Bab 1 : Alif Iqwan

Horror & Thriller Completed 71148

"Assalamualaikum." Syafiq memberi salam seusai dia membuka pintu bilik mereka.

"Waalaikumsalam wbt. Haaa Syafiq, sampai pun kau. Lama betul pergi jumpa Prof. Idris." Kata Alif, roomate kepada Syafiq.

Alif dan Syafiq telah berkawan sejak semester 1 lagi. Ditempatkan di dalam bilik yang sama sejak awal lagi, mereka mengambil keputusan untuk terus menjadi roomate hingga ke tahun akhir pengajian mereka.

Alif mengambil jurusan Perniagaan Antarabangsa. Seorang sahabat yang sangat baik dan sering ke masjid di setiap waktu solat tiba. Walaupun sedikit berbeza dengan sikap Syafiq, namun itu bukan penghalang untuk mereka terus bersahabat.

Sejak mereka bersahabat juga, Syafiq memang banyak berubah. Jika dulu dia agak susah untuk mendirikan solat, tapi kini alhamdulillah jika diingatkan pasti dia akan terus mengerjakannya. Malah sejak berkawan dengan Alif ini, Syafiq menjadi lebih penyabar. Tidak banyak mencarut dan kurang melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

"Aik, dah kemas barang dah? Bukan kau kata nak balik minggu depan ke Alif?" Tanya Syafiq apabila melihat Alif sedang sibuk mengemas barang-barangnya.

"Mula-mula ingat nak balik minggu depan Syafiq, tapi baru aku teringat yang esok hari lahir mak aku. Jadi aku ingat nak buat kejutan lah buat dia. Ni dia tak tahu ni yang aku nak balik. Hee." Balas Alif sambil tersenyum padanya.

"Alaaaaa, siapa nak teman aku dekat sini wei? Kata sahabat sampai syurga. Ni dekat dunia dah tinggalkan aku, macam mana ni?" Gurau Syafiq sambil duduk di sisi katilnya.

"Hahaha, pandai bergurau ayat-ayat deep ea kau sekarang. Alaaa, aku balik kejap je. Sebab aku pun macam nak siapkan projek tu jugak. Lagipun aku bukan balik untuk selama-lamanya, nanti kan aku datang semula." Balas Alif lembut pada roomatenya itu.

Syafiq tersenyum mendengar kata-kata itu. Sebenarnya dia tidak kisah pun jika Alif balik, dia saja je nak mengusik Alif. Almaklumlah, nanti waktu cuti lama tak jumpa dengan dia. Takut rindu.

Syafiq kemudiannya melabuhkan badannya di atas katil. Sambil memandang ke syiling biliknya, dia termenung jauh entah ke mana. Banyak perkara yang difikirkannya. Dan bila Alif sebut tentang Ibunya, tidak semena-mena Syafiq teringatkan tentang Ibunya juga.

"Hamboi, jauh termenung. Kau dah solat dah Syafiq?" Tiba-tiba Alif muncul di sebelahnya menghentikan lamunannya itu.

"Heeeee, belum. Selamat kau ingatkan Alif." Kata Syafiq lalu bangkit menuju ke bilik air.

"Syafiq, Syafiq. Selamat aku ni ada nak ingatkan, kalau aku dah tak ada nanti siapa lah yang nak ingatkan kau." Monolog Alif sendirian seusai Syafiq berlalu pergi.

-0-0-0-0-

"Kau jaga diri baik-baik Syafiq. Ingat, tinggal sorang-sorang ni jaga diri elok-elok. Jangan lupa solat. Rajin-rajin lah baca al Quran tu. Bagi hantu takut sikit nak kacau kau. Haha." Usik Alif yang sedang menghidupkan enjin keretanya.

"Kau ni kan Alif, mulut memang tak sayang kan. Dah lah kau tinggalkan aku sesorang dekat sini, lepas tu kau cakap bukan-bukan pulak. Haisshhhh ada jugak aku ikut kau balik nanti." Balas Syafiq sambil menumbuk perlahan lengan Alif.

"Hahaha, alaa aku bergurau je. Kau kan sado, mesti hantu-hantu tu takut nak kacau kau." Kali ini Alif semakin kuat ketawa.

"Cakap lagi, cakap lah. Gelak kan aku. Biar semua hantu-hantu dengar lepas tu biar dia ikut kau balik. Kau tu dah lah nak drive jalan gelap. Ini dah malam pulak tu. Haishhh berani betul kau ni Alif." Kata Syafiq sambil menyilangkan tangannya di dada.

"Benda- benda ni kalau kita lagi takut, lagi dorang suka. Jadi kau kenalah berani sikit. Baru dorang respect sikit pada kita." Kata Alif berani.

"Sudahlah kau. Nanti drive baik-baik. Kalau ada perempuan nak tumpang sekali jangan bagi naik. Hahaha. Sampai rumah wassapps aku. Kirim salam Mak Ayah kau sekali tau." Kata Syafiq mahu menamatkan perbualan mereka.

"Hamboi mulut. Haha. InsyaAllah insyaAllah. Kau pun sama. Jaga diri wei. Ingat pesan aku. Jangan biarkan diri kau diselubungi misteri. Hahaha." Sekali lagi Alif gelak besar sambil dia menekan pedal minyak keretanya itu. Keretanya mula bergerak laju, meninggalkan Syafiq keseorangan di situ.

Semakin lama kereta Alif semakin mengecil. Syafiq melambai sebagai tanda selamat tinggal. Kedengaran bunyi hon kereta Alif membalas lambaian Syafiq itu. Syafiq tersenyum kecil, teringatkan kerenah sahabatnya itu.

Dia mula melangkah perlahan menuju pulang ke biliknya. Dia sempat menjeling ke arah blok yang lain. Masih ada beberapa bilik yang menyalakan lampu. Hatinya sedikit lega. Maksudnya masih ada lagi pelajar-pelajar yang tidak pulang ke kampung mereka.

Langkah Syafiq semakin laju. Dia menaiki anak tangga tanpa melihat ke kiri dan kanan. Tujuannya hanya satu, mahu sampai ke bilik nya dengan selamat dan segera.

"Fuhhhh, alhamdulillah. Sampai pun." Monolog Syafiq di dalam hati apabila dia sampai ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience