Bab 6

Romance Series 113890

Hampir seminggu Aniq berulang-alik menaiki motorsikal Aprilia RSV4 yang dibeli tahun lepas untuk melepaskan gian. Maklumlah, sejak dua menjak ni asyik sibuk dengan operasi dan minggu ini baru dapat menunggang kuda hitamnya itu.

Mungkin ada yang cakap, amboi kayanya Aniq, kerja polis je pun pakai kereta motor boleh tahan hebatnya. Ini semua hasil titik peluh Aniq okey, bukan beli guna duit rasuah ye. No, no, no.. Aniq ni kategori bersih tambah pulak dengan air mukanya yang dingin, ketat, keras macam tu ada ke yang berani? Silap haribulan kepala kena kepit bawah lengannya yang sado tu.

Dua tiga hari cuaca sedang elok, nak kata panas sangat pun tak, mendung pun tak jugak. Sesuai bagi penunggang motorsikal macam Aniq.

Lampu trafik bertukar dari kuning bertukar merah dan Aniq bersedia menurunkan gear untuk berhentikan motorsikalnya. Belum kaki Aniq cecah jalan raya tiba-tiba sebuah motorsikal dari belakang berdesup laju melanggar lampu merah. Nasib baik, kenderaan dari arus hadapan belum bergerak, jika tidak ada juga yang makan nasi guna straw. Tapi macam kenal je motor merah hitam tu. Geleng kepala Aniq dibuatnya. Manusia macam-macam perangai. Tak kena tak apa, tapi kalau dah kena mula salahkan orang lain. Padahal diri sendiri yang langgar lampu merah.

Aniq berhentikan motorsikal di hadapan sebuah kedai seven eleven untuk membeli air. Dahaga pulak rasanya. Tiba-tiba..

"Aik, macam motor tadi. Ingatkan nak pergi mana kemain laju lagi. Kat sini je. Hai lah.. Mamat mana la ni. Nak juga tengok rupa" berkata Aniq sambil menongkat motorsikalnya dan membuka glove tangan dan bergerak ke kedai.

Sedang berjalan menujuk ke kedai, telefon berbunyi dan Aniq berhenti seketika untuk mengambil telefon dari pouch.

'Buk'

Bahu Aniq dilanggar dan belum sempat Aniq berkata apa-apa, orang yang melanggarnya tunduk mengutip architect casing bag yang terjatuh dan angkat tangan menandakan sorry. Lalu terus berlalu dari tempat tersebut dengan menaiki motorsikal tadi. Muka penunggang tidak dapat dilihat kerana memakai helmet full face tambahan pula berpakaian seluar jeans dan jaket adalah pakaian biasa bagi penunggang motorsikal.

Aniq rasa tidak sedap hati kerana ini bukan kali pertama terserempak dengan penunggang motorsikal tersebut. Bimbang juga jika musuh yang cuba melakukan sesuatu. Kerja seperti Aniq tidak mustahil perkara ini berlaku tambahan pula, musuh di mana-mana tanpa kita sedar. Ye lah, kalau ada tulis di dahi 'saya penjahat' senang la. Sekarang ni ramai manusia yang memakai topeng menyembunyikan diri sebenar.

Aniq kembali ke motorsikalnya. Tidak jadi hendak membeli air. Helmet dibuka dan diletakkan di atas seat motorsikal. Zip pouch bag dibuka dan telefon bimbit dikeluarkan. Nombor didail menunggu panggilan dijawab.

"Azman, saya nak kamu semak butiran penuh pemilik motorsikal yang ni dan rekod jenayah sekali jika ada. Segera dan whatsapp pada saya. Nombor plat sekejap saya send". Aniq kemudian mematikan talian dan menghantar butiran nombor plat motorsikal tadi pada anggotanya untuk disemak.

"Baik. Kita tengok nanti siapa kau" senyum sinis dipamirkan lalu helmet disarungkan semula.

****

"Assalamualaikum... Mak, ooo... Mak" laung Yus sambil membuka helmet dan meletakkan kunci dalam bakul di atas meja di tepi pintu masuk.

"Anak oi.. cuba la sopan sikit. Terjerit-jerit. Ada apa, mak kat dapur siapkan minum petang." balas mak yang berada di dapur.

Yus meletakkan architect casing bag di atas sofa dan juga beg galasnya di sofa ruang tamu. Helmet pula diletakkan di atas meja kopi. Yus kemudian mengatur langkah ke dapur.

"Eh, abah pun ada. Cepat pula abah balik petang ni. Tak de metting ke. Biasanya petang-petang macam ni ada je metting." ucap Yus sambil menyalam tangan abah dan mencium pipi mak, tangan tak boleh salam sebab mak tengah bancuh cucur udang. Cucur ni favorate kitaorang sekeluarga, memang tak sah kalau tak ada cucur ni.

Yus melangkah ke meja makan lalu menarik kerusi dan duduk sementara menunggu cucur dihidangkan.

"Amy tak balik lagi ke mak, senyap je. Motor dengan kereta ada kat luar" soal Yus sambil makan potongan tembikai yang ada di dalam piring.

"Ada kat atas tu, baru sampai. Tengah mandi la tu. Kejap lagi turun la Amy tu." belum habis ayat dituturkan, Amy dilihat turun dari tangga dan menuju ke meja makan. Segar nampak, betul la tu baru lepas mandi. Hendsome jugak adik aku ni, sado pun sado tapi perangai je tak semenggah.

"Yus, dengar tak ni abah tanya? Tak habis-habis la perangai berangan dia ni" tegur abah.

"Hah, apa bah, tak dengar" soal Yus.

"Mana nak dengar, berangan tak habis-habis" usik Amy sambil menarik hujung rambut ekor kuda Yus.

"Wei, main kasar kau kan" marah Yus.

"Sudah. Abah tanya ni. Macam mana dengan Umrah tu. Boleh ikut tak? Tak lama dah. Lagi 2-3 minggu je lagi. Kalau jadi, kena siapkan apa yang patut. Beli apa yang perlu" soal abah.

"Abah... Tu yang Yus nak bagitahu ni" muka sedih terpamer di wajah.

"Syarikat dapat satu projek baru kat Nilai, Yus salah seorang arkitek yang terpilih untuk projek tu. Sayang nak tolak sebab projek kali ni ada kerjasama dari sebuah syarikat dari US." jawab Yus. Bukan tak nak ikut tapi tu lah, dia salah seorang dari 3 orang arkitek yang terpilih daripada puluhan arkitek yang ada di syarikat tu. Bukan senang nak dapat peluang tu.

"Hm.. Tak apa lah. Bukan rezeki Yus. Nak buat macam mana." ujar abah. Walaupun abah tidak menghalang tetapi di wajah abah tetap terpancar rasa terkilan.

"Abah.. Sorry tau. Next time kita pergi lagi sama-sama. Yus janji" ucap Yus sambil tangan diangkat seperti orang mengangkat sumpah.

Abah hanya tersenyum dan membalas. "Tak sempat kot.."

"Abah ni.. Apa yang tak sempat. Umrah bila-bila kita boleh pergi. Lagi pun haji abah dan mak dah pergi" jawab Yus sambil memegang lengan abah.

Abah hanya tersenyum sambil menepuk kekura tangan Yus.

"Kau saja kan kak, takut rindu kat aku la tu.. Tak jumpa dua minggu" usik Amy.

"Ee.. Buang masa la nak rindu budak biol cam kau, uwekk.. " lidah dijelir pada Amy.

"Perangai macam budak-budak. Hai, malang la sapa yang kawin dengan kau ni kak" balas Amy sambil geleng kepala.

Baru Yus mahu membuka mulut membalas. Mak dulu bercakap.

"Dah, dah. Korang ni kan asal jumpa je nak bercakar, macam mana la kalau mak dengan abah tak de nanti" ucap mak sambil membawa piring berisi cucur udang yang siap dipotong bersama sepit.

"Ala.. Dua minggu je kan. Bukan lama pun" jawab Yus sambil mengambil cucur dan letak di dalam piring. Kuah dicedok dan dituang di atas cucur. Fuh, ini mak mertua lalu belakang pun tak sedar ni. Eh, kau nak kawin ke Yus. Kawin dengan duda kawan Along.

Uhuk.. Uhuk... Tak pasal-pasal tersedak. Ambik kau.

"Ha, tu la makan tak baca bismillah. Padan muka" ejek Amy.

"Eh, budak ni kan" marah Yus sambil mengambil cawan teh mahu minum. Tiba-tiba.. Purrr.. Air teh tersembur. Panas wei.. Masak lidah aku.

Hahahaha... Ambik kau dik, banyak sangat cakap.

"Woit! Apa ni kak." kelam kabut Amy bangun pergi sinki basuh mukanya yang tersembur air teh.

Kuh kih kih.. Padan muka kau.

"Pening la kepala mak korang ni". Ucap mak lalu menarik kerusi dan duduk.

"Lupa pulak abah nak bagitau, petang esok kawan Along nak datang rumah. Ada hal sikit nak bincang. Tini masak la apa-apa ye tapi along datang seorang je." beritahu abah.

"Dah kenapa nak bincang dengan along datang rumah kita pulak. Cam pelik je.. " soal aku pada abah.

"Abah pun nak jumpa juga kawan along tu, ada hal nak bincang" beritahu abah sambil meneruskan makan.

"Ye lah, esok Tini buat karipap pusing je la. Yus tak kerja esokkan. Tolong mak buat inti karipap ye, inti karipap Yus sedap. Lama dah tak makan, tak tau bila lagi boleh makan" ucap mak. Wajah mak seperti mempamerkan sebuah kesedihan tapi aku tak pasti. Mata aku kot silap. Maklumlah hari ni sibuk ulang-alik atas jalanraya je kerjanya. Nasib baik naik motorsikal, kalau naik kereta, jenuh nak hadap jem.

Hm.. Tapikan dua tiga minggu ni kan aku rasa macam aku ni kalut sangat. Kenapa ye, macam-macam benda jadi.. Biarlah. Malas nak pikir.

"Oklah mak, abah. Yus dah sudah makan. Nak naik atas dulu lah. Nak mandi. Badan melekit" ucap Yus sambil mengambil piring dan cawan menujuk ke sinki. Amy pulak dari tadi tak habis-habis membebel tak puashati kena semburan tadi. Hahaha nasib kau dik.

Share this novel

liyana
2021-02-11 11:03:10 

dah agak mesti yus yg langgar


NovelPlus Premium

The best ads free experience