Tiara bersama dengan Hadirah dan Farhan sedang berada di dalam perpustakaan universiti. Mereka perlu membuat rujukan kerana assignment baru yang Prof Yusuf beri memerlukan mereka membuat rujukan.
Mereka bertiga duduk di meja yang berada di hujung perpustakaan. Tempat yang tidak mempunyai ramai orang. Mereka tekun membaca buku tanpa menghiraukan orang lain.
Hadirah bangun untuk mengambil buku yang lain. Jadi, hanya tinggal Farhan dan Tiara di meja.
Farhan yang melihat Hadirah bangun mengambil kesempatan itu untuk berbual dengan Tiara.
"Weh Tiara. Kusyuk sangat kau baca tu. Kau tak bosan ke? Dah berapa lama dah kita dekat dalam library ni. Tak juling ke mata kau baca buku lama lama?" tanya Farhan
Tiara yang sedang membaca buku berhenti membaca setelah mendengar Farhan bercakap dengannya.
Tiara ketawa sebelum menjawab.
"Naik juling lah jugak. Tapi, nak siapkan assignment tu kena baca lah jugak" kata Tiara tersenyum.
Farhan yang melihat Tiara tersenyum turut tersenyum. Senyuman Tiara adalah antara perkara kegemaran nya.
"Mak kau outstation lagi ke?" tanya Farhan
"Haah, dia cakap dia balik minggu ni. Tapi tak tahu hari apa" jawab Tiara
"Ouhhh. Jadi tak kau ikut kitaorang pergi jalan-jalan nanti?"
"Mesti lah jadi. Tak akan tak jadi"
Sedang mereka berdua rancak berbual, Hadi dan dua rakannya masuk ke dalam perpustakaan juga. Seperti Tiara dan teman-teman nya, mereka juga perlu membuat rujukan.
Ramai juga pelajar perempuan terkejut melihat mereka bertiga berasa di situ. Tetapi disebabkan mereka sudah biasa dengan keadaan itu, mereka hanya abaikan sahaja.
Mereka sedang mencari meja untuk duduk. Sedang mereka mencari, mata Hadi tertumpu pada dua orang yang sedang berbual di meja yang berada di hujung perpustakaan. Dua orang yang dikenali sebagai Tiara dan Farhan.
Muncul perasaan tidak senang dalam hati Hadi melihat Tiara dan Farhan berbual. Ini kali kedua Hadi melihat mereka berdua bersama. Dan kali kedua juga perasaan aneh muncul dalam hati Hadi.
Akmal dan Hafiz tidak perasan kehadiran Tiara dan Farhan di hujung perpustakaan. Tetapi, mereka baru perasan setelah Hadi meluah kan rasa tidak senangnya.
"Kalau duduk library setakat nak suka suka baik tak payah. Nak borak, keluar lah. Borak dekat luar. Semak pandangan orang je" kata Hadi tiba-tiba.
Akmal dan Hafiz yang tidak faham dengan apa yang Hadi kata mencari punca kenapa Hadi kata begitu.
Sedang mata mereka melilau, mereka berdua ternampak yang Tiara dan Farhan berdua berada di satu meja.
"Jealous ke?" tanya Hafiz selamba
"Jealous? Sorry sikit. Sikit pun tak teringin aku nak jealous. Apa faedah aku dapat kalau nak jealous?" kata Hadi acuh tak acuh
"Habis tu? Kenapa kau cakap semak pandangan kau? Aku dengan Hafiz okey je tengok diaorang borak. Lagipun diaorang borak je. Nampak BAHAGIA" kata Akmal sengaja menekankan perkataan 'bahagia' untuk membuat hati Hadi panas.
"Tak ada lah. Semua meja ada lebih 2 orang. Yang itu berdua lelaki perempuan dah kenapa? Ini library bukan kedai makan" kata Hadi lagi.
"Ye lah Hadi. Jom lah kita cari tempat. Hah, tu meja kosong. Tapi dekat pulak dengan meja Tiara duduk. Kau okey ke?" tanya Hafiz dengan senyuman kecil.
"Apahal pulak? Aku okey je. Lantak dia lah kat situ"
"Aku saja tanya. Takut nanti mata kau sakit tengok diaorang dua" kata Hafiz kemudian ketawa. Akmal juga ketawa mendengar ayat Hafiz.
Hadi hanya diam dan duduk di meja itu. Dari situ, dia dapat melihat Tiara dengan jelas. Tetapi Tiara tidak perasan Hadi di situ kerana sibuk berbual dengan Farhan.
Tiba-tiba perasaan marah muncul membuak buak dalam dirinya.
Tiba-tiba dia terfikir.
"Orang yang dia suka tu… Mamat tu ke?" kata Hadi dalam hati. Lagi bertambah perasaan tidak senang nya. Dia bangun dari kerusi dan pergi ke rak buku.
Dua sahabat nya perasan dengan tingkahlaku Hadi. Sudah jelas lagi bersuluh yang Hadi cemburu melihat Tiara dan Farhan. Tetapi tidak mahu mengaku.
"Dah jealous, tapi tak nak mengaku. Ego tinggi betul" kata Akmal selepas Hadi pergi mencari buku.
"Itu lah. Siap bagi alasan tak munasabah yang library tak boleh lelaki perempuan duduk dua orang satu meja" kata Hafiz pula.
"Haih, Hadi. Dah suka tu cakap je lah" sambung Akmal
Hadi yang sedang mencari cari buku ternampak Hadirah dari celahan buku di rak. Hadirah sedang berdiri di rak sebelah.
"Dia ni memang kena tinggalkan ke Tiara dengan mamat tu berdua? Tak boleh ke dia cari buku bawak Tiara sekali? Kena jugak tinggalkan diaorang macam haritu" bebel Hadi dalam hati.
Tiba-tiba telefon Hadirah berdering menandakan ada panggilan masuk. Nasib baik bunyi deringan nya perlahan. Kalau tidak memang kena halau dengan penjaga perpustakaan itu.
"Waalaikumussalam. Kenapa mama call?" tanya Hadirah
Hadi yang berada di rak sebelah hanya mendengar sahaja perbualan Hadirah dengan maknya.
"Mama pergi keluar? Okey. Sebab adik pun balik lambat harini. Adik nak keluar dengan kawan adik sekejap lepas balik dari universiti" kata Hadirah tanpa mengetahui ada sepasang telinga yang mendengar perbualan nya.
Hadi yang pada mulanya hanya mendengar dengan perasaan malas terus bersinar matanya setelah mendengar yang Hadirah akan keluar berjalan dengan kawannya.
"Dia mesti lah keluar dengan Tiara dengan mamat tu kan? Yes! Tunggu lah. Aku tak akan senang senang biar kau keluar dengan mamat tu, Tiara" kata Hadi dalam hati.
Dia pantas mengambil buku dari rak dan pergi ke meja yang Akmal dan Hafiz duduk. Dia melihat Hadirah juga sudah duduk di mejanya.
"Oh my god! Abang Hafiz ada lah!" kata Hadirah teruja melihat Hafiz yang duduk selang dua meja dengan mereka.
"Abang Hafiz, Abang Hafiz. Yang kemain lama kau mencari buku tadi kau cari apa?" tanya Farhan
"Diam lah kau. Suka hati aku lah aku nak cari berapa lama pun. Dah, senyap. Aku nak menikmati pemandangan yang indah ini" kata Hadirah sambil tangannya menongkat dagu.
"Mengada" kata Farhan
"Tak dengar" jawab Hadirah selamba
Tiara hanya tersenyum melihat mereka berdua. Sehari tak bergaduh, tidak lengkap hidup diaorang berdua. Tiara sambung membaca bukunya.
Setelah Hadi dan kawan kawan nya selesai membaca buku, terlintas idea dalam fikiran Hadi.
"Bagi sini buku korang semua tu" minta Hadi
"Buat apa? Kau nak tolong letakkan balik dekat rak ke? Baiknya Hadi ni. Patutlah ramai nak dia" kata Akmal
"Bukan. Bagi je lah" kata Hadi. Dia mengutip buku yang Akmal dan Hafiz ambil dari rak dan sekali dengan bukunya.
Dia bawa buku buku itu dan pergi ke arah meja Tiara.
Akmal dan Hafiz hanya melihat sahaja apa yang Hadi hendak lakukan.
Tiara tidak perasan Hadi datang. Begitu juga dengan Hadirah dan Farhan.
Sesaat kemudian, terkejut mereka bertiga apabila Hadi tiba-tiba meletakkan beberapa buah buku di atas meja mereka.
"Tiara. Tolong letakkan buku buku ni balik dekat rak. Kitaorang ada hal, nak cepat. Thank you" kata Hadi selamba kemudian pergi.
Terlopong mulut Tiara mendengar arahan Hadi. Mahu sahaja Tiara lempang sahaja muka Hadi berkali kali. Ternyata, perangai Hadi masih ada lagi. Dia tarik kembali kata-kata nya yang dia kata Hadi sudah berubah. Dia terlalu awal menilai Hadi.
Farhan dan Hadirah tidak mampu berkata apa-apa. Lidah mereka kelu. Mereka hanya memandang muka Tiara yang masih tidak percaya dengan tindakan Hadi itu.
"Tak apa, aku tolong kau letak buku ni" kata Farhan
"Aku jugak. Jom Farhan" kata Hadirah lantas bangun dari kerusi dan mengambil sedikit buku itu dan beri lagi sedikit kepada Farhan.
Mereka berdua pergi ke arah rak-rak lalu menyusun buku yang berada di tangan mereka.
"Mangkuk tak guna betul. Menyampah aku. Aku ingat dah okey, rupanya aku tersalah orang nak nilai. Kalau orang macam tu, memang susah nak berubah. Yang dia tahu asyik nak menyusahkan hidup aku je" kata Tiara perlahan.
Kemudian dia pun bangun untuk menyusun buku.
Tiara, Hadirah dan Farhan sudah berada di luar perpustakaan. Mereka menghabiskan masa selama 1 jam membaca buku.
Sedang mereka dalam perjalanan untuk ke kereta, tiba-tiba ada notifikasi masuk di telefon Hadirah.
Hadirah melihat daripada siapa dan terbeliak biji matanya melihat siapa mesej nya.
Hadi mesej dia!
Pantas, dia membuka mesej Hadi dan baca apa yang dihantar.
Hadi : Lepas balik ni, korang bertiga pergi jalan kan? Dari mana aku tahu, kau tak payah tanya. Boleh tak tolong aku? Cakap dekat Tiara yang plan korang tu cancel. Kau cakap lah yang kau ada hal ke apa. Yang pasti, korang bertiga tak pergi jalan sama-sama. Kau boleh tolong aku kan? Aku percaya dekat kau ni. Jangan hancurkan kepercayaan aku.
Hadirah terkejut melihat Hadi mesejnya. Kemudian, dia baru tersedar apa yang Hadi menyuruh nya lakukan.
Dia pandang Tiara yang berada di sebelahnya. Dia tak sanggup nak menipu Tiara. Tapi, Abang Hadi dah suruh…
Dia tidak mahu fikir perkara tu seorang diri. Dia 'forward' mesej itu kepada Farhan. Farhan melihat telefonnya dan melihat Hadirah mesejnya.
Dia membaca ayat yang Hadi tulis dan pandang Hadirah. Hadirah membuat reaksi seperti 'aku pun tak tahu'.
Farhan mesej Hadirah ,
Farhan : Apasal dengan Hadi tu? Tiba-tiba je suruh kita cancel plan kita. Siapa dia nak suruh suruh orang?
Hadirah : Aku pun tak tahu lah. Macam mana ni? Kau lah yang cakap dekat Tiara. Aku tak nak.
Farhan : Aduh! Aku pulak. Kau lah!
Hadirah : Ish! Tak boleh harap lah kau ni!
Mereka pun menutup telefon mereka dan bersedia untuk bercakap dengan Tiara.
"Er, Tiara" panggil Hadirah
"Ye, kenapa?"
"Aku… Aku baru dapat mesej tadi suruh kau.. eh bukan. Mak aku suruh balik. Ada hal" kata Hadirah tergagap.
"Ye ke? Ouh, kalau macam tu tak apa lah. Kita pergi hari lain je" kata Tiara
"Kau okey ke ni? Sebab aku pun tiba-tiba ada hal" kata Farhan pula
"Eh, okey je lah. Tak apa, nak buat macam mana. Kita pergi lain kali je" kata Tiara sambil tersenyum
"Argh! Bukan aku yang ada hal. Abang Hadi tu yang apahal?! Tiba-tiba je!" kata Hadirah dalam hati
"Apa masalah Hadi tu? Tiba-tiba je. Tak cukup perhatian ke apa?" kata Farhan dalam hati pula.
Selepas mengucapkan selamat tinggal, mereka bertiga pun berjalan ke arah yang berbeza. Farhan pergi ke keretanya, Hadirah pun ke keretanya dan seperti biasa Tiara akan ke bus stop.
Hadi yang melihat daripada jauh mereka bertiga berpisah menuju ke arah yang berbeza tersenyum.
"Good job Hadirah" kata Hadi kemudian masuk ke dalam keretanya dan bergerak.
Tiara sedang dalam perjalanan untuk ke bus stop. Tiba-tiba ada kereta berwarna hitam bergerak seiringan dengan nya.
Tingkap kereta diturunkan dan kelihatan Hadi di dalamnya. Tiara yang melihat wajah Hadi terus menyampah.
Dia teringat Hadi menyuruh nya menyusun buku padahal dia sudah menganggap yang Hadi dah berubah.
"Tiara! Masuk lah. Aku hantar kau balik" jerit Hadi dari dalam kereta. Kereta nya masih bergerak perlahan seiring dengan Tiara.
"Tak nak"
"Masuk lah cepat"
"Tak payah. Aku boleh balik sendiri" kata Tiara sambil memandang hadapan. Tidak memandang Hadi dan terus berjalan.
"Masuk je lah! Tiara! Tiara Adriana!" panggil Hadi lagi.
"Apa dia?!" Akhirnya Tiara memberhentikan langkahnya dan pusing ke arah kereta Hadi.
Sudah menjadi tabiat Tiara untuk berhenti berjalan apabila orang memanggilnya dengan nama penuhnya. Walaupun orang yang memanggil nya itu orang yang dibenci nya.
"Masuk dalam kereta. Aku hantar kau balik. Bahaya kau balik sorang-sorang" kata Hadi
"Habis? Balik dengan kau tak bahaya?" kata Tiara dingin
"Aku boleh dipercayai lah. Cepat lah. Tiara Adriana!"
"Ishh!! Ye lah! Semak lah dia ni" kata Tiara. Dia buka pintu kereta itu dan masuk ke dalam.
"Itu pun payah" kata Hadi kemudian meneruskan pemanduan.
Sepanjang perjalanan, Tiara hanya senyap dan memandang ke luar tingkap kereta sahaja. Geram dia terhadap Hadi masih tidak hilang lagi.
"Apa yang menarik sangat dekat luar tingkap tu?" tanya Hadi
"Macam macam. Lagi menarik daripada dalam kereta ni" kata Tiara masih memandang ke luar.
"Yang kau macam marah kat aku ni apahal? Tiba-tiba je. Aku ada buat salah ke?" tanya Hadi. Dia terlupa yang dia ada menyuruh Tiara menyusun bukunya tadi.
Tiara tidak percaya Hadi boleh tanya apa salah dia? Nak dia jentik je kepala Hadi tu sampai lebam.
"Kau tanya apa salah kau? Yang kau suruh aku susun buku kau tiba-tiba tu apahal?! Pandai ambik, pandai susun lah balik! Konon ada hal, elok je sekarang ni" kata Tiara
"Aku suruh kau susun buku tu sebab aku tengok kau…" Hadi terdiam. Nasib baik dia tidak habiskan ayat dia. Kalau tak, memang malu tak sudah dia.
"Aku apa?" tanya Tiara
"Sebab.. sebab aku tengok kau tak ada kerja. Aku bagi la kau kerja" kata Hadi menipu.
"Aku suruh kau susun buku sebab aku tengok kau dengan mamat tu kemain happy sangat. Aku tak suka" kata Hadi dalam hati. Mustahil untuk dia katakan perkara itu kepada Tiara.
"Tak boleh tengok aku senang. Nasib baik Hadirah dengan Farhan tolong aku" kata Tiara
Berdesing telinga Hadi mendengar nama Farhan.
"KENA JUGAK KE KAU SEBUT NAMA DIA?!" jerit Hadi dalam hati.
"Ye lahh. Sorry" kata Hadi
Tiara seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Hadi mintak maaf?
"Apa kau cakap tadi? Ulang balik" kata Tiara
"Sorry" kata Hadi lagi.
Tiara ke depan kan badannya sedikit untuk melihat muka Hadi dengan jelas. Hadi yang melihat tindakan Tiara itu pelik.
"Apahal kau tengok muka aku? Aku tahu aku handsome. Tapi tak payah over sangat tengok" kata Hadi
"Betul ke kau Hadi?" tanya Tiara
"Iye lah! Aku Hadi. Ikhwan Hadi. Kau dah kenapa?"
"Tak, macam pelik kau mintak maaf. Macam unbelievable" kata Tiara sambil sandar ke belakang kembali.
"Aku mintak maaf pun pelik. Mintak maaf je. Apa yang pelik?" tanya Hadi
"Mintak maaf tu tak pelik. Tapi, kau mintak maaf tu yang pelik" kata Tiara selamba.
Hadi hanya diam sahaja. Malas dia nak bertelagah lagi. Nanti makin panjang masalah.
Mereka sudah sampai di hadapan rumah Tiara. Tiara yang sedang main telefon pintar nya tidak perasan.
Hadi perasan yang di hadapan rumah Tiara ada sebuah kereta.
"Weh, kereta siapa tu?" tanya Hadi
Tiara mengalihkan pandangan nya daripada telefon dan melihat kereta yang dimaksudkan oleh Hadi.
Terkejut Tiara melihat kereta itu. Dia tidak sangka dengan apa yang dilihatnya sekarang.
thankyou sebab sudi bace >.<>.< sorry atas kekurangan (^^) feel free untuk comment .
Share this novel