Bab 05

Romance Series 21400

"""kokkokokkok"""

...bunyi ayam jantan digital daripada bilik Emma menggantikan humpty yang sudah lama pencen.. katanya rindu untuk bersama dengan keluarganya di kampung iaitu Wonderland..

"Emma... bangun la.. dari tadi ayam tu berbunyi.. mahu habis suara dia menjerit.. Emma.. kamu dengar tak.. ""..

Emma mengalami masalah murung kerana 3 tahun berlalu tanpa sebarang khabar berita daripada Ammar.. hatinya hancur setiap kali teringatkan Ammar.. perasaannya bercampur-baur samada Ammar sakit ataupun Ammar sudah meninggalkannya.. hari-harinya tidak seperti dulu lagi..

Emma kurang bercakap.. bangun tidur lewat.. makan sedikit.. apabila ditanyakan tentang masalahnya.. Emma akan mengelak,dia hanya memberitahu yang dia stress dengan beberapa mata pelajaran.. Emma tidak henti-henti menangis dalam diam kerana dia begitu menyayangi Ammar.. setiap kali selesai solat Emma akan mendoakan yang terbaik untuk Ammar..

"Emma dah bangun dah dari tadi, saja nak bagi ayam ni berkokok lama sikit.. ".jawab Emma malas..

"Emma.. kalau macam ni la kamu.. ibu rasa baik kamu berhenti belajar buat seketika waktu.. ambil cuti yang panjang untuk menenangkan fikiran kamu.. macam mana?!! "..

"emmm... tak nak lah ibu.. Emma okay je.. takde apa yang perlu ibu risau.. "..

"macam manalah ibu tak risau, kamu ni dah semakin teruk ni.. makan pun tak lalu.. senang-senang kamu terima je la.. "..

Semalam ada orang datang ke rumah Emma.. datang membawa hajat yang besar, mereka datang untuk masuk meminang Emma, Puan Aisyah datang untuk meminang Emma bagi anak lelaki sulung mereka, Puan Aisyah dan Puan Asiah adalah sahabat baik sejak sekolah dulu lagi.. tidak sangka Puan Aisyah mempunyai niat untuk berbesan dengannya.. Emma menjadi serba salah.. 6 tahun penantiannya sudah berlalu.. besar kemungkinan Ammar balik pada tahun ini.. Emma masih lagi menaruh harapan yang tinggi kepada Ammar.. namun, Emma tidak sampai hati menghampakan harapan ibunya.. ibunya sudah lama mengharapkan Emma supaya berkahwin..

"Emm.. ibu.. Emma masih belajar.. biarlah Emma habis belajar dulu, baru kita bincang fasal ni ye.. "..

"ye la ibu bukannya apa, cuma.... ".

""""tok.. tok.. tok.. "".

Pintu rumah puan Asiah diketok..

"Assalamualaikum.. "...

"Waalaikumussalam.. ye nak, kamu cari siapa??! "..

kelihatan seorang jejaka segak sedang berdiri di hadapan pintu rumah Puan Asiah...

"emm.. makcik, Emma ada tak??!! ""..

"ohh.. ada, sekejap ye makcik panggil.. ".

Puan Asiah segera mendapatkan Emma yang sedang berada di dalam biliknya.. Emma berlari menuju ke pintu.. sesampainya di hadapan pintu..

"Ammar!!! "..


**********************
Emma menangis teresak-esak di dalam biliknya.. tangisan yang membuatkan Puan Asiah tertanya-tanya.. apakah yang dibualkan oleh Emma dan kawannya Ammar..

"Emma.. kamu okay ke..?!! "..

Emma segera mengelap air mata yang bercucuran dan berlagak selamba..

"ehh.. ibu.. Emma okay la.. tak ada apa-apa pon.. "..

Puan Asiah merenung tepat ke arah anak mata milik anak bongsunya..

"kamu jangan nak tipu ibu.. cepat.. cuba kamu ceritakan apa masalah kamu.. fasal pembelajaran kamu lagi ke??! ".

Emma mengganguk perlahan, dalam hatinya tidak tenang memikirkan perasaan ibunya kerana dia telah menipu ibunya berulang kali..

"kalau macam tu.. kamu ikut apa yang ibu cadangkan.. berhenti belajar buat seketika waktu.. ataupun.. ".

Belum sempat Puan Asiah menghabiskan kata-katanya.. Emma sudah mencelah..

"ibu.. Emma terima lamaran tu.. Emma nak kahwin.. "..

"Emma.. betul ke ni.. kamu dah fikir masak-masak.. dah solat istikharah??! ".

"tadi ibu yang nasihatkan Emma supaya berkahwin.. "..

"kalau itu yang Emma mahukan.. ibu ikutkan aje.. ibu harap pilihan Emma adalah pilihan yang terbaik.. Ibu tak nak Emma kecewa nanti.. "..

Emma hanya menunduk tanpa memandang wajah ibunya.. sebenarnya Emma tidak berapa yakin dengan keputusan yang dibuatnya.. tapi kalau bukan disebabkan Ammar.. Emma tidak akan menerima lamaran tersebut.. hatinya menjadi sakit setiap kali teringatkan Ammar...


************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience