Rate

Chapter 1 - Perubahan

Romance Completed 270603

9 tahun kemudian.....

Seorang perempuan cantik dan seksi masuk ke dalam kedai kain itu. Dia berjalan menuju ke arah kaunter.

Kehadirannya membuatkan semua orang yang berada di kedai kain itu memandangnya.

"saya nak jumpa designer kain ni" ujar perempuan itu

"tunggu sebentar ya" balas pelayan itu.

Pelayan itu menghubungi designer itu.

"Loch , bawa cik ni pergi ke bilik meeting" suruh pelayan itu

Perempuan itu mengikut langkah lelaki yang bernama Loch itu.

Perempuan itu masuk ke dalam bilik meeting itu.
Designer itu masuk ke dalam bilik itu. Perempuan itu melihat hasil kerja designer itu.

Arwa melihatnya. Ternyata Arwa la designer itu. Namun penampilan Arwa sangat lain berbanding 9 tahun yang lalu. Arwa yang dulu sangat cantik.

Tapi Arwa yang sekarang ini, sudah tidak cantik lagi. Badannya sudah bersaiz seekor gajah. Perutnya buncit seperti mengandung 9 bulan.

Tak ada niat nak bodyshaming diri sendiri tetapi itulah unhealthy lifestyle yang dilaluinya olehnya sekarang . Bentuk tubuh yang paling menggiurkan dulu, kini berubah rupa, perut, pipi dan bawah dagu yang menggelebeh.  Menurut kajian, menurunkan berat badan adalah susah!.

Arwa melihat perempuan itu. Perempuan itu melihat gambar Arwa bersama Rizal.

"ni artis art yang terkenal tu kan?"

"ye, Rizal namanya" balas Arwa

Perempuan itu melihat gambar Arwa ketika kurus.

"sebelahnya siapa pula?" tanya perempuan itu.

Arwa menahan geram!

Dia tak kenal aku?! Berubah sangat ke aku dulu dengan sekarang?, bisik hati Arwa

Arwa tarik nafas dalam-dalam.

"ada apa awak nak jumpa saya?" tanya Arwa

"saya nak awak buat design yang macam ni.. Tapi ubah sikit corak-corak ni ke bawah.." perempuan itu tunjuk kain yang dibelinya

"okay coraknya ke bawah sikit" catat Arwa

"siapa cakap ke bawah? Saya cakap ke tepi la" ubah perempuan itu

Arwa pandang perempuan itu. Nasib difikirkan pelanggan saja. Jadi Arwa turuti saja.

"tak cantik la kat tepi.. Bawah semula. Itu la awak. Saya dah cakap dah kat bawah tadi elok!" ubah perempuan itu

Arwa melepaskan pennya. Macam-macam hal sangat aih!

      Setelah sejam menghadapi perempuan cerewet itu, perbincangan mereka telah pun selesai.

" nanti saya call awak bila dah siap " Arwa cuba juga mengukirkan senyuman walaupun dia terpaksa.

"okay baik"

Perempuan itu melihat gula-gula yang berada di dalam balang.

" kalau makan banyak gula-gula, nanti stress"ujarnya

Arwa pandang perempuan itu.

Eh suka hati aku la nak makan apa pun , sibuk lah!, gumam Arwa

Perempuan itu memandang Arwa dari atas sehingga ke bawah.

" Saya rasa awak tak tahu" ujarnya lagi

"ia mengurangkan tekanan" balas Arwa

"merepek! Awak tertekan bila badan naik!" komennya

Arwa mendengus geram apabila perempuan itu mengatanya.

"tengok! pokok-pokok yang ada kat sini semuanya sudah mati bila awak stress" senyumnya

Perempuan itu mengatur langkahnya untuk keluar.

"belum....." geram Arwa

"mati lagi!" Arwa senyum geram

"awak patut jirus dengan air" senyumnya dan melangkah pergi

Arwa menarik nafas dalam-dalam.

" aku hampir memukul dia tadi" tahan Arwa

"kenapa Arwa?" tanya pembantu Arwa yang bernama Nana

"kemana perginya keadilan dan kebaikan?" tanya Arwa

"kenapa tak wujud lagi?" penat Arwa

"cik Arwa, walaupun pun awak tak suka, awak kena buat. Ingat, kenapa awak ada kat sini? Jangan mengomel! Dapat tahu kat bos memang masak awak. Jangan lupa apa yang dia pernah buat 4 tahun lepas?" tegur Nana

Arwa termenung.

9 tahun lalu, Arwa belajar jurusan sains komputer. Tapi kenapa dia kerja sebagai designer?

Kerana ayahnya meninggal ketika dia sedang sambung belajar diploma. Kerana tiada wang untuk menampung pembelajaran dan kehidupnya, Arwa berhenti belajar dan bekerja di kedai runcit. Suatu hari, seorang lelaki datang ke rumah mereka dan membuat onar. Lelaki tersebut meminta hutang ayahnya. Oleh kerana, Arwa tidak dapat membayar, Arwa perlu menjadi tebusan dan bekerja dengannya sebagai designer memandang lelaki itu juga meminati Arwa.

Semasa Arwa bekerja di syarikatnya, dia cuba untuk rapat dengan Arwa. Namun semua itu sia-sia. Arwa takkan pernah izinkan seseorang untuk menyayanginya selain lelaki idamannya.

Lelaki itu juga mengambil kesempatan terhadapnya, sekiranya Arwa tidak pandai melakar, Arwa perlu tidur dengannya.

Mujur ketika Arwa belajar sains komputer, dia sudah mahir melakar. Tapi bila Arwa sudah tidak cantik seperti dulu, lelaki itu mula melayannya seperti orang gaji. Hilang sudah minat lelaki itu terhadapnya.

"tak ada putera nak selamatkan aku ke?" tanya Arwa sambil memikirkan lelaki idamannya itu datang

"sabar la. Rizal kan ada"

"jangan sebut nama dia! Walaupun dia tu rapat dengan saya , saya takkan minta tolong dia!" tegas Arwa

Rumah kediaman Zakry dan Warda, Melaka.

    Warda melihat anak lelakinya termenung melihat skrin telefon.

Oleh kerana Warda memberi peluang kedua kepada Zakry, maka muncul la cahaya mata mereka dalam satu masa yang sama. Ini bermakna Warda mengandung kembar 3 bagi kehamilan pertamanya. Terhasil la Andyka, Adyka dan Alysa. Selepas 3 tahun, Warda mengandung anak terakhir mereka iaitu Alyna.

Oleh itu, hasil perkahwinan Warda dengan Zakry menyebabkan mereka mempunyai 4 orang cahaya mata.

"Adyka masih teringatkan dia lagi ka?" tanya Warda

"ye mummy." balas Adyka

"Adyka tak tahu nak cari dia kat mana lagi" perlahan Adyka bersuara

"cari siapa?" tanya Zakry

Warda dan Adyka pandang Zakry yang baru muncul.

"awak ni sibuk la" marah Warda

"pretty! Saya lelaki.. Saya tahu anak saya macam mana" Zakry menjongketkan keningnya.

Warda pandang Zakry dan Adyka.

Dulu Zakry kaki perempuan, tapi Adyka.. Nak dekat dengan perempuan pun tak nak. Sampailah dia jumpa perempuan yang Adyka cari-carikan itu.

Adyka sangat berbeza dengan kembarnya. Andyka macam Zakry. Kaki perempuan juga. Sekali Warda sembur, terus berhenti. Alysa dan Alina pula tidak masalah. Mereka sama perangai seperti Warda.

Adyka juga banyak mendiamkan dirinya. Tidak suka bersosial! Kerana itu Warda sangat risau akan anak terunanya yang seorang ini.

Ditambah pula kembarnya sudah pun mendirikan rumahtangga, sedangkan dia masih lagi menunggu wanita itu. Sehinggakan sudah 5 orang gadis datang melamarnya dan dia menolak!

Nampaknya perempuan yang pernah hadir dalam hidup Adyka memberi kesan yang mendalam.

"Adyka, lain kali kalau jumpa orang yang kita suka.. Adyka buat macam daddy. Sebelum daddy tinggalkan mummy sorang-sorang dulu, daddy pasang spy tau. Biarpun mulut kata lain , hati kata lain!" nasihat Zakry

"Airy, awak jangan ajar anak saya bukan-bukan!" tegas Warda

"Adyka tengok la alien mata biru ni. Tak mengamuk tak sah! Benci betul!" bebel Zakry

Adyka senyum melihat Zakry mengusik Warda.

"alien mata biru pun mummy cantik" balas Adyka.

"Haa tengok!" lagak Warda

"apa ni Adyka?? Adyka patut sokong daddy! Warna mata kita sama-sama hazel!" tak puas hati Zakry

Warda tergelak.

Dia masih ingat lagi ketika keluarga mereka menanyakan nama kembar 3 itu.

*Flashback*

"apa nama twins ni?" tanya mereka

"yang dekat mama tu, Tengku Blue Binti Tengku Zakry Zairy" beritahu Zakry yang bermaksud Alysa.

Ya, Alysa mewarisi warna mata biru Warda.

"yang dekat daddy tu, Tengku Hazel Bin Tengku Zakry Zairy" ujar Zakry kerana warna anak mata Adyka sama sepertinya

"dan yang dekat mak tu, Tengku Brown Bin Tengku Zakry Zairy" ujar Zakry yang maksudnya Andyka

Ternganga mereka semua mendengar penjelasan Zakry.

"bongok pa hang buh nama anak ikut warna mata depa?" marah Warda

Zakry dan ahli keluarga mereka ketawakan Warda.

"lain kali rahsiakan lagi kandungan dan berapa bayi dalam kandungan tu" balas Zakry

Warda mencebik.

*End flashback*

"saya pergi kerja dulu" ujar Zakry

Warda hanya angguk kemudian menyalami tangan suaminya itu. Begitu juga dengan Adyka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience