BAB 12

Horror & Thriller Completed 175

“Ah! Laila berdarah “O”. Dia menderma sewaktu aku kemalangan dulu dulu.”
Iffah seakan teringatkan sesuatu. Tapi..takkan kawan-kawan yang lain pun
pernah terima darah dia!!

Dia menjeling ke kiri. Hanna dan Luffya mengangguk serentak.

“Laila pernah dermakan darah masa aku sakit dulu” Akui Amira pula. Semua
tubuh mereka mempunyai darah Laila.

“ Apa akan jadi kalau kami tak dapat dijadikan korban…”

“Kaum Aku perlu membayar lagi untuk satu dekad ini..dengan nyawa kami
sendiri…korban kali ini mungkin lebih banyak atau habis kami semua
sekali..” Terang Aki Lawi dengan bersungguh sekali. Dia mengerling
kearah Iffah yang diselamatkannya tadi.

“Ratu membenarkan dia diselamatkan supaya kamu semua dapat dikorbankan
serentak…semua sekali!!”

Hanna mencuit paha Amira. Mata dikenyit memberikan isyarat supaya dia
terus melayan lelaki tua itu berbual.

“Kenapa semuanya dalam balang?. Pandai pulak kau guna bahan ni”

“Tu pelancong mat salleh yang ajar aku. Nama dia John Hudson..Dia pakar
dalam awet haiwan ni…dia yang cadangkan aku guna cara ni..nampak cantik
dan tahan lama...Dia pun ada beli haiwan-haiwan mati dekat aku”

Iffah yang semakin pulih mula memikirkan cara untuk melepaskan diri. Dia
melihat Hanna menyembunyikan sesuatu di dalam bajunya.

Hanna meletakkan jari telunjuk di bidir sebaik perasan Iffah
memandangnya. Amira dan Lutfya masih melayan perbualan dengan Aki Lawi.

“Hmm..sampai masanya” Aki Lawi memandang ke langit melihat bulan penuh.
Hujan tadi pun sudah berhenti sepenuhnya.

“Sampai masa apa?” Keempat-empat gadis saling berpandangan. Mereka pun
masih menahan lapar kerana belum menjamah apa-pun dari tadi.

Sabit yang berada di bawah pondok dikeluarkan. Menyiarap darah mereka
semua melihat senjata yang berkilat diasah. Aki Lawi tersenyum dengan
renungan mata yang tajam.

“ Semua korban perlu di bawah bulan purnama. Cuma caranya..
terpulang..Bertuah sekali siapa yang dipilih Sang Ratu. Kepalanya akan
terpamer hingga ratusan tahun”

“Gila!!…Nak buat apa kalau dah tinggal kepala?” Tingkah Lutfya. Mereka
mulai berdiri untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan terjadi.
Lantai pondok mulai bergoncang seakan ada gempa bumi.

“Aku takut weii” Amira menghulur tangan dan disambut oleh Iffah.

“Kita sama-sama lawan okey” Lutfya cuba memberi semangat.

“ Semua kepala ni cantik-cantik..” Cakap Aki Lawi semakin kurang siuman.
Kini dia berdiri di tengah-tengah pondok dan bersedia untuk menghayun
sabitnya ke arah Iffah.

Zuppp!!!

Hanna mengambil kesempatan merodok pinggang Pakcik Malik dengan pisau
yang tersimpan di poket belakangnya tadi. Aki Lawi sempat membalas
dengan melibas sabitnya mengenai bahu Hanna hingga luka terbelah.
Kemudiannya dia terduduk menahan sakit dan cuba menarik keluar pisau
yang tertanam di pinggulnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience