BAB 6

Humor Completed 26855

Khalish duduk di bumbung sekolah. Dia dengar cerita bumbung sekolah ini menjadi kawasan larangan sejak berlaku kes bunuh diri di sini dua tahun yang lalu.Dia menyandarkan kepalanya di tepi dinding, dia memandang pada rantai berloket yang tersangkut di jarinya.Dia membuka loket pada rantai itu, gambar dua orang insan yang disayanginya ditatap.Lukisan yang dikeluarkan dari buku latihan Biologinya dipegang di tangan kanannya.

Dia termenung, mengingati memori bersama dengan dua insan ini.Suka dan duka tapi di fikirannya asyik memainkan semua memori duka yang meruntun hatinya…

Peristiwa ini berlaku ketika Khalish berumur 13 tahun.

“Mummy, Khalish nak masuk bilik” ujar Khalish sebaik saja dia memasuki rumah. Puan Katrina mengulas senyuman lebar tatkala melihat Khalish yang berlari memanjat tangga untuk ke biliknya.Dia gembira melihat Khalish tersenyum, walaupun Khalish sedang menderita dari dalam, dia tahu Khalish akan terus tabah.

Kemalangan yang melibatkan Khalish dan adiknya sewaktu Khalish berumur 10 tahun telah mengorbankan adiknya, walaupun Khalish terselamat, dia disahkan mengidap penyakit yang berbahaya disebabkan tranfusi darah yang terpaksa dilakukan terhadapnya ketika dia kehilangan darah yang banyak disebabkan kemalangan itu.

Kini, Khalish terpaksa dirawat di hospital selalu. Khalish bukan lagi budak yang ceria seperti dulu tapi setiap kali pulang dari hospital, dia akan menjadi ceria kerana dapat melukis di atas kanvas dengan menggunakan water colour, melukis adalah hobinya. Melukis ada sebahagian daripada kegembiraan dan kebahagiaannya.

Masuk saja kedalam bilik, Khalish melihat semua lukisannya sudah tiada lagi dalam bilik itu. Semua colour pencil dan water colour juga sudah tiada. Khalish panik, dia terbau sesuatu di luar bilik, seperti sesuatu yang terbakar. Dia berlari menuju ke tingkap biliknya, alangkah terkejutnya dia apabila melihat ayahnya sedang membakar semua lukisannya.

“Papa!!!” teriak Khalish, dia berlari keluar dari bilik dan menuju ke pintu belakang. Pada waktu itu Puan Katrina menahannya, dia menarik anak lelakinya ke dalam pelukannya.Khalish meronta-ronta untuk dilepaskan, tapi Puan Katrina mententeramkannya.

“Khalish, tak apa Khalish. Mummy faham, jangan menangis” bisik Puan Katrina tapi Khalish terus meronta.Ketika itu Encik Kashaf masuk ke dalam rumah itu, dia melihat Khalish yang sedang meronta-ronta dalam pelukan isterinya, terus dia menampar pipi Khalish. Khalish terpinar, tamparan ayahnya meninggalkan kesan di pipinya, bukan itu saja, mulutnya juga berdarah.

“Abang, stop it!!!” teriak Puan Katrina.

“Kau nak pertahankan budak ni lagi buat apa Kat. Dia akan mati lagi beberapa tahun. Disebabkan dia jugalah, Surri mati. Dia ni kotor, jijik. Aku takkan mengaku dia anak aku” tempik Encik Kashaf.Puan Katrina melepaskan Khalish, dia menahan suaminya yang hendak keluar dari rumah itu.

“Khalish anak saya, saya akan jaga dia sampai saya mati.Kalau abang tak mengaku dia anak abang, abang boleh ceraikan saya” teriak Puan Katrina.

“Aku ceraikan kau dengan talak tiga!!!!!” balas Encik Kashaf, lantas dia terus naik ke biliknya. Baju Puan Katrina dan Khalish disumbatkan ke dalam bagasi kemudian dia melemparkan semua barang-barang mereka ke atas lantai.

“Aku harap tak akan jumpa kau lagi di London ni. Kau boleh pergi Katrina, jangan kembali lagi” Encik Kashaf meninggalkan Puan Katrina dan Khalish sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience