70

Romance Series 93217

“Sayang, kenapa masam je ni? Sayang ok tak? Dari tadi abang tengok sayang asyik diam je. Abang ada buat sayang terasa hati ke yang abang tak sedar?" Soal Harraz sambil meraih jari jemari Aayra ke dalam genggamannya.

Aayra menoleh sedikit ke arah suaminya namun ianya hanya seketika cuma. Kini perhatiannya kembali tertumpu ke arah luar jalanraya. Sengaja dia tidak memberi sebarang respon terhadap soalan yang dikemukan Harraz sebentar tadi.

Harraz semakin pelik. Kebiasaannya Aayra tidak akan berkelakuan seperti ini terhadapnya. Lagak isterinya itu tidak ubah seperti orang yang tengah merajuk. Tetapi mengapa Aayra perlu merajuk? Apa yang telah membuatkan Aayra merajuk? Harraz semakin bingung lalu dia segera memberhentikan keretanya di bahu jalan. Melihatkan tindakan suaminya itu, Aayra mula diasak perasaan panik. Serta merta Aayra mengalihkan perhatiannya ke arah Harraz di sisi.

“Kenapa abang berhenti tepi jalan ni? Bahayalah!" Soal Aayra cemas.

“Then kalau macam tu, lebih baik sayang bagitahu abang apa sebenarnya yang terjadi? Kenapa sayang buat muka dengan abang? Abang tanya pun sayang diam je." Soal Harraz dengan penuh muslihat.

Sebetulnya dia juga berasa sedikit bimbang memberhentikan kereta di bahu jalan seperti itu. Apatah lagi saat ini suasana di atas lebuhraya itu kelihatan sedikit sibuk. Banyak lori - lori muatan berat yang lalu - lalang di tepi kereta mereka. Namun kalau hanya dengan cara ini sahaja yang mampu membuatkan isterinya membuka mulut, Harraz terpaksa meredahi jua kebimbangan itu.

“Abang!! Mana boleh main kotor macam ni. It's not fair ok!!" Ujar Aayra dengan nada yang cemas.

“So sayang nak cerita ke tak nak?" Soal Harraz lagi. Wajahnya kelihatan nakal mengenakan isterinya.

“Ok! Ok! Sayang beritahu. Tapi abang kena gerak dulu dari sini. Selagi abang tak gerak, sayang tak nak beritahu apa - apa." Kali ini Aayra pula meletakkan syarat buat Harraz.

Harraz tersenyum kecil. Tanpa membuang masa, dia segera memberi isyarat untuk keluar dari bahu jalan itu lalu kereta dipandu laju membelahi kesibukan lalu lintas. Jari jemari Aayra masih kemas di dalam genggamannya. Sesekali jari jemari itu dicium dengan penuh rasa cinta.

“Sampai hati abang rahsiakan hubungan Ezmal dan Sofya dari sayang kan? Sayang ni punyalah terkejut bila nampak Ezmal dengan Sofya tadi. Macam - macam sayang fikir. Alih - alih rupanya dia orang memang dah jalinkan hubungan pun sebelum ni." Cerita Aayra akhirnya.

Saat mendengarkan luahan hati isterinya, tiba - tiba wajah Harraz berubah. Dia menatap wajah Aayra seketika sebelum pandangannya kembali tertumpu ke arah pemanduannya. Entah mengapa Harraz berasa sedikit kecewa setelah mengetahui punca sebenar Aayra bermasam muka dengannya. Lebih - lebih lagi apabila ianya melibatkan hal Ezmal.

“Jadi sebab tu je ke yang buat sayang merajuk dengan abang sampai macam ni sekali?" Soal Harraz dengan nada yang masih ditahan - tahan.

“Yelah. Sayang ni kan isteri abang. Kenapa abang nak rahsiakan semua tu dari sayang? Tak adil tau." Balas Aayra tanpa mengesyaki apa - apa tentang isi hati suaminya.

Tanpa sedar satu keluhan berat lahir dari bibir Harraz dan ianya begitu jelas didengari oleh Aayra.

“Abang ingatkan segala hal yang berkaitan dengan Ezmal bukan lagi keutamaan buat sayang. Tapi tak sangka pulak hanya disebabkan abang tak ceritakan kepada sayang dengan siapa Ezmal berkawan sekarang ni ianya mampu buat sayang bermasam muka dengan abang. Maksudnya sekarang ni Ezmal tu masih pentinglah buat sayang kan?" Kali ini nada Harraz benar - benar mendatar.

Aayra tersentak. Dia tidak menyangka maksudnya telah disalah tafsirkan oleh suaminya sendiri. Niatnya hanya ingin bergurau. Namun siapa sangka suasana yang pada awalnya ceria kini sudah mula bertukar dingin. Wajah Harraz juga kelihatan semakin tegang. Sesekali rahangnya dilihat bergerak - gerak seperti sedang menahan amarah. Aayra mula sedar betapa dia sudah terlanjur berbicara sehingga mampu membuatkan emosi suaminya berubah.

“Abang, tolong jangan salah faham dengan maksud sayang. Sayang takde niat pun nak buat abang terasa hati dengan maksud sayang tu. Sayang cuma nak bergurau je dengan abang. Tapi sayang tak sangka pulak yang abang dah salah faham dengan maksud sayang." Jelas Aayra dengan perasaan bersalah.

“It's ok, sayang. Abang tahu apa yang ada di dalam hati sayang tu. Tambah pula Ezmal tu pernah menjadi cinta pertama sayang kan sebelum ni? Mesti susah sayang nak lupakan segala - galanya kan? Atau sebenarnya sayang tak happy bila dapat tahu kawan baik sayang sendiri bercinta dengan lelaki idaman sayang?" Begitu lancar sekali telahan itu keluar dari bibir Harraz sekali gus menyentakkan lagi perasaan Aayra.

Bukan niatnya ingin menyakiti hati Aayra. Namun sejujurnya dia lebih terseksa apabila mengenangkan apa yang pernah terjadi sebelum ini. Walaupun perkara itu sudah lama berlalu, namun ianya masih meninggalkan kesan di hati Harraz. Manakan tidak. Isteri yang dicintai dan disanjungi selama ini masih menyimpan rasa terhadap lelaki lain. Lebih menyakitkan apabila lelaki itu adalah saudaranya sendiri.

“Abang!! Sampai hati abang cakap macam tu dengan sayang. Demi Allah sayang tak pernah terlintas pun di hati ni nak simpan perasaan dekat Ezmal tu lagi. Niat sayang cuma nak bergurau dengan abang je. Tapi kalau sayang tahu semua ni akan bertukar menjadi salah faham, sumpah sayang tak akan mulakan." Balas Aayra dengan nada yang sudah mula kedengaran sebak.

Harraz diam tidak bersuara. Tidak sedikit pun dia memberi respon terhadap kata - kata isterinya itu. Tumpuannya masih tetap fokus terhadap pemanduannya. Namun fikirannya bercelaru. Harraz tidak tahu apa yang harus dilakukannya saat ini. Pelbagai rasa yang menghimpit dirinya.

“Abang, cakaplah sesuatu. Jangan diam macam ni, please!! Sayang minta maaf kalau abang terasa hati dengan tindakan sayang tadi. Demi Allah abang! Demi Allah sayang takde niat lain selain nak bergurau dengan abang. Sayang tahu sayang salah. Tak sepatutnya sayang jadikan hal Ezmal sebagai gurauan. Sayang tahu abang sensitif dengan hal - hal macam ni. Lebih - lebih lagi kalau melibatkan hal Ezmal. Maafkan sayang, abang." Rayu Aayra lirih. Kali ini air matanya sudah terhambur keluar. Sungguh dia tidak kuat untuk berdepan dengan situasi ini. Jauh di sudut hatinya, Aayra takut. Takut hilang kepercayaan Harraz kepadanya.

“Abang tak salahkan sayang. Abang tahu sedikit sebanyak sayang mesti nak tahu perkembangan terbaru Ezmal kan? Lebih - lebih lagi bila Ezmal ada hubungan dengan kawan baik sayang sendiri. So, tak salah pun kalau sayang nak ambil tahu soal Ezmal tu. Maafkan abang. Abang yang terlalu beremosi." Balas Harraz cuba menutup rasa.

Aayra menggeleng. Dia tahu Harraz sedang cuba untuk menutup rasa di hatinya. Suaminya sedang berbohong dengan dirinya sendiri. Perlahan - lahan jari jemari Harraz digapai lalu dibawa ke bibirnya. Aayra mencium tangan Harraz dengan penuh rasa penyesalan. Lama dia berkeadaan begitu sebelum wajahnya diangkat menghadap Harraz. Aayra berura - ura seperti ingin meluahkan sesuatu namun belum sempat bibirnya bersuara, tiba - tiba kenderaan yang dipandu Harraz mula hilang kawalan lalu mereka merempuh pembahagi jalan dengan kuat. Lebih menggerunkan lagi apabila kereta yang dinaiki mereka itu berpusing beberapa kali sebelum ianya dirempuh oleh sebuah trailer besar.
"Allahuakhbar! Abang!!!!"

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-02-13 20:42:27 

ya Allah terkejutnya semoga aira dan haraz slmt


NovelPlus Premium

The best ads free experience