Bab 2

Horror & Thriller Completed 3437

Bangunan Hotel Port Dickson tersergam indah di hadapan Elysa.

"Harap harap aku boleh bercuti dengan tenang di sini."kata Elysa bersemangat.

Elysa menuju ke arah kaunter untuk check in bilik hotelnya.

"Selamat pagi cik.Ada apa apa yang boleh saya bantu?"sapa seorang gadis yang berada di kaunter tersebut.Sopan betul bahasanya.

"Saya nak check in.Hari tu saya dah tempah bilik dalam online."kata Elysa.

"Boleh saya tahu nama Cik?"tanya gadis berambut ikal mayang itu.

"Nur Elysa Binti Ridzuan."jawab Elysa.

Kelihatan gadis itu menaip sesuatu di komputernya.

"Okey.Bilik Cik Elysa ialah bilik nombor 414.Ini kuncinya."gadis itu menyerahkan kunci bilik Elysa.

"Terima kasih."ucap Elysa kemudian beredar dari situ.Tiba tiba dia terlanggar seseorang berdekatan dengan kaunter itu.

"Sorry.Awak takpa pe?"tanya Elysa.

"Saya takpa pe.Salah saya juga sebab main phone."balas gadis di hadapan Elysa itu.Elysa mencapai phone gadis itu yang terjatuh akibat terlanggar tadi.

"Nasib baik phone awak tak rosak."kata Elysa.

"Ya."balas gadis itu lalu tersenyum.

"Saya pergi dulu."pinta Elysa lalu melangkah ke arah lif.

Gadis di kaunter itu terpinga pinga.'Dia cakap dengan siapa tadi.'Matanya melilau lilau mencari orang yang bersembang dengan Elysa.Tapi tiada sebarang kelibat berada di situ.Tidak semena mena bulu romanya meremang.

Elysa sampai di tingkat 4.Dia mencari pintu yang menandakan bilik bernombor 414.

"Jumpa pun."Elysa memulas tombol pintu bilik itu.Sejurus selepas dia masuk,dia meletakkan beg pakaiannya di tepi katil lalu membaringkan badannya di katil.Telefon bimbitnya dicapai lalu Elysa mendail seseorang.

"Assalamualaikum mak.Lysa dah sampai dah mak...Alhamdulillah,semuanya okey....okey mak. Nanti kita calling calling ya.Hehe...okey,bye."Elysa menamatkan panggilan.

'Tuk tuk..'pintu bilik Elysa diketuk.Elysa melangkah ke arah pintu.Dia melihat melalui lubang pada pintu.Kelihatan seorang gadis yang membelakangi pintu.Rambutnya panjang kehitaman.

Elysa membuka pintu."Siapa.."Kosong!tiada orang langsung.Elysa memerhati dari hujung koridor ke hujung koridor.Sunyi..tiada tanda tanda ada orang datang ke biliknya.

"Perasaan aku je kut."Kata Elysa lalu masuk semula ke dalam biliknya.

Tiba tiba badan Elysa menjadi kaku.Jantungnya berdegup kencang.Seluruh badannya menggeletar apabila terdapat seorang perempuan sedang duduk membelakanginya di atas katil.Kepala perempuan itu berpusing ke menghadap Elysa.Mulutnya menguntum senyuman sinis.

Perempuan itu sangat mengerikan.Tangannya dan kakinya hancur.Tidak nampak macam anggota badan yang betul.Rambutnya serabai. Separuh daripas mukanya berdarah dengan teruk.Tiba tiba kelibat itu menangis teresak esak mengalirkan air mata darah.

Elysa berlari ke arah pintu bilik dan cuba untuk membukanya.Tetapi pintu bilik itu seakan akan terkunci dari luar.Kelibat itu menghampiri Elysa.

"Sebab kau...sebab kau.."kata kelibat perempuan itu.Tinggal beberapa jarak sahaja Elysa dengan perempuan itu.Elysa menyandarkan badannya di pintu sambil matanya terpejam rapat.Pelbagai ayat AlQuran dibacanya.

Tiba tiba keadaan menjadi sunyi semula.Elysa kembali tenang apabila bayangan ngeri tadi tiada di hadapannya.Dia mengelap peluh yang menitik di wajahnya.Dia berterima kasih kepada ustazah garangnya masa di sekolah rendah dulu kerana mengajarnya ilmu AlQuran.Walaupun dia pernah cuba ponteng kelas.

Elysa melangkah ke arah katilnya.Dia membuka beg pakaiannya lalu mengeluarkan dompet dan telefon.Dia ingin keluar dari bilik itu buat sementara.

Elysa masuk ke dalam lif.Terdapat seorang wanita dalam lingkungan 30 an bersama anaknya didalam lif itu.Elysa diam menanti lif itu sampai di tingkat bawah.Elysa menyedari sesuatu.Dia melihat ke arah budak di sebelah wanita itu.Budak itu memerhatinya dari tadi.

"Kenapa adik tengok akak macam tu?"tanya Elysa.

"Kenapa akak kawan dengan perempuan yang pelik tu?"tanya budak tu sambil menunjuk ke arah belakang Elysa.Elysa berkerut dahi.

'Kawan?'Elysa menoleh ke belakang tetapi tiada siapa kecuali mereka bertiga.

"Adik,akak tak bawa kawan lah.Kan kita bertiga dalam lif ni."balas Elysa semula.

"Kita berempatlah.Tengok kawan akak tu.Dari tadi senyum je tengok akak.Kenapa mukanya berdarah?Kenapa akak tak bawa dia ke hospital?" kata budak itu.

Bulu roma Elysa meremang.Begitu juga dengan ibu kepada budak itu.

"Akak,dia suruh saya kasih tahu akak sesuatu." sambung budak itu lagi.

"A..apa dia suruh kasih tahu."Elysa semakin ketakutan.

"Sebab kau.."suara budak itu bertukar menjadi suara kelibat perempuan di biliknya tadi.

Kaki Elysa bergetar.Dia tersandar di dinding lif. Dia memerhati budak itu.

"Kenapa kak?"Elysa tersentak dari lamunannya apabila budak itu bersuara macam biasa.

"Tiada apa apalah."balas Elysa lalu keluar dari lif apabila pintu lif terbuka.

Ibu kepada budak tadi melutut di hadapan anaknya.

"Apa Mia cakap ni?Kita bertiga je lah dalam lif tu." kata wanita itu.

"Ibu,Mia nampak kawan dia tadi.Kawan dia cakap di benci kakak tadi tu.Dia cakap dia tidak akan lepaskan kakak tu.Mungkin kakak tu yang buat muka kawannya berdarah."jelas budak bernama Mia itu.

Ibu Mia menarik tangan anaknya lalu mereka pergi dari situ.

'Sebab kau...'suara itu bergema di hotel tetapi tidak dapat didengari oleh orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience