"Aku lupa nak cakap dengan kau tadi yang... Kau tidur?"
Kata-kata Hadi terhenti ketika dia masuk ke dalam bilik yang menempatkan katil Tiara. Matanya melihat Tiara yang sedang tidur di atas katil.
Plastik yang berisi dengan makanan yang baru dibelinya diletakkan di atas meja. Dilihatnya wajah Tiara yang sedang lena tidur.
Lama sangat ke dia beli makanan sampai Tiara boleh lena macam ni? Mungkin sebab dia tak sihat, itu yang membuatkan dia senang tertidur.
Melihat Tiara yang lena dibuai mimpi membuatkan Hadi tidak sampai hati untuk mengejutkannya. Tetapi, Tiara perlu makan supaya perutnya tidak masuk angin.
"Tiara... Bangun Tiara. Aku ada beli bubur nasi untuk kau. Ada pulak jual tadi" Hadi mengejut kan Tiara dengan suara yang perlahan.
Kepala Tiara bergerak sedikit kerana mendengar Hadi mengejutkan nya. Dia melihat Hadi sedang berdiri di sisi katilnya. Tiara bangun dan menyandarkan kepala nya di kepala katil.
"Kenapa kau gerak aku?" Nampak sangat yang Tiara tidak ingat yang Hadi membelinya makanan.
"Aku beli makanan tadi. Nah, makan. Kau nak ke tak nak ke, kau kena makan. Ini air" Hadi mengeluarkan bekas plastik bubur nasi dan sebotol air mineral dari dalam plastik dan meletakkan di atas meja.
Tiara tidak menjawab sebaliknya memandang muka Hadi.
"Kau pandang aku buat apa? Aku suruh kau makan, bukan pandang aku. Kau nak aku suap ke apa ni? Aku suap nanti" Sengaja Hadi mengacah ingin menyuap Tiara makan sebelum Tiara bangun dan mengambil bekas bubur nasi daripada tangan Hadi.
"Tak payah kau. Aku boleh makan sendiri. Aku demam bukan lumpuh. Kau tak makan ke?" tanya Tiara apabila dia melihat Hadi hanya duduk di kerusi di sisi katilnya sambil melihat dia makan.
"Kau makan lah dulu. Aku nak pastikan kau makan dulu, baru aku makan. Sedap tak bubur tu? Aku main ambik je tadi. Tapi, aku tengok lah tarikh luput dia" Melihat Tiara menyuap makanan yang dibelinya membuatkan hatinya merasakan satu perasaan yang sukar untuk dia gambarkan.
"Sedap. Nasib baik kau tengok tarikh 'expired'. Kalau tak makin sakit aku. Kau janganlah tengok je aku makan. Kau pun makan lah jugak. Ambik lah makanan dalam plastik tu. Aku beli tadi" Sempat lagi Tiara bergurau.
Tersenyum Hadi mendengar gurauan Tiara. Tanpa membantah, Hadi mengambil satu roti dan mula menjamah nya.
"Aku lupa nak cakap tadi yang nanti umi datang sini. Dia nak tengok kau. Aku bagitau dia tadi yang kau masuk... Kenapa?"
Buat kali kedua kata-kata Hadi terhenti kerana Tiara menunjukkan tapak tangannya tanda dia menyuruh Hadi diam.
"Umi? Siapa umi?"
Tercetus tawa Hadi apabila dia menyedari yang dia ber'umi' dengan Tiara. Patutlah Tiara tidak faham dengan apa yang dikatanya.
"Umi, mak aku. Terlepas pulak panggil umi dengan kau. Padahal belum jadi menantu lagi" Hadi tersenyum nakal yang membuatkan Tiara hampir terlepas sudu yang dipegangnya.
"U- Mak kau datang bila?" Niat ingin menukar topik tetapi disebabkan kata nakal Hadi, hampir sahaja Tiara memanggil Puan Balqis dengan panggilan Umi.
"Tak silap tadi mak aku cakap dia datang lepas ambik Hawa daripada sekolah. Bawak sekali Hawa datang sini lah kot"
"Wah, dah lama aku tak jumpa dengan Hawa. Rindu nak borak dengan dia"
Keadaan kembali senyap selepas itu. Masing-masing fokus dengan makanan yang dimakan. Hadi melihat Tiara yang sedang makan sebelum bersuara.
"Macam mana kau boleh demam ni?"
"Aku balik rumah jalan kaki semalam. Lepas tu tiba-tiba hujan turun. Macam tu lah cerita dia" jawab Tiara, ringkas.
"Kenapa jalan kaki? Tak naik grab ke?"
"Aku dah order dah mula-mula tu. Tapi tiba-tiba pulak tayar kereta pancit. Dia tak dapat nak ambil aku lah. Itu yang aku jalan kaki. Alang-alang waktu tu tengah panas. Tapi tak ku sangka hujan di tengah hari"
Tanpa Tiara ketahui, disebalik wajah Hadi yang tekun mendengar cerita Tiara, hati Hadi diselubungi rasa bersalah.
Andai saja Tiara tahu yang sebenarnya sebelum Tiara balik semalam, Hadi ada melihatnya dari jauh di dalam kereta. Kemudian, berlalu pergi meninggalkan Tiara seorang diri di bus stop.
"Hello, Hadi? Kau dengar ke tidak cerita aku ni? Boleh pulak dia mengelamun sorang-sorang" Tiara melayangkan tangannya di hadapan muka Hadi.
"Hah? Aku dengar. Kenapa kau tak..." Hadi kehilangan kata-kata. Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan.
"Tak apa benda? Dah lah, biar je lah. Benda dah jadi. Kau tak pergi universiti ke hari ni?"
"Lah, dah kau dekat sini macam mana aku nak pergi universiti. Alah, tak apa lah sehari je tak pergi kelas"
Tiara jadi serba salah kerana disebabkan dia Hadi tidak ke kelas pada hari itu.
"Sorry lah Hadi. Sebab aku tiba-tiba je buat hal tadi kau pulak tak pergi kelas. Sorry" Tiara meletakkan sudu di atas penutup bekas plastik dan mengalihkan sedikit badannya ke arah Hadi.
"Kan aku cakap tak apa. Lagipun bukannya kau tahu benda nak jadi kan? Itu kenapa tak habiskan bubur tu?" Hadi menunjukkan bubur nasi yang tidak habis dimakan oleh Tiara.
"Aku dah kenyang lah"
"Kalau macam tu kau tutup lah bubur tu. Nanti kalau kau lapar, kau sambung balik makan. Kau nak sambung tidur ke?" Hadi bangun daripada kerusi.
"Tak nak lah. Dah tak mengantuk pulak"
"Kepala kau dah tak pening ke?"
"Pening jugak. Tapi sikit-sikit je lah. Phone aku ada tak? Bosan lah pulak" Tiara memanjangkan leher untuk mencari telefon pintar miliknya.
"Mana lah ada phone kau. Kau ingat sempat pulak aku nak mencari telefon kau sebelum datang sini? Tak ada, phone kau dekat rumah. Kau tidur lah. Rehatkan diri tu"
"Alah, aku tak nak tidur. Mengantuk tu dah hilang. Lepas tu, aku nak buat apa sekarang ni?" Tiara mempamerkan riak wajah kebosanan.
"Hey, Cik Tiara oi! Kau sekarang ni dekat hospital, bukan dekat shopping mall. Boleh pulak tanya nak buat apa. Rehat lah. Tidur ke. Tapi kalau kau dah bosan sangat, kau pinjam je lah telefon aku. Kau nak buat apa je?" Tangan Hadi diletakkan di belakang badan untuk mengambil telefon pintar nya yang berada di poket belakang seluar.
Kemudian, telefon itu dihulurkan kepada Tiara.
Tiara memandang telefon yang dihulur dengan kerutan di dahi kemudian pandangan nya dialihkan ke arah wajah Hadi.
"Aku cuma nak tengok YouTube je. Tapi. Serius lah kau bagi aku pinjam telefon kau? Dalam telefon kau tak ada rahsia ke apa-apa yang tak patut aku tahu ke? Nanti tiba-tiba aku ter-tengok ke, ter-tahu ke. Kau tak takut?"
Hadi hanya tertawa tanpa bunyi. Tiara, Tiara. Fikiran dia tu kadangkala memang tidak boleh dijangka atau diagak. Jauh betul dia berfikir.
"Tak ada rahsia apa-apa lah. Yang engkau takut sangat ni kenapa? Dah, sekarang ni kau nak ke tak nak? Kalau tak nak, kau tenung je la siling tu" Hadi menarik kembali tangan yang dihulur kepada Tiara.
"Eh, nak. Tapi..."
"Apa lagi tapi nya? Banyak songeh betul la kau ni. Kenapa?"
"Kalau aku tengok phone kau, kau nak tengok apa?"
"Tengok kau" kata Hadi bersama senyuman nakal.
"Ish, apa kau ni? Dah lah, tak apa lah. Kau ambik je lah phone kau. Biar aku tenung je siling tu" balas Tiara, buat-buat marah tetapi sebenarnya dia malu.
Kepala nya dialihkan daripada memandang Hadi.
"Alah alah. Nah lah, guna phone aku. Nanti aku ambik laptop aku dekat dalam kereta. Kau cakap kau nak tengok YouTube je kan? Bukak YouTube je, jangan bukak aplikasi lain" Hadi sengaja bergurau.
"Ada lah tu, benda dia sorok"
"Aku gurau je lah"
//
Nia Natasha yang keseorangan kerana Amelia tidak datang ke universiti pada hari itu sedang berjalan-jalan di sekitar kawasan universiti apabila tiba-tiba suatu perkara melintas di fikiran nya.
"Aku baru sedar yang aku dah lama tak jumpa dengan Hadi. Last time aku jumpa dengan dia masa dinner haritu. Alang-alang aku ada masa ni, nak pergi jumpa dia lah"
Langkah Nia yang pada mulanya tiada hala tuju terus diatur nya langkah menuju jalan ke dewan kuliah tempat Hadi belajar.
Sampai sahaja dia di pintu masuk dewan, kepala nya meninjau bahagian dalam dewan dengan harapan matanya dapat menyapa wajah kacak Hadi.
Tetapi, punah harapan nya apabila dia melihat dua orang kawan Hadi yang keluar dan bukannya Hadi.
Kedua-dua Akmal dan Hafiz perasan dengan kehadiran Nia di situ dan tidak tertanya mengapa Nia boleh ada di situ.
Pastinya tujuan Nia berada di situ hanya satu.
"Akmal, mana Hadi?" Nia yang tidak selalu bercakap dengan Hafiz bertanya pada Akmal.
Bagi pihak Hafiz pula, dia sangat bersyukur yang Nia tidak bertanya pada dia. Tidak perlulah dia menjawab soalan-soalan Nia yang boleh membuat sel otak nya berbelit-belit.
"Er, Hadi? Hadi tak datang hari ni" Dalam hati Akmal berharap yang Nia tidak akan bertanya dengan lebih lanjut.
Tidak kuasa dia nak menjawab. Namun, dia juga tahu harapan nya tidak akan tercapai.
"Kenapa Hadi tak datang? Setahu aku Hadi jarang tak pergi kelas. Dia bukan jenis kaki ponteng. Mesti ada sebab penting dia tak datang. Dia tak sihat ke?"
Akmal dan Hafiz saling berpandangan. Walaupun mulut mereka berdua tidak berkata apa-apa tetapi mereka seolah tahu apa yang mereka katakan dalam hati.
"Apa benda aku nak jawab ni?" Desis hati Akmal dan Hafiz.
Bukannya mereka berdua tidak tahu sebab sebenar Hadi tidak datang ke universiti hari itu. Tapi, disebabkan mereka tahu lah, lidah mereka menjadi kelu.
Tidak tahu mahu beri alasan apa pada Nia. Mereka juga sedia maklum yang Nia bukanlah seorang perempuan yang mudah ditipu.
"Kau lah jawab Fiz. Otak aku tengah 'loading' sekarang ni. Tak tahu nak jawab apa" bisik Akmal perlahan di telinga Hafiz.
Hafiz memandang muka Akmal dengan mata yang terbuka besar. Dia mengetap gigi nya sebelum menjawab.
"Sebenarnya Nia, kitaorang berdua pun tak tahu kenapa Hadi tak datang hari ni. Dia tiba-tiba je tak datang. Tanpa berita. Aku dengan Akmal pun tertanya-tanya apa sebab dia tak datang" Hafiz cuba sehabis baik untuk memberi alasan pada Nia.
Setelah mendengar jawapan daripada Hafiz, Nia memandang muka Hafiz dan Akmal bersilih-ganti.
Dia inginkan kepastian. Macam tak percaya yang Akmal dan Hafiz, kawan baik Hadi tidak tahu punca Hadi tidak datang.
"Serius lah korang berdua tak tahu?"
Dengan pantas Hafiz dan Akmal menggeleng kepala mereka di samping mempamerkan riak wajah seperti mereka berdua berkata benar supaya Nia mempercayai kata-kata mereka.
Nia mengangkat sebelah keningnya. Dia berbelah-bagi sama ada ingin percaya atau tidak kata mereka berdua.
Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk mempercayai sahaja kata Akmal dan Hafiz.
"Okey lah kalau macam tu. Thank you" Sebaik melihat Nia melangkah pergi meninggalkan mereka berdua, nafas lega dilepaskan.
"Kenapa kita berdua takut sangat ek dengan Nia tu? Padahal dia bukannya warden asrama ke apa. Dia tu perempuan je" Akmal menoleh kepalanya ke arah Hafiz.
"Kita bukan takut. Cuma malas nak jawab soalan-soalan dia. Boleh biul otak kita nanti. Kau macam lah tak ingat masa hari tu dia tanya pasal Hadi. Hadi tak ada jugak waktu tu. Jenuh la kita nak menjawab soalan dia. Dia pulak jenis kalau tak dapat jawapan yang dia nak, selagi tu dia tanya. Nasib baik tadi dia percaya. Itu pun sebab aku yang jawab. Cuba kalau kau yang jawab. Memang aku ajak dia duduk dulu sambil menjawab soalan dia"
"Halah kau! Poyo lah. Kau pun aku tengok kecut tadi. Nak sembang lebih pulak. Tapi kan Fiz, kalau Nia tu mesej Hadi macam mana? Aku tak percaya yang dia percaya bulat-bulat dengan jawapan kita"
"Itu lantak pi hal dia dengan Hadi. Aku tak mau masuk campuq. Pandai-pandai lah Hadi bagi jawapan apa dekat dia"
Seperti yang dikatakan oleh Akmal, Nia tidak mempercayai bulat-bulat dengan jawapan Hafiz dan Akmal.
Selepas dia berlalu pergi meninggalkan Akmal dan Hafiz, Nia mengeluarkan telefon pintar nya daripada dalam poket seluar dan membuka telefon nya.
Notifikasi notifikasi yang masuk di telefon nya tidak dihiraukan. Dia mencari ruangan sembang nya dengan Hadi.
NIA: Hai Hadi. Awak dekat mana sekarang? Kenapa awak tak datang universiti? Saya tengok awak tak datang kelas pun tadi. Saya bukan apa, saya cuma curious sebab awak bukan jenis yang suka cuti. Kalau awak ada masalah atau tak sihat ke, just tell me. Maybe i can help you. Jangan buat saya risau.
Tiara yang sedang khusyuk menonton video di YouTube terganggu dengan notifikasi mesej daripada Nia. Dengan tidak sengaja, matanya membaca isi mesej yang dihantar.
Butang 'pause' video ditekan selepas dia membaca mesej itu.
Kepalanya diangkat dan melihat Hadi yang sedang duduk di kerusi sambil melihat komputer ribanya. Hadi bertindak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tidak semena-mena dahi Tiara berkerut.
"Nak bagitahu Hadi ke tak pasal mesej ni?"
Tiara diam buat seketika.
"Ah! Biar je lah. Pandai-pandai lah Hadi balas nanti lepas aku bagi balik telefon dia ni"
Jarinya menekan butang 'play' dan sambung kembali menonton video. Tidak seperti sebelum itu, fikiran Tiara menerawang jauh.
Dia tidak lagi fokus dengan apa yang ditonton nya. Ini semua disebabkan oleh beberapa baris ayat yang dihantar oleh Nia. Tiba-tiba satu perasaan pelik hadir dalam hatinya.
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update :(:(
Share this novel