Bab11:Rahsia

Romance Completed 204114

"Tell me the truth dad!all of them!Whole story about my wife!",melantun tinggi suara Tengku Que Iskandar.Kemarahannya meledak bila Tengku Benjamin Adame mengaitkan lelaki yang mencederakan Hazel adalah lelaki yang sama membunuh Opahnya Hazel 7 tahun yang lalu.Tengku Que Iskandar melepaskan emosi sekerasnya saat Tengku Benjamin Adame memberitahu kematian abangnya Tengku Que Izham juga adalah perbuatan Indra dan dalangnya pasti orang yang sama.

Menggigil badannya menahan api kemarahan yang merasuk.Matanya dipejam beberapa kali,rahangnya diketap keras mencari kewarasan.Namun amarahnya tidak boleh tidak mesti dilunaskan.Segala benda yang berdekatan dicapai dan dihempas dengan penuh kemarahan.Kakinya juga naik menerajang semua benda.Tengku Benjamin Adame dan Sharifah Mariah hanya diam menghadapi kemarahan Que.Tengku Isabella yang tadi tidak sabar mahu bertanyakan khabar kakak iparnya juga tidak jadi bertanya.

"Why dad?why you kept this secret behind me?",Tengku Que Iskandar masih dengan lantunan suaranya yang tinggi.Tiada yang berani membuka mulut.Tengku Benjamin Adame mengeluh penuh kelelahan.Wajah tua itu kelihatan tersepit untuk membuka rahsia Hazel yang utuh disimpan selama ini demi keselamatan menantunya itu.

"Baiklah!daddy akan berterus pada Que tentang semua perkara.Que ,daddy juga terluka dengan kematian anak daddy!Tapi daddy juga perlu terus melindungi Hazel.Tolong fahami keadaan daddy!"sebak mula meresap ke hati Tengku Benjamin Adame.

"Then,why don't you tell me the truth!"Tengku Que Iskandar mencelah.

"You know who truly I am right?I will kill that bastard!"

"Que,kes tu dah jadi kes polis jadi biar pihak berkuasa yang uruskan",Tengku Benjamin Adame cuba memujuk anaknya.

Hati tuanya tidak mahu anaknya membunuh dan mengambil nyawa orang dengan tangannya sendiri.Dia juga cukup tahu apa dunia kedua anaknya namun dia hanya membutakan matanya.Dia cukup tidak setuju dengan ayahnya melibatkan Que dengan kerajaan bawah tanahnya,tapi nasi sudah menjadi bubur.Tengku Que Iskandar sudah jauh terlibat dengan dunia itu malah menjadi kepala kerajaan dunia bawah tanah warisan arwah ayahnya.Sesalan demi sesalan menghempas hatinya kerana melepaskan Que tinggal bersama Tok Akinya.

"Hahahahahhha".....Tengku Que Iskandar meledakkan ketawa kuat,ketawa yang penuh dengan kekecewaan,kesakitan dan kemarahan.Marah kerana daddynya menyimpan rahsia besar isterinya,haknya.Rahsia yang boleh membahayakan keselamatan isterinya jika dia lambat ketahui.Dan lebih parah rasa kecewa bila daddynya merahsiakan punca kematian abangnya sendiri..Andai dia tahu ahli keluarganya dalam posisi bahaya kerana melindungi Hazel mesti dia akan berbuat sesuatu untuk keselamatan keluarganya.Apa guna kuasa yang dia ada sekarang jika tidak mampu melindungi keluarganya sendiri.

"No dad!I won't let anything bad happened again!I'll kill them with my own hands!"tegas Tengku Que Iskandar tanpa mahu mendengar apa-apa lagi.

*******

"Yes Alex!",panggilan Alex segera diangkat kerana Hazel ditinggalkan dibawah pantauan ketat anak buahnya sebelum Tengku Que Iskandar kembali ke rumah agam daddynya.

"Puan Muda baru sedar tuan,doktor masih melakukan pemeriksaan",terang Alex.

"Doktor lelaki ke perempuan?",Que bertanya tidak sabar kerana dia sudah meminta Eric tukarkan doktor pakar perempuan untuk rawatan Hazel.

"Maaf Tuan,doktor lelaki".

"What!"......

"Bullshit Eric!kau memang nak pecah kepala",Que memaki tanpa mempedulikan orang tuanya yang menggelengkan kepala dengan olahnya.

"Jangan bagi doktor lelaki dekat dengan Puan Muda,panggil doktor perempuan sekarang!",berapi-rapi rasa amarahnya.

"Ba..baik tuan",Alex segera bergegas merempuh masuk ke wad Hazel menghalang rawatan susulan oleh doktor lelaki yang bertanggungjawab merawatnya semalam.

Masing-masing tercenggang dengan rempuhan pintu yang kuat.Doktor lelaki yang merawat juga tidak jadi meneruskan rawatan bila Alex laju memegang tangannya dan segera mengusir doktor itu keluar.Eric juga turut melopong dengan tindakan Alex.

"Tuan Eric!Mahu pecah kepalakah?".

"Ke..na..kenapa?"Eric tergagap,melihat Alex umpama dia menghadapi Que.Anak buah sama saja perangai dengan bosnya,kejam.

"Bos minta doktor perempuan,bukan doktor lelaki!",Alex memandang tajam wajah Eric.

Wajah Eric berubah pucat kerana dia terlupa dengan permintaan sahabatnya tadi.Dia segera berlari keluar melintasi Alex untuk menghubungi doktor pakar perempuan yang ada.

"Matilah aku kali ni!"apa agaknya salah aku di kehidupan lepas pada Que hingga aku ditemukan kembali menjadi sahabat lelaki kejam itu..

"Aarrrrrrrrr"...........Eric melepaskan tekanan dibilik pejabatnya.

Sorry sangat chapter ni agak pendek sedikit.Tq untuk yang sudi membaca karya saya✌✌

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience