Bab 25

Romance Completed 15358

(Takuya POV)
"Hello? Mira, where are you?" Soalku di atas talian bersama Mira.
"I'm in front of the restaurant that you said." Jawabnya.
"Okay, get in there and-" Aku memberhentikan kata-kataku lalu mematikan talian secara sengaja.
"Haha, she's there." Ujarku kepada Naoya. Naoya turut ketawa.
Aku menutup telefonku.
"Power off. She won't be able to call us." Ujarku.
Kami berdua pergi berjalan-jalan. Memandangkan hari ni hari cuti.
"Naoya, how can I persuade Hana after all this happened?" Soalku.
"I don't know. Maybe we should ask Sakina-chan." Jawab Naoya.
"Okay, let's go meet her. Call her." Ujarku. Naoya hanya menurut. Dia mendail nombor Sakinah.
(Sakinah POV)
Aku dan Abang Koichi baru sahaja melangkah masuk sebuah pusat membeli-belah.
"Wahh! Dah lama tak jalan-jalan dengan abang." Ujarku.
"Haha, yes. I'm busy after go back with Choutokkyuu." Katanya tersenyum.
"I love to see you with them." Aku turut tersenyum.
"Okey, cepat. Tell me what do you want. I will treat you anything." Kata abang bersemangat.
"Okay. Kita pergi....makan dulu! Yay! Makan! Abang belanja!" Aku gembira.
"Erm, makan, makan, makan. You only thinking about food." Kata abang lagi.
"Of course." Balasku.
Tiba-tiba sahaja telefonku berdering.
"Ha? Siapa pula yang telefon ni?" Soalku. Aku mengeluarkan telefonku dari beg.
"Siapa call?" Soal abang.
"Naoya-kun..?" Aku pelik memandang abang. Bukan cerita korang ni dah selesai ke tempoh hari?
"Angkatlah." Kata abang. Aku menurut.
"Naoya-kun, ohayou." Ucapku.
"Sakina-chan, ohayou." Jawabnya.
"Why are you calling me?" Soalku.
"I want to ask you something. But not in the phone. Where are you now?" Soalnya.
"I'm at the mall. With Koichi." Jawabku.
"Okay, we want to meet you. We'll see you soon." Katanya.
"We? What do you mean by 'we'?" Soalku.
Dia sudah mematikan talian. Aku pelik. Biarkan sahajalah.
"Ha, kenapa?" Soal abang.
"Naoya nak jumpa." Jawabku.
"Hm, suruh dia jumpa kita dekat restoran." Aku mengangguk lalu memberitahu dia dengan mesej.
Setelah aku dan Koichi habis makan di situ, kami menunggu Naoya.
"Mana Naoya ni?" Soalku.
"Ah, Sakina-chan." Panggilnya.
"Naoya-kun. Konnichiwa." Ucapku.
"Konnichiwa." Balasnya. Dia duduk.
"Onii." Dia memanggil seseorang. Sekejap. Onii? Sah, Takuya. Hmph, aku yang merajuk dengan Takuya sebab dia marah Hannah sampai begitu sekali.
"Konnichiwa." Takuya muncul dihadapan aku dan Koichi. Dia duduk di sebelah Naoya.
"So, why you wanted to meet me?" Soalku kepada Naoya. Langsung tidak menjeling Takuya.
"My brother. He wants to ask you something." Kata Naoya menunjuk ke arah Takuya.
Aku bersandar sambil menghabiskan airku.
"I..I want to apologize to Hannah for what I have done to her." Kata Takuya. Aku tidak mengendahkan dia. Koichi memandang aku.
"Heh, merajuk dengan Takuya lah tu kan?" Soal abang.
"Siapa suruh dia buat Hannah macam tu? Dahlah hari tu orang panggil dia, buat tak endah je. Jalan melulu sahaja tak pandang kiri kanan. Lain kali selidik lah dulu. Ini tak, tuduh bukan-bukan. Hannah juga yang jadi mangsa keadaan. Bila orang dah siasat, bukan nak berterima kasih. Cubalah minta maaf dulu kat orang yang tolong dia ni. Tak minta maaf sekalipun, cakaplah terima kasih ke apa. Ini tidak. Datang-datang terus nak pujuk buah hati dia yang dia dah koyak-koyak kan hati perempuan tu. Nak tanya pasal Hannah lah tu. Mesti nak tanya macam mana nak pujuk Hannah tu. Budak tu dahlah tengah sedih lagi kat rumah. Eii, kalau tangan aby ni sampai di pipi dia-" Aku tak sempat menghabiskan bebelan aku, abang mencelah.
"Ehh, aby, tenang. Relax, okay?" Kata abang menenangkan aku. Naoya dan Takuya hanya buntu memikirkan apa yang aku bebelkan panjang berjela tadi.
"Excuse me for a while." Ujarku. Aku pergi ke tandas sebentar.
"Eihhh geramnya aku. Aku tengah sakit hati ni, aku nak bebel je." Ujarku sendiri. Aku membasuh muka lalu menenangkan diri sendiri.
Aku kembali ke meja. Suasana di meja hanya sepi.
Aku melihat Naoya mencuit Takuya. Apa bendalah pula dua beradik ini?
"Aby, Naoya and I want to walk around for a while. We go first. Bye." Kata abang tiba-tiba. Naoya dan Koichi meninggalkan aku dan Takuya di situ.
"Sakina-chan." Takuya memanggilku.
"Hmm." Sahutku.
"I'm sorry." Katanya.
"For what?" Soalku buat-buat tidak tahu. Ni mesti abang beritahu dia tadi.
"Because I..." Muka dia, memang muka rasa serba salah. Aku dah nak tergelak sebenarnya.
"Haha!" Gelak juga aku.
"Why are you laughing?" Soal Takuya.
"Because I've see your sincere apologies." Jawabku. Dia masih menunduk.
"I'll forgive you." Ujarku.
"Seriously? Thank you. Arigatou. Arigatou." Katanya menunduk hormat dengan laju.
"But.."
"But?" Soalnya.
"Do you have meet Mira?" Soalku.
"Not yet." Jawabnya.
"Why? She's so annoyed. She had a prank on you." Ujarku geram.
Dia tersenyum, "Actually we have done something to her."
"What is it? Tell me." Pintaku.
*******
(Mira POV)
"Aih, mana mereka ni? Aku dah tumggu mereka lama dah di sini." Ujarku sendiri. Lama sangat dah aku tunggu mereka berdua.
"Aku call tak angkat pula." Aku terus bangun dan beredar dari situ.
Setibanya aku di rumah, aku mencuba untuk menelefon Takuya.
"Aih, adik. Lambat balik. Pergi mana?" Soal abang duduk di sebelahku. Abang menukar siaran pada televisyen.
"Hish, mana dia ni?" Soalku sendiri. Aku merisaukan Takuya. Mana dia pergi?
"Cari siapa tu?" Soal abang.
"Takuya." Jawabku ringkas.
"Tadi bukan adik jumpa dia ke? Tak sampai berapa jam rindu dah?" Usik abang.
"Tak, tadi tak jumpa dia. Call tak dapat. Nombor Naoya tak ada pula." Aku mengeluh lalu menutup telefonku.
"Abang~"
"Nak apa, hah?" Soal abang kasar. Mungkin dia dah tahu kalau aku berlembut tu aku nak sesuatu.
"Abang cuba lah tanya Kak Sakinah. Mana tahu dia ada nombor Naoya. Ataupun mungkin dia tahu Naoya dan Takuya tu di mana." Pintaku manja.
"Pergi ambil telefon abang dalam bilik." Kata abang. Aku dengan lajunya berlari ke bilik abang lalu mengambil telefonnya di atas katil.
"Amboi, kalau bab Takuya laju je kan?" Sindir abang.
"Alah, abang pun sama. Orang suruh tanya Kak Sakinah, laju je abang nak cakap dengan dia. Kalau orang suruh cakap dengan Takuya ke, Kak Hannah ke apa sempat lagi menangguh." Balasku.
Abang membuka telefonnya.
"Abang." Panggilku.
"Hm."
"Abang ni..serius ke suka dekat Kak Sakinah tu?" Soalku.
"Kalau ya pun kenapa?" Soal abang pula.
"Abang...ada terfikir ke nak kahwin dengan dia?" Soalku lagi.
Dia berhenti menaip lalu memandang aku.
"Adik rasa, dia akan terima abang tak kalau abang lamar dia?" Soal abang.
"I don't know. Maybe yes, maybe no." Jawabku.
"Tapi, Ryoga tu lah masalahnya." Ujar abang.
"Why? What's wrong with him? Is he really likes Kak Sakinah?" Soalku.
"Tak tahulah." Jawabnya.
"Tapi kan, kalau dia suka Kak Sakinah, Kak Sakinah suka ke dia?" Soalku.
"Ya tak ya juga kan." Abang berfikir.
"Cuba abang tanya Kak Sakinah." Aku memberi cadangan.
"Seriuslah nak tanya dia?" Soal abang ragu-ragu.
"Eh, kejap. Dia dah jawab. Dia kata Takuya dan Naoya ada jumpa dia kat restoran." Kata abang.
"Aik? Restoran mana?" Soalku. Abang teruskan bertanya.
"Dia kata tak ingat." Ujar abang. Aku pelik. Aku ke yang salah masuk restoran tadi?
"Nantilah adik try call Takuya." Ujarku.
"Sekarang ni, abang tu dulu kena kahwin. Barulah adik boleh lepas nak kahwin." Ujarku lagi.
"Amboi, SPM pun tak lepas lagi dah fikir pasal kahwin." Kata abang.
"Haha, macam mana? Nanti abang tanya Kak Sakinah ke?" Soalku.
"Hm, nantilah abang tengok macam mana. Kalau abang rasa nak tanya, abang tanyalah." Katanya.
"It's okay. Yang penting adik suka kalau abang dengan dia." Aku tersenyum.
"Betul ni?" Abang mendapatkan kepastian dariku.
"Amboi, semacam je nak mendapatkan kepastian daripada adik. Adik pergi bagitahu mummy dan papa lah." Ujarku lalu bangun menuju ke pintu bilik mummy dan papa.
"Mummy! Papa!" Jeritku. Dengan hanya tiga ketukan, mummy dan papa membuka pintu.
"Mummy, papa. Guess what?" Soalku.
"Kenapa, Mira?" Soal mummy pula.
"Mummy dan papa tak lama lagi akan dapat-" Mulutku ditutup oleh abang.
"Abang, apa buat adik macam tu?" Marah mummy.
Aku membuat bahasa isyarat.
"Apa ni adik? Papa tak fahamlah." Kata papa.
"Tak ada apalah, mummy, pa. Adik ni main je ni." Kata abang. Tangannya tidak lepas dari mulutku.
Aku menarik tangnnya melepaskan mulutku, "Nanti mummy dan papa akan dapat me-" Mulutku ditutup semula.
"Me?" Soal mummy.
"Melur. Bunga melur." Kata abang menyengih.
Aku mencuit abang.
"Bunga melur? Dari siapa?" Soal mummy dan papa pelik.
Aku mengambil kesempatan ini. Aku menurunkan tangan abang.
"Dari bakal menantu." Ujarku dengan laju. Aku ketawa sambil berlari duduk di sofa.
"Bakal menantu? Serius ke? Dengan siapa? Abang biar betul. Mummy dan papa tak tahu apa-apa pun." Kata mummy. Papa hanya mengangguk setuju.
"Betul, mummy, papa. Abang tu malu nak bagitahu pada mummy dan papa." Ujarku.
"Tengku Syarifah Amirah!" Abang memarahi aku. Aku ketawa.
"Alah, janganlah marah, wahai abangku sayang. Abang patut berterima kasih dengan adik sebab adik tolong beritahu mummy dan papa. Abang tu nanti sampai kesudah tak beritahu mummy dan papa. Kalau Kak Sakinah tu terlepas pada tangan orang lain, tahulah." Balasku.
Mummy menuju ke arahku.
"Adik, ceritalah kat mummy. Siapa dia? Dari mana?" Soal mummy duduk di sebelahku. Papa mengekori mummy. Abang juga turut mengekori mummy.
Aku tersenyum. Aku menceritakan segala-gala yang aku tahu tentang Kak Sakinah kepada mummy dan papa. Harap papa dan mummy suka pada Kak Sakinah.
*******
(Sakinah POV)
Aku pulang ke rumah seorang diri. Asalnya kan aku bersama Abang Koichi tadi, tapi dia ada hal. Jadi, aku pun baliklah sendiri sahaja.
"Misi aku balik ni, memujuk Hannah berjumpa dengan Takuya." Ujarku sendiri masuk ke rumah.
"I'm back." Ucapku.
"Welcome back. Sakina-chan, where did you go?" Soal Ryoga yang muncul dihadapan aku yang sedang membuka kasut.
"Hah, tepat pada masanya." Ujarku.
Aku tidak menjawab soalannya. Aku duduk di sofa. Dia duduk di sofa lagi satu.
"Tepat masa?" Soalnya.
"Yup." Aku mengangguk.
"Maksud awak?" Soalnya lagi.
"Saya nak tanya awak satu soalan." Aku memandang dia dengan serius.
"What is it?" Soalnya ingin tahu. Dia memandang aku dengan serius.
"Hannah mana?" Soalku.
Riak wajahnya terus berubah, "She's in the room maybe. Haih, saya ingatkan apa benda la yang awak nak tanya tadi. Macam serius sangat. Sudahla, saya nak masuk bilik." Katanya lalu bangun.
Aku ketawa, "Haha, aii takkan merajuk?" Soalku.
Dia tidak menjawab.
"Janganla merajuk. Sejak bila pandai merajuk dengan saya pula ni?" Soalku mendongak memandang dia yang berdiri.
"Ya la. Awak tu keluar dengan Koichi tak ajak saya. Lepas tu, awak pergi jumpa Takuya dan Naoya kan?" Soal Ryoga.
"Kenapa? Saya keluar makan dengan abang je. Lepas tu, Takuya dan Naoya ajak jumpa." Balasku.
Dia duduk semula.
"What's wrong with you? Cuba bagitahu saya." Soalku.
"Tak ada apa la." Jawabnya.
"Hm, sebenarnya, Takuya minta tolong saya untuk pujuk Hannah." Ujarku.
"Ha? Jadi, Takuya tu dah baiklah dengan awak?" Soal Ryoga.
"Dah okey. Dia pun dah minta maaf tadi. Tapi, punya tak baiknya dua beradik ni, mereka pergi kenakan Mira pula." Ceritaku.
"Kenakan Mira?" Soalnya pelik.
Aku mengangguk.
"Apa sahajalah mereka berdua ni. Tapi, tu lah. Sekarang ni, saya tengah fikir cara nak pujuk Hannah." Aku mengeluh.
"Hm, saya ada idea. Hehe." Dia tersenyum.
"Apa dia?" Aku teruja mahu tahu idea dia.
"Eh, tapi tak boleh idea tu saya nak guna nanti." Katanya.
"Ha? Nak guna? Awak nak pujuk siapa?" Soalku pelik.
"Ha? Siapa? Tak ada siapa-siapa lah." Jawabnya menyengih.
"Baik awak cakap, awak nak pujuk siapa?" Aku memandang dia dengan pandangan yang tajam.
"Tak ada siapa." Jawabnya lagi.
"Oh, okey. Tak nak bagitahu. Tak nak kawan!" Aku pula yang merajuk. Aku membaling bantal pada dia lalu lari masuk ke bilik. Aku menutup pintu bilik dengan rapat dan menguncinya.
"Ha, padan muka. Geram aku." Ujarku. Dia mengetuk pintu dari luar.
"Sakina-chan. Janganla merajuk." Pujuknya.
"Padan muka. Siapa suruh berahsia? Entah perempuan mana entah yang awak nak pujuk." Jawabku menyampah.
"Kalau ya pun perempuan lain, kenapa?" Soalnya.
"Eii! Annoying gila." Ujarku sendiri.
"Kalau macam tu, pergilah pujuk perempuan tu sana. Yang awak kejar saya ni, kenapa?" Jawabku.
"Okay." Balasnya.
Mulutku ternganga. Okay!?
Aku membuka pintu bilik.
"Haha, tahu pun nak keluar." Aku menunduk sambil mengetap bibir. Eyh, geram betullah aku.
"Siapa?" Soalku.
"Siapa apa?" Soalnya.
"Siapa perempuan tu?" Soalku.
"Kan saya dah cakap tak ada siapa." Jawabnya.
"Tipu!" Aku tidak percaya.
"Betul la. Saya tak tipu." Balasnya.
"Betul?" Soalku.
"Yang awak risau sangat ni kenapa? Awak suka saya, eh? Mesti awak takut kalau saya tinggalkan awak, kan?" Ujarnya. Aku tersentak dan baru tersedar. Yalah, kenapa aku risau sangat? Biarlah dia nak pujuk siapa pun. Apa kaitannya dengan aku?
"Sudahlah. Saya penat." Ujarku.
Dia tersenyum. Aku masuk ke bilik lalu menutup pintu.
Aku membuka balik pintu itu, "Tak nak kawan." Ujarku lalu menutup semula dengan laju. Aku ketawa. Dia hanya kebuntuan di luar itu. Biarkan dia.
Aku memandang ke seluruh bilik. Hanya Eca.
"Amboi, kau. Kau fikir ini cerita hindustan ke nak main kejar-kejar, hah?" Soal Eca.
"Mana ada." Jawabku selamba.
Aku menyandarkan beg aku ditepi dinding lalu duduk di sebelah Eca.
"Kau buat apa tu?" Soalku memandang dia yang sedang khusyuk melihat telefon pintarnya.
"Baca novel." Jawabnya ringkas.
"Oo~ Hannah dan Alyn mana?" Soalku lagi.
"Alyn keluar dengan mak kau. Pergi beli barang. Hannah..ada kat luar rumah rasanya. Termenung kat laman tu ha." Ujar Eca.
"Termenung kat laman? Aku tak nampak dia pun waktu masuk tadi." Balasku pelik.
"Cuba kau pergi tengok balik." Kata Eca.
Aku bangun lalu membuka pintu.
"Eh, Hannah." Hannah sudah ada di depan pintu bilik kami itu.
"Sakinah. Bila kau balik?" Soal Hannah.
"Hm, masing-masing tak perasan masing. Elok." Kata Eca. Aku ketawa.
Hannah duduk di sebelah Eca. Aku menutup pintu lalu mengekori Hannah.
"Eh, weh, kau kemana tadi?" Soal Eca menutup telefonnya.
"Aku pergi makan dengan abang je." Jawabku.
"Oh. Ahh! Weh! Sakit perut lah pula. Aku nak ke bilik air sekejap." Ujar Eca. Dia menyarung tudung lalu terus keluar dari bilik.
Sebaik sahaja pintu ditutup aku memandang Hannah. Dia tidak seceria dulu.
"Weh, Hannah. Aku nak tanya kau satu soalan." Ujarku.
"Tanya je lah. Apa dia?" Soalnya pula.
"Kalau lah kan, si Takuya tu minta maaf dengan ikhlas dan dengan bersungguhnya pada kau, kau maafkan dia tak?" Soalku.
"Kalau dia betul-betul ikhlas, mungkin aku akan maafkan dia." Katanya.
Suasana sepi seketika.
"Kalau lah dia tahu cerita sebenar, kan?" Ujar Hannah tersenyum kelat.
"Kalau dia tahu, kau rasa?" Soalku lagi.
"Aku..akan rasa gembiralah. Sebab kalau dia tahu, mesti dia dah tak marah aku. Dan kalau Naoya tahu, mesti mereka berdua tu dah tak bergaduh. Aku rasa, aku ni macam penyibuk pula. Aku buat adik-beradik orang bergaduh pula." Katanya lalu ketawa. Dia menunduk.
Aku memeluk bahu dia, "Alah, janganlah macam ni. Aku ada sesuatu untuk kau. Aku jamin kau akan gembira punyalah." Ujarku.
"Serius? Okey, kalau aku akan gembira dengan suprise kau, balik Malaysia nanti aku belanja kau." Balasnya tersenyum.
"Yeah! Kan comel senyum macam tu." Kami berdua ketawa.
"Kalau macam tu..esok! Pagi! Jumpa! Aku! Di..." Aku memberhentikan kata-kataku.
"Di?" Soalnya.
"Di..ha, nanti aku share location. Aku lupa lah nama tempatnya. Hehe." Aku menyengih. Aku memang betul lupa.
Dia mencubit pipiku dengan kuat, "Eiii!! Pelupa betullah kau ni, mak cik!" Ujarnya.
"Ahhh! Sakitlah." Dia melepaskan pipiku. Dia ketawa. Aku turut ketawa walaupun pipiku merah akibat dicubit oleh dia. Aku hanya berharap dia gembira sepanjang masa.
*******
(Hannah POV)
"Haih, mananya dia ni?" Keluhku. Sakinah ni, satu taman dah aku pusing cari dia. Tapi, aku bukan di Ueno Park. Sakinah tu memang, hanya dia dan Ryoga sahaja boleh jejak Ueno Park itu.
Aku penat. Aku berhenti seketika lalu duduk di bangku di situ.
"Hana-chan!!" Seseorang memanggilku. Aku menoleh. Seorang bapa memanggil anak perempuannya rupanya.
Aku memandang ke depan semula.
"Hm, kalau lah yang panggil itu Takuya dan dia panggil aku." Ujarku sendiri.
Tiba-tiba, ada sejambak bunga hinggap betul-betul di hadapan mukaku. Aku memandang gerangan yang menghulurkan bunga itu.
"Do you know why I like to call you Hana than Alya or Maisarah?" Soal dia.
"Why?" Soalku.
"Because, you are as sweet as these flowers." Jawabnya. Ceh, mengayat manis pula.
"I'm sure that is Sakinah's words." Sakinah dan Alyn memang suka main ayat-ayat manis ni.
"Eh, no. It's spontaneously from my heart." Katanya. Eleh, iyalah tu.
"Take it." Ujarnya. Aku mengambil bunga itu.
Kami berjalan di sekitar taman itu.
"Don't you mad at me because I'm with 'Ryoga'?" Sindirku.
"I'm sorry." Balasnya.
Aku hanya diam.
"Hana-chan, forgive me. I know the truth now. Sakina-chan and Naoya had told me everything." Ujarnya.
"Sakinah?" Aku pelik.
Dia mengangguk.
"She was the one that investigated this matter. She really wants us to be good again. Do you know that she came to our company because she just wanted to see Naoya and settled this thing?" Soalnya. Aku terkejut.
"She went there? Alone? Without Ryoga?" Soalku.
"Yes, she went there alone. Then, she met Toi there." Kata Takuya.
"Toi?" Soalku pelik.
"Toi. Tachibana Toi from DISH. Do you know him?" Soal Takuya pula.
Aku menggeleng, "I don't know any other Japanese group except your group and Naoya's group." Jawabku. Sakinah itu kalau dia dah kenal seorang dari satu syarikat, semua orang dari syarikat itu dia nak kenal. Macam-macam kumpulan lah dia cerita pada aku. Tapi, satu pun aku tak ingat.
Dia mengerling ke arah jam tangannya, "Hm, eh? I got to go now. I will late for work. Bye. I'll see you soon. Text me tonight." Katanya melambai sambil tersenyum. Dia hilang dari pandanganku. Aku turut tersenyum. Lega aku perkara ini dah selesai.
Aku menghidu bunga itu, "Hm, wangi." Ujarku sendiri.
"HA! Kau berangan apa, hah?" Soal seseorang menyergahku.
"Hish! Kau ni. Kalau ya pun bagilah salam dulu." Marahku.
"Haha. Macam mana? Gembira tak?" Soal Sakinah.
"Bolehlah." Jawabku.
"Bolehlah? Punya macam ni aku plan untuk kau, kau kata bolehlah je?" Soalnya lagi.
"Haha, yalah. Aku seronok dan gembira sangat sebab dia dah tak marah aku dah." Jawabku.
"Ha, barulah betul."
Aku terperasan seseorang di belakang Sakinah.
"Eh, you are Naoya, right?" Soalku.
"Oh, ha, yes. I am Kusakawa Naoya. Nice to meet you, Hana-chan." Jawab Naoya. Wah, dia tahu nama aku?
"Erm, I got to go. I will late for work. Where is onii?" Soalnya. Hm, nama pun adik-beradik, ayat pun sama sahaja. Rambut pun sama. Haih. Jangan nanti aku tersilap Naoya dan Takuya sudah.
"He had left just now." Jawabku.
"He left me behind? Ehh, you will be sorry, Taku-chan." Katanya marah pada Takuya lalu berlari ke arah jalan yang abangnya lari tadi. Aku dan Sakinah ketawa.
*******
Takuya ajak aku berjumpa di taman yang kami jumpa tempoh hari. Aku ke sana bersama Sakinah.
Sedang kami berjalan mencari Takuya dan Naoya, kami melalui sebuah kerusi. Di kerusi itu, ada seorang perempuan yang kami macam kenal.
Kami berdua menuju ke arah perempuan itu.
"Eh? Mira? Mira kenapa ni?" Soalku melihat Mira menangis.
Aku duduk di sebelahnya. Dia terus memeluk aku.
"Kak Hannah, Takuya mad at me. He and Naoya had a prank on me. Mereka kata ini semua sebab Mira buat Kak Hannah bergaduh dengan Takuya dan Takuya bergaduh dengan Naoya. Mira tak ada niat untuk buat dia dan Naoya bergaduh pun." Katanya.
"Mira buat semua ni..sebab Mira tak suka tengok Kak Hannah rapat dengan Takuya. Tapi, Takuya suka pada Kak Hannah. Mira dah tak boleh buat apa. Mira dah sedar. Mira nak minta maaf dengan Kak Hannah. Mira tahu, Mira salah. Kak Hannah maafkan Mira tak?" Panjang lebar penyesalannya.
"Kak Hannah maafkan Mira. Tapi, Mira kena janji yang Mira takkan buat lagi." Ujarku. Mira janji.
Tiba-tiba sahaja Takuya dan Naoya muncul.
"Ohayou, Hana-chan, Sakina-chan." Ujar mereka berdua dengan nada yang gembira. Aku memandang mereka dengan muka yang marah. Aku berdiri.
"Why you guys are so mean had a prank on her? Can't you guys just forgive her? It can't give any benefits of doing this, boys. Say sorry to her, now!" Ujarku kemarahan.
"Gomenasai." Ujar mereka sambil menunduk hormat dengan begitu lama
Mira mengesat air matanya lalu tersenyum memandang mereka berdua, "It's okay, your pranks were not as bad as mine. I have to go. My brother is waiting for me at the cafe. Bye." Ujar Mira. Mereka bersua berdiri dengan betul semula.
Kami berempat melambai dia sehingga dia hilang dari pandangan kami.
Aku dan Sakinah memandang Takuya dan Naoya.
"Yeah! Our mission accomplished." Kami bersorak. Sebenarnya, yang aku marah pada Takuya dan Naoya tadi berlakon sahaja. Bukannya betul pun.
"We have to celebrate it." Ujar Takuya.
"Okay. It's a good idea. But, you have to treat us, onii." Kata Naoya menepuk tangan. Aku dan Hannah juga menepuk tangan.
"Me? Why me?" Soalnya.
"Because, you are the main cast in this case. So, you have to treat us." Jawabku.
"Okay, but, I will going to treat Hana-chan only. Both of you..hm, treat yourselves. Haha." Ujar Takuya.
"Ohh, it's okay. We eat together, Naoya-kun. My treat." Ujar Sakinah pula.
"Eh, daijoubu, my treat." Kata Naoya pula.
"Eh, it's okay. My treat." Kata Sakinah lagi.
"Ehhh, yamete! (stop it!) My treat, okay? If you two fight because you want to treat her, and you want to treat him, this fight will not going to end." Ujar Takuya pula memberhentikan kedua orang yang baik hati yang nak belanja sesama sendiri ini.
"Yes, this is what we want actually." Ujar Naoya. Sakinah mengangguk. Takuya pula hanya redha sahaja. Aku pula ketawa sahaja mampu melihat mereka.
________________________
Konnichiwa, readers. :)
Miss Sakura nak minta maaf seribu kali maaf kerana bab kali ini lambat sangat. :'( Maafkan Miss Sakura, ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience