Bab 11

Romance Series 12449

Aspura pov

Didrom block putera, aspura membuat mesyuarat antara mereka sahaja. Masing-masing duduk dalam bulatan ditengah tengah bilik.

"We korang rasa happy tak keluar dengan Aspuri hari ni? " soal Tengku Amir. Matanya tidak lepas memandang satu persatu muka sahabatnya.

Memadangkan Aspura yang lain ingin balik semula ke asrama Tengku Amir ambil keputusan untuk balik asrama pada hari sama. Seketika tadi mereka singgah kerumah Tengku Amir untuk mengambil barang untuk dibawa bersama.

Mereka semua menggeleng tanda tidak happy. Celah mananya kalau semua ego, memaksa dan keras kepala. Siapa je suka kan?

"Siapa nak cerita dulu pengalaman korang semua dengan Aspuri"

Semua hanya diam sahaja seakan tiada mood untuk membuka cerita. Tengku Amir menghela nafas. Dia memandang saudaranya.

"Baiklah kita akan mulakan dengan Amirul dulu" putusnya. Mata Tengku Amirul Faree tajam memerhati kearah dirinya. Jejaka itu hanya beriak biasa sahaja.

Semua mata menghala kearahnya dia. Dia mengambil nafas kemudian menghembuskan perlahan.

"Aku. Menyesal. Keluar. Berdua. Dengan. Dia"

Ucapnya satu persatu dalam satu nafas. Kawan-kawannya yang lain sudah terpinga-pinga.

"Asal kau cakap macam tu?" soal Faizs.

Tengku Amirul Fareez membuka cerita petang tadi dihadapan Aspura.

Flashback

Ku Syaf Ariana serta Tengku Amirul Fareez sedang berjalan bersama seiring lagak seperti kekasih walhal tidak.

Gadis kacukan itu memerhatikan Tengku Amirul Fareez sedang bermain telefon pintar. Pandangannya hanya kosong sahaja.

Tiba tiba muncul troli yang mengakut kotak besar. Kira-kira dalam 3 kotak lah. Ia menuju laju kearah Tengku Amirul Fareez yang sedang leka bermain telefon.

Mata kelabu Ku Syaf Ariana menyorok tajam kearah lelaki itu. Segera dia memegang lengan lelaki itu dan menarik kuat ke tepi.

Terkejut beruk Tengku Amirul Fareez yang sedang bermain telefon. Dia menyimpan telefon pintar miliknya kedalam poket seluar. Mata hazel itu memandang tajam kearah gadis itu.

"Kau apasal tarik aku ah? Dah takde kerja ke?! " soalnya sedikit marah. Mata helang itu tajam memerhati tingkah laku si gadis.

Panas telinga Ku Syaf Ariana dengar. Pantas jari telunjuknya belah kanan menunjukkan kearah muka lelaki itu dengan riak dingin.

"Hello, kau cakap aku tak de kerja! Kalau aku tak tarik kau tadi aku rasa kau dah sampai dekat hospital dah" ujarnya datar.

Membengkak hati Ku Syaf Ariana bila bersama lelaki itu. "Kalau macam ni lah jadinya, baik aku tak payah tolong kau! " tuturnya sangat dingin.

Tengku Amirul Fareez berasa serba salah dalam diam "aku-" kata-kata dia dipotong oleh Ku Syaf Ariana.

"Tak payah cakap. Aku tak nak dengar suara kau. Kau cuba cakap siap kau!"

"Tapi aku-"

Buk!

Tengku Amirul Fareez menunduk memegang perut yang senak akibat ditumbuk oleh Ku Syaf Ariana.

"Senak siut perut aku" bisik dia perlahan.

Ku Syaf Ariana tersenyum sinis. Dia berjalan meninggalkan lelaki itu dalam keadaan senang hati.

End flashback

"Macam tulah jelah cerita dia" terang Tengku Amirul Fareez siap dibuat gaya lagi.

Masing-masing yang mendengar membisukan diri sahaja. Aiman Mukhris memecahkan suasana yang sunyi.

"Ganas gak eh Syaf tu. Sedap tak kau kena tumbuk?" terpacul soalan bodoh dari Aiman Mukhris. Yang lain menepuk dahi.

"We tak ada dalam dunia ni lagi yang kata sedap kena tumbuk lagi-lagi dekat perut" jelas Syed Anas.

"Lainlah kalau kau tu tak de perasaan sakit. Memang tak rasa lah jawabnya" perli Faizs.

Yang lain sudah mengekek ketawa. Tapi sedaya upaya tidak melebihi takut nanti Aiman Mukhris terasa.

"Alah titew uma anya je. Anganlah arah. Akut titew" ucap Aiman Mukhris manja. Dia bermain-main jarinya lagak orang merajuk.

Tengku Amirul Fareez, Tengku Amir, Syed Anas dan Faizs menggelengkan kepala melihat telatah Aiman Mukhris.

Dalam kalangan mereka Aiman Mukhris paling manja dengan mereka walaupun depan orang ramai dingin.

"Siapa yang nak sambung cerita sebelum kita masuk tidur" ujar Tengku Amir. Dia memandang satu persatu kawannya yang lain.

Matanya tepat berhenti di wajah Syed Anas.

"Aku nak Anas cerita sekarang" arahnya.

Syed Anas menaik alis kanannya "aku" dia menunjukkan kearah dirinya kemudian dia ketawa kecil.

"Aku tak ada kisah untuk diceritakan. Sebab kenapa? Kitaorang jalan macam orang asing. Langsung tak bercakap"

Mereka semua tersengih seperti kerang busuk.

"Kesian kau, dapat perempuan hati beku" Faizs mengetawakan Syed Anas. Yang lain pun sudah terikut. Sampai terkeluar air mata.

Muka Syed Anas cemberut " jahat korangkan gelakkan aku".

"Bukan selalu pun" ucap Tengku Amirul Fareez. Dia mengelap sedikit air mata yang jatuh akibat gelak tadi.

Tengku Amir mengerling kearah jam yang terletak di dinding drom mereka. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 10:01 malam.

"We dah pukul 10 jom ah tidur esokkan ada perhimpunan" ujar Tengku Amir. Dia bangun dari duduk dan melompat terus pada katilnya.

Faizs juga ikut cara yang sama seperti Tengku Amir tadi. Aspura yang lain mencebik.

"Ceh mentang-mentang katil korang dekat belakang je terus melompat macam tak tidur setahun" perli Tengku Amirul Fareez sedas.

Faizs serta Tengku Amir menjeling tajam kearah sahabat mereka.

"Suka hatilah" jawab mereka berdua serentak.

Tok!

Tok!

Tok!

"Tidur sekarang dah malam esok korang sekolah! "

Jerit warden dari luar drom mereka. Kelam-kabut Aspura pergi ke tempat masing-masing.

"Awal dho warden ronda hari ni. Kacau daun betul" bisik Syed Anas perlahan kepada Aiman Mukhris.

"Shhh tidur" ucap Aiman Mukhris. Dia terus memejam mata. Syed Anas menjeling kearahnya.

Aspuri pov
(ni aku buat sebelum mereka tidur jadi jangan keliru)

"Ergh penat dho hari ni" ucap Tengku Farah Adlina. Dia bergolek dekat atas katil didrom milik Aspuri.

"Ceh apa yang penatnya. Aku rasa yang penat hari ni fizikal dan emosi kita" tutur Tengku Syafiqah datar. Dia mengambil bantal peluk mininya yang berwarna biru dan memeluk sambil memejamkan mata.

Aspuri yang lain sedang berbaring dikatil masing-masing. Lagaknya penat berjalan walhal banyak makan hati pada hari ini.

"We aku dengar cerita kau pergi tumbuk si Amirul tu" ujar Tengku Syafiqah dalam mata masih tertutup.

Mereka yang lain hanya diam saja tanpa ingin menyampuk perbualan dua sahabat itu.

"Kau nak tahu kenapa aku pergi tumbuk dia? Dia tu manusia tak reti bersyukur. Aku tolong dia dari kena langgar troli yang angkat kotak tu tapi dia marah aku. Sebab tu aku terus tumbuk je dia" ucapnya panjang lebar.

Tengku Syafiqah mengangguk faham.

Beberapa minit kemudian semua hanya diam sahaja melayan perasaan. Nik Aira memecahkan suasana yang sunyi."We, share lah cerita korang hari ni dekat mall tadi" ujar Nik Aira.

Mereka yang lain diam. Tiba-tiba Tengku Farah Adlina mengakat tangannya.

"Tak pe aku dengan rela hati biar aku cerita apa jadi dekat mall sepanjang aku dengan Faizs".

Yang lain tekun ingin mendengar cerita yang bakal ditutur oleh Tengku Farah Adlina.

"Macam ni cerita dia-"

Flashback

Masing-masing hanya diam sahaja. Tak tahu apa yang ingin dibualkan.

Mereka berdua telah tawaf satu mall tanpa ingin dibual apatah lagi ingin membeli.

Tiba sahaja dihadapan kedai menjual cover telefon kaki Tengku Farah Adlina berhenti. Faizs yang berada dibelakang Tengku Farah Adlina berasa pelik.

"Asal kau berhenti, Farah? " soal Faizs pelik. Dia berdiri disebelah gadis itu.

"Tt-tak ada apa-apa. Aku saja henti nak tengok kedai" ucapnya. Matanya masih melekat pada kedai itu.

Mata dark brown itu memandang kearah kedai yang dikata oleh gadis itu. Dia tersenyum nipis.

Tanpa amaran dia menarik tangan Tengku Farah Adlina masuk kedalam kedai cover telefon itu.

Terkejut Tengku Farah Adlina dengan tindakan drastik lelaki itu.

Mereka berdua berjalan menyusuri setiap lorong yang banyak cover. Macam-macam warna dan bentuk ada. Habis rambang mata Tengku Farah Adlina dan Faizs melihat.

Tiba tiba mata Faizs tertacap pada satu cover yang kuning keemasan. Dia tersenyum nakal. Dia memanggil Tengku Farah Adlina.

"We sini jap"

Tengku Farah Adlina menoleh kebelakang apabila dipanggil oleh jejaka itu. Dia pergi kearah Faizs.

"Ada apa kau panggil aku? "

"Nah ni cover telefon sesuai untuk kau"

Faizs memberikan cover telefon yang dilihatnya tadi kepada gadis itu. Tengku Farah Adlina mengerut dahi kemudian membulat matanya.

"Apa benda dho kau ni. Cover dah lah gambar harimau!? "

Mendengus kasar Tengku Farah Adlina. What the? Harimau? Come on lah.

"Apa oklah tu. Kau kan garang macam harimau" selamba sahaja Faizs bercakap tanpa fikirkan perasaan gadis itu semakin memuncak marah.

"Eh bahasa kau jaga sikit. Aku lesing mulut kau tu jap gi baru tahu" gadis itu menjeling tajam kearah Faizs.

Faizs hanya tersengih nakal sahaja. Terjengil mata Tengku Farah Adlina.

Tengku Farah Adlina meletakkan kembali cover telefon yang diberi diatas tapak tangan Faizs. Dia menjeling tajam kearah lelaki itu dan meninggalkannya.

Pekerja kedai itu hanya menggelengkan kepala melihat telatah dua remaja itu.

End flashback

"Begitulah kisah dia" ucapnya dengan membuat gaya ala ala cerita kartun pada zaman dahulu.

Mereka yang lain tepuk tangan. Layankan jelah. Takut nanti kecik hati kawan mereka.

"Tak gentleman langsung Faizs tu" ucap dia tiba-tiba. Aspuri lain mengerut dahi.

"Asal kau cakap macam tu?" soal Iman Nadhirah.

"Entah" loya buruk Tengku Farah Adlina. Dia sendiri tak tahu kenapa dia cakap macam tu.

"Ke kau suka dia" usik Ku Syaf Ariana. Yang lain sudah senyuman nakal kearah dirinya.

"Mana ada" jawabnya pasti.

Mereka semua mengekek ketawa.
Cemberut Tengku Farah Adlina.

"Eh eh dah lah jom tidur kejap lagi warden datangkan" tutur Tengku Syafiqah. Dia menutup matanya dan masuk ke alam mimpi.

Yang lain hanya menurut sahaja tanpa ingin menyampuk. Perlahan laha mata mereka menutup dan masuk ke alam mimpi. Semoga ada hari esok ada lebih baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience