TRISHA DEHANA yang duduk bermakan malam bersama teman lelakinya itu, terus berpaling ke arah Tihana yang juga berada ditempat itu, dengan seorang lelaki yang dibawanya.
"Oh my god! You dekat sini juga ke Trisha?.. Tak sangka tempat date kita malam ni, sama pulak kan?" tegur Tihana seraya tersenyum kecil, sebelum melabuhkan pungungnya dimeja bersebelahan dengan mereka
Manakala Trisha hanya memutarkan bola matanya malas ke arah mereka, dan kembali menyambung makan malamnya bersama dengan Radeen. Dia tak ada masa nak melayan perempuan itu. Lebih baik dia abaikan saja dan hanya meluangkan makan malam bersama dengan Radeen, teman lelakinya.
"Baby, i pergi toilet kejap ye, You tunggu sini.."pamit Radeen, dan mula berdiri dari tempat duduknya, sebelum melangkah pergi dari situ.
Sebelum tiba tiba Tihana yang memandang kepergian Radeen mula bangun dari tempat duduknya, dan melangkah ke arah Trisha. Dan melabuhkan pungungnya ditempat duduk Radeen tadi
"You know what Trisha, actually Radeen ada cakap something dekat i, kau tahu dia cakap apa?" ujar Tihana, sengaja mahu mendapatkan perhatian Perempuan itu
"Dia cakap, dia dah mula tawar hati dekat you, sebab you ni jenis yang kuat cemburu and suka push dia do something yang dia tak suka. And i think sekarang ni pun, dia terpaksa layankan you, dan ikut you makan malam.. So better kau lepaskan jela dia, tak guna you nak bercinta dengan lelaki yang dah mula hilang rasa pada you kan?" katanya lagi, bila dimana Trisha hanya memgendahkan saja ucapannya tadi
Trisha pantas mendongak menatap ke arah Tihana, sebelum bibirnya mengukirkan senyuman senget, dan tawa Trisha mula pecah, dan terus menertawakan Tihana depan depan. Buatkan Tihana sudah mula mengerutkan keningnya.
"I think you tengah bercakap dengan diri you sendiri kan, Tihana?. Sebab apa yang you cakap tadi, macam kena pulak dengan diri you sekarang" ujar Trisha mulai mengejek, buatkan Tihana sudah mulai emosi
"Apa maksud kau haa!" bentak Tihana, tidak faham dengan apa yang dikatakan Perempuan itu
"Tengok lah lelaki yang you bawa ni, entah dari mana lah you kutip dia, dan jadikan dia sebagai Boyfriend you pulak. Ha..haa.. Kelakar kan?. Nampak sangat disitu, kau bawa lelaki ni, semata mata nak ikut aku sampai kesini. Why? Tak ada kerja lain ke, sampai sibuk dengan life aku? " ujar Trisha sinis, buatkan Tihana tercengang mendengar itu. Bagaimana mungkin Perempuan itu tahu?
"Lagi satu you kena sematkan didalam pikiran you, i takkan pernah percaya, dengan apa yang keluar dari mulut you, sebab Perempuan macam you ni, takkan pernah suka tengok kebahagiaan orang!" katanya lagi, sebelum Trisha bangun dari duduknya, dan mengambil beg tangan miliknya untuk pergi dari situ
"Baby, you nak pergi mana?" tanya Radeen, yang kebetulan baru kembali disitu
"I nak balik! I tak nafsu nak makan tengok muka Perempuan ni ada dekat sini!" jawab Trisha malas, sebelum Perempuan itu berlalu pergi dari situ
Radeen yang tidak tahu apa yang sudah terjadi, terus berpaling ke arah Tihana yang duduk ditempatnya duduk tadi. Sebelum Tihana bangun dan berdiri menghadap lelaki itu
"Apa dah jadi Tihana?" soal Radeen pada Tihana
"I don't know, you macam tak kenal pulak dengan perangai Girlfriend you tu. Ada je yang dia tak puas hati bila tengok muka i ni.." balas Tihana bersahaja, sebelum Radeen berlalu pergi dari situ, untuk mengejar kepergian teman wanita nya.
Tihana yang sudah melihat kepergian mereka, hanya berdengus perlahan, sebelum ia mengeluarkan telefon milik nya, dan menghubungi Seira yang berada dirumah.
"Macam mana? Kau dah ikut pergerakan dia?" tanya Seira dalam talian
"Of course, tapi aku tak sure kalau Radeen akan bawa Trisha ke hotel. Sebab tengok Perempuan tu macam tak ada mood je" balas Tihana
"Aish! Kau ikut jela mereka tu pergi mana, jangan sampai rosak plan aku. Sebab Armin dah buat kerja dia, jadi kami hanya tunggu kerja kau pula, sebelum aku mulakan kerja aku.." arah Seira, sebelum panggilan dimatikan. Dan Tihana bergegas pergi mengejar mereka. Tak pasal pasal nanti dia kehilangan jejak mereka pula
Sempat juga Tihana memberikan pesanan untuk memperingatkan pada Radeen, perihal cadangannya pada lelaki itu. Dan harap lelaki itu tidak lupa dan berjaya membawa Trisha menginap dihotel malam ini.
* * *
"Baby, you nak balik dah ke?" ujar Radeen memulakan bicara. Bila dimana tadi mereka hanya berdiam diri sepanjang perjalanan
"Hurm.." Trisha hanya berdehem membalas pertanyaan Radeen
"Tapi Baby, i tak puas spend time lagi dengan you.. Malam pun masih muda, why not kita singgah ke tempat lain dulu, before kita balik.." kata Radeen cuba memberikan cadangan pada teman wanita nya itu.
"Next time, i tak ada mood sekarang..." balas Trisha malas, sambil berpeluk tubuh memandang keluar tingkap
"Hurm, takpelaa.. You memang selalu macam ni dekat i, takpe i dah biasa dah, kita balik jela.." kata Radeen dengan suara agak pasrah. Sebelum ia kembali fokus memandu kereta itu secepatnya
Buatkan Trisha memalingkan perlahan kepala ke arah lelaki itu. Dan melepaskan keluhan panjang
"Okey fine! You bawa jela i pergi mana mana. Lagipun i malas nak balik rumah sekarang, sama je akan buat i tambah tertekan.." arah Trisha terus, buatkan senyuman terbit dibibir lelaki itu
"Thank Baby, I know you love me.." ucap Radeen gembira, sebelum ia kembali memandu untuk membawa teman wanita nya itu ke suatu tempat yang dicadangkan Tihana pada nya.
~
Beberapa minit memandu, mereka pun tiba dihadapan sebuah Hotel, sebelum Radeen memarkir kita miliknya ditempat letak kereta, dan mula membuka seat belt miliknya, dan tersenyum memandang Trisha, yang seperti bingung melihat ke arahnya
"You buat apa ajak i ke sini? Ni hotel kot, takkan you tak nampak?" soal Trisha kehairanan
"Kita makan lah kat dalam hotel ni, i dengar makan dekat hotel ni sedap. So why not kita sambung makan malam dekat sini, lagipun tadi kan makan malam kita terganggu disebabkan Sepupu you tu?" jawab Radeen, sebelum membantu Trisha melepaskan seat belt miliknya
Trisha hanya mengangguk faham, sebelum ia keluar dari dalam kereta bersamaan lelaki itu
"Jom Baby, kita masuk dalam.." pinta Radeen, sebelum memegang tangan Trisha dan keduanya jalan beriringan menuju ke dalam hotel mewah itu
Manakala Tihana yang dari tadi sudah mengikuti kepergian mereka, hanya tersenyum gembira, melihat Radeen membawa Trisha masuk ke dalam hotel, sebelum ia mengeluarkan telefon milik dan menangkap gambar mereka yang jalan berdua sambil berpelukkan tangan. Dan terus mendail number Seira untuk menghubungi Sepupunya itu.
"Dah, tugas aku dah selesai. Jadi kau boleh mulakan tugas kau, untuk bawa Tok Daddy ke hotel yang aku akan hantar dekat kau ni. Kau tahu kan apa yang kau akan buat nanti? Dan aku akan tunggu dekat sini, sampai Radeen keluar tinggalkan Trisha dekat dalam hotel tu.." kata Tihana pada sepupunya itu, sebelum Seira menjawab dan panggilan terus dimatikan
"Bersedialah kau Trisha, aku nak tengok lepas ni, apalagi yang kau akan bongkakkan dengan kami. Sebab mungkin lepasni Tok Daddy takkan percayakan kau lagi.." kata Tihana sendiri, dengan senyuman sinis terbit di bibirnya. Tak sabar rasanya dia mahu melihat kemusnahan Perempuan itu nanti.
~
"Silakan duduk Tuan Puteri.. " kata Radeen, sebelum membukakan tempat duduk, dan mempersilakan Trisha untuk melabuhkan pungungnya disitu
Trisha hanya tersenyum manis, sebelum melabuhkan pungungnya dikerusi itu. "Thanks Baby.. " ucap Trisha merasa senang dengan layanan lelaki itu
"Anything for you Baby.." balas Radeen dan turut membalas senyuman teman wanita nya itu. Sebelum matanya bertentangan mata dengan Trisha lama. Tak boleh dinafikan lagi, Trisha memang sangat terlihat cantik. Tak kira dari permakaian apa sekali pun. Kecantikkannya akan sentiasa menonjol, membuatkan siapa saja melihat akan merasa tertarik dan terkagumkan.
"Kenapa tenung i lama macam tu? Ada apa apa dekat muka i ke?" sergah Trisha, sedari melihat lelaki itu tak lari dari memandang padanya
"Nope, You just look so beautiful.." balas Radeen, dengan senyuman manis yang tak lekang dibibirnya melihat teman wanita nya itu
"Whatever.." jawab Trisha sengaja buat tak endah dengan pujian lelaki itu. Padahal dalam hatinya sudah berbunga bunga.. Dan sedaya upaya menyembunyikan senyuman nya dari terlihat
~
Selesai mereka berdua bermakan malam, Radeen mula memanggil salah satu pelayan, untuk membawakan mereka dessert sebagai pencuci mulut.
"No, Baby.. I dah kenyang, jadi tak perlu nak pesan apa apa.." halang Trisha pada teman lelaki nya itu
"It's okey Baby.. You boleh cicipi sedikit, bagi rasa mulut you tu manis, dan bila you senyuman makin nampak cantik.. " balas Radeen, sebelum membuat pesanan. Dan kembali memandang ke arah Trisha. Sebelum raut wajah teman wanita nya itu ditenung lama
"Jangan lah pandang i macam tu.. Tak bosan ke, tengok muka i je" tegur Trisha pada lelaki itu. Radeen hanya terkekeh kecil
Sebelum datangnya seorang pelayan membawakan pesanan mereka tadi. Dan pelayan itu meletakkan beberapa makanan manis dan minuman sejuk. Baru saja pelayan itu hendak meletakkan minuman terakhir, di atas meja mereka. Dengan tidak sengaja pelayan itu menumpahkan minuman sejuk itu pada tubuh lelaki itu, bila dimana Radeen tidak sengaja menyenggol tangannya
"Baby!!" jerit Trisha sedikit terkejut, sebelum ia bangun dari duduknya, dan mendekati Radeen yang sudah habis basah terkena minuman tadi
" I am sorry Encik!.." ucap Pelayan itu mulai gegabah, bila dimana dia sudah membuat lelaki itu basah kerna kecuainnya. Sebelum ia mengambil tisu, dan cuba mengelap baju lelaki yang basah itu
Dan tidak semena mena, satu tamparan melayang pada wajah pelayan itu.
"You kalau tak reti kerja, lebih baik you resign! Tengok apa you dah buat pada Boyfriend i!" tengking Trisha pada pelayan itu, dengan wajahnya yang sudah memerah menahan amarah
Pelayan tadi hanya mampu berdiam diri sambil menundukkan kepalanya.
"Baby, stop it.. Bukan salah dia.." ujar Radeen pada teman wanita nya itu
"No! Salah dia... Where you manager! I nak jumpa dengan dia sekarang!" bentak Trisha lagi masih tidak berpuas hati
Sebelum Radeen bangun dari duduknya, dan secepatnya menahan tangan Trisha dari pergi memanggil Manager Hotel itu
"Baby, calm down.. Bukan salah dia, salah i, so you tak perlu marahkan dia okey. And you, you can go now! " kata Radeen pada Trisha, sebelum Pelayan tadi beredar dari situ, sebaik saja Radeen mengarahkan nya pergi.
Hey readers, have fun..
Share this novel