Kehilangan insan yang tersayang ibarat hilang satu nyawa bagi seorang lelaki yang setia dengan cintanya. Tapi, kesetiaannya teruji bila isterinya memilih untuk meninggalkan dirinya lantaran terjatuh cinta pada lelaki yang lebih kaya dan punya kedudukan di sisi masyarakat, sehingga sanggup meninggalkan Karl Khusyairi, anak tunggal mereka bersama Karl Khasyaf.
Semenjak itu, Karl Khasyaf hanya meneruskan kehidupannya sendirian bersama anak tunggal mereka, Karl Khusyairi. Pada awalnya, keluarga bekas isterinya mahukan hak penjagaan Karl Khusyairi yang ketika itu memerlukan penjagaan khusus lantaran dilahirkan pra matang. Tetapi, sebagai seorang ayah, Karl Khasyaf tidak betah berpisah dengan tunggalnya.
Karl Khusyairi ditinggalkan sebaik sahaja dia dilahirkan dan seterusnya proses penceraian mereka berjalan dengan lancar walaupun hakikat sebenarnya, Karl Khasyaf tidak rela berpisah dengan isteri kesayangannya yang sudah dia kenali sejak di zaman universiti lagi.
Karl Khasyaf dan Bella Badrishah akhirnya berpisah dengan talak satu selepas hampir setahun proses penceraian mereka berjalan lantaran Bella mengandungkan anak mereka, Karl Khusyairi. Sebaik habis eddah, Bella melangsungkan perkahwinannya dengan lelaki pilihannya, Tengku Naufal Naquidin, seorang usahawan berjaya dan kerabat diraja.
Hampir setahun, mereka menetap di rumah keluarga Khasyaf, sebelum Khasyaf membuat keputusan untuk membesarkan anaknya sendirian. Keputusan Khasyaf ditentang hebat keluarganya sendiri. Mereka bimbangkan keselamatan anak cucu mereka. Tapi, keyakinan yang diberikan Khasyaf membuatkan mereka sekeluarga akhirnya akur dengan keputusan untuk membenarkan Khasyaf hidup sendirian.
"Daddy..."
"Yes, Ari..."
"Where's mummy?"
"Heaven."
"Kenapa mummy ada kat sana? Mummy tak sayangkan Ari ke?"
"We talk about this later, okay?"
"Daddy..."
"Hurm..." Khasyaf masih sibuk dengan kerjanya.
"Can we meet mummy?"
"One day, perhaps..."
"Bila kita boleh jumpa mummy, daddy?" Terhenti jari-jemari Khasyaf dari terus mengetuk papan kekunci di laptop. Anak tunggalnya tidak berhenti dari bertanyakan perihal mummynya. Sejak mereka berpisah, tidak sekalipun Bella datang menjenguk anak mereka, apatah lagi menelefon bertanyakan perihal anak tunggal mereka. Karl Khusyairi juga tidak diberikan susu badan seperti kebiasaan yang dilakukan oleh ibu-ibu yang telah melahirkan anak mereka lantaran ditegah oleh bakal suami barunya ketika itu.
"One day, perhaps..." Hanya itu yang mampu Khasyaf ulang dan ulang. Sejuenya, dia tidak punya jawapan untuk semua soalan Khusyairi.
Sejak itulah, Karl Khasyaf tidak lagi mempercayai mana-mana wanita di sekelilingnya termasuklah rakan-rakan niaganya sendiri. Sikap terlalu berhati-hati Khasyaf menyukarkan untuk dia bertemu dengan bakal pengganti ibu kepada anak tunggalnya, Karl Khusyairi.
"Syaf, bila lagi nak cari pengganti, Syaf? Ari dah lima tahun... Tak kesian ke dengan anak tu? Syaf sendiri dah tiga puluh lima tahun. Usia Syaf semakin meningkat, nak..." Tegur Datin Seri Halimah Harun.
"Mama... Syaf boleh je jaga Ari sendirian. Takde masalah pun setakat ni. Tak perlu ada pengganti pun, kami masih boleh makan, minum, mama... Tak perlulah mama risaukan..."
"Pada Syaf, mungkin takde masalah... Tapi, Ari tu, Syaf... Kesian dia... Selalu sangat tanya kat mama, kenapa mummy tak balik? Mummy tak rindu Ari ke? Mummy pergi mana? Apa yang mama nak jawab, Syaf?"
"Mama jawab jelah, mummy dia tak nakkan dia lagi."
"Senangnya Syaf cakap..."
"Habis tu, mama nak Syaf cakap macamana lagi, ma? Kekadang Syaf pun tak faham. Syaf tak tahu nak jawab macamana lagi... Jadi, jalan terbaik, Syaf cakap je mummy dia dah mati. Full stop..."
"Tak baik Syaf cakap macam tu..."
"Habis tu, mama nak Syaf cakap apa? Syaf dah cakap baik-baik.Tak cukup lagi ke semua tu?" Tergeleng kepala Datin Seri Halimah.
"Syaf, Syaf... Sampai bila, Syaf?"
"Sampai bila apa?"
"Sampai bila nak simpan dendam tu, Syaf?"
"Syaf tak berdendam, mama... Takde dalam kamus hidup Syaf nak berdendam dengan perempuan, ma..."
"Syaf, mama ni makan garam dulu dari Syaf, tau? Sekilas ikan di air, mama dah tahu jantan betinanya..."
"Mama, please... Syaf akan cari sendiri jodoh Syaf, okey? Syaf hanya perlukan ruang dan masa. That's all..." Itulah jawapan yang akan diberi Khasyaf, jika persoalan jodoh diungkit mama dan papanya, Datuk Seri Khairul Khaseef.
"Daddy, bolehkan kita jumpa mummy?"
"In shaa Allah, dear. Ari kena doa selalu, ya..." Kepala Ari diusap dengan penuh kasih sayang. Sejak hidup sendirian, Karl lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Karl dapat rasakan, ada mata-mata memerhatikan mereka sekeluarga. Tiada siapa yang tahu apa pekerjaan sebenar Karl Khasyaf. Menjadi pemilik sebuah butik pakaian dan restoran makanan serta sebuah kelab, sekadar menutup pekerjaan sebenar Karl Khasyaf.
"Macamana dengan kelab? Ada masalah?"
"Setakat ni, berjalan dengan lancar, boss..."
"Good. Macamana dengan restoran, cafe dan butik aku?
"As usual, boss... Cuma, sekarang ni, banyak restoran dan kedai-kedai makan yang kurang business, boss... Lagi-lagi lepas PKP ni. Banyak yang bungkus."
"Itu aku tahu. Takpe. Kita buat business kita macam biasa. Yang penting, pekerja kita semua terjaga, ada kerja. Jangan biarkan sesiapa terkesan dengan masalah ni."
"Faham, boss."
"Aku nak jemput Ari di sekolah. Hubungi aku kalau ada apa-apa."
"Sure, boss..." Pintu kereta Bugatti Veyron EB 16.4 berwarna hitam pekat, dibuka lalu Karl masuk ke dalam perut kereta di bahagian pemandu. Karl tak izinkan sesiapa pun untuk kereta kegemarannya ini lantaran kereta mewah ini hanya ada lebih kurang lima buah sahaja di Malaysia.
Ramai yang tertanya-tanya, apa pekerjaan sebenar Karl Khasyaf hingga mampu memiliki kenderaan yang bernilai lebih dari sepuluh juta ringgit Malaysia. Tiada siapa yang tahu, walaupun ibu bapanya, Datin Seri Halimah Harun dan Datuk Seri Khairul Khaseef.
Karl mempunyai dua orang kanan yang paling dia percayai. Tiada siapa yang tahu apa jua rahsia Karl melainkan dua orang kanannya, Cavin dan Connor. Bagi Karl dia lebih mempercayai dua lelaki ini berbanding saudara-maranya lantaran sehingga kini, sudah hampir tujuh tahun mereka bekerja dan menjadi orang kanan Karl Khasyaf.
"Cavin..."
"Yes, boss."
"Bawa kereta. Aku nak ke kelab."
"Baik, boss."
"Mak Piah, tolong tengokkan Ari... Saya nak keluar. Mungkin lewat pulang."
"Baik, tuan. Err, tuan nak makan? Mak Piah siapkan."
"Tak perlu. Mak Piah makan dengan Pak Mid, ya. Jangan tunggu saya. Saya pulang lewat."
"Baik, tuan." Karl Khasyaf angguk kepala sebelum berlalu.
Deruman enjin kereta mewah jenis Bugatti Veyron EB 16.4 memecah keheningan malam menuju ke salah sebuah antara kelab malam terkemuka di Kuala Lumpur.
"Boss!" Khasyaf ditegur pekerjanya dan mengangguk kepala sebelum melangkah masuk ke pejabatnya dengan riak wajah yang ketat. Tiada siapa yang berani mengganggu Khasyaf melainkan seorang wanita yang bekerja sebagai pelayan di kelab itu.
Khasyaf sejujurnya tidak menggemari perempuan itu lantaran sikap gediknya yang berlebih-lebihan dan tidak tahu malu. Malah, dia dengan berani menyentuh Khasyaf denagn tangan kotornya.
"Hai, hemsem..." Khasyaf tidak mengendahkan langsung, Zira.
"Syaf, kenapa you ni? Sombong..." Ujar Zira, namun sikit pun tidak diendahkan Khasyaf.
"Ish! Nantilah you. I buat you tunduk di kaki I, tau!" Rengek perempuan tak tahu malu itu sambil menghentak kaki.
"Connor!"
"Yes, boss... Report."
"Yes, boss..." Laporan kewangan, pekerja dan segalanya yang berkaitan dengan kewangan, akan diperiksa Khasyaf setiap minggu. Ini sudah menjadi rutin tugasnya bagi memastikan pelancaran perniagaannya dan jual beli serta keluar masuk wang ke dalam akaun syarikat.
"Butik macamana?"
"Setakat ni, takde masalah, boss, kecuali... Restoran kita, boss..." Khasayf menverlung tajam ke arah Cavin dan Connor.
"Cavin!"
"Yes, boss?"
"Laporan kewangan restoran dan cafe kita, mana? Aku nak tengok sekarang..."
"Baik boss." Dalam dua minit, laporan tersebut telah ada di atas meja Khasyaf. Berkerut-kerut dahi Khasyaf ketika memeriksa laporan kewangan restoran.
"Kau tahu apa masalah di restoran dan di cafe?" Cavin dan Connor angguk perlahan tanpa berani memandang ke mata Khasyaf. Sejujurnya, mereka tidak mahu mengadu pada Khasyaf lantaran ianya perkara remeh. Tapi, bila melibatkan kehilangan sejumlah wang yang besar jumlahnya, Khasyaf tidak suka.
Khasyaf bukanlah seorang yang tidak berperikemanusian. Walaupun Khasyaf kejam, dia tetap tahu mengawal kemarahannya. Khasyaf hanya akan hilang pertimbangan bila dia mabuk dan akibat mabuk, Khasyaf akan melakukan sesuatu di luar kawalan.
Tapi, Khasyaf benci bila ada orang mengambil haknya. Apapun yang berlaku, Khasyaf tidak suka ada pencuri dalam syarikatnya. Satu kepantangan dalam hidup Khasyaf bila orang mencuri wang syarikat. Jika benar, orang itu ada masalah kewangan, datang berjumpa dengannya dan Khasyaf takkan kedekut menghulurkan bantuan. Tetapi, bukan dengan mencuri.
"Cavin, bawa dia pada aku."
"Baik, boss!" Cavin melangkah keluar dan tidak sampai lima minit, Cavin dan Connor masuk dengan memegang lengan seorang. Khasyaf menyilang kakinya dan diletakkan di atas meja.
"Boss! Tolong saya, boss! Tolong saya, boss! Saya takde niat nak mencuri. Saya terpaksa, boss! Ibu saya, perlukan duit untuk rawatan. Saya takde duit, boss!"
"Lepaskan dia." Arah Khasyaf.
"Kau tahukan, kepantangan aku dan aku dah tulis dalam setiap perjanjian pekerjaan dan di dalam premis perniagaan yang aku tidak sukakan orang yang tangan panjang."
"Ya, boss. Saya tahu dan saya dah tandatangan surat perjanjian tu. Tapi, jujur, boss... Saya terpaksa. Duit gaji saya habis diambil orang." Tegak tubuh Khasyaf mendengar kata-kata pekerjanya yang dikenali sebagai Azrai.
"Kau kata duit gaji kau diambil orang?"
"Ya, boss. Demi Allah, boss. Saya tak tipu. Saya dah dua kali mengalaminya dan bila saya bertanya, tiada siapa yang mengaku."
"Dah dua bulan dan sekarang baru kau nak bagitahu?"
"Saya terpaksa, boss... Saya diugut dan saya pernah dipukul sehingga saya terpaksa mengambil cuti sakit selama tiga hari." Khasyaf menoleh ke arah Cavin dan Connor sebelum kedua anggukkan kepala.
"Ya, boss... Saya dah lihat cctv satu dan kedua. Semua yang dikatakan oleh Azrai benar belaka."
"Kenapa korang tak ambil tindakan?"
"Azrai melarang, boss."
"Melarang? Kenapa?"
"Azrai?" Perlahan-lahan Azrai mendongakkan kepala.
"Cakap dengan aku, apa yang buat kau melarang Cavin dan Connor dari mengambil tindakan?" Azrai menundukkan kepala.
"Azrai, kalau kau tak berterus-terang, aku anggap kau yang mencuri dan kau bersalah."
"Tak, boss! Demi Allah. Saya tak buat semua tu. Saya terpaksa mengambil sedikit wang untuk rawatan ibu saya, boss..." Tangisan Azrai mula kedengaran.
"Ibu kau sakit apa?"
"Sa...kit buah pinggang dan setiap dua minggu sekali, ibu akan ke tempat dialisis dan..." Terhenti bicara Azrai bila dia mengesat air matanya.
"Setiap kali dialisis, saya terpaksa mengeluarkan wang sebanyak hampir dua ratus ringgit, boss..." Rintih Azrai.
"Duit saya semua dah diambil orang dan saya tiada pilihan, boss..."
"Tiada pilihan? Apa maksud kau? Kau boleh je pinjam dari wang syarikatkan?"
"Saya orang baru, boss dan menurut Encik Kamarul, saya tidak dibenarkan pinjam wang kerana bimbang saya akan melarikan diri dengan wang itu." Khasyaf meraup wajah dengan kedua belah tangannya.
"Saya bukan pencuri, boss. Demi Allah, saya bukan pencuri. Kalau betul saya pencuri, boss datanglah ke rumah saya. Lihat sendiri kedaifan hidup saya dan ibu. Saya mencari rezeki yang halal boss. Demi Allah..." Rintih Azrai dengan juraian air mata.
"Connor, show me the cctv."
"Yes, boss." Connor memang pakar dalam bidang IT. Dan disebabkan Connor juga, Khasyaf mampu membuka sebuah perniagaan yang berasaskan teknologi yang menjalankan perniagaan servis dan membaikpulih komputer.
"Boss..." Berkerut-kerut dahi Khasyaf menonton rakaman cctv yang ditunjukkan Connor di Ipad syarikat.
"Shit! Berani dorang buat hal dalam syarikat aku!"
"Cavin!"
"Yes, boss..."
"Bawa dorang pada aku. Jumpa di markas!"
"Baik, boss!" Khasyaf mengepal penumbuknya. Khasyaf benci pada mereka yang suka mengambil kesempatan ke atas orang lain. Khasyaf pernah mengalaminya dan sebab itu Khasyaf membenci mereka melakukannya ke atas orang lain.
Jari diketuk di atas meja sambil memikirkan sesuatu.
"Boss, macamana dengan Azrai?" Khasyaf menoleh ke arah Azrai sebelum Khasyaf menarik laci meja yang berkunci dan mengeluarkan dua ikat wang kertas bernilai dua puluh ribu ringgit Malaysia dan diserahkan pada Azrai.
"Tu...an..."
"Ambil wang ni. Rawat ibu kau dan beli barang keperluan untuk keluarga kau."
"Tapi, tuan..."
"Azrai, aku bukan manusia kejam. Aku tahu betapa seksanya bila kita tidak punya apa-apa. Ambil wang itu... Buat bayaran untuk rawatan ibu kau dan selebihnya gunakan untuk beli barang keperluan dan makanan dalam rumah. Jangan bimbang. Aku takkan tuntut semula duit yang aku bagi pada kau. Anggap je itu duit sebagai hadiah untuk kau dan keluarga kau..."
"Terima kasih, tuan. Terima kasih banyak. Saya terhutang budi pada tuan. Moga Allah memudahkan setiap langkah tuan."
"Aamiin... Dah, kau settllekan kerja kau macam biasa. Esok buat bayaran. Cavin, Connor, pastikan esok Azrai dapat cuti dengan gaji berjalan."
"Baik, boss!"
"Terima kasih, tuan..." Khasyaf angguk kepala.
Share this novel
tp mmpu tgk jela...
sy pon suka bugatti
done bca ...