BAB 13

Horror & Thriller Completed 175

“Lari !!!”Jerit Hanna sambil menahan sakit luka dibahunya.
Kawan-kawannya bertempiaran turun dari pondok tersebut. Semak samun
dilanggar sesuka hati

Jeritan amarah Aki Lawi jelas kedengaran dari jauh.

“Ikut sini!!!!” Iffah menjerit menunjukkan ke arah. Amira segera
membantu Hanna yang mulai lemah akibat kehilangan darah.

“ Balut luka dia dulu” Dia mencapai pakaian orang tua itu yang tersidai
di ampaian untuk membalut luka Hanna. Baju yang ada itu lencun dengan
darah pekat.

“Bertahan Hanna. Kita cari bantuan” Lutfya pun turut membantu. Mereka
perlu cepat sebelum Aki Lawi kembali memburu mereka.

“Gila !!!! kita dah buat kerja gila datang sini!!!” Jerit Lutfya sebaik
merasakan mereka sudah jauh dari Pondok Aki Lawi. Dia melepas lelah
dengan bersandar pada sebatang pokok.

“Iffa, baik kau bagi tau betul-betul. Sebab apa kau ajak kami ke mari!”

“Aku minta maaf kat korang. Sebab aku, korang terpaksa lalui semua ni.
Sebenarnya pakar psikatri aku yang sarankan aku kembali ke sini. Jiwa
aku tertekan bila mengenangkan apa yang berlaku pada Laila dulu. Aku
rasa bersalah sangat sebab aku yang cadangkan kita datang ke sini waktu
tu. Sebenarnya Aku depress dan susah untuk tidur sampai family aku
pun kadangkala tak terurus” Jelas Iffah dengan rasa bersalah.

“ Tak sangka pulak nak jadi macam ni. Sebenarnya, aku sangka Laila masih
ada lagi” Hanna menyambung. Dia masih menahan sakit akibat luka di bahu.
Sayu bila dia mengenangkan sahabat yang sama-sama mengharungi suka dan
duka dahulu sebenarnya sudah lama meninggalkan mereka.

“Al Fatihah” Bisiknya didalam hati sambil menghabiskan bacaan surah itu.
Diniatkan sebagai sedekah untuk Liyana.

“Kawan-kawan…Kita kena cepat. Hanna dan Lutfya kan dah cedera. Nanti
diaorang kena jangkitan dan hilang banyak darah pulak” Iffah bangun
untuk menyambung perjalanan mereka.

Prapp!!!!

Bunyi dahan dipijak mengejutkan mereka. Amira mencapai dahan kayu
berhampiran untuk mempertahankan diri.

“Siapa?” Tanya Lutfya memberanikan diri. Dia bimbang kalau-kalau Pakcik
Malik sempat mengejar mereka.

“ Shhhh….Sabar, Aku bukan musuh” suara perempuan tua berkemban keluar
dari di sebalik semak.

“Hantu!!” Iffah terjerit sebaik terlihat wajah wanita tua itu.
Cepat-cepat wanita tua itu menyisir rambutnya.

“Ah! Rambut mengerbang sikit udah digelar hantu”

“Apa yang nenek buat di sini?” Tanya Hanna.

“Aku menjejak Lawi. Kebetulan di sini. Kamu sedang lari darinya
kan..Pakei ni” Nenek tu itu menghulurkan empat pasang kain batik untuk
dipakai. Sarungkan di kepala..Sorok bau darah yang keluar dari rongga kamu”

“Nenek ni siapa?”

“Panggil aje aku Nek Lae. Ikut aku cepat”

Hanna dan Lutfya terhoyong hayang mengikut dari belakang. Iffah dan
Amira bercerita apa yang berlaku kepada Ibu lae sambil berjalan.

“Lawi tu pawang dan pemburu gila. Banyak dari kami yang sudah beragama,
dia masih pangan lagi..Angkuh macam moyangnya ” Beritahu Nek Lae.

“Kenapa dia beriya-iya nak korbankan kami?”

“Lawi percaya Ratu Laut mahukan korban manusia setiap sepuluh tahun..Itu
yang dimomokan oleh leluhur kami dari zaman ke zaman… Iblis laut tu
sebenarnya hanya mahu terus menyesatkan manusia..” bebel Nek Lae.
Walaupun nampak berumur, tapi langkahnya masih tegap dan pantas.

Sekilas pandang Lutfya ternampak parut bercorak lipan pada bahu
perempuan tua itu. Parut yang sama pernah dilihat ada pada Laila.

“Nek Lae Mak Laila kan?” Teka Lutfya. Langkah orang tua itu terhenti
serta merta.

“Kenapa Nek tak beritahu kami?”

“ Kamu tak perlu tahu, Nak. Pusing kepala kamu nanti kalau memikirkan
apa yang kami lalui. Nek akan bersyukur sangat kalau kamu semua boleh
selamat sampai pagi esok. Malam ni bukan mudah untuk kamu semua harungi”

“Kita ke balai polis Bu. Minta bantuan, Nek” Cadang Hanna.

“Ini bukan permainan dunia moden nak..Taruhannya nyawa. Pasti nanti ada
nyawa lain yang tak berdosa akan melayang nanti. Udah..Nek akan
ikhtiarkan sesuatu bila kita tiba di pantai nanti”
“Benarkah Aki Lawi tu sejahat itu?” Amira pula menyuarakan keriauan.

“Bukan orang tua itu sahaja halnya..khadam-khadam yang berkeliaran tu
sebenarnya yang harus kita perhatikan” Balas Nek Lae.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience