BAB 5

Mystery & Detective Completed 12501

LIMA pasang biji mata memandang tepat pada seraut wajah pelajar perempuan yang memperkenalkan dirinya sebagai Ainul Batrisyah. Meleret senyum ketua kumpulan Mr.Loba-loba.

Susuk wajah pelajar itu di perhatikan. Dari kepalanya yang bertutup dengan kain putih yang di panggil tudung sekolah sehinggalah tumpuannya sampai hingga ke kasut hitam sekolah yang di pakai pelajar itu.

'Kemas!' Fikir Shahril.

"Aduh!" Ngerang Shahril. Dia menoleh ke kiri. Rayyana menjengkilkan biji matanya pada Shahril.

Lengannya masih terasa sakit dek kerana hadiah daripada Rayyana. Tak pasal-pasal kulit tangganya yang putih melepak itu menjadi merah. Menyampah!

"Siapa yang suruh awak datang ke sini?" Suara keras Cikgu Tajul Fikri mematikan lamunan Shahril.

Dia kembali fokus mengira berapa ekor semut yang melalui jalan di bawah sebelah kasut mereka. Ikutkan hati dia nak je pijak semut tu biar mati dan bertempiaran lari. Jalan pun nak ikut barisan. Menyampah!

"Cikgu Suhaila yang bagitahu Cikgu Tajul Fikri ada dekat sini. Beliau yang minta saya jumpa terus dengan Cikgu Tajul. Sebab itulah saya di sini." Terang Ainul Batrisyah panjang.

Hujung rotan Cikgu Tajul Fikri di angkat lalu dia menggaru hujung keningnya. Sedikit terasa gatal-gatal.

"Hem.. macam nilah. Saya tengah sibuk sekarang ni. Awak masuk ke kelas dulu. Boleh?" Suara Cikgu Tajul Fikri di sebalik pintu bilik penyelia masih dapat di dengari.

Ainul Batrisyah akur dengan arahan yang di berikan oleh Cikgu Tajul Fikri selaku guru kelasnya mulai dari sekarang.

Dia meninggalkan halaman bilik penyelia. Sejak tadi hatinya berdetik berkata-kata perihal empat orang pelajar yang berdiri tegak sambil kepala tunduk menghadap lantai. Walaupun kelibat pelajar-pelajar itu tidak jelas pada pandangan, namun dapat di hidu dirinya menjadi perhatian pada mata-mata yang memandang dirinya pelik.

Kaki di hayun ke arah yang di berikan. Penuh debaran di dada saat kaki menaiki satu persatu anak tangga menuju ke destinasi. Iaitu kelas 4Sains Sosial. Kelas yang berada betul-betul di tingkat atas dan paling hujung di bangunan ini. Berdekatan pula dengan padang sekolah yang luas dan tangga rahsia.

"Penatnya.." Keluh Ainul Batrisyah. Lenguh kepala lututnya apabila terpaksa mendaki anak tangga demi mendapatkan ilmu di sekolah.

"Mana satu ni kelas dia?" Soal Ainul Batrisyah sendiri.

Dengan nafas yang tercungap-cungap, dia berjalan. Angin kencang di bangunan ini makin membuai lena kala dia kepenatan. Setiap kelas yang telah di lewati di pandang teg nama yang tergantung di pintu. Satu pun belum di jumpai.

"Cari apa?" Satu suara garau menyapanya dari belakang.

Satu teguran dari belakang memeranjatkan dirinya. Mujurlah fail yang di pegang tak terbang bersama hembusan angin di si atas ini.

"Er.. saya.. cari kelas 4 Sains Sosial. Kelas Cikgu Tajul Fikri." Kata Ainul Batrisyah kepada seseorang yang tak di kenali.

Pakaiannya tidak melambangkan dia seorang guru di sekolah, nak katakan makcik tukang kebun juga tidak, pelajar jauh sekali. Segera perasaan tidak baik menilai luaran orang ini di buang jauh.

"Kelas tu ada dekat hujung sana. Dekat sini tak ada kelas yang di gunakan." Intonasi makcik itu bertukar lembut berkata kepadanya.

"Oh.. baiklah. Terima kasih makcik.." Ingin segera dia berlalu meninggalkan kawasan koridor ini. Menyeramkan bila angin tiup kencang. Sudahlah dia berada di tingkat paling atas. Gayat tu.

Berlari Ainul Batrisyah sekuat mungkin. Tidak di endahkan panggilan dan siulan dari pelajar lelaki yang melihat dirinya yang sebegitu. Ada juga suara-suara yang ketawakannya. Barangkali memang sebegini keadaan dan suasana sekolah di sini bila melihat pelajar baru masuk. Mungkin.

SEMINGGU berada di sekolah baru memang memenatkan. Bila lagi jumpa pelajar yang senior dan ulang jawapan sama tiap kali di sapa. Letihnya!

"Ainul, buat apa tu?" Sapa mak su.

Ainul Batrisyah menoleh pada suara yang menegurnya. Suara mak su. Siapa lagi? dah tentu-tentunya hanya kami berdua je yang duduk dalam rumah ni.

'Entah bilalah Maksu tu ada dekat pintu bilik aku berdiri macam tiang bendera melihat aku yang duduk termenung dekat meja belajar ni? Haish..'

Gadis itu tersenyum sekilas memandang Maksu.

"Hai.. tak nak jemput maksu masuk ke?" Ujar mak su lagi. Keningnya sebelah terangkat memandang anak saudaranya yang buat-buat sibuk di meja tulis.

"Ainul sibuklah mak su.. banyak kerja sekolah.." Kata Ainul Batrisyah untuk mengelak dari mak su nya masuk ke bilik.

"Alah, apa mak su kisah. Ainul banyak kerja ke.. tak ada kerja sekolah ke.. ada mak su kisah?" Punggung di henyakkan ke atas tilam empuk Ainul. Nikmatnya..

"Mak su.. orang banyak kerja sekolah lah.." Ainul Batrisyah memusingkan kerusinya memandang mak su yang sedang tergolek-golek atas tilamnya.

"Eleh, banyak kerja konon. Habis yang dari tadi duduk termenung tu apa?" Mak su mencebik. Dia mengengsot sedikit ke hujung tilam kemudian dia menghayunkan kakinya.

"Betul.. tadi tu orang tengah idea. Hah.. idea macam mana nak buat kerja karangan ni. takkan mak su tak nampak itu semua?" Serius betul Ainul Batrisyah berkata-kata.

Mak su tersengeh. Giginya yang putih tersusun rapi nampah bersih dan bersinar. Apatahlagi di tamabah seri lesung pipit di kiri dan kanan pipinya yang gebu itu.

"Karangan? Menarik. Mak su suka kalau buat karangan ni." Kaki yang di hayun tadi berpijak di atas lantai.

Ainul Batrisyah tersenyum. Mak su mesti nak balik bilik lah tu. Fikir Ainul Batrisyah lagi.

Namun senyumannya tidak kekal lama bila mak su datang mendekat kepada meja belajar dan mengambil buku lukisan di atas meja. Merahnya muka Ainul Batrisyah menahan malu.

"Herm.. karangan.. Karangan tu subjek BM kan? Oo.. sekarang zaman dah berubah ea. Buat karangan pakai kertas lukisan pulak?" Mak su mengibas-ngibas buku lukisannya ke wajah. Makin berbahang wajah Ainul Batrsiyah. Dia tertunduk malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience