Thoughts

Humor Series 496

“Kau layan anime?” suara Raid mengejutkan Rifqi dari lamunannya. Matanya dikelipkan beberapa kali untuk menghilangkan mengantuknya yang semakin menjadi-jadi.

“Tak sangat. Setakat Doraemon dengan Shin Chan adalah. Kenapa?” Rifqi hanya memandang Raid dari hujung matanya. 

Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menerbangkan debu-debu halus di sekeliling mereka. Pandangan mereka hanya tertumpu ke arah dataran sekolah yang berbata merah. Mereka masih menungggu Faiz yang masih lagi sibuk dengan aktiviti pengawas sekolah. Kelihatan sepasukan murid berpakaian seragam polis sedang berkawad di tengah dataran. 

“Kenapa?” sekali lagi Rifqi mengulang soalannya apabila Raid tidak berkata apa-apa.

“. . .”

“. . .”

“. . .”

“Woi, aku tanya kenapa kau tanya soalan tu?” nada suara Rifqi meninggi apabila tidak mendapat sebarang jawapan daripada Raid. Dah kenapa mamat ni? Tidur ke? Dia menoleh ke arah Raid.

“Tak adalah. Cuma aku nak cerita sikit pasal anime yang aku tengok ni,” dia melepaskan keluhan ringan sebelum menyambung, “kelakar dan buatkan aku terfikir betapa untungnya aku,”

“Apa yang kelakarnya?” kening kanannya terangkat tinggi. Kata kelakar tapi muka serius macam tengah jawab peperiksaan. 

“Dan apa yang untungnya? Cerita tu pasal apa?”

“Pasal alchemist dua beradik. Yang adik dia tu jadi baju perisai besi. Tau tak?”

“No idea.”

“Cerita tu famous kot.”

“Cerita ajelah.” Rifqi menyiku perut Raid perlahan.

“Dia pasal dua beradik ni. Dua-dua alchemist. Satu hari mak dia orang ni mati sebab sakit. Bapa dia pulak dah lama tinggalkan dia orang dengan mak dia orang. Jadi sebab dia orang ni memang dari alchemist dari lahir, dua beradik cuba hidupkan mak dia orang,” Raid menarik nafas panjang sebelum menyambung.

Rifqi disebelahnya pula hanya tekun mendengar. Rumput di kakinya di cabut dan jari telunjuknya mula bermain dengan rumput.

“Tapi dia orang tahu yang apa yang dia orang buat tu taboo. Taboo tu kira macam against alchemist punya custom. Berdosa besarlah kiranya,”

“Memang dosa besar pun. Apalah bodoh sangat dua beradik tu,” Rifqi menggumam perlahan.

“Dia orang buat macam tu sebab dia orang sayang sangat mak dia and tak ada sesiapa yang dapat bagi dia orang kasih sayang macam mak dia. Lagi pun masa tu dia orang baru macam lapan sembilan tahun,” Raid menggosok hidungnya yang sedikit gatal.

“Bila dia orang buat benda tu, dia orang kena ada equivalent exchange,”

“Equivalent exchange? Macam chemistry je. Dah lah, kalau cerita tu pasal chemistry, aku tak nak dengar,” Dahi Rifqi berkerut sejuta apabila terdengar perkataan equivalent exchange. Eii, bencinya.

“Lek lu, tak ada kena mengena dengan chemistry punya formula. Although ada sikit lah persamaan dia,” Raid menyeringai hingga menampakkan sebaris giginya yang putih apabila melihat telatah Rifqi.

“Aku sambung. Kau tahukan equivalent exchange? Kau kena tukarkan something yang value dia sama dengan benda yang kau nak. In this story case, tukar nyawa dengan nyawa. Masa exchange tu tengah jadi, si abang baru sedar apa yang jadi. Badan adik dia mula hilang. Tapi sebelum sempat soul adik dia kena ambil abang dia sempat summon kan soul adik dia dekat baju perisai besi tu.”

“Hah? Tak faham,”

“Maksudnya kat sini, adik dia hidup dalam baju perisai tu and badan adik dia pulak kena ambik,” 

Rifqi mula menggaru kepalanya yang tak gatal. Rambutnya serabai macam fikirannya.

“Cerita apa yang kau tengok ni?” dah lah complicated, tak ada maknanya aku nak tengok.

“Nilah aku tengah ringkaskan. Lepas tu mulalah perjalanan dia orang untuk cari jalan penyelesaian macam mana nak dapatkan badan adik dia semula.” Nada Raid semakin serius.

“Jadi pengajarannya? Kau untung sebab kau ada mak? Atau kau untung sebab ada otak yang cukup waras untuk tak buat macam apa yang dia orang buat?” Rifqi mula serabut. Ada jugak yang kena pelangkung ni. Dah lah aku tengah penat, boleh pulak dia buat cerita macam tu.

“Belum lagi. Panjang lagi cerita tu.”

“Aarghh, malas aku nak dengar.” Rifqi merengek dan menoleh semula ke arah dataran.

Raid langsung tidak mengendahkan apa yang dikatakan Rifqi.

“Untuk dapatkan semula badan adik dia, dia perlu mendapatkan batu philosopher yang dikatakan boleh menunaikan apa sahaja hajat yang dia orang nak. Tapi batu tu sangat rare. Last-last dia orang dapat tahu yang bahan untuk buat batu philosopher tu dari nyawa manusia. Then the rest is history aku malas nak cerita,” 

“Laa... pulak. Habiskan jelah,” Rifqi mengeluh kasar.

“Tapi yang aku rasa kelakar dalam cerita tu kan,” Raid membetulkan duduknya.

“Apa dia? Bukan tadi cerita tu serius ke? Tiba-tiba jadi kelakar pulak kenapa?” Keningnya terangkat tinggi.

“Adalah part ni. Abang dia ada cakap alchemists are scientist. So they don’t believe in uncertain existance like god. Macam tulah ayat dia,”

“Bapak ahh. Kiranya dia atheist lah ni?” matanya terbuntang luas. Gila, cerita apa yang dia  tengok ni? 

“Memang dia atheist. Sampailah ada satu waktu tu, dia dengan adik dia tak dapat nak buat apa-apa sebab benda tu luar dari kuasa dia and dia orang memang hopeless masa tu. Dia cakap something yang buatkan aku ‘heh’,” Raid senyum sinis.

“Dia cakap apa?”

“ ‘I don’t believe in god, but if you exist, then please...”

“Heh,” Giliran Rifqi pula tersenyum sinis. Matanya melirik ke arah Raid yang termenung jauh di alamnya sendiri.

“Masa pendidikan Islam kan ada belajar, salah satu nikmat yang paling besar yang Allah bagi ialah nikmat dilahirkan dalam Islam, and paling penting ada agama, ada kepercayaan,” Perlahan suara Raid menutur.

“Aku bersyukur,” Rifqi bersuara. Raid mengangguk setuju.

“Tapi kebanyakkan manusia dalam dunia ni cakap dia bersyukur dilahirkan sebagai seorang muslim, tapi bila tengok perangai, nauzubillah min zalik. Tak tunjuk pun yang dia tu bersyukur.” Suara yang mereka kenal menerjah gegendang telinga. Serentak mereka berdua toleh.

“Actions speak louder than words,” Faiz memandang sambil menyeringai. 

“Jomlah, blah. Perut aku dah sebu dah duduk kat sekolah ni lama-lama,” Faiz melangkah keluar dari pintu sekolah sambil menutup zip begnya yang penuh dengan buku.

“Nak lepak kat warung Pak Lemang. Boleh usha anak dara dia yang comel lote tu,” Rifqi yang baru bangun terus melangkah laju ke arah Raid dan Faiz yang sudah berada di luar kawasan sekolah.

“Pak Leman laa...” Raid membetulkan nama yang disebut Rifqi.

“Tu ayat tanya ke ayat penyata?” Denai yang berada di seberang jalan di tuju.

“Penyata,” Jawab Rifqi sambil mengeluarkan hujung baju kemeja dari seluar sekolah. Baju sekolah yang kemudiannya diganti dengan kemaja t merah di sumbatkan ke dalam beg.

Cuaca redup ditambah pula dengan angin bertiup lembut menambahkan lagi ketenangan yang sedia ada dalam diri tiga sahabat itu.

“Kalau tidur best ni.”

Serentak mereka bertiga bertutur. Eh?

“Apa kau cakap?” 

“Nothing,”

“Nandemonai,”

Keadaan menjadi kembali sepi di antara mereka bertiga. Warung Pak Leman bukanlah jauh sangat dari sekolah tapi perjalanan ke sana agak memenatkan sebab kena lalui denai yang gelap, daki bukit yang curam tambah dengan kena langkah longkang yang besar. Tu pun kira jalan yang paling pendek. Kalau nak shortcut kenalah berani ambil risiko. Tapi benda tu semua langsung tidak bagi masalah dekat tiga sahabat tu kerana jalan tulah yang mereka lalu semasa pergi dan balik sekolah. Sampai sahaja di warung Pak Leman, mereka disambut dengan senyuman manis Aira, si anak dara Pak Leman. 

Ketika itu Aira sedang menghantar pesanan kepada pelanggan. Senyuman masih melekat di mukanya apabila dia terdengar derapan tapak kaki. Tiga orang yang sangat dikenalinya sudah pun tiba. Mukanya yang tersenyum mula merona merah. Pantas dia menuju ke belakang warung.

“Setiap kali Aira pandang aku mesti dia lari. Minat kat akulah tu,” Rifqi tersenyum sumbing.

“Heh, ye lah tu,” Kerusi plastik segi empat tanpa penyandar ditarik keluar dari bawah meja. Raid melabuhkan punggungnya.

“Ya abang, mau order apa?” Hafiz, rakan sekelas mereka yang bekerja di situ mula mengambil pesanan. Sudah menjadi bualan sekolah apabila Hafiz sudah pun bekerja di warung itu sejak tingkatan tiga lagi. Bila di tanya kalau dia ada relationship dengan Pak Leman, dia hanya tersenyum.

“Tewo swarm satu, makan tak mo,” 

“Faiz?”

“Air suam plus maggi kari letak cili banyak,”

“Raid?”

“Aaaaaaaa....apa ah?” 

“Cepatlah. Aku lapar ni. Aku jolok lubang hidung kau dengan toothpick ni baru tau.” Suara Faiz meninggi. Pencungkil gigi di tangannya di patah dua. Dah lah aku tengah lapar ni.

“Sama macam Faiz tapi tukar air milo ais,” 

“Siap,” tangannya laju menulis pesanan di cebisan kertas dan kembali menuju ke dapur.

Sampai di belakang dapur, Hafiz mengeluh perlahan. Apalah yang si Aira ni buat? Orang semua sibuk buat kerja, dia sibuk duduk kat dapur.

“Oi, kalau tak nak tolong balik rumah. Belajar. Ini tak, buat semak je kat dapur ni,” Pesanan yang diambil tadi dilekatkan di rak besi dapur.

“Suka hati oranglah. Yang abang sibuk kenapa? Abah tak bising pun.” Aira menggumam perlahan.

“Apa kau cakap? Dah lah malas aku nak layan. Nah, ambik air ni, hantar kat meja hujung tu.” Tiga cawan diletakkan diatas dulang diserahkan kepada Aira. Hafiz memuncung ke arah Raid, Rifqi dengan Faiz. Muka Aira berubah corak.’

“Tak nak. Abang hantar sendiri.”

“Hek eleh, aku siku kau karang. Pergi hantar cepat.” Hafiz menolak belakang Aira dengan perlahan.

“Janganlah tolak!” Marah Aira. Dia menuju ke meja tersebut dengan perlahan dan berhati-hati. Sampai di meja dia meletakkan pesanan dengan perlahan.

“A-air teh o’ suam?” tergagap-gagap dia menutur.

“Sini,” Lelaki yang dia kenali sebagai Rifqi tersenyum, melihatkan wajahnya yang kacak dan senang. Namun Aira hanya mampu senyum segaris dan mengelakkan pandangannya.

“A-a-air suam?”

Tanpa bersuara Faiz mengangkat jari telunjuk tanpa mengangkat muka dari buku. Mukanya yang serius dan aura dingin membunuh sekelilingnya membuatkan Aira terkedu. Cepat- cepat dia mengalihkan pandangannya dari wajah Faiz ke wajah Raid yang sedang menunggu minumannya. 

Raid yang hanya senyum tanpa emosi mengucapkan terima kasih dengan perlahan. Aira melangkah semula ke dapur selaju mana yang dia boleh. Tiga-tiga kawan abang tu handsome, tapi mengerikanlah yang sorang tu. Nasib baik dia tak pandang aku. Kalau dia pandang sah-sah aku paralyzed.

Aira menggelengkan kepalanya untuk menghilangkan cuaknya tadi. Belum sempat dia duduk, Hafiz menghulurkan dulang yang penuh dengan makanan kepadanya.

“Meja tadi.” Hafiz tersenyum sinis.

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience