BAB 9

Romance Completed 18284

Lima bulan lamanya peristiwa itu telah pun berlaku. Hafiy juga sudah melupakan apa yang terjadi. Dia kini kembali bekerja dengan hati yang tenang. Zahara pula hidup sendiri di rumah sewa nya. Sesekali, Mariam Syuhada akan menjenguk dan menghantarkan makanan buat wanita itu. Ini semua atas permintaan Mariam Syuhada sendiri. Hafiy menurut sahaja kemahuan isterinya. Dia sendiri tidak langsung berjumpa dengan Zahara. Tak manis dipandang orang.

Hakim juga langsung tak dengar khabar berita. Sejak dia tinggalkan Zahara, batang hidungnya tak kelihatan. Zahara sentiasa berendam air mata. Harapannya masih tinggi buat lelaki itu. Baginya, biarlah dia betul2 mendengar dari mulut Hakim tentang status hubungan mereka. Barulah dia akan percaya. Biarlah orang nak kata apa pun, sayangnya masih mendalam buat Hakim.

Mariam Syuhada menjalankan rutin hariannya seperti biasa. Memandangkan dia mendapat sedikit kebebasan dari Hafiy, Mariam Syuhada menggunakan kesempatan itu untuk selalu menjenguk Hafiza dan juga keluarganya bila dia bosan. Hafiy juga semakin sibuk dengan kerja maka sebab itulah dia memberi Mariam Syuhada kelonggaran. Bimbang pula isterinya akan kebosanan di rumah.

Sudah lima bulan mereka mendirikan rumah tangga, Mariam Syuhada masih belum ada tanda2 akan mendapat cahaya mata. Saban hari dia berdoa agar dikurniakan zuriat. Tak jemu2 dia mencuba segala jenis makanan herba mahupun makanan tambahan yang memudahkan untuknya mengandung. Tapi, Allah lebih mengetahui akan takdir HambaNya. Dan Mariam Syuhada juga perlu bersabar dan terus berusaha.

Hafiy juga sentiasa memberi kata semangat pada Mariam Syuhada. Keinginannya untuk mempunyai anak sendiri semakin menebal dalam dirinya. Tapi, dia perlu berhati2 agar tidak menyinggung perasaan isterinya.

"Bila aku nak ada baby ni".

Mariam Syuhada menelek perutnya yang kempis di cermin. Baju tshirt yang dipakainya masih bersaiz S.

Lama dia menghadap cermin. Mariam Syuhada membayangkan dirinya dalam keadaan memboyot. Pasti comel!

"Apa yang dimenungkan tu?". Hafiy yang baru keluar dari bilik air terus menyergah isterinya.

Kebiasaan Mariam Syuhada untuk menelek dirinya di cermin setiap masa dan waktu. Cermin tu dah macam kawan nombor dua isterinya!

"Takde apa2".

Jawabnya hambar. Mariam Syuhada kembali duduk di meja solek. Dia mula menyembur toner ke wajahnya.

"Sabar, Syu. InsyaAllah, ada nanti".

Mariam Syuhada terdiam. Wajah suaminya dipandang di sebalik cermin.

"Hurm.."

Hafiy tergelak kecil. Dis mendekati isterinya lalu dipaut leher wanita itu.

"Abang boleh sabar, takkan Syu tak boleh?".

"Abang mesti teringin sangat, kan?".

Hafiy tergelak kecil. Rambut isterinya diusap lembut.

"Memang lah! Tapi, Allah belum bagi lagi. Nanti, sampai masa kita, besar la perut Syu tu. Lagipun, kita baru 5 bulan kahwin. Ada tu 5 tahun, masih lagi tak dapat baby. Jadi, Syu kena sabar dan banyak doa". Ujar Hafiy cuba meyakinkan isterinya.

"Hurm.. sorry! Syu cuma risaukan abang".

"Aik? Kenapa nak risaukan abang?". Wajah isterinya dipandang lama.

"Abang kan teringin sangat. Asyik cakap abang suka baby, angan2 abang tu banyak sangat. Syu takut tak dapat nak tunaikan".

Hafiy menggeleng kepala. Isterinya dibawa ke pelukan. Sempat dia menghadiahkan kucupan di dahi Mariam Syuhada.

"Jangan cakap macamtu. Abang angan2 je, tak salah kan? Abang percaya masa kita akan sampai jugak nanti".

Mariam Syuhada tersenyum. Hafiy mencium dahi isterinya sekali lagi. Dia mencuit lembut hidung Mariam Syuhada.

"Terima kasih. Syu bahagia sangat dapat abang".

"Well! Hafiy la!". Dia beriak bangga. Meledak tawa Mariam Syuhada. Ada2 saja suaminya ini.

"Dah la.. pakai baju cepat!"

"Laa.. baru ingat nak mesra2 dengan Syu! Syu kan suka tengok abang macamni!".

"Eii.. takde lah! Dah buncit macamtu, takde nya Syu suka tengok!".

Seloroh Mariam Syuhada. Suka dapat mengenakan Hafiy. Wajah suaminya bertukar sedih.

"Abang gym kot! Takkan tak fit lagi?".

"Erm.. tak sama pun macam Zul Ariffin tu!".

Hafiy ternganga. Dia pandang isterinya tajam. Berani nak samakan aku dengan pelakon tu?!

"Masa bila Syu tengok badan pelakon tu?". Hafiy bercekak pinggang. Geram bila isterinya mula memandang badan lelaki lain.

"Ada lah!".

"Ada lah?? Bila?!". Hafiy bertambah geram. Mariam Syuhada hampir sahaja nak terburai gelaknya. Lucu melihat Hafiy cemburu.

"Abang sibuk nak tau, kenapa?". Dia tersengih nakal. Hafiy mendekati. Tangan isterinya dipegang erat.

"Baik cakap sebelum Syu jadi belacan! Abang marah ni! Cerita apa Syu tengok dia tak berbaju? Biar abang saman tv tu!". Dia mengugut isterinya. Sedih pula hatinya bila dikatakan begitu.

"Samanlah! Syu takkan bagitau abang". Mariam Syuhada tergelak. Dia sengaja menjelirkan lidahnya.

"Sampai hati Syu! Abang punya handsome macamni, Syu tetap pandang orang lain".

Hafiy merajuk. Dia melepaskan pegangan tangan isterinya dan mula memakai baju. Merajuk??

"Aik, kenapa tiba2 pulak ni? Abang marah Syu ke?".

Hafiy masih tak menyahut. Dia hanya memandang Mariam Syuhada tak bersuara.

"Abang?".

Mariam Syuhada mendekati. Pinggang Hafiy dipeluk erat.

"Pandanglah laki lain. Abang ni bukan siapa2 pun".

Mariam Syuhada tergelak besar. Suaminya merajuk! Ohmaaaiii!

"Abang! Syu gurau lah! Jangan la ambil hati". Dia pandang suaminya. Pipi Hafiy dielus lembut. Hafiy sengaja memalingkan wajahnya ke tepi.

"Suami Syu paling handsome, takkan Syu nak pandang laki lain. Lagipun, dosa la pandang badan orang lain!".

Hafiy terdiam. Wajah Mariam Syuhada dipandang lama.

"Habis tadi tu?".

"Tadi Syu gurau je. Saja je petik nama pelakon tu. Abang jealous ke?".

"Memang la abang jealous! Abang sayang Syu sorang tau! Sedih abang macamni!".

"Alolo.. merajuk dah budak besar ni! Nak Syu pujuk ke?".

Hafiy memuncung. Bertambah geli hati hati Mariam Syuhada melihatnya.

"Syu takkan pandang laki lain selain abang. Selama ni, abang je yang semak kat mata Syu ni!".

"Apa?? Semak?!". Jerit Hafiy. Mariam Syuhada kembali ketawa.

"Ok.. ok! Syu gurau lah! Syu sayang abang. Abang je yang bertakhta kat hati ni". Tangan Hafiy dibawa ke dadanya. Hafiy mula tersenyum.

"Betul ni?".

Aih, macam budak2 laki aku ni!

"Iya sayangku! Abang cinta hati Syu. Takkan la Syu nak cari atau pandang orang lain!".

"Janji ye! Jangan pandang laki lain. Abang cemburu! Kalau Syu pandang lagi pelakon2 tu semua, abang buang tv tu".

"Amboi!! Jangan la buang tv, kesian Syu nak tengok cerita tak dapat". Rengeknya manja. Dia bermain2 dengan tangan suaminya.

"Tengok jelah abang".

Mariam Syuhada melopong. Haih, laki aku ni. Pun boleh lah....!

"Nanti Syu pandang abang je puas2, ok?".

Hafiy mengangguk laju. Bibirnya tak lekang dengan senyuman. Suka sangat la tu.

"Tapi.. abang memang dah buncit ke?". Dia kembali bertanya. Perutnya yang kempis dipegang.

"Eei abang ni! Tak lah. Abang fit ni ha! Susah betul la kalau obses gym ni". Ejek Mariam Syuhada. Dijeling Hafiy tajam.

"Bukan obses, tapi minat. Abang fit macamni, ok la. Bukannya nak ketul2 macam kat tv tu. Janji kurus la!". Dia tersenyum manis. Pipi isterinya dicubit manja.

"Boleh lah Encik Hafiy. Mana2 jelah. Malas nak layan".

Mariam Syuhada melepaskan pelukan. Dia kembali ke meja solek untuk merapikan rambut. Hafiy menghenyakkan tubuhnya ke katil. Enak betul!

"Syu dah telefon umi ke?".

"Dah, tadi. Umi kirim salam kat abang. Seronok betul umi dapat hadiah yang kita kirim tu".

Hafiy tersenyum. Teringat akan hadiah yang dibelikan buat keluarganya. Kebetulan dia ke Bandung atas urusan kerja. Dapatlah Hafiy membeli ole2 buat keluarganya dan keluarga Mariam Syuhada. Itupun, Hafiza yang tolong hantarkan. Hafiy agak sibuk minggu ni.

"Baguslah. Abang main beli aje apa yang abang nampak cantik. Bedal ajelah!". Dia tergelak kecil.

"Cantik apa! Umi suka, mesti lah kena dengan citarasa dia. Abang kan menantu kesayangan!". Perli Mariam Syuhada. Sengaja dia mengusik suaminya.

"Jangan jealous la". Balas Hafiy. Dia membetulkan badan. Lenguh pula badannya.

"Abang rest la dulu. Mesti abang penat, kan?".

"Hurm.."

Mariam Syuhada menutup lampu bilik dan membuka lampu tidur. Cahaya malam juga samar2 memasuki ruang biliknya. Hafiy hampir sahaja melelapkan mata. Dia masih gagahkan untuk memandang isterinya yang sedang mengemas baju di dalam almari. Tiba2, hensetnya berbunyi.

Hakim blk td.
~zahara~

Hafiy terduduk. Matanya yang hampir layu teruss segar.

Ad dia apa2kan Puan?.
~hafiy~

Hafiy menunggu mesej nya berbalas. Tapi, tiada satu pun mesej masuk selepas itu. Henset dipandang sepi.

"Abang? Tak tidur lagi?". Tegur Mariam Syuhada. Dia mendekati Hafiy di katil. Henset segera diletak ditepi.

"Abang tak boleh tidur pulak. Syu lama lagi ke? Teman abang". Ujarnya. Mariam Syuhada mengangguk.

Selimut ditarik lalu diletakkan di dada Hafiy. Mariam Syuhada baring bersebelahan suaminya. Wajah Hafiy ditatap lama. Tangannya leka menepuk lembut bahu Hafiy.

"Tidur la".

"Hurm.. nak tengok muka Syu dulu".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Lucu dengan keletah Hafiy. Dia merapatkan kepalanya ke badan Mariam Syuhada. Hangat sekali!

"Terima kasih sebab jadi suami Syu".

Hafiy menggumam perlahan. Mariam Syuhada masih menepuk lembut bahu suaminya. Dodoian seorang isteri.

"Segala kebaikan abang, Syu takkan lupa. Abang suami terbaik untuk Syu".

"Hurm.. thanks, sayang".

Mariam Syuhada tersenyum.

"Abang banyak ajar Syu jadi isteri yang sabar, penyayang and bertanggungjawab".

"Hurm.."

Mariam Syuhada tersengih. Hafiy kelihatan semakin layu. Matanya sudah tertutup rapat. Hanya jari nya tak berhenti bergerak2 di pinggang Mariam Syuhada.

"Shhh.. tidurlah. Syu teman abang, ok?".

Mariam Syuhada menepuk Hafiy yang sudah mamai. Lama dia memerhatikan wajah suaminya tidur hingga dia sendiri hampir terlena. Mariam Syuhada menghela nafas panjang.

Terima kasih Tuhan kerana mengirimkan Hafiy dalam hidup aku. Moga dia menjadi suami yang terbaik sepanjang hidupku.

***

Zahara masih tak dapat melelapkan mata. Fikirannya terganggu dengan kehadiran Hakim pagi tadi. Sangkanya, Hakim akan kembali tinggal bersamanya dan bina hidup baru. Jangkaannya meleset sama sekali. Hakim hanya pulang untuk mengambil barang dan meninggalkannya semula. Puas sudah dia memujuk. Hakim masih dengan pendiriannya.

Hatinya tiba2 menjadi sedih. Zahara mengenang nasib sendiri. Sampai bila dia ingin hidup seperti ini. Sampai bila dia akan terus menunggu dan menahan seksaan sebegini. Dia sendiri tiada jawapan. Ingatannya menerjah kepada Hafiy yang telah menolongnya beberapa bulan yang lalu.

Mariam Syuhada beruntung kerana memiliki Hafiy sebagai suami. Semuanya serba mencukupi. Hafiy tiada cacat cela nya. Beza dengan dirinya. Langsung tak beruntung memiliki Hakim. Jauh sekali dilindungi. Isteri mana yang tahan hidup sebegini? Tapi, hatinya juga masih menyayangi Hakim. Arg!

"Kenapa? Kenapa aku jadi macamni?". Gumamnya sendiri. Lampu tidur dipandang sepi.

Kini, dia sendiri di rumah sewa. Hanya bertemankan cengkerik dan bunyi kipas. Hidup yang sangat kesunyian. Zahara nekad untuk memberitahu Hafiy tentang kehadiran suaminya pagi tadi. Dia mahu Hafiy tahu. Dia sendiri tak tahu kenapa. Mungkin, setelah apa yang dilakukan Hafiy, Zahara merasakan dirinya dilindungi dan dijaga dengan baik. Hati wanita nya seakan terjentik dengan kebaikan Hafiy.

Zahara mengeluh. Mesej Hafiy langsung tak dibalas. Entahlah! Dia buntu. Setengah hatinya seakan tak mahu bersikap baik. Zahara sunyi. Hanya itu yang dirasakan saat ini.

Hensetnya berbunyi menandakan mesej masuk. Zahara mula membuka untuk melihat isi kandungan mesej tersebut.

Bgs btol kau jaga rumh! Kalau mcmni, sampai mati pun aku xkn lepaskan kau!
~Hakim~

Zahara terkedu. Hakim kejam padanya. Sampai bila dia akan terikat seperti ini? Mungkin ada benarnya cadangan Hafiy semasa di hospital dulu.

"Tuntut fasakh?".

Zahara terdiam. Dia bangun dari katil dan menuju ke meja kerjanya. Laptop dibuka lalu Zahara mencari berkaitan tuntutan fasakh. Hatinya melonjak ingin mengetahui tentang perkara tersebut. Zahara terjumpa satu laman web dibawah Jabatan agama Islam yang menerangkan tentang fasakh.

Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut:

~tempat dimana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih dari satu tahun
~suami telah cuai atau tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan.
~suami dihukum oenjara selama tempoh tahun atau lebih.
~suami tidak menunaikan tanpa sebab, kewajipan perkahwinan (nafkah batin) selama satu tahun.
~suami mati pucuk pada masa oerkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu punca masa perkahwinan.
~suami gila selama tempoh dua tahun atau sedang menghidap penyakit kelamin yang berjangkit.
~suami menganiayai nya;
*lazim menyakiti atau menjadikan hidupnya menderita.

Zahara terhenti. Bibirnya diketap kuat. Dia tak mampu nak menghabiskan bacaan. Hafiy betul! Zahara memang boleh menuntut fasakh. Terketar tangannya memikirkan hal itu.

Sekalipun Zahara menuntut fasakh, apa yang akan terjadi kepadanya setelah itu? Dia tak punya siapa2 lagi. Ibu dan abah sudah lama meninggal dunia. Hanya dia sebatang kara didunia ini. Dia hanya ada Hakim. Kemana harus dia pergi lagi.

Laptop ditutup rapat. Zahara kembali ke katil. Hatinya merasa cuak sekali. Dia tak dapat nak mengusir bayangan Hakim yang kejam dari ingatannya.

"Ya Allah, bantu aku!".

Rintihnya. Dia meraup wajahnya kasar. Setitis air mata mengalir di pipi. Zahara buntu!

***

  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience