Dua Puluh Tiga

Other Completed 44787

Dua tahun berlalu. Cinta yang sekarang adalah seorang Pegawai dalam Unit Risikan membenteras lanun dan pelbagai hal yang berkaitan penculikan.

Selama 6 bulan dia melalui fasa sengsara didalam kem dan setahun lebih selepas lulus dalam Kursus, Dia menyambung lagi untuk mendapatkan Sijil yang mencabar memandu Jet pejuang Shukoi.

Dia hanya harus bertahan setahun lagi untuk membawa pulang sijil yang membanggakannya. Dia juga diberitahu bahawa Dinda selamat melahirkan Bayi perempuan yang diberi nama Asyifa Talita.

Thariq selalu menghubunginya. Bertanyakan bila dia akan pulang. Thariq juga memberitahu padanya kini HyQarl sudah berubah dan dia mempunyai seorang anak bersama dengan Syuhadah. Namun sayangnya Syuhadah meninggal semasa melahirkan anak itu.

Namun bagi Cinta, Apa yang dikatakan oleh Thariq itu semua adalah karma. Karma bagi HyQarl dan Syuhadah. Baginya HyQarl masa lalunya. Ada seseorang yang kini sentiasa bermain dan muncul didalam mimpinya.

"Jasmin, Hari ni saya nak awak melakukan penerbangan pertama awak." Kata Amar.

"Baiklah." Kata Cinta.

"Tapi kau kena gerak dengan aku tengahari ni ke Pangkalan Tawau." Kata Amar.

"La yeke. Kenapa tak cakap awal." Kata Cinta mengeluh.

"Aku pun baru diberitahu tadi." Kata Amar.

"Aku bangga kau sama seperti Thariq. Sangat kental. Begitu jua adik kau Hilal yang telah lulus dalam kursus setahun bersama dengan Tentera laut." Kata Amar merasa bangga.

"Saya juga tak sangka akan bertahan hingga sekarang." Kata Cinta.

"Eh tenuk." Panggil Umar.

Amar dah lali melihat dua orang didepan yang sentiasa bergaduh bila bertemu.

"Kau sebut lagi sekali aku ikat kau dekat pokok tu." kata Cinta sambil menunjuk pokok ditepi padang.

Cinta dan Umar sekarang sama-sama naik. Namun sekarang Cinta dah tak tinggal di dalam kem melainkan di tinggal dibandar menyewa bilik disana dan dengan duit yang dikumpulnya dulu dia telah membeli sebuah Moto Ducati.

"Dah. Ni Jasmin. Esok selesai semua. Aku akan hantar kau buat misi." Kata Amar.

"Kat mana?" Tanya Cinta.

"Kita akan bergabung dengan Team Helang Laut dari pasukan Tentera Laut. Di perairan Sumandak." Kata Amar.

"Ok. Boleh." Kata Cinta.

"Dan kau akan jumpa Adik kau Hilal." Kata Amar memancing Cinta.

"Korang dah gila ke apa? Mampus aku." Kata Cinta terkejut.

"Sampai bila kau nak rahsiakan dari Thariq dari adik kau?" Kata Umar pula.

"Sampai masa aku akan bagitau." Kata Cinta.

"Mereka takkan mengenali kau lah." Kata Amar.

"Ye aku tahu. Tapi aku juga kenal siapa Hilal. Dia pasti dapat cam aku. Walaupun hanya nampak badan aku." Kata Cinta.

"Jadi kau nak cancel?" Tanya Umar.

"Tak. Aku akan ikut juga." Cinta memutuskan.

-Kondo HyQarl-

HyQarl yang sedang mengendong bayi lelakinya yang sedang tidur teringatkan Cinta.

"Sayang Abang kat mana sekarang. Kenapa Sayang belum balik lagi." HyQarl berkata.

Hampir setiap hari dia menghubungi Cinta. Namun Cinta langsung tidak menjawabnya.

"Sayang masih tak percayakan Abang dah berubah ke." Kata HyQarl lagi.

Pintu Kondo terbuka dan Mariana muncul dibalik pintu.

"Buat apa tu?" Tanya Mariana.

"Tidurkan Aiman." Kata HyQarl separuh berbisik.

Mariana mendekati HyQarl. Dia meletakkan barang yang dibelinya diatas meja dapur.

"Qarl pergi susun barang tu. Biar Akak jaga Aiman." Kata Mariana.

Marlinah menghilangkan diri selepas dia menjual rumah Villa milik keluarganya dan membawa lari kesemua duit peninggalan Ayah dan Ibu mereka.

Kini Mariana baru sedar, HyQarl sanggup menjaganya. Walaupun dulu dia sering mengugut adiknya itu.

"Shhh shh shh." Mariana meletakkan Aiman didalam kandang katil.

"Qarl tak cuba hubungi Cinta?" Kata Mariana akhirnya membuka cerita tentang bekas isteri HyQarl.

"Qarl dah cuba. Tapi setiap Qarl call dia takkan jawab." Kata HyQarl.

"Qarl cuba guna nombor Akak. Mana tahu dia jawab." Kata Mariana memberi pendapat.

"Betul juga." Kata HyQarl yang mula melabuhkan punggungnya disebelah Mariana.

"Nah." Mariana menyerahkan pada HyQarl phonenya.

HyQarl menyambut dan mulai menekan nombor phone Cinta. Hanya beberapa deringan panggilannya disambut.

"Hello Assalammualaikum." Sapa Cinta didalam talian.

"Waalaikumsalam." Kata HyQarl.

"Sapa ni." Kata Cinta.

"Qarl." Balas HyQarl.

Cinta diam dan ingin memutuskan panggilan.

"Kejap Sayang. Jangan letakkan." Kata HyQarl.

"Apa lagi. Aku sibuk sekarang." Kata Cinta.

Terdengar suara seperti angin menyebabkan dia tidak jelas mendengarkan apa yang dikatakan Cinta.

"Sayang kat mana ni?" Tanya HyQarl.

"Dekat dalam neraka." Balas Cinta.

"Sayang masih marahkan Abang ke?" HyQarl bertanya.

Bunyi angin tadi hilang lalu dia jelas mendengar seorang lelaki bertanya pada Cinta.

"Kenapa?" Kata suara itu.

"Kau gerak dulu. Kejap lagi aku kejar." Kata Cinta.

"Hello." Cinta berkata.

"Hmm." HyQarl mula cemburu apabila Cinta lebih mesra bersama lelaki itu berbanding dengannya.

"Macam nilah Kapten HyQarl. Saya dan awak memang takde jodoh. Dan carilah perempuan lain gantikan Arwah Syu. Jangan tunggu saya lagi." Kata Cinta.

"Kenapa Sayang dah ada orang lain?" Tanya HyQarl.

"Yup. Saya dah cukup bahagia dengannya." Kata Cinta yang selalu berhubungan dengan Sarah. Tanpa diminta hatinya mulai terbuka semula untuk lelaki bernama Adam Luthfi.

"Takde sedikit ke rasa cinta sayang kat Abang lagi?" Tanya HyQarl.

Panggilan diputuskan oleh Cinta. Kecewa HyQarl dengan semua tu. Dia menyerahkan kembali phone Mariana.

Ting! Ting!

Whatsapp masuk menandakan ada seseorang memberikan pesanan. Mariana membukanya melihat nombor tak dikenali menghantar pesanan.

_Jangan mengharapkan agar Cinta pulang kepada Qarl. Cinta dah jumpa kebahagiaan Cinta disini. Tapi percayalah apa yang jadi dulu Cinta tak boleh nak lupakan. Biarlah ianya menjadi titik hitam dalam kehidupan Cinta_

Mariana menyerahkan puone semula kepada HyQarl. HyQarl membaca pesanan dari Cinta. Setitik air matanya jatuh.

"Maafkan Qarl. Qarl yang menyebabkan Cinta jadi macam ni. Izinkan Qarl membalut luka yang oernah Qarl ciptakan dulu." Kata HyQarl dalam tangisan.

HyQarl membalas pesanan itu.

_Izinkan Qarl sembuhkan luka yang pernah Qarl berikan dulu. Qarl menyesal melukakan hati Sayang dulu. Berilah Qarl peluang terakhir._

HyQarl menghantar pesanan itu namun tidak ada balasan yang diterimanya.

"Mungkin betul, Cinta dah cukup terluka dengan perbuatan kita." Kata Mariana.

"Qarl menyesal sangat." Kata HyQarl.

"Carilah pengganti agar Aiman tidak kurang kasih sayang seorang Ibu." Kata Mariana.

"Qarl tetap akan tunggu Cinta." Kata HyQarl.

"Sampai bila?" Tanya Mariana.

"Hujung nyawa Qarl." Kata HyQarl.

"Jangan fikirkan diri kau je Qarl. Fikir juga Aiman tu. Dia perlukan seorang Ibu." Kata mariana.

HyQarl berfikir sambil menundukkan wajah melihat lantai kondo.

"Akak carilah mana yang terbaik bagi akak." Kata HyQarl akhirnya.

Dia tak boleh nak korbankan anaknya demi perasaannya pada Cinta. Dia memegang belas luka didadanya.

"Walaupun Sayang tak bersama Abang didunia ni. Abang akan pastikan Sayang akan bersama dengan Abang diakhirat kelak." Kata HyQarl.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience