SECUBIT RASA PAHIT DIBERI

True Story Series 34353

SEBULAN KEMUDIAN..

Tok.. tok.. pintu pejabat Syarif diketuk perlahan..

Masuk.."

Assalamualaikum tuan, Apa kabar pagi ni? "Harris berdiri didepan Syarif.

Ooh Harris, Waalaikumusalam.. alhamdulilah semua baik-baik saja.. sila duduk

Saya dengar tuan dah tukar rakan tugas tuan dengan pasukan lain betul ke..?

Syarif menutup laptop didepannya.

Ya.. saya tukar sebab saya perlukan ahli pasukan yang tegas dan berdisplin itu sahaja.

Harris senyum rapi.

Cepat betul ya gosip tersebar padahal saya tak cerita dekat sesiapa pun sepantas kilat..!!

Hehe" biasalah tu tuan, orang handsome macam tuan ni mestilah laju diorang pasang telinga kalau muka petak macam kitorang ni tengok pun taknak.. Harris tergelak.

Pandailah awak Harris ni awak dah lunch belum?

Belum lagi tuan, kalau tuan nak lunch sekali bolehlah kita pergi sekarang..

Baik.. kita pergi sekarang..

Mereka berdua menuruni anak tangga berdua sehingga ke luar pejabat.

Kita makan dekat kedai tomyam tu jelah tuan dekat sikit..

Okey boleh say..." Syarif menangkap satu kelibat dan langkahnya terhenti dan Harris juga memerhati kearah Syarif lama..

Kenapa ni tuan..? Tuan...

Haa ya.." Syarif masih memerhati lagak gadis itu seperti tidak mengenali dirinya disitu..

Kenapa ni..? ada masalah ke..

Aku rasa lah kan disebabkan kereta kau park lama dekat sana lah jpj ambil kesempatan untuk saman kereta kau kan!

Entahlah Wa.. dah nasib aku nak buat macam mane lagipun aku blur terus bila dapat surat saman dari jpj.. nasib baiklah dah gaji kalau tak memang hauklah kereta aku tu..

Wawa sengeh sendiri..

Suhada dan Wawa lalu betul-betul disisi Syarif dan ia tidak perasan langsung kelibat Syarif disitu.

Suhada..." Syarif mula memanggil nama itu..

Langkah Suhada terhenti.. dan ia beralih kearah suara itu...

Eh tuan selamat tenggahari..."

Syarif melangkah kearah Suhada dengan segera.

Hmm selamat tenggahari nak kemana ni..? laju semacam je sampai saya ada dekat sini pun tak perasan! sibuk sangat ke..?

Weii siapa dia ni doh handsome.." Wawa sedikit berbisik.

Ermm kenalkan ni kawan saye Wawa.. Wa.. ni tuan Syarif yang dah selamatkan aku haritu..

Harris menghampiri dan wajah gadis itu tenung dan dipandang lama.. "Cantiiknya"

Syarif mengangguk sebentar dan ia melihat kearah Suhada kembali.

Nak kemana ni..? kereta ada dekat sini ke...

Eh.. tak tuan kereta masih ade dekat bengkel tapi kereta saye kena saman tuan sebab parking ditepi jalan..

Bukan towing dah bawa pergi bengkel ke..?

Ye tapi mungkin sebelum tu kot sebab towing ke sana pun dah lewat..

Jadi surat saman tu ada mana sekarang..?

Kejap saye ambilkan.. Suhada membuka begnya dan sampul surat dibahagi kepada Syarif.

Ooh melalui post.. Patutlah awak terburu-buru tadi. tak apalah kalau macam tu ikut saya dululah naik pejabat.

Tuan takpe lagipun kitorang nak bayar ni and terus balik..

Syarif memerhati kearah Suhada lama dan ia terus memasukkan sampul surat itu kedalam poket baju seragamnya..

Eh tuan..! surat saye tu.

Ikut saya.." Tangan Suhada ditarik dan Wawa tergamam..

weih aku macam mane..? Wawa memberi isyarat tangan.

Kau baliklah dulu..

Wawa mula tak senang duduk.

Harris.. maafkan saya sebab saya tak boleh nak lunch dengan awak harini mungkin lain kali sajalah saya tak lapar lagi..

Harris dan Wawa tercengang sendiri..

Langkahnya kaki Syarif dicepatkan Suhada juga mengikuti Syarif menaiki anak tangga

Tuan perlahanlah sikit jalan tu kaki saye sakitlah tuan nak bawa saye ke mane nihaa..?

Diam..!! Syarif terus mendukung Suhada dan langkahnya dipercepatkan menaiki tangga ke tingkat tiga

Ya allah tuan!! turunkan saye, malulah..

Diam atau saya cium awak dekat sini!!

Eeii bencilah dengan perangai tuan ni sesuke hati je nak gendong anak dara orang macam ni..!!!

Pintu dibuka dari luar..

Beberapa anggota wanita disitu terdiam sepi dan memandang pelik kearah Syarif, Suhada sudah menutup wajahnya di dada Syarif...

Adoii malunye.. mane nak letak muke aku yang cun ni alahaiii lari bajet aku macamni.

Tuan tak keluar rehat ke..? Isma hanya sempat memanggil.

Tak.. saya ada hal..

Buka pintu tu cepat..." Arah Syarif

Tuan turunkanlah saye, malulah!! suara Suhada ditegaskan walaupun hanya mereka berdua disitu

Buka atau cium..?

Eeeeihhh.. yela-yelah.." Tombol pintu pulas dan pintu bilik Syarif terbuka. Ia diletak diatas sofa perlahan..

Berat betul awak ni Suhada!! anak gajah betul.. Ia terus berdiri kembali..

Adeh kaki aku.." Eh.. dah tahu saye ni berat kenapa dukung saye sampai ni..? Ke tuan malas nak pergi gim sebab tu pantang nampak saye asyik dan dukung je..!! Selfish..

Syarif memerhati disudut lain dan ia tersenyum sendiri.. "RINDULAH ANAK GAJAH.." Syarif duduk di atas kerusi didepan Suhada dan ia melihat lama kearah gadis itu.

Tuan kenape bawa saye kesini..? ni kan pejabat mane boleh bawa orang sesuke hati kesini.. Bak sampul surat tu saye nak pergi bayar ni.

Hada... Hada.. mana ada orang dekat kaunter tu time rehat ni kan..

Time rehat..? Suhada memerhati jam ditangannya dan menepuk dahi perlahan..

Syarif hanya memerhati..

Rehatlah dulu saya ambilkan air..

Tuan, Janganlah tinggal saye sesorang dekat sini seramlah..

Tercongket kening Syarif bila Suhada berkata begitu.

Habistu nak saya dukung awak pergi panty ke..? dahlah berat macam anak gajah..

Kaki Suhada disilang didepan Syarif..

Anak gajah nilah tuan bawa kesini tau!! nak bertekak dekat sini ke..? tak puas lagi malam tu membuli saye huh..?

Syarif tergelak..

Lucu juga awak ni ya..

Suhada bangun dan terus kearah Syarif..

Tuan.."

Hmm takde duduk dulu saya buatkan air Syarif terus keluar dari biliknya..

Tuan nak kemane ni..? Suhada mula mengikuti langkah Syarif sehingga ke depan pintu dan ia melihat beberapa pegawai disitu memerhati kearahnya lama.. dan selangkah demi selangkah ia berundur kembali ke belakang.

Tunggu saya didalam..

Siapa tu..? Farah mencuit Tina

Mana lah aku tahu.. Kawan dia kot..

Kawan..? dukung sampai ke office..? Risau betul aku dengan tuan sekarang ni..

Hanis mendekati..

Cantik.. tapi sayang mudah tergoda.."

Kau orang ni kan!! sehari je jangan bergosip.. mungkin kekasih dia ke tunang dia ke isteri dia ke..? biar jelah..

Biarkan... kau ingat perempuan dekat sini tak cemburu ke.?

So kau nak buat apa..? nak masuk kedalam nak hendik perempuan tu! kalau berani kau pergilah aku cabar kau kalau kau berjaya buat perempuan tu keluar dari bilik tuan dengan airmata dipipi aku bagi rm50 dekat kau.." Tina sengeh sendiri..

Ada bran ke? Farah menambah minyak.

Okey aku pergi sekarang..! ingat kalau aku boleh keluarkan dia dari situ aku nak sorang rm50 dari korang berdua.. faham!!

Tapi kalau kau tak berjaya kitorang nak rm100 setiap seorang amacam..?

Okey boleh.. kau orang tunggu" Hanis terus melangkah ke bilik Syarif dan tombol pintu dipulas perlahan.

Buat apa tu..? Hanis menghampiri Suhada di sofa koko itu..

Oii mak meletup..!! Huih kuss semangat aku.., Cik saye tengah tunggu tuan ni dia cakap ade hal nak bincang..

Hmmm i see.. bukan kau datang sini nak curi fail tuan Syarif ke hah..!!

Wooohoo.. cik nak makan biar puas diperut nak mengata tu biarlah sopan sikit..! Saye dah cakap tadi cik tak dengar ke..? Pekak..!!

Ape kau cakap..!! haishhh..! tangan mula hendak dihayun ke pipi Suhada.

Hanis...!!! apa dah jadi ni..? Syarif meletak mug diatas meja dan ia mula berdepan dengan Hanis.

Tu..tuan.. perempuan ni nak curi fail tuan..

Syarif memerhati lama kearah Suhada, Betul ke apa yang dia ni cakap kan..? Suhada!!

Hanis senyum sinis dibelakang Syarif

Saye nak curi barang tuan..? are you kidding me.. tengoklah saye ade dekat mane sekarang ni tengoklah tuan..!

Dia tipu.. tadi dia dah ke meja tuan pun.." Kini Hanis semakin berani menuduh gadis itu.

Hahaha.. oh saye ke meja tu..? baik..!! Suhada berjalan kearah meja itu dan kerusi Syarif ditarik perlahan dan terus diduduknya.

Ni ke maksud puan Hanis..!! tuan marahlah saye kenapa diam je..? ni buktinye.. nak saye buka ape-ape tak didalam laci ni yelah dah alang-lang kene tuduh tu kan baik terus buat je.

Keluar..! Suara Syarif meninggi dan tegas

Kemenangan miliknya bakal bermula.

Baik.." terima kasih tuan.. Suhada sudah bangun dan terus melangkah ke sofa yang agak jauh dari tempat duduk Syarif.

Hanis..!! awak keluar sebelum saya pecat awak..

Hanis terkedu..

Tapi tuan dia dah ceroboh bilik tuan ni..!

I said out..!! tak dengar ke apa yang saya cakap ni..

Tuan.. takpelah biarlah saye yang keluar lagipun dia staff tuan dan saye ni hanya penceroboh. Maaf ye menganggu.." Suhada mula mengambil beg dan menolak sedikit tubuh lelaki itu menjauh darinya..

Tangan Suhada di tarik kearahnya dan digenggam erat..

Hanis terus keluar dari bilik Syarif..

Ergghhh...!! tak guna!!... Hanis melihat kearah Farah dan Tina matanya berair.. habis dua ratus aku..! siallah..

Tepilah tuan.. kenape halang saye nak pergi..? Saye ni percerob..

Jari Syarif terus melekat dibibir Suhada..

Hmmm.. saya taknak mood baik saya ni disalah guna jadi behave please.. thanks.."

Suhada cuba melepaskan tangan Syarif tapi gagal.. cengkamanya semakin erat dan tubuh Suhada ditarik kearahnya dipeluk erat.

Ya allah tuan..! ape ni..

Sssh.. bagi masa seminit letihlah buat air pun..

Tuan ni anak manja mak ayah eh..? buat air je pun sampai letih..peliklaa..

Jangan melawan gigit telinga kang!

Suhada hanya pasrah bila lelaki yang diangap matang, tegas dan berkarisma tinggi itu rupanya, Manja seperti anak kucing..

Dah belum ni..? Suhada menolak sedikit tubuh Syarif agar jauh darinya.

Hmm dah.. kenapa tolak lembut sangat kenapa tak tolak macam haritu...? Syarif senyum menampak lesung pipit dipipi.

Nak ke saye tolak macam tu..? boleh je..

Ermmm tak payahlah gigit hidung tu baru tahu.. dah duduklah.. saya dah buatkan horlick ni entahlah sedap ke tak jangan komplen pula..!

Suhada menolak lelaki itu menjauhi dari nya dan ia terus duduk diatas sofa..

Bab tolak menolak laju betul." Nasib baiklah bukan isteri saya kalau tidak siaplah awak tu..

Jangan mengeluh.. saye tengah nikmati air yang diperbuat oleh anak manja mak ni... bukan selalu kan..

Syarif tergelak sendiri..

Pandailah dia.. memanglah semua orang anak manja mak ayah.. termasuk awak tu Hada.. Minumlah dulu saya nak tengok surat ni kejap.. ingat selagi tak habis air tu jangan buat hal okey..?

Suhada mengangguk laju..

"Hurmm tak sangke sedap juga mamat ni buat air lagi sedap dari aku buatkan haha.." Hatinya sedikit terharu..

Tuan.. boleh saye tanye sikit..

Silakan.." Syarif mula menyemak nama dan kad pengenalan Suhada di laptopnya..

Tuan dah kahwin.. ke..?

Sudah.. punyai anak sorang kenapa tu..? Syarif melihat kearah Suhada seketika.

Oooh.. mesti cantik kan isteri tuan.. anak tuan lelaki ke perempuan?

Yelah dah nama pun isteri mestilah kena berhiasa untuk suami, anak lelaki..

"Lega aku.. lepasni aku tak nak terserempak dengan dia ni lagi.. sumpah beb.."

Kenapa tanya..?

Hehe takde ape saje je tanye hobi hehe.." Riak wajah Suhada mula tidak senang bila ia terasa bahang disekelilingnya padahal ia berada dibilik berhawa dingin..

Lain je soalan tu.. ada apa-apa yang tak kena ke Hada..? Syarif mengambil sampul dan surat saman itu kearah Suhada.

Takdelah saje jelah tanye sebab saye ni suke bertanya, Salahke..?

Tak.. tak salah pun cuma wajah awak tu macam menyimpan sesuatu dari saya..

Jam ditangan dibelek seketika...

Tuan dah semak ke..? betul kan ade saman disitu..

Syarif mengangguk perlahan ia memerhati lama riak wajah gadis itu, Hatinya mula rasa resah bagai ada sesuatu yang gadis itu pendam sendiri..

Dekat pukul dua dah ni terima kasih buatkan air ni, saye minta diri dulu tuan.. Assalamualaikum..

Hada..." apa yang awak cuba sembunyikan dari saya sekarang ni..?

Suhada terus keluar dari bilik Syarif..

Syarif masih memerhati mug didepannya dan gadis itu sudah pun pergi meninggalkan dirinya disitu..

Aku mesti jauhkan diri dari dia mulai sekarang.." janji dengan diri sendiri kalau terserempak dengan dia cuba jauhkan diri sejarak yang mungkin kena faham dan remain selalu..!!

Hurmm.. apa masalah kau Syarif! kenapa kau kena berbohong dengan Suhada.. lepasni mungkin kau takkan berjumpa dengan dia lagi! aku jamin seratus peratus..

Syarif bangun dan terus keluar dari biliknya ia menuju ke tangga..

Suhada sudah berjalan jauh bila ia selesai membayar bil tunggakkan saman keretanya..

Aku mesti jumpa dia sekarang..

Jam ditangan sudah menunjuk jam 2.45 minit petang..

Mana lah teksi ni adoila dahlah panas terik ni..!

Suhada..." Syarif berjalan kearah Suhada.

Erk.. tuan kenape ni.. saye ade ter, ambil barang tuan ke..?

Hurmm awak dah ambil pun..! berharga sangat kenapa awak ambil ia dari saya..?

Hah...? alamak kejap saye tengokkan.." beg galasnya diletak diatas bangku makmar dan ia memeriksa didalam beg lama..

Syarif masih memerhati..

Jumpa tak..? Syarif mendekati Suhada..

Tak pun tuan.. tapi barang tu mahal kan saye bayar jelah tuan eh kejap..

Tahu tak mahal dia berapa harga..? Syarif berdiri didepan Suhada dan dagu Suhada diangkat perlahan mata mereka bertentangan..

Sesaat.. dua saaat...

Erk.. saye minta maaf atas kelakuan saye tadi.. tuan ambillah dulu tiga ratus ni ye nanti saye dapat gaji saye bankin ke akaun tuan bulan-bulan ye.. Suhada kembali menunduk.

Awak sanggup bayar tiga ratus ribu sepuluh..?

Tiga ratus ribu tuan..?

Hurmm mampu ke nak bayar..? murah je tu setahun gaji saya tu kalau mampu bayarlah k...

Mahal sangat tu tuan saye cuba selesaikan ye..

Senyum sinis mula dipamerkan..

Haduhai kalau aku tahu nak hilang benda berharga macam tu baik aku lari balik je tadi. hmmm menyesal betul aku ikut..

Saya hantar awak balik jom.." Tangan Suhada sudah dipegang kejap.

Eh tuan tak apelah saye taknak barang dalam kereta tuan pula hilang bye.." Suhada melangkah pergi jauh dari Syarif..

Kalau tak nak ikut cakap saya, saya akan gandakan harga barang tu!

Langkah Suhada terhenti dan ia kembali mendekati Syarif kembali.

Menyakitkan hati jelah tuan ni..!! Eeeii bile nak berubah perangai tuha..

Baru bermula ni tak tahu bila penghujungnya.. jadi sudikah cik Suhada berpimpin tangan bersama saya ke kereta..?

Suhada menjeling ke tapak tangan sebentar dan ia mula mengalah dan mengikuti jejak langkah lelaki itu..

Syarif senyum sendiri...

Mampu kah Syarif menambat hati Suhada..?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience