Bab 6

Mystery & Detective Completed 54756

Haziq POV

DiPerpustakaan

Apabila Haziq masuk ke dalam perpustakaan, Haziq terasa seperti seseorang di belakangnya. Tetapi apabila aku memandang ke belakang, tiada sesiapa pun dibelakangnya. Aku terus masuk & mencari buku.

Semasa aku membaca buku , aku terasa seperti ada orang menyentuh belakangnya. Aku terus memusingkan kepalanya & ternampak seorang lelaki berambut ala kpop , baju tidak dimasukkan ke dalam seluar & mukanya seperti baru bangun tidur.

"Hi, awak sorang-sorang je ke ? Patut tadi saya rasa saya ada rasa macam ada orang masuk. Rupa-rupanya awak. Hi, saya Amir Idham. Call me Amir" Amir menghulurkan tangan ke arah Haziq.

Haziq menyambut tangan Amir. Haziq mengenalkan diri kepada Amir. "Hi, saya Haziq. Ye, saya yang masuk tadi. Mungkin saya kacau awak tidur, Sorry. Awak buat apa tidur sorang-sorang dekat sini ? "

"Ouh.. saya memang suka duduk tempat yang sunyi, baru selesa nak tidur. Awak buat apa baca buku sorang-sorang??Kenapa tak nak ajak kawan temankan ?"

"Nanti orang ingat saya penakut, jatuh maruah saya. Saya minta diri dulu. Tapi... saya tak pernah nampak awak dekat sini? "

"Saya pelajar baru, selamat bekenalan. Bye.." Amir pusing ke belakang & terus hilang.

"Eh..? Mana dia pergi ? Cepatnya.. Pelik betul." Haziq meninggalkan Perpustakaan .

FINA....
Taman Sekolah.

Fina memikirkan tentang Mia , selain itu, dia juga memikirkan apa kaitan Cikgu Mila dengan Mia.

Semasa itu juga, Haziq tengah lalu dihadapan Fina sambil bermain telifon.

"Oit Haziq, sinilah.. Aku bosanlah duduk sorang-sorang. Temanlah aku." memanggil Haziq.

Haziq terus menuju ke arah Fina yang memanggilnya & membuat muka serius.

"Fina, tadi aku dapat kawan baru. Dia macam aku juga. Kacak, bergaya & macam artis kpop.Wow..." Haziq membuat posing ala model.

"Jangan nak perasan.Ko itu bukan macam kpop, tapi macam orang gila yang kuat perasan je. Siapa nama kawan baru ko itu ? Aku pun nak tahu jugak."

"Orang gila itu ko sorang je. Namanya Amir Idham, panggil Amir. Sedap betul nama dia."

"Apa ?! Amir Idham ?! Serius nama dia Amir Idham ? Betul ke ?"Fina terkejut & terus terduduk.

"BETUL LAH! Tapi kenapa muka ko macam pucat je ini ? Ada benda yang berlaku ke ? Ke aku salah cakap?" risau dengan keadaan Fina.

"Ko ada sixth sense ke ? Ko boleh nampak hantu ke ? Macam mana ko nampak dia ?" Muka Fina menjadi pucat .

" Aku mana ada deria ke enam macam ko. Kenapa ko tanya ? Macam serius je."

"Amir itu kawan baik aku dulu. Tapi dia dah mati sebab kemalangan jalan raya. Sebab itulah aku pelik , macam mana ko nampak Amir. Ko jumpa dia dekat mana ?" Fina membuatkan Haziq lagi takut.

Haziq menjawab. " Dekat perpus......."

Tiba-tiba mereka berdua terdengar bunyi kaca pecah dari kelas tingkatan 4. Mereka berdua bergegas menuju ke arah kelas itu.

Di Kelas 4-4A

Aku & Haziq ternampak ramai orang mengerumuni kelas itu. Aku terdengar seperti jeritan orang terkena histeria.

Fina terhenti selepas ternampak Mia sedang mengawal perempuan itu. Meja & kerusi berselerak..

"MANA CIKGU MILA !!! AKU NAK DIA!! AKU NAK BUNUH DIA!! " perkataan yang selalu diulang oleh perempuan itu.

Fina menarik tangan Haziq. Haziq terus pergi ke arah Fina.

Fina berkata." Sebenarnya dalam badan perempuan itu , dikawal oleh Mia. Sebenarnya apa yang mak awak buat sampai Mia marah ? Mak awak ada buat salah dekat Mia ke , mase Mia masih hidup ?"

"Saya pun tak tahu. Tapi mak saya tak akan jawab kalau saya tanya benda ini. Nanti dia marah saya.. " Jawab Haziq .

"Peningnya.. susah betul nak jadi Conan atau Sherlock....? apatah nama dia. Susah betul.." Fina membuat gaya orang gila dihadapan Haziq.

"Itu kartun. Aku nak tengok apa yang jadi dekat dalam itu, sebab senyap je."Haziq meninggalkan Fina yang sedang sibuk memikirkan sesuatu.

Haziq POV

Semasa Haziq sampai saja di Kelas itu , semua orang sudah tiada . Haziq berasa seperti ada orang di belakangnya. Aku terus menoleh kebelakang & ternampak Amir . Aku mula menjarakkan diriku daripadanya.

"Kenapa ko jauhkan diri ? Takut ke? Janganlah takut, aku bukan nak makan ko. Aku cuma nak kawan." Amir menghampiri Haziq sedikit demi sedikit.

"Ko jangan dekat, aku tahu ko hantu.Ko nak apa dari aku ?"

" Aku nak jumpa Fina buat kali terakhir. Tapi aku takut Fina tak nak jumpa aku. Sebab aku pernah buat kesalahan dengan dia."Amir membuat muka sedih.

"Nak jumpa Fina ? Kalau nak jumpa, saya boleh bawakkan. Tapi ... apa yang awak dah buat dekat dia ?

"Saya melukakan hati dia . Tapi saya tak boleh bagitahu awak , sorry."

"Baiklah, nanti saya bawak awak jumpa dia. Bye."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience