BAB 2

Romance Completed 56522

Dato' Lokhman terus bangun. Menghampiri Azeem yang masih berdiri tegak di sebelahnya. Tubuh itu dipeluknya erat. Rasa sebak bertamu dalam dirinya. Doanya dimakbulkan.

"Terima kasih Azeem, uncle tak tau nak cakap apa, uncle terlalu gembira, uncle fikir, Azeem akan menolak, tapi sebaliknya. Terima kasih sebab tak hampakan harapan uncle," luah Dato' Lokhman masih lagi memeluk lelaki muda itu.

Azeem membalas pelukan Dato' Lokhman, belakang lelaki separuh baya itu digosoknya perlahan. "Sama - sama uncle."

Semua yang ada di situ tersenyum lega, kecuali Inas. Dia masih tidak memahami apa yang telah dirancangkan oleh daddy bersama dengan anak orang gaji di rumahnya itu.

"Setuju apa ni???" soalnya sepontan. Matanya tertala ke arah semua yang ada di meja makan itu...

"Mommy, daddy apa semua ni???" ulangnya lagi.

Dato' Lokhman berpaling ke arah anaknya. Dia sudah bersedia untuk memaklumkan perkara itu kepada Inas. Dia sudah dapat mengagak apa reaksi anaknya itu nanti.

"Azeem bakal suami kamu, daddy tak nak sebarang bantahan, keputusan daddy muktamad," tegas kata - kata yang terbit di bibir Dato' Lokhman. Dia tidak peduli akan perasaan anaknya lagi. Sudah puas dia bersabar dengan perangai Inas.

"Inas tak setuju, daddy tak boleh membelakangkan Inas dalam soal jodoh Inas," Inas mula membentak. Tangannya menepuk kuat meja makan itu.

"Apa ni mommy???"

"Keputusan daddy muktamad Inas, hujung bulan ni kamu berdua bertunang, selang seminggu selepas itu, majlis nikah. Daddy ulang, daddy tak nak sebarang bantahan," Dato' Lokhman tetap bertegas dengan keputusannya. Azeem di sebelahnya dia pandang, lelaki muda itu hanya mendiamkan diri. Hanya menjadi pemerhati.

"Inas tak nak, jangan paksa Inas," turun naik nafasnya ketika ini. Air matanya bergenang.

Datin Salwa menggosok perlahan bahu anaknya. Perasaan serba - salah mula bertandang di dalam hatinya.

"Daddy tetap dengan keputusan daddy, Azeem jumpa uncle dekat bilik bacaan sekarang," ujar Dato' Lokhman terus berlalu menuju ke tingkat atas. Bilik bacaannya dia tujui. Azeem mengikut dari belakang.

Inas menghentak kuat kakinya "Inas benci, semua kejam dengan Inas," Inas merengus. Air matanya berjujuran. Dia berlari naik ke tingkat atas.

Bammm!!!

Bunyi pintu dihempasnya kuat. Terhinggut bahu Datin Salwa yang mengekori jejak langkah anaknya itu, risau pula dia kepada Inas. Kepala dia geleng perlahan. Pintu bilik anaknya dia kuak. Kelihatan Inas terbaring meniarap di atas katil dengan wajahnya menyembam ke bantal. Suara esakan kedengaran, diiringi sedu - sedannya.

Datin Salwa datang mendekat, melabuhkan punggungnya di atas katil sebelah Inas.

"Sabar sayang, apa yang daddy buat semuanya untuk kebaikan Inas. Inas kena dengar cakap daddy. Tolong dengar cakap daddy untuk kalini sayang," Datin Salwa memujuk walaupun dia tau anaknya itu tidak termakan pujuk. Sikap degilnya serupa dengan daddynya juga.

"Kebaikan apanya mommy??? ni semua akan menentukan halatuju masa depan Inas. Inas masih belum bersedia nak kahwin. Inas muda lagi, kenapa harus nak paksa Inas??? Inas tak cintakan dia, macammana Inas nak kahwin dengan dia?" huk..huk..huk... Makin kuat sedu - sedannya.

"Azeem tu lelaki yang baik Inas, dia akan jadi suami yang baik untuk Inas, percayalah cakap mommy. Cinta dan sayang boleh dipupuk selepas kahwin," Datin Salwa memujuk, masih berkata berlembut dengan anaknya.

"Mana mommy tau dia baik?" huk...huk..huk....Masih dengan sedu - sedannya. "Semua dah tak sayang Inas. Semua tak fikir perasaan Inas, untuk apa Inas teruskan hidup kalau macam ni. Baik Inas mati jer," air mata yang mengalir laju dia biarkan. Hatinya cukup terasa dengan keputusan mendadak tanpa perbincangan yang daddynya dah tentukan. Ibarat dia seperti patung cendana yang tidak mengerti apa - apa.

"Jangan cakap macam tu sayang, mommy dan daddy sayang sangat dekat Inas, Inas satu - satunya anak kami, sebab tu kami buat macamni, kami taknak Inas jatuh pada lelaki yang salah. Biar Azeem yang jaga Inas," ujar Datin Salwa. Kepala anaknya digosok perlahan.

"Dengar cakap daddy yer sayang, Inas rehat, mommy keluar dulu," nasihat Datin Salwa Seraya berlalu pergi. Sekali lagi dia pandang anak daranya itu di balik pintu sebelum berlalu pergi menuju ke arah tangga.

___________

"Saya ikut je apa yang uncle dah rancangkan. Nanti saya cuba pujuk Inas untuk pergi selesaikan semua dokumen nikah."

Mendengarkan kata - kata itu, Dato' Lokhman tersenyum senang. Sudah lama dia berkenan untuk bermenantukan Azeem. Pada pandangan matanya hanya Azeem yang layak untuk menjadi menantunya. Lagipula Azeem sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Dia kenal jejaka itu sudah lama, sejak dari Azeem masih kecil. Sudah tau luar dan dalam hati lelaki muda itu.

Dato' Lokhman mengangguk perlahan. "Uncle percaya pada kamu Azeem, kamu mampu jaga Inas dengan baik," seraya berdiri, bahu itu ditepuknya perlahan.

"Kalau takde apa - apa lagi, saya minta diri untuk keluar dulu uncle," Azeem melangkah keluar setelah mendapat anggukan dari Dato' Lokhman. Meninggalkan Dato' Lokhman bersendirian di dalam bilik bacaan itu.

Mata melilau ke arah dapur, mencari insan yang paling penting dalam hidupnya. Dia mengambil keputusan untuk duduk sahaja dia salah satu kerusi pada set meja makan yang ada di dapur itu. Meja makan yang emak dan ayahnya gunakan untuk makan dan berehat.

"Azeem, macam mana keputusan kamu? dah bagitau pada dato' dengan datin belum?" soal Mak Jenab yang kebetulan baru masuk ke dapur, kelihatan di tangannya ada beberapa tangkai daun kari yang diambilnya dari belakang rumah. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah anaknya itu.

"Dah mak, Azeem terima, Azeem serba - salah, seminggu Azeem ambil keputusan ni mak, seminggu juga Azeem buat solat istiqarah. Petunjuk yang Azeem dapat memang wajah Inas mak," Azeem menarik nafas dalam - dalam usai mengatakan itu. Dia yakin dengan keputusan yang dia buat dan dia yakin dengan apa jua ketentuan yang Allah dah tetapkan untuknya.

"Azeem akan ikut apa jua perancangan yang uncle dah tentukan. Baik bagi dia, baiklah juga bagi Azeem dengan Inas," tangan yang hampir nak berkedut itu dia capai dan dia genggam, terasa semangatnya yang hampir menghilang itu datang kembali.

"Mak dengan ayah doakan Azeem yer, hidup Azeem takkan bermakna tanpa doa mak dengan ayah. Mak dengan ayah adalah kekuatan dalam hidup Azeem."

Mak Jenab tersenyum beserta anggukan kecil. "Mak selalu doakan kebahagian anak mak. Mak percaya dan yakin dengan apa jua keputusan yang Azeem buat. Mak kenal Azeem. Azeem bukan buat keputusan yang terburu - buru. Sudah fikir panjang. InshaAllah semoga yang baik - baik untuk anak mak," badan anak terunanya itu dia tarik ke dalam pelukan. Walaupun anaknya sudah dewasa tetapi tetap kecil di matanya.

"Terima kasih mak, mak selalu sokong Azeem, Azeem sayang mak," air matanya bergenang. Dia tahan selagi boleh supaya tidak menitik di hadapan emaknya.

********


Sudah tiga hari Inas mengurungkan diri. Biliknya ibarat tongkang pecah, semua barang bertaburan, hasil protes dengan perancangan daddynya itu. Dia turun dari katil. Barang - barang yang berhampiran kakinya dia sepak kuat - kuat. Terpelanting ke ceruk dinding bilik.

Telefonnya berdering nyaring ringtone lagu inggeris. Inas pandang sekilas. Semerta senyuman manis terukir di bibirnya. Dia mencapai handphone yang terletak dia atas katil dan menekan punat hijau.

....."Tq sayang, angkat juga panggilan dari i, dah beberapa hari you tak angkat panggilan i, you ada masalah ker?" suara lelaki melantun ke gegendang telinga Inas.

....."Sorry, i tak berapa sihat. Kenapa you call i? rindu i ker?" soal Inas.

....."Mestilah i rindu you sangat - sangat, you kan buah hati pengarang jantung i. Jom kita keluar, i ambil you dekat rumah."

Inas tersenyum, Adrian pandai mengambil hatinya. Kata - kata manis Adrian sedikit sebanyak mencairkan hatinya. Sejuk sejenak hatinya yang panas sejak beberapa hari yang lalu.

"Okay, i siap - siap, you jangan lambat. I tak suka menunggu lama," balas Inas. Punat merah dia tekan mengakhiri panggilannya bersama Adrian. Dia bergerak ke bilik air.

Skirt singkat paras atas lutut dia kenakan bersama t'shirt lengan panjang bersaiz XS, melekat elok pada tubuhnya yang bersaiz M itu. Rambutnya yang lurus separas bawah bahu itu dia hanya biarkan mengurai. Malam - malam tak perlu melaram lebih. Cukup sekadar bedak tipis bersama lipmatte berwarna dusty pink.

Sepuluh minit selepas itu, telefonnya berbunyi semula, dia capai dan angkat...

Bergegas turun ke bawah, Adrian sudah sedia menanti di luar pagar. Turun sahaja di tangga paling bawah, matanya melilau memerhati sekitar kawasan di aras bawah itu, risau jika akan terserempak dengan mommy dan daddynya, bila dilihat laluannya clear, sepantas kilat dia meluru keluar. Dia ketawa senang, berjaya lagi dia keluar harini.

"You nak bawa i ke mana malam ni?" soal Inas sejurus melabuhkan punggungnya di tempat duduk penumpang. Wajah Adrian yang ala - ala chinese look itu dia pandang.

"Kita gi makan dulu."

"I dah kenyang."

"Takpe you temankan i, bolehkan sayang??? i belum makan lagi, lapar ni," ujar Adrian sambil membuat gaya dengan menggosok perutnya.

"Yelah - yelah, i ikut je mana you nak bawak i," Ujar Inas, laju mulutnya berkata - kata.

Muzik bising hingar - bingar di dalam kelab itu tidak sedikit pun menyerabutkan kepala Inas. Sebaliknya,,, kepalanya terangguk - angguk mengikut rentak muzik yang kuat itu. Kepala Adrian di sebelah turut sama mengikut alunan muzik bingit yang memenuhi ruang kelab malam itu.

Adrian menarik tangan Inas untuk pergi ke ruang menari. Inas hanya menurut. Dia ingin melepaskan segala keserabutan dan masalah yang memenuhi kepalanya sejak akhir - akhir ini. Baginya dengan cara itu sahaja dia dapat membuang jauh - jauh rasa kusut dalam kepalanya.

Adrian menarik Inas rapat kepadanya. Pinggang ramping itu dia peluk. Badan masing - masing bergoyang mengikut alunan muzik. Inas hanyut dalam dakapan Adrian. Masing - masing leka dengan keseronokan duniawi.

******

"Thanks sayang. You dah buat i happy malam ni, nanti jumpa lagi, jangan lupa call and text i," Inas melambai dan segera berlalu masuk ke dalam pagar rumah banglo dua tingkat itu. Sejurus selepas itu, kedengaran bunyi kereta Adrian berlalu pergi membelah malam yang semakin melewat itu.

Inas sudah hampir ke muka pintu utama, dia kerling jam di tangan, waktu sudah menginjak ke angka 2.00 pagi. Perlahan - lahan dia membuka pintu. Jalan terjengket - jengket... Melalui sahaja ke arah tangga rumah besar itu...

KLAKKK!!! Suiz lampu di ruang tamu menyala. Kelihatan Dato' Lokhman bersama Datin Salwa sedia menunggu di sofa yang ada di situ. Mencerlung mata Dato' Lokhman. Menyinga wajahnya.

"Kamu pergi mana??? Awal balik??? Kenapa tak balik esok jer?" soalan berbau sindiran dia tujukan buat Inas.

Kejung kaki Inas ibarat dipaku, dia menundukkan wajahnya, tangannya sekejap - sekejap menolak ke bawah kain skirt singkat yang dipakainya. Terkelu lidahnya tidak mampu untuk menjawab soalan daddynya. Entah kenapa malam ni boleh tertangkap, biasa selamat jer dia keluar sebelum ni ,selamat pergi dan selamat balik. Inas bermain dengan jari kakinya.

"INAS NAFEESA, kamu tak dengar atau buat - buat tak dengar?" Bergema suara Dato' Lokhman di dini hari itu. Turun naik nafasnya menahan marah. Dah bagi amaran supaya jangan keluar, tetap juga keluar. Degilll...

Terhinggut bahu Inas, debaran di dada kian memuncak. "Errr...Inn...Inas...Inas dengar daddy," kecut juga perutnya.

"Inas keluar dengan kawan. Inas bosan duduk dekat rumah," dalam terkulat - kulat mampu juga dia membalas pertanyaan daripada daddynya itu.

"Keluar dengan kawan atau keluar dengan jantan???" tajam mata Dato' Lokhman memanah wajah anaknya itu. Dia mendapat tau dari guard yang menjaga pagar rumahnya. Ada kereta yang menjemput anaknya itu keluar. Lelaki yang biasa datang ke sini untuk mengajak Inas keluar.

"Yer, Inas keluar dengan Adrian. Adrian teman lelaki Inas daddy. Inas dah ada teman lelaki. Inas hanya nak kahwin dengan Adrian bukan dengan Azeem. Kenapa daddy nak paksa - paksa Inas untuk berkahwin dengan Azeem. Please daddy. Kita bukan hidup zaman dahulu kala lagi, yang jodohnya diatur oleh orang tua. Kita dah moden," turun naik nafasnya melawan segala percakapan dari daddynya. Dia sendiri pun tak tau dari mana keberanian itu muncul dalam dirinya.

Datin Salwa mula risau, takut makin melarat, dia menghampiri anaknya, belakang anaknya itu dia gosok perlahan. "Inas, jangan lawan cakap daddy, nanti bertambah buruk jadinya," nasihat Datin Salwa di telinga Inas.

Makin luas jegilan mata Dato' Lokhman, lancang betul mulut anaknya itu. "Daddy tetap dengan keputusan daddy, hanya Azeem yang layak jadi menantu daddy. Kalau teman lelaki kamu tu lelaki yang baik, tak akan dia bawa keluar anak dara orang sampai lewat malam. Macam tu yang kamu pilih nak buat laki," terhambur lagi kata - kata itu dari mulut Dato' Lokhman. Kesabarannya sudah makin menipis dengan ulah anaknya Inas.

"Dengar sini Inas, mulai hari ini, detik ini dan waktu ini, daddy tak benarkan kamu keluar dari rumah ni sehingga hari pernikahan kamu. Kamu hanya boleh keluar dengan Azeem. Daddy ulang, hanya dengan Azeem. Kamu faham tak Inas???" melantun kuat suara Dato' Lokhman. Dia berlalu pergi naik ke biliknya. Risau jika lama lagi dia tunggu di situ, lebam pipi anaknya dia kerjakan. Kerana kesabarannya sudah senipis kulit bawang.

Sekali lagi terhinggut bahu Inas. Berjurai air matanya setelah itu. Kenapa semua orang kejam dengan dirinya.

"Sabar sayang, dengar nasihat mommy, jangan bantah cakap daddy. Jom mommy temankan masuk bilik," lembut kata - kata Datin Salwa. Dia sendiri pun terkejut dengan jerkahan Dato' Lokhman sebentar tadi. Tak pernah lagi Dato' Lokhman meninggikan suara seperti itu.

Happy reading semua... -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience