DIA 28

Romance Completed 131781

Usai makan malam, Hanis membantu kak Zu mengemas semua pinggang mangkuk, atas arahan bonda. Kak Zu berjalan mendekati Hanis.

"Hanis pergilah ke depan, berehat." Ujarnya.

Hanis menggeleng perlahan.

"Takpe biar Hanis tolong kak Zu. Lagipun, kalau duduk depan nanti, Hanis nak buat ape. Kalau nak borak, Hanis tak rapat lagi dengan keluarga ni." Balas Hanis.

"Suka hati Hanislah. Kak Zu bagitahu je. Oh ya Hanis." Hanis menoleh dengan keningnya yang terangkat.

"Akak harap Hanis dapat bertahan dengan Hazzar eh? Kak Zu yakin dia akan berubah." Hanis mengerutkan dahi.

Takkan kak Zu tahu tentang dia dan Hazzar.

"Maksud akak?"

"Hazzar tak boleh terima Hanis sebagai isteri diakan? Dia memang macam tu. Susah nak terima seseorang ke dalam hati dia lagi-lagi, jadi isteri dia. Cuma... Sorang je yang berjaya pikat hati dia." Ujar kak Zu.

Tiba-tiba Hanis tertarik dengan kata-kata kak Zu.

"Siape?"

"Ernie. Bekas kekasih dia. Tak silap akaklah, diorang putus sebab Ernie mengandung anak Hazzar tapi, Hazzar kata itu bukan anak dia dan dia tak pernah sentuh mana-mana perempuan. Katanya." Hanis mengangguk.

Dia agak terkejut mendengar 'mengandung anak Hazzar'. Hanis kembali mengemas pinggan mangkuk sebelum masuk ke ruang tamu. Langkah Hanis terhenti apabila semua orang sedang memandangnya.

"Kenape ni?" Soal Hanis hairan.

"Kau naik bilik. Aku ada benda nak bincang dengan kau." Ujar Hazzar lalu bangun dan mengatur langkah ke bilik. Hanis buat muka hairan sebelum mengikuti belakang Hazzar.

Pintu Hanis tutup perlahan-lahan. Hazzar berdiri di hadapan katil sambil bercekak pinggang. Apa pula yang dah jadi ni? Hazzar menoleh.

"Pack semua barang kau, kau ikut aku balik rumah aku." Arahnya.

"Abang ada rumah sendiri?" Soalnya dengan nada hairan.

"Kanape? Terkejut? Normallah aku anak Tan Sri. Tak peliklah kalau ada rumah sendiri." Ujarnya dengan nada marah.

"Taklah..." Balasnya sepatah kemudian meletakkan semua pakaiannya ke dalam bagasi, seperti yang diarahkan oleh Hazzar.

"Abang..." Hazzar merengus.

"Kenape kau suka sangat panggil aku abang? Aku tak suka." Marah Hazzar.

"Sebab, dari dulu lagi saya nak panggil suami saya abang. Sekarang dah ada suami, saya awak abang." Ujarnya lalu tersenyum nipis.

Hazzar menggeleng dengan muka menyampahnya.

"Kenape nak balik terus? Duduklah sini seminggu dua lagi. Ke... Bini kau yang nak sangat balik?" Soal bondanya dengan nada memerli.

"Takde kena mengena dengan Hanis. Dia sendiri tak tahu yang Hazz ada rumah sendiri." Ujarnya.

"Yelah tu." Balas bondanya.

"Biarlah diorang nak balik. Yang awak nak sangat diorang stay dah kenapa? Kan awak jugak cakap dengan saya awak menyampah tengok muka si Hanis tu. Jadi baguslah diorang keluar, takde awak nak menyampah lagi kan?" Ujar ayah.

Bonda merengus mendengar ujaran suaminya.

"Bonda, ayah kami balik dulu ya." Terus Hazzar menyalami tangan bonda dan ayah, begitu juga dengan Hanis.

---

Hanis dan Hazzar keluar serentak dari perut kereta. Hanis kagum melihat rumah milik Hazzar. Cantik.

"Bilik kau sebelah bilik aku." Ujar Hazzar. Hanis papar muka terkejut.

"Dah tu kau nak sebilik dengan aku? Aku tak nak sebilik dengan kau. Sebab apa? Sebab bagi aku kau bukan isteri aku." Hanis mengangguk faham.

Hanis dan Hazzar sama-sama menaiki tangga ke bilik masing-masing. Apabila Hanis membuka pintu biliknya, poww!! Dah berapa tahun tak kemas bilik ni. Dengan debunya, sarang labah-labah. Janganlah ada ular pula.

Hanis mengipas udara. Takut-takut habuk masuk ke dalam hidungnya. Bagasi di letakkan di tepi. Tangannya naik bercekak pinggang. Keluhan dilepaskan.

"Huhh... Ambik masa jugak aku nak kemas semua ni." Ujarnya.

Hanis menuruni tangga dengan laju lalu melangkah ke arah stor. Semua peralatan yang diperlukan ada di sana. Semua dia bawak naik.

Hazzar pula merebahkan badannya di atas tilam. Apabila dia menepuk katilnya, banyak habuk. Mana taknya, dekat nak 2 tahun dia tak balik rumah ni. Hazzar pun mengeluh.

"Aku kena kemaslah ni."

Dengan malas dia bangun lalu mengatur langkah ke luar. Langkah terhenti apabila melihat Hanis yang sedang sibuk mengemas bilik. Hanis menoleh dan memandang Hazzar yang sibuk memerhatinya.

"Abang kenape?" Soalnya lembut.

"Aku nak kemas bilik tadi tapi... Kau tengah guna barang. Nanti jelah aku kemas." Ujarnya.

"Eh takpelah. Nanti Hanis kemas eh? Abang nak keluar?" Hazzar mengangguk.

"Boleh tak kalau abang tolong belikan barang dapur. Hanis tengok, yang ada beras dengan telur je dekat dapur. Boleh?" Soalnya takut-takut.

"Nanti bagi list barang apa nak dibeli. Aku tunggu dekat bawah." Ujarnya dengan nada mendatar.

Hanis menguntum senyuman manis.

---

"Nak beli barang pulak." Rungut Hazzar sambil menolak troli dan mencari-cari barang yang disuruh cari.

"Hi Hazz!" Sapa seseorang.

Hazzar menoleh ke belakang. Dahinya berkerut apabila melihat wanita dihadapannya. Ernie?

"U buat apa dekat sini?" Soal Ernie hairan.

"Beli barang. Malas nak makan dekat luar. Teringin nak masak." Tipunya. Takkan dia nak bagitahu dekat Ernie tentang Hanis pula. Ernie dengan matanya yang membulat mengangguk perlahan.

"You're, change." Hazzar sekadar menjungkitkan keningnya.

"Nak I teman U beli barang?" Hazzar mengangguk setuju lalu menguntum senyuman manis terhadapnya.

Ernie dengan wajah teruja terus memaut lengan Hazzar. Hazzar sekadar meleret senyuman sinis.

"U dah tak marahkan I ke?" Hazzar menggeleng.

"I cuma... Rindu dekat U." Ujar Hazzar.

Pipi Ernie mula memerah. Tak sangka Hazzar akan berkata demikian terhadapnya. Tekaannya tepat yang Hazzar masih mencintainya. Auww!

"U nak ikut I balik?" Tawar Hazzar.

"Sure kalau U tak kisah." Balas Ernie.

Mereka balik bersama ke rumah Hazzar. Hanis masih tidak mengetahui apa yang sedang menantinya. Bilik Hazzar juga sudah selesai dikemas rapi. Sekarang dia perlu menunggu barang-barang yang dibeli oleh Hazzar. Lamanya.

Dari ruang tamu sudah dapat mendengar bunyi kereta Hazzar masuk ke dalam perkarangan rumah. Hanis dengan wajah teruja terus mendekati pintu rumah. Wajahnya segera berubah apabila melihat ada seorang perempuan keluar bersama dengan Hazzar dari dalam kereta.

Ernie mengerutkan dahi tatkala melihat Hanis di hadapan pintu. Dia menoleh ke arah Hazzar yang baru sahaja keluar dari kereta.

"U, ni siape?" Soal Ernie. Hazzar menoleh ke arah Hanis lalu kembali memandang Ernie.

"Ohh perempuan ni? Dia maid I. Dialah maid baru yang I cakap dekat U masa dalam kereta tadi dan dia jugalah yang suruh I beli semua ni." Ujarnya selamba.

Ernie mengangguk percaya bulat-bulat dengan apa yang Hazzar katakan manakala Hanis, terkaku tidak percaya. Dia tahu dia bukan isteri yang Hazzar nak. Bukan seperti Ernie tapi, walaubagaimanapun dia tetap isteri Hazzar Iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience