Rate

BAB 3

Mystery & Detective Completed 365

Adnan sudah tidak tahu bagaimana harus menjawab pertanyaan Asiah kerana
dia sendiri berasa hairan bagaimana Naleya boleh keluar dari rumah
sedangkan pintu pagar berkunci?

Masakan Naleya mampu memanjat pagar berjeriji tajam itu?

Apabila semua orang semakin buntu, mulalah timbul bermacam-macam
saranan. Ada yang menyuruh Adnan membuat laporan polis sahaja. Tak
kurang menyuruh Adnan meminta bantuan bomoh. Terkejut sungguh Adnan
mendengarnya.

Namun, beberapa orang bersetuju dengan cadangan menggunakan khidmat
bomoh itu. Tidak mahu mengecilkan hati, Adnan bersetuju sahaja.

Seorang jiran kemudiannya menawarkan diri untuk membawa seorang bomoh
yang dikenalinya. Sangka Adnan, bomoh itu orang Melayu tetapi rupanya
sami berbangsa Siam!

Ketika sampai, bomoh itu menggumam tidak tentu hala dalam bahasa Siam
sambil matanya melingas memandang ke sana ke mari.

Tanpa dipelawa, dia terus masuk ke dalam rumah Adnan, terus ke bilik Naleya .

Selepas beberapa minit berada disitu, bomoh Siam itu bergegas keluar
dari bilik Naleya , terus meluru ke taman permainan.

Semua orang mengekori dengan rasa hairan. Kenapa pula bomoh itu mahu ke
taman permainan? Bukannya ada apa pun disitu.

Bomoh Sami itu berdiri tegak menghadap terowong konkrit bulat ditengah
taman permainan. Dia membacakan mentera dan serapah dalam bahasa Siam.

Tiba-tiba mereka semua melihat Naleya sedang duduk memeluk lutut di
dalam terowong tersebut.

Naleya yang menyedari mereka semua sedang memerhatikannya, segera meluru
mendapatkan Asiah .

"Ibu! Kenapa tadi ibu tak nak ambil Naleya ? Naleya panggil ibu tapi ibu
pergi macam tu je?" teriak Naleya menangis ketakutan.

Asiah hairan mendengarnya kerana bukan dia saja, semua yang lain langsung
tidak melihat kelibat Naleya di situ walaupun sudah berkali-kali mereka
berlegar di kawasan tersebut.

"Naleya .. jangan nangis.. ibu ada ni.. tapi macam mana Naleya boleh ada
kat sini?" Asiah bertanya.

"Nenek tua tu bawa Naleya ke sini. Dia tak bagi Naleya balik.."

Semua yang mendengar tercengang sambil memandang ke arah Naleya , ke arah
terowong dan ke arah sami tersebut yang seperti sedang bercakap dengan
seseorang yang tidak dapat dilihat.

Selepas kelihatan bertengkar, marah dan menampar-nampar udara, sami itu
mendekati. Dia bercakap kepada jiran Asiah yang membawanya datang tadi.

Selepas mendengar apa yang diperkatakan, jiran Asiah menerangkan apa yang
berlaku.

Memang Naleya dibawa pergi oleh seorang nenek tua. Nenek tua itu adalah
penunggu kawasan itu sebelum tempat tersebut dibangunkan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience