Pengenalan

Mystery & Detective Completed 32802

Suasana bilik itu sunyi walaupun ada manusia di dalam pejabat itu. Encik Nazmi merenung wajah Musa yang duduk di depannya.Musa diam dan menanti arahan dari bosnya yang sedang merenung seperti singa yang lapar.

"Apa sekarang?, nak jelaskan apa lagi pada saya?".

"Maaf Encik, saya akan cuba sedaya upaya saya".

"Saya nak dalam tahun ni awak settlekan semua tu yang lama tersadai".

"Baik, kalau tiada apa-apa saya keluar dulu".

"Hmm".

Musa terus bangun dan keluar dari pejabat dengan perasaan yang geram, tertekan dan sakit hati. Perlahan dia melangkah ke mejanya dan duduk. Dia merenung skrin komputer gelap di depannya.

"Hei bro, what's up?, kena serang lagi?".

"Biasa le dia, pagi-pagi menyusahkan orang je. Aku je la kena nyudahkan kerja tu yang tak settle lagi".

"Dia cakap memang senang, kita yang hadap kat luar tu?".

"Yea tau pun kau. Eh jom teman aku kejap lagi?".

"Pergi mana?", mengangkat kening sambil tersenyum memandang Musa.

"Rutin la apa lagi".

Musa dan Adie berjalan keluar melalui pintu keselamatan di pejabat itu menuju ke keretanya. Sampai sahaja di kereta Musa baling kereta kunci ke Adie.

"Aku ke?".

"Yea la kau, sapa lagi?".

Mereka terus menuju ke kawasan perkampungan nelayan. Adie berhentikan kereta di luar pagar masjid tepi pantai. Ketika Musa dan Adie turun dari kereta, seorang pakcik menyapa mereka.

"Assalamualaikum, kenapa berhenti sini?".

"Waalaikumsalam, saya nak jumpa pakcik yang duduk belakang masjid ni?", balas Musa.

"Kenapa anak nak jumpa pakcik tu?".

Adie mendapatkan Musa dan pakcik yang sedang berbual di tembok masjid.

"Maaf pakcik, kawan saya ni dia berpegang pada janji dengan seseorang untuk ziarah pakcik kat rumah usang tu sejak beberapa bulan yang lalu", balas Adie sambil menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat pada pakcik tua itu.

"Oo, patutlah. Pakcik selalu nampak anak berdua kesini sejak akhir-akhir ni. Semoga kamu berdua dalam lindunganNya ye. Pakcik balik dulu".

"Terima kasih, pakcik balik mana?", soal Musa.

"Pakcik nak balik sana je. Rumah pakcik sebelah depan tu, tepi pantai".

"Oohhh yea pakcik, hati-hati", serentak Musa dan Adie membalas.

Dia terus melangkah menuju ke rumah usang itu. Sampai sahaja di depan rumah yang ingin dituju, pakcik tua yang duduk di serambi rumah sedang membetulkan jalanya senyum melihat mereka tiba.

"Musa, Adie masuklah".

"Pakcik sihat?, maaf saya tak boleh lama hari ni. Saya datang cuma nak sampaikan ini", Musa menghulurkan sesuatu pada tangan pakcik tua itu.

"Musa, Adie terima kasih ye. Sejak kamu kerap ke mari, pakcik lega sangat. Dah rasa macam anak-anak pakcik pula yang datang jenguk".

Adie lihat mata orang tua di depannya bergelinang dan berkaca. Dia tahu pakcik itu pasti merindui anaknya Ros.

"Pakcik jangan risau, kami akan kerap ke sini bila kami free".

"Untung Ros dapat kawan baik macam korang berdua", balas pakcik itu.

Musa hanya mengangguk dan memandang pantai. Matanya tertumpu pada kesibukkan nelayan yang sedang menjalankan rutin mereka. Sayu hatinya melibat mereka mencari rezeki untuk sara keluarga masing-masing. Adie berbual panjang dengan pakcik itu.Namun ada sesuatu menarik perhatian Musa di tepi pantai. Sebelum pulang Adie pula mengenggam tangan pakcik itu erat sambil menghulurkan sesuatu dan kemudian mereka beredar dari rumah usang itu.

..........

"Lewat balik Khairul?, kemana?".

Musa berhenti melangkah, memandang ibunya yang duduk di ruang tamu seorang diri menonton drama. Dia terus menghampiri ibunya.

"Kenapa ibu sorang-sorang kat sini?, mana pekerja baru?, bukan ke dia masuk harini jaga ibu?".

"Isyhh budak bertuah ni, ibu tanya dia satu, dia tak jawab. Tapi dia pula tanya ibu banyak soalan", menepuk tangan anaknya yang sedang berdiri di sebelahnya.

Musa hanya sengeh seperti kerang busuk sambil menoleh ke arah dapur jika ada kelibat orang gajinya lalu.

"Ibu lapar la, Abang ke dapur dulu cari makanan".

"Yelah, ibu dah suruh mak Sue kau simpankan lauk tadi".

Musa melangkah terus ke dapur sambil bersiul dan membuka tudung saji di atas meja. Dia lihat ada lauk kegemarannya sambal nasib, sayur goreng.

"Fuyoo, ada sambal nasib kali ni. Wahh, ada apa kali ni dalam sambal ni", sambil tangannya menguis lauk itu menggunakan sudu.

Tiba-tiba tangannya di tepuk seseorang dari sebelahnya menyebabkan dia terkejut hinggakan sudu yang dipegang jatuh.

"Aduh la mak Sue ni. Terkejut saya la".

"Duduklah, mak Sue cedokkan nasi. Lewat abang balik harini?".

"Hmm, lepas kerja tadi saya ke butik kak Long. Dia minta esok bawakan si kecik tu jumpa Wannie".

"Kakak kata dia kena teman Along outstation. Itu lah yang saya faham. Lepastu biasa la kalau dah sembang dengan makcik bawang tu, mak Sue pun tahu kan".

"Ooo, padanlah ibu beria suruh mak Sue masak banyak sikit esok. Cucunya nak datang rupanya".

"Hhmm, ye lah tu. Cucunya tu bukan makan sangat pun. Mak Sue buat biasa je sudah".

"Sampai bila abang nak kerja bahagian unit khas tu?".

"Sampai saya bosan kot haahaa".

"Amboi senang sungguh beri alasan yea. Tahu tidak ibu bising".

"Tahu, dan buat tak tahu", balasnya ringkas.

Mak Sue menemani Musa makan hingga selesai sambil berbual. Selepas siap mereka duduk berbual dengan ibu di depan. Musa akan menemani ibunya hinggalah ibu masuk tidur, barulah dia masuk ke biliknya berehat.

...........

"Abang nak kemana?".

"Eh mak Sue tak tidur lagi ke?, saya kena keluar bertugas mungkin saya balik pagi", balas Musa.

"Hati-hati yea".

Musa mengangguk dan terus beredar. Dia terus memandu menuju ke lokasi yang telah di maklumkan rakan setugasnya. Ketika sedang memandu, dia dapat rasakan kereta yang di pandunya tiba-tiba berat.

Musa terus menarik nafas dan perlahan-lahan menutup radio. Pada masa sama dia cuba menegur. Dia memulakan perbualan dengan memberi salam dahulu. Namun salamnya tidak berbalas saat itu.

"Nak kemana?, saya hantarkan?", sambil memandu seperti biasa.

"Saya berhentikan di simpang satu lagi yea. Jalan kita tak sama, saya kena menghala ke Bukit Tiara ada kes pembunuhan".

Sampai sahaja di simpang yang Musa maksudkan sebentar tadi dia perlahankan kereta dan berhenti di situ.

"Maaf yea, saya tidak boleh tolong".

Saat dia merasakan keretanya sudah kembali seperti biasa dia pun meneruskan perjalanannya ke Bukit Tiara. Pada masa sama mulutnya kumat kamit membaca surah-surah yang berkaitan hinggalah dia sampai ke destinasi.

Ketika itu Musa lihat beberapa unit telah sampai dan masing-masing melakukan tugas mereka. Pada masa sama dia pergi melihat keadaan di situ dengan lebih dekat.

Musa lihat mayat seorang lelaki mati dengan terdapat kesan tikaman di badan. Lehernya mempunyai kesan seperti di jerut menggunakan tali layang-layang. Mukanya lebam kesan dari tumbukan berkali-kali sebelum mati. Di tolak jari jemari mayat itu untuk melihat keadaan tangannya.

"Tuan".

"Yea Suriati, siapa yang hubungi maklumkan hal ini?".

"Seorang wanita muda lingkungan umur awal 20an menjumpai mayat ni. Ketika itu mereka sedang berjalan bersama rakan-rakannya untuk pulang ke rumah sewa di depan sana".

"Hmm, cuba dapatkan maklumat sebanyak yang boleh. Saya rasa kawasan ni depan sana dan sana tu ada cctv".

"Baik Tuan".

"Saya lihat dari kesan leher dia menggunakan tali layang-layang, ingat tidak 2kes sebelum ni.. guna cara yang sama".

"Maksud Tuan?".

"Kes pembunuhan bersiri", balasnya ringkas tanpa menoleh.

Musa meninggalkan Suriati di situ, berjalan melihat keadaan sekeliling mencari petunjuk agar dapat dijadikan bukti. Bahunya di tepuk seseorang dari belakang.

"Musa, orang tua tu ...".

"Syyyyttt... diam" Musa diam seketika sementara Adie memahami maksud rakannya itu dan beralih beberapa kaki dari Musa.

"Hisyhh berdiri bulu roma aku bila dia tengok dia gitu.. Haaiisyhh mujurlah aku dah kenal kau Musa kalau tak entah le.. mau orang kata kau gila".

Selang beberapa minit kemudian Musa lihat ambulance datang dan membawa mayat itu pergi. Dia terus menghampiri Adie yang sedang berbual dengan beberapa wartawan. Selesai Adie memberi keterangan pada pihak media mereka terus mmenuju ke kereta Adie.

"Aku risau mereka di ganggu masa buat ujian forensik".

"Maksud kau?".

"Ada yang menjaganya dulu, so benda tu akan kacau sebab nak tunggu waris si mati tu datang".

"Paham, tapi tak paham haahaa..", Adie beralih sedikit jauh dari Musa.

"Aku masuk air betul bila kau cerita benda-benda ni tau tak?. Walaupun aku ni tak pandai dan tak nampak hal-hal ni tapi aku bukan tak percaya cuma dia macam diluar kotak pikiran aku tau tak? Kau cerita aku dengar haahaa".

Musa menunjal kepala rakannya itu. Benar juga katanya namun hanya Adie seorang yang boleh dia ceritakan apa yang dia nampak dan tahu. Sambil membetulkan rambut guna jari jemarinya, Adie mengajak Musa lepak sebelum balik rumah. Musa hanya mengikut dan beberapa rakan lain turut serta duduk lepak di kedai mamak hingga subuh baru balik ke rumah. Sekali lagi Musa di ganggu tapi kali ini hanya sekadar bau yang menyengat lubang hidungnya. Bau yang asalnya wangi bertukar menjadi bau darah dan kemudian hanyir. Hidungnya kembang kempis menahan bau di dalam keretanya. Nak sahaja dia mencarut tapi apakan daya dia tidak boleh buat demikian.

.............

Selamat membaca dan jangan malu komen.. Cerita berdasarkan sedikit pengalaman sekeliling dan di olah bagi lagi menarik. Enjoy.

Share this novel

Sarindah Eca
2022-12-24 14:12:09 

.


NovelPlus Premium

The best ads free experience