggang Aayra diraih dari arah belakang.

“Sayang jadi PA abang semula dekat office tu nak tak?" Soal Harraz tiba - tiba.

Sejujurnya dia sangat berharap agar Aayra bersetuju dengan permintaannya itu. Memang pada dasarnya Harraz tidak mengizinkan Aayra bekerja sejak mereka berumahtangga. Dia lebih selesa jika Aayra menguruskan tanggungjawabnya di rumah. Lagi pula Harraz mampu untuk menyara hidup isterinya itu lebih dari apa yang Aayra miliki selama ini. Namun sejak kehadiran Trisya di ZE Corporation, hati Harraz menjadi tidak tenteram. Apatah lagi saat mengingatkan tindakan beraninya semasa di pejabat petang tadi. Tidak semena - mena satu keluhan berat lahir dari bibir Harraz.

Aayra mengalihkan tangan Harraz dari pinggangnya lalu wajah suaminya ditatap lama. Entah mengapa dia berasa seakan pelik dengan permintaan suaminya itu. Walhal sebelum ini Harraz juga yang melarangnya dari bekerja dan kini keadaan menjadi sebaliknya.

“Kenapa abang? Kenapa tiba - tiba je abang nak sayang keje dengan abang semula ni? Abang ada masalah di pejabat ke? Atau business uncle ada masalah?" Soal Aayra bertalu - talu.

Harraz tertawa kecil melihat reaksi Aayra. Dari raut wajah isterinya, kelihatan Aayra sangat bimbang akan dirinya.

“Takdelah sayang. So far business ZE Corporation still under control. Takde masalah apa - apa pun. Cuma yang ada masalahnya sekarang ni adalah abang." Luah Harraz perlahan.

Aayra semakin diulit kerisauan. Serta merta dia meraih kedua - dua tangan Harraz lalu digenggam kuat.

“Abang ada masalah? Masalah apa? Ceritalah abang." Soal Aayra panik.

“Hmm... sebenarnya abang tak sukalah dengan sikap PA baru abang tu. Rimas tau tak. Mengedik je memanjang. Tak macam sayang dulu. Baik, sopan, pandai jaga diri. Serba - serbi perfect lah orang cakap." Cerita Harraz akhirnya.

Mendengarkan alasan Harraz itu, membuatkan Aayra tertawa geli hati. Disangkanya suaminya dibebani dengan pelbagai masalah besar yang melibatkan pekerjaannya. Rupa - rupanya ianya hanya melibatkan masalah Trisya.

“Kenapa sayang ketawa? Abang tak buat lawak pun ok?" Soal Harraz pelik.

“Takdelah. Sayang ingatkan masalah apalah tadi. Rupa - rupanya sebab Trisya je? Teruk sangat ke perangai Trisya tu? Dari awal hari tu lagi sayang dengar abang asyik dok mengomel aje pasal sikap dia." Soal Aayra kembali meminta kepastian.

“Teruklah sayang. Kalau tak, takde lah abang nak mengadu dengan sayang. Rimas abang dibuatnya tahu tak? Dah macam sotong je dia tu. Meliuk lentok sana sini. Ishhh... Gelilah." Omel Harraz lagi.

Aayra semakin terhibur melihat reaksi suaminya. Ketawanya semakin berdekah - dekah. Baginya Harraz memang power jika mengajuk perwatakan seseorang.

“Abang ni. Tak baik tau mengajuk orang macam tu. Dah begitu perangainya nak buat macam mana? Abang cubalah tegur dia baik - baik. Bagitahu dia yang abang tak suka dia buat perangai macam tu. In shaa Allah, lama - lama nanti berubahlah tu." Nasihat Aayra tanpa mengesyaki apa - apa.

“So, sayang sukalah kalau perempuan tu pegang - pegang atau peluk suami sayang ni?" Harraz cuba memancing emosi Aayra.

Buntang mata Aayra saat diajukan soalan seperti itu. Tidak semena - mena satu cubitan halus hinggap di lengan Harraz sehingga suaminya mengaduh kesakitan.

“Abang jangan nak menggatal eh? Kalau sayang dapat tahu yang abang dengan dia buat bukan - bukan di belakang sayang, tahulah nasib korang nanti macam mana. Dua - dua sayang kerat 18 then buang dekat sangkar buaya." Aayra memberi amaran sambil menjegilkan matanya.

“Amboi, kejamnya isteri abang ni!! Nampak je lembut, tapi garangnya boleh tahan juga eh? Sayang.. Sayang. Don't worry ok? Kasih dan cinta di hati abang ni hanya untuk sayang seorang aje. Takde sape pun yang boleh menggantikan tempat sayang di hati abang. Itu janji abang. Trust me, ok?" Bisik Harraz di telinga Aayra lalu tubuh kecil itu diraih ke dalam dakapannya erat.

Aayra tersenyum bahagia. Dia percaya Harraz tidak akan menduakan dirinya. Kasih sayang Harraz terlalu utuh untuk dirinya dan Aayra percaya kebahagiaan yang mereka kecapi ini akan berkekalan hingga ke akhirnya. Itu jugalah yang menjadi doanya di setiap solatnya. Semoga Allah akan terus melimpahi kasih sayang yang berpanjangan buat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience