Hezree memberi kerja terlalu banyak kepada Hazel, adakalanya Hazel tidak sempat lunch dengan staff yang lain. Hazel merasakan dirinya tidak dianggap sebagai seorang isteri kerana dia banyak melakukan kerja dipejabat dan rumah.
Ada satu hari Hezree ada meeting dengan client, Hezree menyuruhnya menyelesai kerja pejabat sehingga selesai. Tanpa oeduliksn perasaan takut yang berseorangan di pejabat Hazel pantas menyelesaikan kerjanya dengan cepat supaya dirinya cepat pulang.
Hazel berjalan berseorangan menuju ke stesen bas, sungguh dirinya merasa takut sekali dengan suasana yang sunyi. Tidak lama kemudian, muncul sekumpul mat rempit menghampiri Hazel. Hazel berlari sekuat hati untuk meloloskan diri daripada kat rempit itu.
Namun, Hazel terseliuh kaki lalu Hazel terjatuh pada. Hazel cuba bangun untuk melarikan diri tetapi dia tidak mampu untuk berdiri kerna kakinya sungguh sakit sekali. Hazel mula ingin menangis apabila mat rempit itu ingin menyentuh diri.
Tidak sempat mat rempit itu menyentuh Hazel ada pukulan berlaku antara mat rempit itu dengan Hezree. Hazel sangat bersyukur kerana Hezree datang tepat pada masanya. Kesemua mat renpit itu mengalami kecederaan akibat pukalan Hezree tadi.
Hezree datang mendekati Hazel yang terjatuh tadi dan cuba untuk menolong Hazel untuk bangun berjalan. Hezree memapah Hazel untuk ke klinik. Doktor berkata tiada kecederaan yang serius, cuma terswliuh sikit saja.
Sampai saja dirumah, Hazel masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Selesai saja mandi dia terus tertidur di sofa. Hezree yang melihat keadaan Hazel sebegitu tidak sampai hati membiarkan Hazel tidur di sofa. Hezree mengangkat Hazel tidur di atas katilnya lalu Hezree melihat kaki Hazel dan dia meletakkan ubat dikaki Hazel.
Share this novel