"HARITH..sini kejap.Mesti Harith tak sabar nak jumpa dengan seseorang yang dah lama Harith tak jumpa."
Puan Yasmin begitu teruja sambil menarik tangan Harith yang baru pulang dari tempat kerja bersama Iris.
Tidak dipedulikan Iris Malaeka yang berada di sebelah Harith.Sempat lagi dia bagi satu jelingan tajam pada Iris.Iris hanya buat tak nampak.Dah selalu sangat Puan Yasmin beraksi begitu padanya.
"Ehh..apa ni ma.Harith baru saja balik ni.Mama nampak bersungguh sangat pasal apa?"Harith juga kehairanan melihat telingkah laku Puan Yasmin.Tidak seperti biasa.Jelas terpancar kegembiraan di wajah Puan Yasmin yang asyik senyum memanjang dari tadi.
Faham benar Harith dengan sikap mamanya jika dalam keadaan teruja.Mesti ada sesuatu yang sangat menarik sehingga mama berkelakuan begitu.
"Alaa... Harith mesti excited punya."Datuk Yasmin terus tarik tangan Harith ke ruang tamu.Sementara sebelah tangan Harith menarik tangan Iris.Iris hanya menurut rentak suaminya.Tidak langsung berminat untuk menyampuk.
Sampai ditengah ruang tamu,kelihatan seseorang membelakangkan mereka.Dari belakang pun sudah nampak susuk tubuh wanita yang sangat menarik.
Saat perempuan berdress biru berpusing,kelihatan Harith agak terlopong.Tapi tidak lama,Harith terus mendengus kasar.
Perempuam tu meleretkan senyuman paling manis walau tahu Harith seperti tidak suka akan kehadirannya di situ.
Iris Malaeka juga agak terpegun dengan penampilan perempuan di hadapannya.Dengan rambut panjang beralun di hujung,perempuan itu senyum pun dah nampak menarik dan....cantik sangat.Iris Malaeka tertanya juga akan gerangan wanita cantik di hadapan mereka.Tetapi dia tidak berani bersuara.
"Hai Harith."sapanya mesra dengan senyuman tak lekang dari bibir berlipstik merah hati.
"Buat apa you datang sini!?"Harith terus naik angin.Iris juga agak terkejut dengan reaksi Harith.
"Harith!kenapa cakap macam tu dekat Intan.Tak elok layan tetamu macam tu."tukas Puan Yasmin.Geram dia dengan reaksi Harith.Ingatkan Harith akan teruja tengok Intan dan berbaik semula..tapi sebaliknya.
"I'm sorry,Harith...I datang sini bukan nak buat you marah.I tahu I yang salah.Tapi..kita masih boleh menjadi kawan kan."suara nya mengendur melihat muka serius Harith.
"I tak nak ingat lagi hal yang lepas.I dah ada life I sendiri.I dah kahwin dengan Iris,"Harith peluk rapat pinggang Iris.Iris hanya diam membisu.Tiada tanda mahu menyampuk.Dia sendiri tergamam dengan kehadiran bekas kekasih suaminya.Itu yang Puan Yasmin bagitau tadi.
"Intan ni bekas kekasih Harith."beritahu Puan Yasmin sambil tersenyum suka.Tidak dipeduli akan perasaan Iris.
Puan Yasmin mencebik kecil bila Iris hanya senyum kecil pada Intan.
"Harith,I tahu you masih marah dengan I.Tapi tolonglah,I tak nak hubungan keluarga kita menjadi keruh sebab kita.I datang sini sebab nak minta maaf dengan you dan mama."muka Intan penuh berharap.Berharap Harith dapat memaafkan dia atas apa yang terjadi antara mereka berdua.
Harith pandang Iris.Iris sekadar angguk kecil.Memberi isyarat supaya Harith memaafkan Intan.Lagi pun tak guna mereka bermasam muka sedangkan Puan Yasmin dan mama Intan sangat kenal rapat.
"Baiklah...I boleh maafkan you...sebab keluaraga kita dah lama kenal.Tapi.. satu saja..I harap kedatangan you ni tanpa ada niat yang lain!"tegas Harith memberi amaran pada Intan.
Intan masih dalam senyuman.Sesungguhnya dia rindu akan Harith.Lelaki yang pernah bertaktah di hatinya suatu ketika dulu.Sumpah!hati dia masih terselit kerinduan buat Harith.Cakap lah apa pun I masih sayangkan you,Harith...Kali ini I akan duduk terus dalam hati dan fikiran you,bisik Intan dalam hati.
Puan Yasmin juga tersenyum senang.Permulaan rancangannya berjalan lancar.
Harith..sebut saja nama lelaki ini,Intan masih belum melupakan kisah percintaan antara mereka berdua.Walaupun selama ini Intan yang buat onar dab tinggalkan Harith.Bukan Harith yang tak setia tetapi Intan sendiri yang terkejar lelaki lain..Benjamin.Anak orang terkaya dan terkenal.Siapa yang tak nak kan.Tak sampai dua tahun berpacaran rupanya Benjamin main kayu tiga.Bukan sorang dua kekasih Benjamin malah lebih.Boleh kata kan Benjamin spesis buaya darat yang tak akan pernah pupus.Terus Intan putus kan hubungan dengan Benjamin.Benjamin bukan lah lelaki yang setia macam Harith.Sangka Intan,Benjamin yang jatuh cinta padanya rupanya dia hanya sebagai alat permainan lelaki itu saja.
Tak sangka pulak dia bertemu dengan mama Harith di rumah ibu bapanya.Ingatkan Puan Yasmin sudah membencinya tetapi lain pula.Puan Yasmin begitu mesra seperti waktu dulu.Malah wanita separuh abad itu masih menyayanginya.Pertemuan semula dengan Harith di rumah Puan Yasmin adalah atas jemputan Puan Yasmin sendiri.Bagai orang mengantuk di sorong bantal,Intan juga ada niat tersendiri.
Senyum lebar Intan,harapannya kembali bersinar.Walau apa pun dia mesti dapatkan semula Harith.Isteri Harith bukan tandingan dia.Malah perempuan itu jauh lebih ketinggalan berbanding dia.Nampak sangat yang Puan Yasmin tidak suka kan menantunya.Tadi pun terang-terang Puan Yasmin tidak mengendahkan kehadiran menantunya. Dia sibuk melayan Intan lebih dari seorang ratu. Satu mata besar sudah menyebelahi dia.Jadi dia sudah nampak jalan mudah untuknya dapatkan semula Harith.
Mata Intan mengekori langkah Harith dan isterinya yang sedang mendaki anak tangga.Timbul sedikit perasaan cemburu melihat Harith jalan berpimpinan tangan sambil bergelak ketawa dengan isterinya.
Tak lama lagi itu tempat aku!Kau siap lah perempuan!Aku akan rampas hak aku kembali!
Share this novel