"Sayang." Zarif melihat isterinya, shafidah tersenyum. Kini dia boleh terima yang zarif adalah suaminya. Bahagianya tidak terkira.
"Apa dia ?" Pida yang asyik membetulkan tudungnya. Di tiup nya tudungnya . Zarif memerhati. Lahai makin cair pulak hatinya lihat pida ni.
"Kita nak honeymoon kat mana eh?" Pida hanya ketawa. Zarif memandangnya dengan pelik.
"Nak honeymoon kemana nya kalau perut dah besar tunggu nak beranak je ni, takyah nak ngada bazir duit eh abang."
"Eh. Ye tak ye jugak en. Takpa laa sayang dan abang honeymoon kat bilik je. Lagipun bilik tu luas en. Lebih dari cukup dan selesa dah."
Zarif dah tersengih sengih. Pida membulatkan matanya.
"Mengadaaaa ! Orang belum lagi bersalin bagai. dah nak honeymoon kat bilik. "
Pida memandang ke dinding. Malu nak hadap suaminya. Zarif ? Dah makin tersengih sengih dah.
"Alaaaa. Kalau tunggu sayang lepas beranak lama sangat. Ingat abang boleh tunggu ke tak. " zarif membuat muka sedih. Pida hanya mencebik , macam la dia taktahu perangai suaminya tu.
"Takmau takmau jugak. " pida berkeras taknak.
"Abng tak paksa , dah jum jalan. Kang ada terperap dalam bilik di tak keluar keluar." Kata Zarif sambil tersengih sengih. Pida menjelingnya , Tapi dalam hatinya bahagia tak terkira.
************
"Abang?"
Zarif tersenyum. Dia memengang microfon .
"Abang biar betul nak busking kat sini? Tak sweet abang nyanyi kat sini !"
Bentak pida. Makin ramai melihat mereka , zarif tetap dengan pendiriannya. Dia nak nyanyikan juga untuk isterinya kesayangannya di khalayak Ramai.
Zarif memulakan nyayiannya . Pida hanya memerhati.
Kali ini kusadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu
Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini kulakukan
Karena kamu memang untukku
Cinta ku bukan cinta biasa
Jika kamu yang menemani
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku.....
"Lagu ni khas untuk isteri saya. Dear my wife, I love you so much,i wish you with me untill jannah. Abang terlalu sayangkan Sayang. Lebih dari nyawa abang. Hidup susah senang bersama abang, Even abang ni agak membebankan sayang, Terima kasih atas Segalanya. Bagi abang dan anak bakal lahir tu sayang adalah superwoman kami. Sedia semuanya untuk abang. Tak pernah mengeluh, Sayang adalah penghias seri hati abang . Abang sayang Sayang illahitaala "
Zarif menghela nafas dengan lega. Shafidah pergi ke arahnya, Ramai melihat.
"I love you too abang ! " kata dengan gembira shafidah.
Orang disekeliling memberi tepukan. Terharu ! Tak sangka zarif memberinya kejutan sebegini.
***********
"Abang masak apa tu?"
Pida terhidu bau yang sedap , Hatinya terusik nak ke dapur.
"Abang masak kek coklat !" Pida terkejut , tak sangka zarif ni serba boleh.
"Kek coklat? Untuk siapa ?" tanya pida dengan pelik. Zaruf tersenyum.
"Lahai laki aku ni , memang tak pernah penat senyum ke apa ni?"
"Abang masak untuk sayang la ! " pida berasa pelik ? Aku ? Hari jadi aku dah lama lepas kot.
"Sayang tu hari mengigau nak kek coklat, abang belajar dari umi. Ni first time masak untuk wife abang Hahaha"
Pida tersenyum. Laaa patut la tu hari mimpi nak sangat kek coklat.
"Nahhh " Zarif menyuapkan potongan kecil kek coklat ke mulut pida.
"Sedap !" Respon pida. Zarif tak percaya , Dirasanya Kek coklat tersebut. Berkerut mukanya.
"Mana ada sedap ! Pahit tahu. Takpa la , abang buang je kek ni." Zarif mengambil kek coklat , tapi pida menghalang.
"Masa sekola menengah, Sayang selalu berangan yang sayang dapat makan dengan abang , abang masak. Even tak sedap tapi bagi sayang ia cukup membahagiakan. Sebab impian sayang dah tercapai."
Pida merenung mata suaminya. Dia akui dia dah melupakan hafiz sedikit demi sedikit. Kasihnya terhadap suaminya sangat dalam.
Zarif Merenung anak mata shafidah, Hatinya yang baru saja kering kontang . Banjir akibat bunga cinta!
"Sayang " panggil zarif dengan nada mengoda. Pida berasa pelik.
"Yeaa apa dia ?"
"Sayangg..."
"Yaaaa apaa diaa?"
Jawab pida dengan geram. Zarif tersenyum senyum nakal.
"Jangan goda abang tau. Siksa abang dibuatnya nanti. "
Pida membulatkn mata nya.
"Tak senonoh cakap macam tu depan makanan. Cubit kang " gurau pida.
Zarif tersenyum. Bahagia sangat !
**********
"Asyikinnnnnnnnn!"
"Ya Allah pida. "
Asyikin dan pida berpelukan , lama tidak berjumpa sahabat baiknya , Asyikin mengambil alih di butik dan restoran semasa pida mengandung.
"Mana baby kau ?"
"Ada dengan fadhil " Tersenyum asyikin , Dia Dah beranak , Shafidah mengandung . Hanya bulan yang membezakan kandungan mereka.
"Amboi, butik macam mana? Restoran?" Tanya pida , Asyikin mengelengkan kepala.
"Takyah laa risau . Aku urus okey , kau rehat je dulu . Sian baby nanti" Asyikin memengang perut pida yang dah besar tu.
"Macam mana kau dengan zarif ? " pida tersenyum , Asyikin dah menagaknya.
"Ewahhhhhh. Eyyyyy Huntong laaa kena sayang suami. " kata Asyikin , Fadhil berdeham.
"Habis abang tak sayang Syikin ke ? Abang sayang tau. belah la dada kita ni kalau nak nampak sayang macam mana " Fadhil mendukung anak lelakinya yang masih lagi baby.
Asyikn hanya tersenyum , Dia memandang shafidah , pida pun tersenyum tapi Hatinya Gelisah. Entah mengapa.
Share this novel