Bab 3

Mystery & Detective Series 13994

Kertas yang terkeluar dari buku diari tadi terjatuh ke bawah katilnya. “Erh…”

Ring! Ring! Ring!

Buku diari Zulaiha diletak di atas meja malam di sisi katil. Laju dia mengambil telefon dari dalam beg dan lihat nombor pemanggil. Nafas ditarik dalam-dalam. Kening berkerut sedikit. Panggilan dijawab. “Hello,”

“Seronok balik KL? Kau dah lupa ke?”

Arif memicit dahi, tertekan. “Amende lagi ni?”

“Amboi? Mak baru mati, kau dah lupa aku kakak kau?” soal Anisa, memerli.

“Tak lupa, tapi kalau boleh memang aku nak lupa yang kau kakak aku pun,” selamba jawab Arif sambil termenung memandang dunia luar.

“Baguslah kalau kau tak lupa. Maksudnya duit aku nanti kau masukkan dalam akaun aku kan?” soal Anisa, riang.

Tubuh disandar pada dinding. “Hmm…” jawab Arif, malas. Kedengaran suara Anisa riang di hujung talian. “Kak,”

“Apa dia?” soal Anisa, masih girang.

“Kau ada laki, kalau takat sebulan 500 ringgit pun tak mampu nak bagi kau, baik kau suruh dia telan gam kasut je.”

Jelas komen tambahan Arif mula menaikkan api dalam diri kakaknya. “Woi!”

Beep.

Arif menghela, mengosongkan udara dalam paru-paru, tertekan dengan perangai kakaknya yang tak sudah menyusahkan hidupnya dan juga abang iparnya yang tidak ada beza dengan buaya hidup.

Ping! Ping! Ping!

Bertalu-talu mesej masuk. Arif hanya memandang malas, membaca mesej yang masuk. Rata-rata mesej yang dihantar Anisa adalah hinaan dan cercaan kepada Arif. “Sampai mampuslah kau tanggung biawak tu,”

Baru hendak Arif menghempas tubuh di atas katil, telefonnya berbunyi semula. Mujur saja dia baca nama pemanggil, bukan kakaknya. “Hello, Cik Goh, ya, saya Arif dari…”

Panggilan antara Arif dan seorang klien syarikat berterusan sehingga hampir satu jam, cuma membincangkan urusan kerja sehingga komputer riba terpaksa dibuka. Usai panggilan telefon, jam sudah pun menunjukkan jam sebelas malam.

“Allah… Lewat dah ni…” Arif mula mengemas dan simpan semula komputer riba ke dalam beg kerjanya. Matanya tertumpu pada buku diari Zulaiha tetapi laju tangan menyumbat ke dalam beg. Dia sendiri tahu kalau dia telaah diari itu pada malam itu juga, dia takkan dapat fokus dengan apa yang dibacanya.

Tubuh diselimut dengan selimut tebal sebelum mata dipejam rapat. Mindanya dikosongkan tanpa hirau memikirkan sesuatu yang terlepas dari fikirannya, termasuk kertas yang terjatuh ke bahagian bawah katilnya.

PANDANGAN mata agak sedikit kabur tetapi perlahan-lahan apa yang dipandangnya semakin jelas. Arif cuba berjalan tetapi langkah kakinya seperti tidak membawa dirinya mendekati.

“Arif,” langkahnya terhenti.

“Zulaiha?”

“Bukan,” ujar suara tadi lagi.

“Siapa tu?” soal Arif, sedikit was-was. “Aku dekat mana?”

Satu figura berselindung sebalik langsir-langsir putih. “Shh…” desis empunya suara tadi. Suara yang sama. Wajahnya tak kelihatan. “Nama aku atau siapa aku bukan hak kau,” ujar suara tadi lagi. Suara tadi bertukar garau dan lebih jelas.

“Apa…”

“Diari yang kau ambik tu,” terbeliak mata Arif sebaik diari disebut. “Jangan rakus. Kalau kau nak tau apa yang jadi dengan Zulaiha, sebaiknya kau baca satu per satu setiap hari.”

“Maksud kau, satu asbab setiap satu hari?” soal Arif, sedikit menggeletar.

“Hmm. Betul,” Arif memandang sekeliling, cuba memastikan keberadaannya pada ketika itu. “Kau faham yang ni satu amaran untuk kau, kan?” kepalanya ditoleh semula ke arah lembaga di sebalik langsir-langsir putih yang perlahan-lahan bergerak.

“Amaran…?”

“Ya, amaran. Jangan benak sangat.” tegas lembaga tadi. “Maaf, aku lupa kau masih bermimpi.”

“Mimpi?”

“Jadi kalau kau langgar amaran yang aku bagi tu, hak kau akan ditarik. Diari tu akan jatuh ke tangan orang lain atau…takde siapa yang akan tau apa yang ada dekat muka terakhir diari tu.” wajah Arif bertukar sedikit pucat. “Kau taknak kan kalau orang yang kau sanjung mati dengan pengakhiran yang sia-sia?”

“Tak…” bunyi degup jantung kuat memecahkan desing di telinga

Dup! Dap! Dup! Dap!

“Aku akan perhatikan kau, Arif. Jangan abaikan pesan dan amaran aku.”

“Hah!!!” Arif terjaga dari lena tidur. Bantal dan tilam dibasahi peluh. Dada berombak laju. Jam pula baru menunjukkan pukul empat pagi. Tergopoh-gopoh dia bangun mencari buku diari yang disimpan di dalam beg kerjanya.

Buku berkulit keras warna biru masih berada di dalam begnya. Helaan lega dilepaskan. “Nasib baik ada lagi…” ujarnya sebelum mengenang semula apa yang diberitahunya di alam mimpi seketika tadi.

“Pesan dan amaran…”

|7 Januari 2026, Rabu|

Secangkir kopi diletak di atas meja. Kini jarum jam menghala ke angka enam. Pejabat masih kosong. Sengaja lampu pejabat dibiar tertutup. Cuma cahaya dari koridor luar pejabat dan dari komputer riba menyuluh ruang bekerjanya.

Mata dipicit keletihan.

Klik… Klik… Klik…

Malas jari mengetik tetikus. Headphone dipakai, menutup telinga dengan alunan lagu di YouTube. Mata melekat pada skrin komputer riba tetapi mindanya memikirkan tentang diari Zulaiha. Dia mengerling pada jam di bawah kanan skrin komputer riba.

Buku diari perlahan ditarik keluar. Kosong mata membelek buku itu buat kali keberapa. “Dah boleh baca dah ke?” soalnya sendiri, menggumam.

Ping!

[
Boleh mula baca entri pertama. In case kau tak tau macam mana nak elak TERbaca entri kedua secara tak sengaja, Zulaiha cuma tulis satu entri dalam satu atau dua muka surat je.]

Arif berkerut. Jari jemari muka menghentam papan kekunci laju.

[
Kau siapa? Macam mana kau tau apa yang aku buat? Kau stalk aku ke?]

[
Aku sentiasa perhatikan kau. Jangan risau, aku tak tengok kau kalau kau dalam jamban. Tak hingin.]

“Tch… Bencinya.” bebel Arif sendiri sambil membuka buku diari Zulaiha dengan teliti, cuba untuk tidak tersalah selak.

Ping!

“Huh?”

Satu lagi email masuk, dari penghantar yang sama, si ‘Turr’.

[
Jangan takut, aku bukan orang jahat.]

“Apape jelah,” ujar Arif, sedikit berang.

Muka pertama dibuka dan matanya terus terbaca tajuk di bahagian atas muka surat yang diselaknya.

|1. Mungkin aku dah nak gila(?)|

Hairan dengan apa yang ditulis sebagai tajuk entri pertama, Arif menggaru kepala, teruskan bacaan entri yang pertama. Getar hati ingin membaca, gugup hendak mengambil tahu sebab seseorang bunuh diri.

[Suara-suara tu datang balik. Aku ingat habis SPM dulu dah takde suara-suara ni tapi aku silap. Entah bila suara-suara tu datang balik, aku pun tak perasan. Kali ni suara-suara tu makin kuat. Aku cuma dapat dengar diorang mintak tolong, meraung-raung macam takut, menjerit kemarahan. Mana datangnya semua suara ni? Kenapa tone diorang selalu in distress? Macam orang kena siksa pun ada. Aku tak faham lagi-lagi aku cuma dengar suara-suara tu bila takde orang dengan aku. Ni bukan suara-suara yang aku selalu dengar, bukan jenis suara yang aku dengar panggil nama aku, bukan. Sebab suara yang aku dengar ni, aku jadi kurang rehat. Kalau aku nak tidur, suara-suara ni akan sentak aku dari tidur aku. Setiap hari suara ni akan menjerit secara tiba-tiba.]

Arif berhenti membaca. Matanya tertangkap bayangan sesorang melalui koridor luar pejabat. Bunyi tapak kasut hanya bergema di luar.

Ktak… Ktak… Ktak…

Nafas dihela, kerisauan dibuang. Fokusnya kembali ditaruh kembali pada entri pertama. Anak mata mencari-cari di mana dia berhenti membaca sebentar tadi.

[Aku dah cuba Google jawapan. Schizophrenia keluar dulu. Tapi aku tak berhalusinasi. Cuma suara-suara tu je yang aku dengar. Tapi jawapan lain aku dapat pulak stress dengan trauma. Aku taknak self diagnose, so mungkin sebab stress, tapi kalau stress sekali pun, aku harap suara-suara ni pergi tak kembali. Mama dengan papa kata kepala aku main-main dengan aku je, tapi aku tak rasa macam tu. Setiap hari aku dengar suara-suara ni. Aku penat.]

Pelik. Seingat Arif, dia tak ingat pula kalau Zulaiha pernah berkata apa-apa tentang isu suara ini. Dari awal perkenalan sehinggalah sekarang, tidak sekali pun dia menyuarakan isu ini kepada sesiapa. Itu setakat yang dia tahu. Mana tahu Zulaiha ada menceritakan isu ini kepada Mai yang sememangnya rapat dengan dirinya?

“Arif,”

“Hergh!” terkejut, Arif hampir menggunakan buku untuk menghempuk siapa yang mengejutkannya.

“Oi, sabar! Sabar! Ni akulah, Vin!” Vin cuba lindung dirinya dengan tangan tanpa sebarang ilmu pertahankan diri.

Arif mengeluh berat, merehatkan kepala pada meja, berlapik buku diari Zulaiha. “Bila kau masuk ni? Apehal aku tak dengar apape?”

Vin mencekak pinggang, serupa mak-mak hendak marah anak. “Aku tadi siap terlanggar meja depan sana, kau tak dengar?” soal Vin, menjeling-jeling hujung kasut kulitnya.

“Mana aku perasan…” ujar Arif, bersahaja menyimpan buku ke dalam beg tanpa mewujudkan sebarang kemusykilan atau kecurigaan dari Vin.

“Ha, kau kenapa gelap-gelap ni? Memang taknak bukak lampu?”

Arif mendongak. Lampu masih tertutup. “Tak, tadi aku silau,”

“Iyelah tu. Ke kau baca cerita seram? Nak vibe-vibe gitu?” soal Vin, berjalan ke mejanya yang tidak jauh dari meja Arif. “Kalau nak seram-seram, lain kali cakap. Aku boleh sergah kau lain kali.”

“Tadi pun kau dah sergah aku,” ujar Arif, bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah suis lampu.

“Eh, mana ada, aku panggil elok dah tu. Cuak gak la tetibe tengok ada kepala tengah-tengah ofis.”

“Sebab tu ke kau langgar meja depan sana?” soal Arif, tersengih, menunggu jawapan Vin untuk meyakinkan dia untuk ketawa.

Vin mengangkat kedua bahu, malas. “Agak ah. Sebab kau gak la aku hampir heart attack tadi.” Arif mengekek mentertawakan Vin. “Aku ni baru nak masuk dunia dewasa, nak balas jasa mama dengan baba aku,”

“Bukannya aku sengaja. Aku tak perasan pun bila kau masuk.”

“Hmm,” Vin tak terus duduk. Dia berdiri di meja terletak di hadapan Arif. “Kau baca apa tadi yang sampai tak perasan apa dah?”

Kaku tubuh Arif untuk beberapa detik. Takkan dia hendak beritahu apa yang dibacanya? Risau jadi kes besar pula. “Ah, takde, tu buku aku catat nota untuk article je,”

“Ah, ada ‘bank’ la ni,” Arif angguk yakin tak yakin. “Untunglah,” Arif meraba dinding untuk membuka suis lampu tetapi tangannya terpegang sesuatu yang bukan suis lampu.

Ktap!

Perlahan Arif menoleh memandang suis, mukanya bersua dengan wajah pucat yang memandang ke wajahnya.

“M…mak…”

Share this novel

DHIA AMIRA
2023-10-27 09:47:08 

ya ... xsmua pndai dlm psikologi

DHIA AMIRA
2023-10-25 18:36:24 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience