Bab 21

Romance Series 16573

Tok Ki yang sedang sibuk menyapu halaman depan rumahnya disapa oleh cucu kesayangannya.

"Tak bagitahu Atok pun nak balik" dilihatkan cucunya itu semakin kurus, muka juga turut pucat. Sungguh perit Tok Ki melihat keadaan cucunya kini.
Kali ni Ellya cuba berpura pura seperti orang sihat daripada Atok, takut dia Atoknya itu bakal risau dan Atok pula jatuh sakit.
Irsyad sudah terlebih dahulu diberitahu supaya membantunya dalam hal ini.
"Saje nak buat surprise kat Atok hehe rindu lah tok.."
"Yelah tu kamu ni..masuklah dulu Syad, El langkah kanan lah kamu. Atok baru lepas buat goreng pisang tu. ada pisang lebih kat kebun"
"Wahhh sedapnya tok, lama rasanya tak rasa pisang goreng atok"
"Ada ada je. Syad kamu lama ke di sini?"
"Alaa Atok ni..Syad baru je sampai dah tanya macam tu. merajuk lah" Irsyad berpura pura merajuk seperti budak. Tahu benar niat atoknya itu pasti hendak mereka duduk di kampung lama.
"Atok tanya tu pun dah merajuk, tengok suami kamu ni El. Atok tanya sebab yelah, lama kamu kat sini lagi elok. Ada teman atok kat sini" Ellya yang berselera dengan makanan di hadapannya hanya mampu mengusap belakang Irsyad lembut, tahu akan lakonan suaminya itu.
"Alololo Atok, El minta maaf ye Tok lama dah El tak balik. Call pun jarang. Busy sikit tok. Tak sempat banyak benda nak buat" ye berbohong lagi El. Dia jarang menghubungi atoknya kerana suaranya juga dah menggambarkan dia sakit teruk, takut atoknya akan lebih risau baik dia tidak selalu menghubungi Atok jika tidak..habis.
"Takpalah ni kamu balik ni pun Atok bersyukur dah, ada kawan Atok kat sini. Haa kamu Syad makan lah tu, merajuk lagi ke" Gurau Tok Ki.
"Hehe saje je nak manja manja dengan Atok, takkan El je boleh bermanja"
"Dah dah kamu makan dulu, Atok nak sambung menyapu kejap nanti dah siap kamu keluar lah ye"
"Baik tokk" mereka bersahutan.

_________________

"Sayang okay?" Irsyad risau akan isterinya yang cuba kuatkan diri, tetapi apabila di dalam bilik dia sudah terlebih dulu rebah.
"Okay. Nak rehat jap. Awak solat dulu eh"
"Haa yelah.." tetapi ada sahaja niat nakal Irsyad. Dia cuba merapati Ellya yang sudah pejam matanya, dipeluk isterinya erat.
"Laa orang suruh pergi solat, kat sini pula dia"
"Rindu lah.." sayup suara Irsyad di telinga Ellya, dibiarkan sahaja suaminya memeluknya sebentar. Mungkin lepas ni mereka takkan begini. Siapa tahu.
Irsyad menatap wajah isterinya, di usap perlahan. Dia turut melabuhkan ciuman di pipi Ellya. Ellya yang sudah lena dengan tidurnya tidak sedar apa yang Irsyad lakukan... sedang Irsyad bermesra dengan isterinya.. ketukan pintu biliknya.

"Japp.." baju isterinya dibetulkan, Tersenyum nakal dia saat melihat kesan yang ditinggalkan kepada isterinya, dia berlalu membuka pintu.
"Ye tok?"
"Kamu dah solat belum? Kalau belum marilah berjemaah dengan atok."
"Belum lagi tok, jap eh Syad siap jap"
"Haa ajak El sekali ye. Kalau El tak larat solat di bilik aje"
"Baik tok"

Irsyad cuba mengejut Ellya untuk menunaikan solat, tetapi Ellya menolak. Dia solat di bilik sahaja, oleh kerana dia tidak mampu berdiri sangat. Jadi dia hanya solat duduk. Untuk tidak menimbulkan sebarang kerisauan Atoknya terhadap penyakitnya, Ellya menyuruh Irsyad sahaja yang berjemaah.

_________________

Lain pula yang terjadi di Syarikat milik Irsyad.

'Haih lah Syad..kau ni pun nak blah lama cakap lah. Ni dengan dokumen berlambak kau tinggalkan..pening kepala aku'
Puteri yang melihat Arif memicit kepalanya dia terus menuju ke arah meja Arif.

"Kenapa? Tak sihat ke?" Sejak perkenalan mereka semakin rapat, Puteri seperti selalu ambil berat tentang Arif,
"Takk. Boss kesayangan awak ni lah, sebelum cuti tak bagitahu banyak dokumen delay. Now saya pulak kena tanggung"
"Alololo kesiannn bakal husband saya eh..nak saya buatkan air?" Sejak dari Arif menyatakan hasratnya untuk meminang Puteri, dia terus ke kampung Puteri dan meminang.
"Boleh jugak, nak teh lah. Kering pulak tekak ni tengok awak depan mata"
"Dia ni kan! Ada ada jelah. Kejap saya pergi buatkan"
Puteri meninggalkan Arif dan menuju ke pantri. Saat dia hendak ke pantri dia berlalu di bilik fail, teringat akan peristiwa dimana dia telah di ugut, namun nasib menyelebahinya. Irsyad telah pun menangkap lelaki tersebut. Tiada lagi perkara yang perlu di risaukan.

__________________

"El..saya nak ikut atok ke kebun, awak okay tak?"
"Okay je, pergilah" sambil menyikat rambutnya Ellya tidak perasan akan Irsyad terlebih dahulu menghidu rambutnya, dihadiahkan sebuah kucupan lembut di ubun ubun Ellya.

"Dahh..pergi cepat nanti Atok kata apa pula"
"Alah nak manja sikit pun takboleh" Irsyad meloloskan diri disebalik bibir pintu.

'Ya Ellya, suami kau dah macam dulu balik pun kau tak bersyukur ke. Dulu dia menjauh kau menyoal, sekarang dia lebih manja kau pula pelik' Ellya berbicara di depan cermin.

______________
"Haa tu dusun Durian, sana tu manggis.." tunjuk Tok Ki kepada Irsyad.
Irsyad yang teruja melihat buah buahan di kebun milik Tok Ki tak mampu berkata.
"Banyaknya Tok..boleh petik ke tu?"
"Ish kamu ni. Tulah lama sangat duduk bandar, durian mana boleh petik. Kena tunggu dia jatuh"
"Habis kalau jatuh tak kena orang ke tok?"
"Ikut nasib lah, kalau kamu nak cuba pergi lah"
Irsyad sudah memasam muka, terkena lagi dengan atoknya.
"Syad.."
"Ye tok?"
"Masih tak sembuh lagi ke penyakit Ellya tu"
Irsyad sudah agak soalan itu yang bakal Atok tanya, memandangkan Atok yang beria mengajaknya ke kebun.
"In shaa Allah tok, Atok doakan. Kami bakal bertolak ke luar negara minggu depan. Untuk rawatan lebih baik bagi Ellya"
"Patut lah kamu ke sini, nak pergi jauh dah lepasni.."
"Bukan macam tu lah tok, Atok sahaja lah kebahagiaan Ellya. Mana boleh Syad tak bawak El jumpa Atok sebelum pergi"
Menitik sudah air mata Tok Ki, dia sedar cucunya sengsara akan penyakit itu. Sungguh kuat Ellya.
Suasana hening..
Irsyad juga melayani suasa kebun tersebut dengan kicauan burung..sungguh menyenangkan. Patutlah Ellya suka akan suasana sini..
Tanpa mereka sedari
"BUKKKKK" bunyi sesuatu jatuh.
"Apa tu Tok?"
"Kamu pergi tengok sana" arah Tok Ki,
"Atokkk!! Durian jatuh Tokkk" teruja sungguh Irsyad melihat Durian jatuh dihadapan matanya.
"Boleh kita bawa balik, panas lagi ni"
"Yayyy..rezeki Syad kan tok..baru je cakap"
"Iyelah, mari lah kita balik dah senja.."

Setiba mereka di rumah kelihatan Ellya sedang bercakap dengan telefon..sedih bunyi suaranya. Siapa lagi kalau bukan kawan baiknya Husna.

"Nanti aku call kau lagi eh, doakan aku"

Itu sahaja yang dapat Irsyad tangkap dari perbualan mereka.
Apabila Husna mendapat tahu penyakit Ellya, dia lah orang yang paling teruk menangis hingga pengsan. Namun sempat diredakan oleh ibu Irsyad pada ketika itu, Ellya ketika itu masih terlantar tidak sedar.

_____________
For readers,
Sis nak minta maaf sangat sangat???? Fahmi & Haris adalah orang yang sama. Disebabkan sis tengah membikin novel baru, jadi agak keliru dengan perubahan watak. Harap readers faham ye. Kita andaikan nama dia Haris Fahmi  ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience