Rate

Lelaki paling biadap Bab 15

Humor Completed 61915

"Saya tak buat! saya sumpah saya tak buat! tolonglah encik pecayakan saya,"
Teriak Fazura sambil menangis teresak-esak kemudian tergesa-gesa berlutut di depan farid Husin

"Encik Farid.. encik Farid tolong saya encik, saya merayu, tolonglah cakap kita tak buat semua tu!,"
Rayu Fazura sambil memegang kaki farid Husin namun kepalanya di tolak farid Husin sehingga tubuhnya terbaring di lantai

"Suka-suka hati kau je pegang kaki orang"
Marah farid Husin

"Cik cuba bawa bertenang"
Pujuk lelaki berbaju melayu warna hitam, manakala dua orang lelaki berjubah biru dan lelaki berbaju kemeja mula kelihatan panik dengan keadaan Fazura namun Farid Husin mengerut kedua keningnya menatap tajam ke arah rakan-rakannya supaya meneruskan rancangan mereka

"Encik saya sumpah! saya betul-betul tak buat semua tu, pecayalah"
Kata Fazura lagi segera bangun, duduk berlutut di hadapan Farid Husin semula

"Maafkan kami cik, masalahnya sekarang tiada saksi lain, pasangan cik pun dah mengaku yang cik berdua telah melakukan maksiat, itu kesalahan berat"
Terang lelaki berbaju melayu warna hitam dengan wajah serba salah

"Encik farid..! kenapa buat saya macam nie? tolonglah saya, saya merayu, tolonglah cakap pekara sebenar!,"

Farid Husin menyenget bibirnya, wajahnya lansung tidak menunjukkan balas kesihan dengan rayuan Fazura,
"Encik bertiga tolong uruskan dia dulu, saya nak masuk bilik air, saya nak pakai pakaian,"
bibir Farid Husin tersengih memandang rakan-rakannya
"Bagi saya, sekali pun dah cukup untuk saya"

"Encik Farid!"
teriak Fazura lantas bangun untuk menyerang farid Husin namun dia di halang dua orang lelaki berbaju melayu warna hitam dan lelaki berjubah biru

"tolonglah sabar cik, jangan keruhkan lagi keadaan,"

"Saya tak buat!, saya tak buat!"
teriak Fazura, air matanya membasahi wajah pucatnya

"Masalah nie khairul"
Bisik lelaki berbaju melayu warna hitam bila melihat keadaan Fazura seperti tidak terkawal

"Nak buat macam lagi, farid tu dah gila"
jawab lelaki berjubah biru dengan nada berbisik

"Cik, kalau cik tak bertenang, kami tiada pilihan lain, kami akan seret cik dengan paksa sehingga ke lobi"
Tegas lelaki berbaju kemeja dengan wajah berang

Fazura segera diam bila dia merasakan di ugut oleh lelaki berbaju kemeja, dadanya berdetak laju tubuhnya pula mengigil-gigil sambil melihat ketiga-tiga lelaki di depannya

"Cik, biar saya beritahu pada cik ya, kalau cik terlolong ke, berteriak ke, salah tetap salah, kami cuma jalankan tugas kami, tak kiralah ratusan kali pun cik cuba menafikan kesalahan cik, kami tetap akan bawa cik ke pejabat kami"
Jelas lelaki berbaju kemeja dengan nada tegas

"kesalahan macam nie cik, jika di sabitkan kesalahan, cik perlu membayar denda 10 ribu ringgit atau dua tahun penjara"
Kata pula Lelaki berjubah biru

"Saya tak kisah bayar denda tu"
Celah Farid Husin tiba-tiba sambil menapak keluar dari bilik air
"10 ribu tu takde masalah bagi saya"
Katanya lagi dengan senyuman nipis

Fazura cepat-cepat menapak menghampiri Farid Husin
"Encik farid, tolonglah saya encik, saya merayu, kalau saya ada buat salah pada encik, tolonglah ampunkan saya encik"

Farid Husin lansung tidak menghiraukan rayuan Fazura hanya menapak ke arah meja mengambil jam tangan, dompat dan telefon pintarnya

"Bagaimana kalau dia tak mampu nak bayar denda?,"
Tanya Farid Husin kepada rakan-rakannya yang menyamar sebagai pegawai agama islam

"Penjara dua tahun"
jawab lelaki berbaju melayu warna hitam

"Dua tahun je"
Farid Husin tersengih sinis memandang fazura
"Nasib baik kau muda lagi, nanti umur kau 19 tahun keluarlah"

"Encik farid!,"
teriak Fazura
"Kenapa buat saya macam nie?, apa salah saya encik?,"

"Sakitlah telinga aku ngok"
Balas Farid Husin sambil menapak ke arah rakan-rakannya
"Apa lagi korang tunggu, cepatlah bawa aku ke pejabat agama islam"

"Encik farid.. encik farid, saya takde duit, saya betul-betul takde duit"
Rayu Fazura lagi sambil memaut lengan farid Husin

"Itu masalah kaulah, kalau dah takde duit, masuk jelah dalam penjara, dua tahun je, bukan lama pun"

Fazura duduk berlutut
"saya ada mak, saya ada adik Encik farid, kalau saya takde siapa nak tolong diorang"
Ujar Fazura dengan tangis esak

"I don't care okay"

ketiga-tiga lelaki tadi mengeleng-geleng kepala melihat sikap annoying farid Husin

"Cik sila bangun"
Pinta lelaki berbaju melayu warna hitam dengan nada lembut

Fazura segera bangun bila di suruh,

"Ada satu cara untuk cik tak perlu masuk ke penjara, tak perlu bayar denda"
Kata lelaki berbaju melayu warna hitam

"Cara apa itu encik?,"

Lelaki berbaju melayu warna hitam mengeluh perlahan sambil menjeling ke arah Farid Husin
"Cik harus berkahwin dengan lelaki ini"

"sorrylah.. itu tak mungkin akan berlaku"
Kata Farid Husin sambil mengeleng kepala

"Tadi kau jugak yang cak..."

"Ehemm..."
Lelaki berjubah biru cepat-cepat berdeham bila menyedari rakannya berbaju melayu warna hitam hampir terlepas cakap

Lelaki berbaju melayu warna hitam lantas mengusap dadanya sambil menjeling ke arah Farid Husin

Fazura mendiamkan diri sambil menatap tajam ke arah Farid Husin, dia tidak mengerti mengapa lelaki itu melakukan semua ini pada dirinya namun hatinya benar-benar ketakutan jika ketiga lelaki dari jabatan agama islam membawanya ke pejabat agama islam, dengan keadaan dia tidak mempunyai duit untuk membayar denda kemungkinan dia akan di penjarakan, fazura menutup kedua matanya, wajah ibu dan adiknya terbayang-bayang di benak fikirannya, dia tidak sanggup membayangkan bagaimana keluarganya nanti akan hidup tanpa bantuan darinya

"Hey.. korang bertiga, korang tunggu apa lagi nie? cepatlah jalan, aku nie sibuk tahu tak"
Kata Farid Husin dengan wajah berpura-pura kemudian menapak ke arah pintu bilik

"Encik farid,"
Panggil fazura

Farid Husin lantas menoleh, cuba menyembunyikan perasaan terujanya saat itu
"Apa lagi?,"

"Tolong kahwini saya"
Ucap fazura sambil menudukkan kepalanya

Farid Husin lantas mengigit buku limanya dengan riak gembira sambil memandang rakan-rakannya namun segera menunjukkan isyarat menunggu pada rakan-rakannya,

"Kahwin dengan kau, itu jangan haraplah, punya banyak perempuan kat luar tu, tergila kat aku, mengapa pulak aku perlu pilih kau"

"Encik farid, saya ada ibu, saya ada adik yang perlu saya tanggung encik, kalau saya takde, macam mana nanti dengan ibu dan adik saya nak hidup"
Rayu Fazura sambil menangis teresak-esak

"Itu bukan masalah aku, itu masalah kau"
Jawab Farid Husin membuatkan rakan-rakannya mengeleng kepala

"Encik farid!,"
Teriak Fazura dengan wajah berang menatap wajah farid Husin
"kenapa Encik buat begini pada saya, besar sangat ke salah saya pada encik farid, sampai buat saya macam nie sekali, besar sangat ke salah saya encik!,"

"Kahwin jelah dengan dia"
Celah lelaki berbaju melayu warna hitam sambil mengetap giginya memandang farid Husin

Farid Husin mengangguk perlahan
"Baiklah, aku kahwin dengan kau, tapi dengan satu syarat"

"Syarat apa?,"
Tanya Fazura dengan wajah berang

"Selama kau jadi isteri aku, jangan sesekali kau lawan cakap aku, atau mintak cerai daripada aku, kecuali aku yang ceraikan kau"
Ujar Farid Husin

Fazura menatap wajah farid Husin, sememangnya dia tiada pilihan lain lagi, kecuali menerima segala syarat dari Farid Husin, akhirnya mengangguk setuju
"Baiklah"

Farid Husin mengerut wajahnya dengan perasaan gembira Setelah rancangannya untuk memerangkap Fazura akhirnya berjaya

"so sekarang macam mana nie encik"
Kata Farid Husin dengan riak berpura-pura tenang

"Kalau macam tu, encik berdua perlu berkahwin secepat yang mungkin, tidak boleh lewat lebih daripada seminggu, tapi jika encik dengan pasangan encik tidak berkahwin, kami akan menangkap encik dan cik semula"
Jawab lelaki berbaju melayu warna hitam

"Denda akan meningkat, 10 ribu akan menjadi 50 ribu ringgit dan penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali"
Kata lelaki berbaju kemeja pula

Farid Husin mengangguk-ngangguk kepalanya
"Tiada masalah, saya akan pastikan saya akan berkahwin dengan dia secepat yang mungkin"

Lelaki berjubah biru tersengih
"Kalau begitu kami ucapkan Tahniah pada Encik dan cik, semoga rumah tangga encik dan cik berdua kekal sampai mati"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience