Bab : 27

Action Completed 53513

Hari terakhir.....

Pagi itu Davina bangun kerana dikejutkan dengan bunyi deringan telefon service biliknya. Dan bila dia jawab panggilan itu Declan yang berada di hujung panggilan. Lelaki tu cakap nak jumpa dengan dia sebelum pelayaran ini berakhir. Tapi Davina tolak.  Dia malas nak jumpa Declan even untuk ucap selamat jalan pada lelaki tu. Sebaliknya dia letak gagang telefon tanpa berkata apa-apa.  Kejadian malam tadi masih menghantui dirinya. 

Setelah itu dia bawa dirinya ke bilik air.  Mandi dan bersiap awal-awal. Semua barang dan bagasinya dipack supaya tak kelam kabut selepas tiba di perlabuhan.

Seusai itu,  sejam kemudian Davina keluar dari cabin penginapan untuk ke restoran. Mencari sarapan mengisi perutnya yang tak terisi sejak awal malam tadi sebab tak berselera.  Pagi ni perut pedih barulah dia terasa hendak makan.

Sewaktu dia tiba di restoran tak ramai orang di situ.  Mungkin sebab semalam dia orang dah wasted macam tak ingat hari esok masih ada. Jam 3 pagi baru la parti berakhir. Mungkin penumpang lain masih terlena di bilik masing-masing.

"Selamat menjamu selera."ucap pelayan sebaik selesai hidangkan sarapan kepada Davina.

Dengan lesu,  Davina beri anggukan terima kasih. Dia capai pisau roti lalu digunakan untuk sapu jem pada roti bakarnya.  Lesu je dia masa ni.  Matanya yang kuyu lagi kecil saja di buka akibat menangis terlalu banyak mengenangkan nasibnya dan jugak Declan. 

Selesai dengan roti bakar,  pek creamer untuk kopi di koyakkan tiga darinya lalu dituang ke dalam cangkir berisi kopinya. Sudu tehnya diletakkan dalam cawan itu lalu di kacau.

Bersedia hendak bersarapan, Davina sanggul rambut panjang dia untuk elakkan ia dari menganggu sesi bersarapannya. Sedang dia berbuat begitu, ketika itu, dengan megahnya berjalan masuknya Eden yang lengkap mengenakan pakaian rasmi ketenteraan lelaki itu. Kaku sekejap Davina kerana dipanah dengan aura yang dipancarkan oleh lelaki itu.

Damn! Kenyang terus dia hah!

Pada awalnya Eden tidak perasan. Namun bila dia gerak hendak ke meja berdekatan baru la sia ternampak akan Davina. Tanpa berlengah dia atur langkah untuk ke meja itu.

Dah kenapa pulak ke sini? Pergi duduk jauh-jauh sana. Shoo! Fikir Davina sambil melilit rambut panjang hitamnya itu dengan kemas.

Kerusi sebelah Davina ditarik oleh Eden dengan perlahan sebelum lelaki segak itu duduk di situ dan lihat hidangan yang tersedia di situ.

"Baru bangun ke?"tanya Eden sewaktu kacau minuman dalam cangkir itu sebelum di sisip dengan bersahaja tanpa bertanya terlebih dahulu.

Davina buat muka. Lalu menjuling mata menyampah. Nasib baiklah Eden selamatkan dia malam tadi kalau tidak lama dia tampar belakang kepala tu.

"Hm. "jeda Davina dengan perlahan. Dia capai garpu yang ada di atas napkin di situ dan menikam daging bakon dari pinggan tu.

"You look so bad you know.. "komen Eden sewaktu capai roti bakar Davina yang siap di sapu jem itu dan digigit dengan besar.

Sambil suap bakon ke mulut sambil tu Davina pandang ke Eden. Lelaki ni memang tak tahu malu atau memang tak tahu? "Order la sarapan kau sendiri.. "sungutnya.

Eden berdengus. "Macam ni ke cara kau cakap dengan orang yang dah selamatkan kau? " tanya dia sambil capai garpu dari tangan Davina dan gunakan ia untuk makan bakon yang lain.

Dah agak! Mesti Eden guna alasan tu sebagai modal untuk mengenakan dia. Davina hanya mencebik menyampah.

"Aku gerak hari ni..."beritahu Eden tanpa memandang Davina.

"Hm. Good luck. "ucap Davina sambil isyaratkan kepada Eden supaya serahkan dia segelas jus oren yang dia order sekali di tepi cangkir kopi tu.

Eden capai gelas itu. Mulanya dia nak beri pada Davina tapi pada masa itu Declan dan geng lelaki itu berjalan masuk. Lantas bertentang mata dengan Eden pada masa yang sama.

Davina capai sendiri gelas yang dipegang oleg Eden sebaik lelaki tu berhenti dari dekatkan gelas tersebut kepadanya. Dan bila Davina teguk minuman itu baru la dia nampak akan Declan.

"Brr!!"sembur Davina setelah itu kerana terkejut. Lantas mula terbatuk-batuk dekat situ. "Uhuk! uhuk! "

Suara batuk Davina buatkan Eden tersentak. Dia alihkan perhatiannya dari Declan pantas menepuk belakang badan tu. "Kau dah kenapa?"

"Uhuk! Uhuk! "batuk Davina sehingga merah padam. Mana tak dia terkejut! Kan Declan cakap dengan dia tapi dia letak gagang telefon macam tu je. Memandangkan Declan nampak dia bersama dengan Eden mesti lelaki tu salah faham.

Bersama jelingan tak puas hatinya, Declan berpaling dan gerak kekuar dari restoran tu. Tak jadi nak bersarapan. Seleranya terus mati.

Pergi saja Declan dari situ, rakan-rakan lelaki itu gerak masuk ke dalam dengan kekok. Mahu dapatkan sarapan untuk diri sendiri.

"Well. That awkward."sebut Eden sewaktu capai sisa roti bakar berjem strawberi tadi lalu di gigitnya. Seakan tidak kisah apa yang berlaku dia makan dengan berselera.

Davina buat muka.

Berasa tak percaya dengan sikap bersahaja Eden. Macam mana Eden masih ada selera nak makan? Davina tekap dahi lantas menggeleng kepala. Setelah itu dia pandang semula ke Eden. Lantak la Declan tu. Dia malas nak fikir. Kalau Declan mahukan dia lelaki tu kena usaha untuk ambil hati dia semula. Bukan dia yang kejar Declan. Sukakan Declan pun dah kira cukup tau tak.

"Beritahu aku something Eden... Kau sure misi ni akan berjaya? "tanya Davina risau.

Eden menjungkit bahu. "Mana aku tahu.. Kau rasa? "

Davina berdengus pendek. "Kau ingat ini ujian test ke nak rasa-rasa bagai? "keningnya mencerlung marah.

Eden tak bagi komen mengenainya. Dia tak nak risaukan Davina. Baiknya dia diamkan saja. Risiko tinggi peluang 50-50. Itu yang pasti.

Keluhan lepas dari Davina. Dia sandarkan badan ke belakang.

Beberapa jam kemudian....

Pemandangan pelabuhan dapat di lihat dari jauh lagi. Para penumpang yang sudah siap sedia hendak turun mula berkumpul di luar dek.

Ramainya kenakan pakaian tentera.  Hanya sebahagian saja mengenakan pakaian biasa.  Memandangkan kebanyakkan penumpang di situ adlaah pegawai dan tentera.

Ramai-ramai di situ seorang paling ketara sebab kenakan blaus lengan panjang cekak leher warna pink dan rambut di sanggul kemas serta bercermin mata hitam dan berdiri di antara mereka yang kenakan pakaian hitam di situ.

Davina grumpy.

Mana tidaknya percutiannya tak puas kerana sepanjang sisa harinya di kapala ini hanya di huni oleh makeluk yang tak habis-habis nak peningkan kepala dia.

Tak Declan.

Si mangkuk ayun Eden.

Hish!

"Sikitnya barang? "tegur Dritan pada Davina di sebelah semasa mereka bertenggek dekat rel besi dek itu.  Menanti ketibaan kapal cruise di pelabuhan beberapa minit saja lagi.

Davina tak jawab. Dia masih berkerut kening memandang ke depan dari balik kaca mata hitamnya. 

Lalu muncul Garvien yang gerak sandar pada rel besi itu.  Mengenakan cermin mata hitam. "Rasanya dia orang dah tunggu dekat situ... " beritahunya.

"Mana? "jengah Connall dari belakang Davina. "Dia orang bawak jentera sekali ke? "

Davina gigit bawah bibirnya.  Keningnya dikerutkan. Tangan yang bersilang di dada mengepal penumbuk. 

"Cik Davina diam je? Tak seronok ke dapat balik dan turun ke darat semula? "tegur Dritan lagi.

Tang mana nak rasa seronok. Kepala dia sibuk fikirkan sebarang kemungkinan sekarang ni.  "Hei.. Awak semua akan bertolak terus untuk jalankan misi ke? "tanya dia tanpa palingkan kepala ke mereka.

"Ha'ah... Kenapa risau ke? "seloroh Connall di belakang.

Davina palingkan kepala memandang Connall. Mesti la dia risau! Dia tak tahu apa yang akan berlaku nanti. Lagi-lagi Spencer. Entah siapa lelaki tu dia tak tahu. Apa dia tahu better Spencer tak sentuh Declan atau Eden. Kalau hal tu terjadi memang dia cari lelaki tu sampai dapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience