Bab 38

Romance Completed 207871

Intan yang lengkap bersenjatapi dengan baju kalis peluru serta penutup muka telah bersedia di sisi kenderaan yang akan membawa mereka sebentar lagi.

Begitu juga Aniq dan Syam. Masing-masing lengkap bersenjatapi dan baju kalis peluru, tidak lupa topeng muka.

Semoga semuanya berjalan lancar pada malam ini.

Tepat jam lapan setengah malam, semua kenderaan bergerak ke lokasi masing-masing. Serbuan perlu dibuat serentak kerana tidak mahu ada kebocoran maklumat.

Lebih kurang dua puluh minit perjalanan, kenderaan serbuan sampai di lokasi.

Camera terlebih dahulu dimatikan dengan menggunakan alat kawalan jauh begitu juga camera di dalam lift. Tempoh masa lima minit sebelum pengawal yang bertugas di bilik kawalan menyedari mengenainya.

Pelanggan dan pekerja yang ada di dalam lift, diminta keluar dengan senyap.

Tingkat tiga puluh tiga ditekan. Sebaik keluar dari lift, kumpulan dibahagi kepada dua, Aniq bersama beberapa orang lagi menuju ke tangga kanan manakala Intan dan Syam pula menuju ke tangga kiri.

Pintu rintangan api ditolak dan dengan berhati-hati langkah diatur hingga ke tingkat tiga puluh lima. Duplicate card disentuh pada scanner, pintu rintangan api terbuka.

Intan mendahului dan diikuti Syam dan anggota, dihujung sana Aniq sudah masuk bersama team di sebelah sana. Isyarat diberi supaya door eye pada pintu ditutup.

Aniq, Syam dan Intan mengambil tempat di hadapan pintu bilik masing-masing, Intan di hujung kiri, Syam di tengah manakala Aniq di hujung kanan.

Aniq memberi isyarat agar tindakan diambil. Pintu di ketuk. Tetapi tiada yang membukanya, sekali lagi pintu diketuk dan apabila dibuka, pantas pintu ditolak dan disendal supaya tidak dapat ditutup kembali.

"Polis! beri kejasama"

Menjerit-jerit semua perempuan yang ada di dalam bilik kerana terkejut dengan kehadiran polis.

Bilik di hadapan Aniq dan Syam telah berjaya diserbu tetapi bilik di hadapan Intan masih belum dibuka.

Pintu diketuk sekali lagi.

Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki terus menolak Intan untuk lepaskan diri dan berlari menuju ke pintu rintangan api.

"Hoi!" jerit Intan lalu berlari mengejar. Syam yang melihat pantas mengekori.

Intan berlari mengejar turun tangga, tiba-tiba lelaki yang diburu tadi melepaskan tembakan, kalut Intan berlindung. Sekali lagi tembakan dilepaskan, berdas-das.

Tanpa berlengah Intan membalas tembakan. Lelaki tadi makin ligat berlari turun tangga. Mengah juga dari tingkat tiga puluh lima turun ke bawah.

Syam pada masa yang sama turut mengejar masih di belakang.

Ntah di mana silapnya lelaki tersebut tersadung semasa kelam kabut berlari turun tangga. Intan pantas terjun ke arah lelaki tersebut.

Berlaku pergelutan antara Intan dan lelaki itu hingga menyebabkan penutup muka Intan tertanggal.

"Aku dah agak kau memang polis!" kata Naim. Ya, lelaki itu adalah Naim.

'Buk'

Naim melepaskan tumbukan di wajah Intan. Intan tidak memberi peluang lantas membalas kembali tumbukan tersebut dan ditambah dengan sepakan di perut. Terperosok Naim di hujung dinding.

Syam yang nampak laju membantu Intan. Naim ditolak ke lantai dan lutut ditekan di tengah-tengah belakang dan kedua-dua tangan Naim dibawa ke belakang kemudian dipasang gari.

Darah dalam mulut diludah keluar.

"Tunggu la nasib kau" jerit Naim pada Intan sewaktu Syam membawanya untuk naik semula ke atas.

"Awak okey ke?" soal Syam pada Intan.

Intan hanya mengangguk.

Darah merah mengalir dari bibir kesan tumbukan tadi dilap Intan dengan hujung bajunya.

Ada terasa pedih pada lengan kiri, tangan kanan naik memegang, darah. Ah.. Patut la sakit, peluru tembus disitu. Intan memegang lengan kiri sambil mengikut Syam dari belakang.

Berpeluh-peluh wajah Intan menahan sakit. Senjatapi disisip pada hoster dan lengan kanan ditekan untuk mengurangkan pengaliran darah.

Sebaik tiba di tingkat tiga pukul lima, terhenti langkah Intan.

Terpaku pandangannya di depan. Caden!

Tidak berkelip mata Intan.

"Puan, lengan Puan luka" tegur Azman lalu membantu Intan untuk duduk.

"Lim, bawa kerusi" jerit Azman.

Intan didudukkan di atas kerusi. Sebaik pandangan di hala ke hadapan, tubuh Caden telah hilang.

Argh..! Ingan menjerit.

Sangka mereka Intan menjerit kerana sakit di lengan tetapi lain sebabnya jeritan itu.

"Intan, awak okey. Sekejap lagi bantuan tiba" kata Aniq.

Tidak lama Caden muncul semula, lalu mencempung Intan menuju ke lift peribadinya dan terus turun ke basement bersama Carlos.

Anggota yang ada disitu terkejut dengan apa yang dilihat tadi.

Intan yang dalam dukungan Caden sudah semakin pucat dan berpeluh-peluh.

Sebaik masuk ke dalam kereta pantas Carlos memecut menuju ke hospital.

Kepala Intan dipaku Caden di ribanya sambil tangannya naik mengusap wajah Intan.

"Sayang, stay with me" ucap Caden.

Intan hanya tersenyum dan terus terpejam matanya. Pening akibat kehilangan darah.

Sampai sahaja di hospital, Intan terus dibawa ke bilik pembedahan. Baju kalis peluru dan peralatan Intan dipegang Carlos.

Tidak lama telefon bimbit Intan dalam pegangan Caden berdering.

Tertera nama Tuan Aniq.

"Hello" Caden menjawab panggilan.

"Caden?" soal Aniq.

"Ya" sepatah sahaja jawapnya.

"Intan di hospital mana?" soal Aniq.

Caden tidak membalas sebaliknya menyerahkan telefon tersebut pada Carlos.

Tidak berapa lama panggilan dimatikan dan telefon diserah semula pada Caden.

"Tuan Aniq dalam perjalanan" maklum Carlos.

Caden hanya diam tanpa membalas. Merah baju Caden dengan darah Intan.

Sayang.. Sebab tu la abang tak bagi sayang ikut operasi ni.. Abang dah dapat agak perkara ni akan berlaku.

Rintih Caden dalam hati.

Carlos mengajak Caden menunggu di tempat yang disediakan. Fahmi telah dihubungi supaya membawa pakaian bersih untuk Caden.

Empat puluh minit kemudian, Aniq tiba bersama Syam.

Dilihat Caden sudah pun bertukar pakaiannya. Aniq menghampiri Caden.

"Caden, saya ASP Aniq" Aniq menghulur tangan bersalam kemudian kepada Carlos pula.

Peralatan Intan diserah pada Syam untuk di bawa balik.

"Saya minta maaf kerana perkara ini berlaku" kata Aniq pada Caden yang masih tegak berdiri memerhati pintu bilik pembedahan.

"Saya faham ini dah memang tugas polis. Cuma saya tak boleh terima bila nampak dia cedera dan luka macam tu" balas Caden sambil tertunduk.

"Sabarlah. In sha Allah tak apa-apa" kata Aniq lalu bahu Caden ditepuk perlahan.

"Suami mana tak risaukan isteri" sambung Aniq lagi.

Terus Caden memandang wajah Aniq.

"Saya tahu, Intan dah ceritakan. Sabarlah, saya juga pernah alami pengalaman yang lebih kurang sama. Tapi waktu itu, saya hanya mampu melihat tapi tidak dapat membantu isteri saya." Aniq cuba menenangkan Caden.

"Isteri Tuan Aniq polis juga?" soal Caden.

"Tak, orang awam tapi isteri saya diculik" terang Aniq.

"Dah lah, tak perlu bimbang. Intan seorang pegawai polis yang kuat dan tabah" pujuk Aniq pada Caden.

Tidak lama seorang wanita keluar dari bilik pembedahan, doktor barangkali.

"Siapa saudara-mara Intan Afrina?" soal wanita itu.

"Saya suaminya" laju Caden menjawab dan berjalan ke arah wanita itu.

"Saya Doktor Hema, isteri Encik selamat. Sekarang dia masih belum sedar. Sekejap lagi Encik boleh melawat isteri bila dia dah dipindahkan ke wad" kata Doktor Hema.

"Terima kasih doktor" ucap Caden.

Kemudian dilihat Intan ditolak keluar oleh dua orang jururawat. Caden mengekori dari belakang bersama Carlos.

"Carlos, saya balik dulu. Apa-apa hubungi saya. Ini nombor telefon saya" kata Aniq pada Carlos.

Aniq dan Syam melangkah keluar dari perkarangan hospital. Besar jasamu Intan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience