Bab 15
Dia garu kepala yang tidak gatal. Mungkin dia tak menyangka yang aku masih muda. Err… aku nampak tua ke? Aku rasa aku tak nampak macam orang yang berumur 20 tahun ke atas.
Seorang kanak-kanak yang kuagak berusia lima tahun tiba-tiba duduk di antara kami berdua. Sibuk sisip air guna straw.
“Aku cakap dengan budak sekolah rupanya. Ingat umur kau 18 or 19.”
Lama lagi aku nak umur 18 atau 19 tahun. Aku baru 16 tahun tapi dah pelbagai dugaan aku tempuh. Aku rasa macam aku tak sepatutnya diuji dengan ujian yang berat. I’m just an ordinary girl. I’m a weak person but why I always be tested by HIM? Aku tak faham. Memang aku dah lama tersungkur. Aku dah lama mengalah sebab terlampau penat tapi kenapa DIA tak faham? Kenapa DIA tak mengerti yang ujian yang diberikan untuk aku terlampau berat?
Lelaki itu usap lembut kepala kanak-kanak perempuan itu. Budak perempuan tu tengokFath dan tengok aku. Dia senyum dan aku senyum kembali. Ibu dia yang duduk di atas bangku tidak jauh dari tempat aku duduk tengok kami bertiga dan turut melakarkan senyuman. Aku senyum. Haih… banyak kali sungguh aku senyum hari ni.
“Pak cik.”
Dahiku berkerut.
“Kau boleh panggil aku pak cik.”
Tersedak.
“Kau nak panggil aku abang ke? Boleh aje.”
Terus aku geleng dan dia gelak. “Tahu pun. Panggil nama pun boleh tapi kau mesti rasa awkward sebab kau muda lagi.”
Mataku kerling jam tangan pada pergelangan tangan kanak-kanak perempuan tu tapi tak berapa nak jelas. Aku bingkas bangun. Rasanya Along dah terjaga. Tak pasal-pasal aku kena marah nanti sebab keluar tak beritahu dia. Cukuplah dia berceramah panjang semalam.
“Nak pergi dah eh?”
Angguk.
“Nanti kita jumpa lagi, girl.”
Kalau ditakdirkan jumpa, kita akan jumpa, pak cik.
******
Keningku terjongket naik. Mata melekat pada laptop yang Along letak di sisiku. Nak buat apa dengan laptop? Nak suruh aku tengok movie bagai kat dalam laptop ke? Nak bagi aku tulis sesuatu ke? Aku tak rasa aku perlukan laptop sekarang ni.
“Gunalah. Just do what you want,” cakap Along lembut.
Dan tafsir al-Quran diletakkan di atas meja. “Kalau tak ada kerja nak buat, bacalah al-Quran. Kalau hati rasa kosong, baca al-Quran,” pesan Along.
Aku tengok lama al-Quran tersebut. Rasa bersalah bertandang di hati. Rasa bersalah sangat sebab dah buat benda bodoh.
“It’s okay, dear. Kita semua buat silap tapi kita boleh bertaubat. Seluas-luas pintu dalam ajaran Islam ialah pintu taubat.
…bersambung
Bab akan datang:
Adakah Najya akan melakukan seperti mana yang dinasihatkan Along?
Share this novel