"Apa? Kau langsung tak jumpa dia ke dekat mana-mana? Lembab lah kau ni!" marah Sherry pada awal pagi tu. Sherry mencampakkan telefonnya di katil. "Takkan dia sempat pergi ke bilik dia? Hish! Kenapa rancangan aku tak menjadi ni? Think Sherry, apa lagi aku kena buat ni?" bentak Sherry.
Sherry diam. "Ini tak boleh jadi, mungkin kawan baik dia tu sempat selamatkan dia, mungkin Becky sempat bawa ke pergi bilik. Sial!" marah Sherry. "Tak pe, hari ni dia menang, esok-esok.. aku akan pastikan dia terima akibatnya." kata Sherry. Dia menerima satu lagi panggilan telefon. "Hish! Malas aku." kata Sherry lalu menjawab panggilan tersebut.
***
"Semua dah sedia ke?"soal Zahin. Anya, Bahr, dan Becky berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. "Becky, kau duduk sebelah aku kan nanti?" soal Anya. "Ya Anya, jangan risau tau." kata Becky. Sherry hanya melihatkan mereka berempat seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mereka gembira sebentar tadi membeli buah tangan. "Ke ubat yang aku letak tu tak mujarab?" soal Sherry dalam hati. "Sayang.. jom." kata Bahr. "Okay.." senyum Sherry manja.
***
Ketika Anya memakai tali pinggangnya, dia ingin bertanya kepada Becky, bagaimana keadaan dirinya semalam, adakah teruk ataupun bagaimana. Dia benar-benar tidak menyedari. "Becky, semalam .. teruk ke aku?" soal Anya ketika dia sudah memasang tali pinggangnya.
"Sangat teruk." terkejut apabila suara lelaki yang kedengaran. "Bahr, kau buat apa dekat sini? Bukan Becky ke duduk dekat sini?" soal Anya. "Ingat aku nak tinggalkan kau seorang-seorang, biarlah Becky duduk dengan Zahin dan Sherry." kata Bahr. "Nanti marah Sherry kau buat dia macam tu." kata Anya. "Kau nak dengar cerita ke tidak pasal semalam?" soal Bahr. Dan Anya terus mendengar cerita Bahr sambil menutup kedua telinga dan mulutnya, tidak rela dia mendengar cerita Bahr.
***
"Becky, kenapa Bahr tukar tempat dengan awak?" soal Sherry. "Entah.. biarlah dia, mungkin dia nak bercerita dengan Anya." kata Becky, malas dia ingin menjawab soalan Sherry. Lebih baik dia menumpukan perhatian di skrin telefonnya. Zahin sudah lama melelapkan matanya untuk tidur, dia perlukan rehat kerana kerjanya akan bertimbun apabila balik Malaysia.
Sherry sudah menyumpah di dalam hati. "Nahas kau Becky, kau ingat aku tak tahu.. kau tu tak suka aku kan. Hish! Geram aku!" bentak Sherry dalam hatinya.
***
Anya masih terdiam, "Bahr.. betul ke aku macam tu? Aku goda kau.. aku kejar kau?" soal Anya banyak kali. Bahr sudah ketawa melihatkan raut wajah Anya yang pucat tu. "Ya Anya. Bila kau macam tu, serious.. you are too sexy, that I can't handle it. Kalaulah kita dah kahwin, mungkin kita boleh dapat kembar tau." gurau Bahr. "Hish! Dia ni, bergurau lah pula. Apa pun, kau dah dapat ke pelakunya?" soal Anya.
"Aku pun tak boleh syak siapa, mungkin orang tu nak bagi minum orang lain, tapi kau yang terminum. Takkan kau tak nampak siapa yang ambilkan kau air, ataupun kau ada letak air kau dekat mana-mana?" soal Bahr lagi. "Entahlah, serius aku lupa." kata Anya.
"Dah lah, kau rehat lah.. kesian pula aku tengok kau." kata Bahr. Anya hanya merenung ke arah Bahr. "Siapa pun yang buat kau macam tu aku tak boleh maafkan Anya.. Serius semalam aku hampir menangis tengok kau macam tu. Kalau lah pelakunya di kalangan kita. Aku tak teragak-agak nak hancurkan hidup dia." kata Bahr. Anya sudah menelan air liurnya yang dirasakan pahit. "Eee.. relaks lah Bahr. Asalkan aku takda apa-apa." kata Anya.
"No Anya. Kau tak faham. Kalau lah benda ni disengajakan, macam mana? Kau dalam bahaya. Maksudnya, dalam percutian kita ni, ada musuh yang kita tak sangka. Mungkin Zahin yang buat." kata Bahr. Dan, secara tiba-tiba Anya panas, kenapa Zahin yang dituduhnya. "Aku pun boleh cakap benda yang sama, mungkin Sherry yang buat!" tegas Anya.
"Kau tak boleh cakap dia macam tu, Anya.." kata Bahr. "See, aku pun boleh cakap benda yang sama, Zahin tak akan buat benda tu macam tu. Kalau dia nak buat, dah lama dia buat.. dekat Paris lagi dia dah buat lah." kata Anya. Entah sekarang, mereka akan bergaduh lagi. "Dah lah, malas aku nak layan kau. Aku nak rehat." kata Bahr, menutup matanya.
***
"Bye Anya dan Becky.. nanti kita bercuti sama-sama lagi tau." kata Sherry, dia akan dihantar oleh Bahr. Becky perasan akan perubahan Anya dengan Bahr, macam baru habis bergaduh.. kalau tidak, suara Bahr akan mengusik Anya. Ni dua-dua muka macam ayam berak kapur. Zahin pula sudah lama meninggalkan mereka. Katanya ada hal mustahak yang harus diselesaikan.
"Kau dengan Abang Bahr kenapa? Gaduh lah tu.." kata Becky ketika berada di dalam teksi. Buat pertama kalinya Bahr tidak menghantar mereka. Selalunya, di mana ada Anya, di situ Bahr akan menghantar dia dan Anya. "Entahlah, aku bengang dengan abang sepupu kau tu, adakah dia tuduh Zahin yang buat, aku apalagi.. aku tuduh balik Sherry yang buat." kata Anya.
Becky hanya tersenyum, "hurmm.. biasalah. Takpe, aku guarantee.. dua hari, pandailah tu dia cari kau dekat butik. Kau percaya lah, bukan aku tak kenal Abang Sepupu aku tu. Anyway, Anya.. kau hati-hati sikit dengan Sherry tu. Lain macam baik dia tu." kata Becky. "Okay.." kata Anya, malas.
***
"Sayang.. kenapa ni? You seems angry." kata Sherry. Bahr mencapai tangan Sherry dan mengucupnya. "You nak tahu tak? Malam semalam ada orang buat tak elok dekat Anya. Nasib I yang jumpa dia. Ada orang masukkan sesuatu dekat minuman Anya." kata Bahr.
Terkejut Sherry, lebih kepada pura-pura. "Ye ke, terus.. macam mana Anya?" soal Sherry. "Dah okay daa. Nasib dia okay. Tapi, I tak suka bila dia tuduh you, hanya sebab I tuduh kawan baharu dia tu, Zahin." kata Bahr.
Dalam hati Sherry, menyumpah! Patutlah rancangannya gagal semalam. Ada penyelamatnya. Ni tak boleh jadi. Sherry terus menangis, dia harus menyimbah minyak dalam hubungan mereka. Kalau boleh, biar putus. "Sampai hati Anya.." terus Sherry pura-pura menangis. "Sherry.. please stop cry. I will make Anya minta maaf dengan awak. Okay? Please.. You tahu kan.. I tak suka tengok you menangis." kata Bahr.
"Jahatnya Cik Anya, padahal selama ni saya hormatkan dia." kata Sherry, meraih simpati. "Dah lah tu, you jangan lah menangis. Nanti I nasihat dia. Entahlah.. kenapa perangai Anya sekarang dah berubah, dulu elok je.." kata Bahr.
"Ataupun, sebenarnya Anya sengaja minum benda tu tak? Dia nak buat I jelouse, you tahukan .. mana lah tahu Anya jelouse dekat I sebab rapat dengan you. Mungkin dia beranggapan partner in crime dia dah kena rampas. Jadi dia kena buat sesuatu?" kata Sherry.
Dan, Bahr sedikit berfikir... "Ke dia sengaja minum benda tu, dan pura-pura tunggu seseorang dekat tandas?" soal Sherry.
Terus menerpa kembali ingatan Bahr kepada Anya, apabila Anya memanggil dirinya handsome man, adakah betul Anya menunggu seseorang dan dia sengaja berbuat sedemikian?
Hehehee. stay tuned next chapter :)
Share this novel