BAB 18 - MAAFKAN KAMI
Wajah Bbetty ditumbuk sekuat hati menyebabkan tubuh itu tersungkur. Akitty mengambil kesempatan dengan mendekati Nur Halimah dan Tengku Ehsan.
Pasangan itu enggan bersembunyi di rumah pokok memandangkan Shahril dan Mila berada di situ. Bimbang mereka jika Akitty bertindak di luar kawalan dan akan menghancurkan rumah tersebut.
Pergerakan Akitty terhenti apabila kakinya dikunci oleh pegangan Bbetty yang masih terbaring.
“Jangan kau dekati mereka!” larang Bbetty.
“Jangan ganggu!!” tubuh Bbetty dipukul dan ditumbuk beberapa kali oleh Akitty.
“Jangan cederakan Bbetty!” menangis Nur Halimah.
“Saya akan berhenti memukul jika kau datang ke sini,” ugut Akitty yang masih memukul Bbetty.
Nur Halimah memulakan langkahnya namun ditarik semula oleh suaminya. Wajah suaminya dipandang dengan geram.
“Lepaskan, abang! Bbetty perlukan bantuan Ima. Jika dibiarkan, pasti Bbetty akan mati!” merayu Nur Halimah.
Teresak-esak dia menangis meminta dilepaskan. Dada suaminya dipukul bertubi-tubi.
“Zup!” pergerakan tangan Akitty dikunci secara tiba-tiba.
“Apa ni?” pelik Akitty sambil melihat tangannya.
Pergelangan tangannya dililit tali beberapa kali. Matanya teralih melihat gerangan yang berani melakukannya sebegitu.
“Izan! Bantu kami!” kedengaran jeritan Shahril di dalam suasana yang malap itu.
Shahril ialah orang yang telah melilit tangan kanan Akitty dengan mencampak tali dari jarak yang agak jauh. Tali yang digunakan merupakan tali yang digunakan di kawasan pembinaan untuk mengukuhkan sesuatu struktur.
“Baik! Ima, tolong jangan bertindak melulu,” sempat Tengku Ehsan berpesan sebelum mendekati Shahril.
Nur Halimah yang hendak mendekati Bbetty terbantut. Tangannya dipegang dari belakang.
“Kak Mila?”
“Ima kena bantu akak. Akak akan lilitkan tali ini pada kakinya. Kami rancang untuk jatuhkan tubuh itu supaya senang untuk berikan ‘penawar’ pada dia,” ujar Mila.
“Penawar? Jadi, mereka sudah berjaya dapatkan penawarnya?” ceria wajah Nur Halimah.
Dengan menggunakan kecekapan Mila, dia berjaya melilitkan tali pada kaki kiri Akitty. Mila dan Nur Halimah kuat menarik tali untuk menjatuhkan Akitty. Bbetty yang terdengar jeritan seseorang untuk menjatuhkan Akitty turut menarik kaki kanan Akitty yang berada di genggamannya.
“Dush!” bunyi dentuman yang kuat terhasil apabila tubuh Akitty rebah di atas tanah.
Di dalam suasana yang malap itu, seseorang memanjat tubuh Akitty dan pantas mendekatkan ‘penawar’ pada hidung Akitty. Tidak lama kemudian, Akitty mula tidak sedarkan dirinya.
Syukur mereka apabila rontaan Akitty sudah berakhir. Mila dan Nur Halimah mendekati Bbetty yang cedera.
“Maafkan kami Bbetty sebab gagal melindungi awak,” sebak Nur Halimah.
“Jangan risau, wahai manusia. Asalkan, kalian tidak cedera,” balas Bbetty beserta senyuman.
“Maaf Bbetty sebab meragui awak tadi,” bersalah Tengku Ehsan.
“Tidak mengapa. Bukan salah kalian,”
Shahril mula terasa sakit pada bahunya akibat menarik tangan Akitty dengan kuat. Dia melutut sambil menekan kawasan sakitnya.
“Abang Shahril ok tak ni? Mari masuk ke rumah pokok sekarang,”
“Tidak apa, Raz. Tanpa tindakan pantas Raz, pasti kita takkan berjaya selesaikan misi ni,” ujar Shahril.
“Bukan saya yang berjasa. Malah, yang lain juga memainkan peranan masing-masing. Syaza dan Akil yang dapatkan penawar ini,” balas Ismail Razak sambil memapah Shahril menuju ke pokok supaya Shahril dapat duduk bersandar di situ.
“Oh ya. Mana Ed, Syaza dan Akil, Raz?” soal Tengku Ehsan yang sedang membersihkan kecederaan Akitty.
Ismail Razak tersenyum apabila teringat kejadian tadi.
-Flashback-
“Kalau nak selesai tugasan ini dengan cepat, lebih baik Akil sendiri yang menghantar ‘penawar’ ini ke aras 1. Ed tak mampu untuk merawat kecederaan mereka seorang diri,” tutur Ismail Razak.
Bahu Nik Akhil dipegang. Jejaka itu membalas dengan keluhan yang berat.
“Kami tidak ada apa-apa, wahai manusia,”
Serentak mereka menoleh ke arah gerangan suara gerun itu.
Comel 2 dan Comel 3 sudah terjaga dari pengsan.
“Maafkan kami kerana telah menyusahkan kalian. Biar kami yang merawat Comel 1. Kalian pergilah membantu yang lain,” ujar Comel 3.
Syahdu Comel 2 dan Comel 3 memandang Comel 1 yang pada wajah.
“Alhamdulillah kalian tidak ada apa-apa. Jadi, biar Raz yang menghantar ‘penawar’ tu pada Aras 1 manakala Akil pergi bantu Syaza di Aras 3. Selepas selesai nanti, Ed akan sertai kalian,” cadang Shasya Edrina.
“Baiklah kalau begitu. Maaf Raz dan Ed. Akil tak dapat tolong korang,” bersuara Nik Akhil.
“Akil dan Syaza sudah dapatkan ‘penawar’ ni pun kami sudah bersyukur. Dahlah. Baik korang cepat pergi. Jangan risaukan Ed dan Comel,” arah Shasya Edrina.
Tergelak kecil Nik Akhil dan Ismail Razak. Sempat Ismail Razak memeluk isterinya sekilas sebelum berlari ke rumah pokok diikuti Nik Akhil.
Nik Akhil berada di hujung belah kanan manakala Ismail Razak berada di hujung belah kiri. Apabila ‘butang bercahaya’ disentuh, satu lubang muncul di bawah mereka.
-Tamat flashback-
“…Bila Raz sampai, kak Mila dan abang Shahril terus menerpa Raz. Mereka kata, Ima dan Izan berada di dalam bahaya. Jadi, kami bertiga terus ke arah korang berdua. Itulah kisahnya,” bercerita Ismail Razak.
Luka pada wajah Bbetty sudah selesai dirawat. Begitu juga dengan kecederaan Shahril. Suasana di aras itu mula terang.
“Em?” Akitty terjaga dari pengsannya.
Apabila matanya memandang ‘makhluk’ sejenisnya, dia mula mengingati perbuatannya sebelum ini. Air mata mula menitis pada tubir matanya.
“Maafkan saya! Maafkan saya! Maafkan saya!” bersalah Akitty.
Dia memohon maaf beserta melutut ke arah Bbetty dan manusia di situ.
Shahril bangun lalu berjalan mendekati Akitty. Bahu Akitty ditepuk dengan lembut.
“Bukan salah kamu, wahai ‘penjaga’ yang gagah perkasa. Kami tahu yang kamu tidak dapat mengawal tindakan sendiri. Yang penting sekarang, kita semua selamat,” pujuk Shahril.
Akitty memandang setiap wajah di situ. Terpamer senyuman pada wajah mereka. Langsung tiada perasaan dendam akibat perbuatannya itu.
“Terima kasih,” terharu Akitty.
Selepas banyak yang telah dilakukannya, namun, perbuatannya masih dimaafkan. Dia nekad untuk membalas jasa baik itu.
Share this novel