Bab 36 Dating Bertiga

Drama Completed 209010

Lebih kurang dalam 45 minit jugalah Izara dan Haziq menungang motorsikal.Barulah Haziq menungang motornya masuk ke sebuah Shopping Mall. Dan Izara pun mengikut motor suaminya masuk ke kawasan parking motorsikal di Shopping Mall tersebut. Izara dapat memarkir motornya tidak jauh dari motor suaminya itu.

Bibik turun terlebih dahulu barulah Izara menongkat motor yang ia bawa. Haziq sudah pun menunggu tidak jauh dari tempat parking motor tersebut. Selesai menongkat motornya Izara dan bibik berjalan ke arah Haziq. Haziq memberikan senyuman pada isterinya itu.

"Balik nanti bibik tak mahu naik motor sama Zara" kata bibik pada Izara dan Haziq.

"Kenapa pula dah,balik nanti bibik nak naik apa?"tanyan Haziq pada bibik.

" Bibik nak naik motor sama Encik Haziq saja lah. Zara bawa motornya laju sangat bibik jadi takut",kata bibik.

"Bibik tak boleh naik motor dengan abang Haziq. Zara pun belum pernah naik motor berdua dengan suami Zara," kata Izara agak marah kerana balik nanti bibik hendak tumpang motor suaminya itu.

"Ala,bibik bercanda ajalah. Zara jangan lah marah, balik nanti bibik naik Grab Car je lah", kata bibik sambil berjalan masuk ke dalam Shopping Mall tersebut bersama Izara dan Haziq.

"Kalau bibik nak naik Grab Car Zara tak kisah" kata Izara sambil tersenyum.

"Sudah la tu,jom kita pergi tengok wayang dekat tingkat atas," kata Haziq.

"Bibik mahu tengok-tengok barang yang ada di Shopping Mall ni dulu," kata bibik sambil berjalan.

"Zara pun nak cuci mata dulu tengok barang yang ada jual dekat Shopping Mall ni. Lepas tu baru la kita tengok wayang", kata Izara pula pada suaminya.

"Ya lah, abang ikut Zara dan bibik je la.Kita jalan-jalan dulu dalam Shopping Mall ni,lepas Zara dan bibik puas cuci mata kita pergi tengok wayang okay," kata Haziq sambil memadang dua orang perempuan di sampingnya.

"Okay," kata Izara sambil tersenyum pada suaminya itu.

"Kalau Zara teringin nak beli apa-apa bagi tahu dekat abang. Nanti abang akan bayarkan untu Zara", kata Haziq pada isterinya sambil berjalan beriringan dengan isteri dan bibik.

" Zara rasa teringin nak beli seluar jeans lagi la,"kata Izara sambil tersengih pada suaminya itu.

"Beli la kain skrit labuh atau jubah pula. Baru nampak ayu", kata Haziq pada isterinya.

" Betul kata Encik Haziq tu. Zara ni bibik tengok asik pakai seluar je"kata bibik agak setuju dengan pendapat Haziq.

"Ya lah,terpulang dekat abang la. Lagi pun duit abang bukan duit Zara," kata Zara mengalah.

"Kalau macam tu jom masuk butik pakaian perempuan tu," kata Haziq pada Izara dan bibik.Sambil tangannya menunjuk ke arah butik pakaian yang tidak jauh dari mereka.

Mereka bertiga masuk ke dalam butik tersebut. Izara hanya memerhatikan saja pakaian yang tergantung di butik tersebut. Di hatinya tidak ada satu pun yang berkenan di matanya. Matanya memadang ke arah kedai menjual seluar jeans yang berada tak jauh dari butik tersebut. Tapi nak buat macam mana suaminya lebih suka jika ia membeli pakaian yang agak kewanitaan sikit.

Hati Izara mula berbisik,"tak pa seluar jeans tu nanti bila-bila aku sendiri je pergi beli. Lagi pun aku dah tahu jalan nak pergi Shopping Mall ni. Bukan jauh mana pun 45 minit je nak motor."

"Zara menung apa tu? Mai la sini tengok yang mana berkenan",kata Haziq pada isterinya.

" Zara termenung sebab tak tahu nak pilih yang mana. Abang dengan bibik je la pilihkan untuk Zara. Apa yang abang rasa sesuai dengan Zara,Zara terima je,"kata Zara sambil memberikan senyuman pada suaminya itu.

Bibik dan Haziq telah memilih beberapa helai kain skrit labuh dengan baju blouse untuk di padankan. Serta1 baju jubah yang agak longar untuk Izara. Bibik juga memilih satu baju jubah untuk dirinya atas permintaan Haziq. Selesai memilih Haziq pun membayar harga pakaian tersebut di kaunter.

"Lepas ni nak pergi mana lagi?," tanya Haziq pada Izara dan orang gajinya.

"Lepas ni kita pergi tengok wayang je la. Nanti lama sangat keluar kesian dekat mak dan abah berdua je dekat rumah tu", kata Izara pada suaminya itu.

Izara tahu suaminya itu sudah tentu akan teringat pada abah yang masih sakit di rumah. Izara juga ada perasaan simpati melihat keadaan bapa mentuanya yang sakit.

"Bibik setuju dengan Zara," kata bibik mengiakan apa yang di katakan oleh Izara.

"Kalau macam tu jom la. Lepas tengok wayang kita makan dulu baru balik okay," kata Haziq.

Mereka bertiga berjalan menuju ke tempat menonton wayang. Haziq membeli 3 tiket untuk mereka bertiga.

"Bibik jarang dapat menonton wayang dekat Malaysia ni. Bertuah ikut kamu berdua hari ni. Kalau setiap hari minggu macam ni bibik sanggup ikut. Tak kisah naik motor dengan Zara pun", kata bibik dengan senang hatinya pada Zara dan Haziq.

" Tapi Zara tak suka bibik ikut. Zara kalau boleh nak keluar berdua dengan abang Haziq je",kata Izara membuat mimik muka tidak suka.

"Ala,dekat dalam bilik kan kita memang berdua je. Mana ada sesiapa ngangu pun",katan Haziq cuba memujuk isterinya itu.

" Dalam bilik lain la... Zara teringin nak dating berdua macam pasangan lain,"kata Izara lagi.

"Okay,nanti bila abang dapat cuti panjang barulah boleh dating berdua. Sebab kalau cuti dan abah pun dah sihat boleh abang bawa Zara pergi bulan madu ke tempat yang tak ada sesiapa pun kenal abang dan Zara. Sementara ni Zara sabar la dulu ya",kata Haziq pada isterinya itu.

" Okay,Zara akan sabar demi abang",kata Zara sambil mulutnya tersenyum lebar mendengar pujukkan dari suaminya itu.

Selesai menonton wayang mereka bertiga pun pergi ke restoran yang ada di dalam Shopping Mall tersebut. Selesai makan mereka bertiga keluar dari restoran tersebut dan berjalan ke arah tempat motorsikal mereka terparking.

Semasa ingin keluar dari pintu Shopping Mall tersebut tiba-tiba ada seorang wanita memanggil nama Haziq. Haziq pun menoleh untuk melihat siapa yang telah memanggil namanya. Izara dan bibik juga turut menoleh ke arah wanita yang memanggil Haziq.

Mereka melihat ada dua wanita tak jauh dari mereka bertiga.Haziq kenal wanita yang memanggil namanya itu. Kerana wanita tersebut adalah bekas tunangnya.

Sementara Izara pula agak terkejut melihat wajah wanita separuh baya yang berada di sebelah wanita yang memanggil nama Haziq tersebut. Kerana wanita yang berada di sebelah bekas tunang Haziq itu adalah ibu kandung Izara.

Bersambung...

Share this novel

pieja rem
2020-10-07 16:44:36 

bekas tunang Izara kakak dia...


NovelPlus Premium

The best ads free experience