BAB 5

Horror & Thriller Completed 2427

“Entah bu...tak kenal. Tak nampak pun mukanya sebab terlindung dengan selendang yang dia pakai.”

“Pelik!” gumam Mak Eton.

“Dari arah mana dia datang?” sambungnya bertanya. Safar menggaru-garu kepala. Cuba mengingati dengan lebih jelas. Dahinya berkerut.

“Hmmm...selalunya bila Safar nampak, dia...dia kat jalan depan tulah. Betul-betul depan rumah kita ni.” Kali ini Safar yakin. Memang itu yang dilihatnya setiap hari.

“Tak apalah...pagi esok kalau kamu nampak lagi, cepat-cepat panggil ibu. Ibu pun nak tengok. Mana tau ibu kenal dia.” Mak Eton mengenali hampir kesemua penduduk kampung. Tidak kira yang tua atau yang muda.

Berbeza dengan Safar. Dia telah lama meninggalkan kampung tempat lahirnya. Tamat sekolah menengah, dia menyambung pelajara ke luar negara. Kemudian bekerja di bandaraya Kuala Lumpur, berkahwin dan terus menetap di sana. Dia hanya pulang ke kampung untuk menjenguk Mak Zainab. Tidak sempat mahu berkenal-kenalan dengan semua penduduk.

“Yalah bu.” Sahut Safar ringkas.

“Kamu pergilah tengok Mostafa tu. Suap dia...kalau tak bukan nak bersarapan. Dengan ibu pun dia tak nak.”

Safar bangun dari kerusi malas lalu masuk ke dalam rumah. Mak Eton memerhati langkah Safar yang lesu. Sebak hati Mak Eton. Dalam usia yang masih muda Safar telah bergelar duda. Dua anak satu. Mostafa pula kehilangan seorang ibu ketika dia sedang belajar mengenal dunia. Takdir Allah tidak ada sesiapa yang dapat menghalang atau menidakkan.

“Mostafa !” Safar memanggil Mostafa dengan lembut. Dilihatnya mata anak kecil itu tertutup rapat. Penjuru matanya basah. Tangannya pula masih memegang foto Nora yang sedang tersenyum. Melihat foto itu Safar mengetap bibir. Menahan gelodak hati. Hatinya menangis pilu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience