BAB 4

Horror & Thriller Completed 13860

"Kita nak mula dari mana?" Irfan sedia untuk membantu Rahman. Kalau
ikutkan hati dia memang tidak mahu tapi demi masa depan dia.

"Aku dah cari dekat hutan,tapi benda tu tak ada,"hati Rahman bercelaru.
Jika bukan disitu. Di mana lagi?

"Habis kita nak cari dimana?"

"Biar aku fikirkan dulu. Nanti ada cara aku bagitahu kau," berbincangan
hari itu berakhir seperti itu saja.
---
Rahman berjalan seorang diri di taman. Fikirannya buntu.
"Rahman!"jerit suatu suara gadis.

"Oh Aina, saya fikir sapalah tadi. Kenapa terjerit ni,?"gadis kedua yang
berjaya menambat hati Rahman.

"Saya jalan-jalan tadi lepastu saya nampak awak. Saya tegurlah. Muka
awak nampak serabut, kenapa?" Aina duduk di sebelah Rahman.

"Awak,tahu tak nak mencari barang,?" Tiba-tiba soalan itu keluar dari
mulutnya.

"Barang?"Aina pelik dengan kelakuan Rahman.

"Barang ilmu hitam,"kata Rahman bersahaja.

Aina semakin pelik dengan kata-kata Rahman. "Barang ilmu hitam?macam
tangkal?" Rahman hanya mengangguk. "Saya tak reti nak cari barang macam
tu. Tapi dekat kampung saya ada dukun yang reti cari barang ilmu hitam
yang hilang,"terus saja Aina mensyorkan cadangannya.

"Saya rasa boleh. Esok pukul 5 petang. Saya ajak kawan
saya,Irfan,"Rahman terus setuju dengan cadangan Aina tanpa berfikir panjang.
---
Pada malam itu Rahman menelefon Irfan. "Assalamualaikum,Irfan," sebaik
saja telefon diangkat Irfan,salam diberi oleh Rahman.

"Waalaikumussalam,Man. Apahal?"

"Aku nak ajak kau cari benda yang hilang tu,"

"Macam mana?" Irfan sudah tidak mahu menghapuskan benda itu.

"Dukun" hanya sepatah perkataan hati Irfan sudah tidak keruan.

"KAU GILA?KHURAFAT LAH!?.MANA KAU DAPAT IDEA NI?" Marah Irfan. Dia sudah
serik ingin melibatkan diri dengan perkara khurafat dan syirik.

"Aina janji nak tolong kita so kau jangan lah risau sangat,"tegas
Rahman. Dia mahu Irfan tahu ini saja jalan yang terbaik yang mereka adam

"Kau minta tolong asing?! Dia tak tahu apa masalah kita. Kenapa kau
bengap sangat Ha!" Marah Irfan lagi. Dah lah ajak buat perkara khurafat
selepas terima cadangan seseorang yang asing bagi mereka. Sudah gilakah?!

"Kalau kau tak mahu ikut. Hidup lah macam ni,"Rahman sudah tidak tahan
dengan perangai Irfan yang mementingkan diri sendiri.

Sudah berkali-kali Irfan berfikir. Akhirnya dia terima cadangan Rahman
dengan paksa rela.

---

Irfan dan Rahman sedang menunggu Aina di perhentian bas Gombak. Pagi ini
mendung saja suasana. Seperti hendak hujan tetapi tiada tanda-tanda
hujan akan turun. Langit seperti tahu saja Irfan dan Rahman ingin
melakukan perkara khurafat. Perkara yang dilarang Allah. Perkara yang
boleh membuatkan manusia masuk ke dalam neraka sekelip mata.

"Kau yakin?"soal Irfan. Dia masih ragu-ragu dengan keputusan menggunakan
ilmu hitam.

"Aku dah cakap. Semua ini akan selesai. Kau jangan risau lah,"Rahman
memberi semangat. Kepada Irfan. Sebenarnya pada malam semalam ada
sesuatu yang berlaku tetapi tidak diceritakan kepada Rahman.

Flashback

Sebelum tidur Irfan pergi ke tandas untuk melepaskan hajat. Selepas itu,
dia masuk ke dalam biliknya. Irfan duduk di rumah sewanya seorang diri
kerana rakan serumahnya pulang ke kampung atas urusan keluarga katanya.
Dia tidak terus tidur. Sudah menjadi tabiatnya membaca sebelum tidur.
Dia memilih untuk membaca novel yang bersiri seram.

Jam sudah menunjukkan 12 tengah malam. "Haish, kau ni Fan. Baca novel
seram malam-malam. Tengok sekarang dah takut nak tidur,"bebel Irfan pada
diri sendiri.

Irfan terus meletakkan novel seram itu di rak buku miliknya. Dia terus
mematikan lampu di sebelah pintu biliknya. Dia berjalan ke arah katinya.

Prakkk!!!

Sikat rambutnya terjatuh di bawah katil.
"Alamak benda ni buat hal lah pulak," marah Irfan pada sikat itu. Dia membuka lampu biliknya semula.
Apabila dia memandang ke arah katilnya dia terlihat seorang perempuan sedang memeluk tubuhnya seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience