Bab 47 Kedatangan Harris

Romance Completed 279517

Abang, hari ni Anis naik grab ya?" Adib terkejut mendengar permintaan Anis Umairah.

"No honey, kita ada kereta, buat apa nak naik grab?"

"Anis tak nak kawan sekolah Anis tengok kita 1 kereta, pasti macam-macam nanti gossip yang timbul." Sahut Anis mencebik tak suka.

Dahi Adib Umair berkerut mendengar tutur kata Anis Umairah. Dia tak menyangka perkara tersebut menjadi isu bagi hubungannya dengan Anis Umairah.

"Mulut orang usah peduli honey, yang penting kita tak kacau tepi kain orang!" Ucap Adib Umair sambil mencubit lembut pipi Anis.

"Please, Anis nak ikut grab sewa saja." Katanya sambil memuncungkan mulutnya.

Adib tergelak melihat gelagat Anis yang kelihatan manja.

"Anis memang dah nekad tak nak ikut kereta abang kalau pergi sekolah?" Soal Adib lagi.

Anis menggangguk perlahan.

"Anis malas pandangan orang terhadap Anis. Anis nak tenang ke sekolah."

"Okay, tapi abang kena tahu orang mana yang Anis ikut tu. Abang nak number handphone pemandu grab tu."

"Okay!" Sahutnya sambil tersengih.

Sebelum mereka berpisah dari rumah, Anis salam hormat dan mencium tangan Adib. Adib pula mengucup dahi Anis.

Anis Umairah mengikuti grab sewa yang dikenali sebagai Pakcik Anas, itu pun atas persetujuan Adib Umair. Adib memastikan isterinya Anis Umairah akan turun di depan pagar Sekolah Menengah Uthman, dia takut berlaku yang tidak-tidak pada Anis.

Sesampainya di sekolah, Anis Umairah terus sahaja pergi ke kelasnya 5 Sains untuk menyimpan beg sebelum pergi ke perpustakaan sekolah.

Adib pula yang mengekori grab sewa Anis dari belakang, memastikan Anis Umairah di hantar betul-betul depan sekolah. Setelah itu, Adib terus saja masuk ke bilik guru seperti biasa.

"Assalamualaikum, selamat pagi semua." Ucap Adib sebelum masuk ke bilik guru.

"Waalaikumussalam, oh Cikgu Adib!" Sahut Encik Bakhtiar setelah melihat kelibat Adib.

"Good morning Cikgu Adib!" Ucap sir Adrian pula yang tengah merapikan buku-buku di atas meja kerjanya.

"Bila exam percubaan SPM. Tak buat ke tuition untuk pelajar tingkatan 5?" Tanya Adib Setelah duduk di sofa ruang tengah bilik guru.

"Setiap tahun akan di lakukan Cikgu Adib, kita tunggu arahan dari pengetua." Sahut Cikgu Bakhtiar yang duduk di sofa single bilik guru.

"Tuition tu akan di buat kat mana ye?" Soal Adib berkerut dahi.

"Terserah dari guru mata pelajaran Cikgu, buat kat sekolah boleh, buat kat rumah pun boleh." Jelas Cikgu Bakhtiar lagi.

"Kenapa Cikgu?" Cikgu Bakhtiar menatap Adib yang duduk di hadapannya.

"Nak tahu je Cikgu." Sahut Adib seadanya.

Cikgu Bakhtiar mengangkat bahunya seketika. Kemudian dia menuju ke meja kerjanya dan mengambil peralatan mengajarnya.

"Ohya, sebelum terlupa... hari ni kita ada jamuan guru-guru, sempena keberangkatan pengetua ke tanah suci untuk menunaikan umrah." Jelas Cikgu Bakhtiar pada semua guru ada di bilik guru.

Adib hanya mengangguk setelah mendengar penjelasan cikgu Bakhtiar. Dia pun segera ke meja kerjanya dan mengambil peralatan mengajarnya juga.

Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, Adib Umair dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru dengan penuh dedikasi.

__________________________________

Harris berada di luar pagar Sekolah Menengah Uthman setelah jam pelajaran berakhir, dia duduk di perhentian bas sekolah. Ada beberapa orang pelajar yang melihat Harris tersenyum-senyum kerana wajah Harris yang tampan seperti model.

"Abang cari siapa?" Seorang pelajar perempuan yang bernama Zarina datang menegur Harris kerana pakaian seragam sekolah Harris berbeza dengan yang mereka guna.

"Saya tengah cari Anis Umairah, dia sekolah kat sinikan?" Tanya Harris ingin tahu.

"Ha'ah, betullah...Anis Umairah pelajar cemerlang pindahan biasiswa penuh tu kan?" Jelasnya dengan detail.

Harris mengangguk membenarkan.

"Dia ada datang sekolah ke hari ni?" Soalnya lagi pada pelajar tersebut.

"Ada, kejap lagi Anis Umairah akan keluar." Ujarnya sambil duduk bersebelahan dengan Harris.

"Nama adik siapa?" Soal Harris sekadar menyapa dengan ramah.

"Namaku Zarina!" Jawabnya sambil tersenyum. "Nama abang?"

"Nama saya Harris Lukman, sekolah kat Sekolah Menengah Al-Hafiz." Jelas Harris sambil tersenyum.

"Wah pelajar bijak juga!" Ucap Zarina dengan penuh semangat.

"Eh, takdelah... biasa-biasa je!!" Sahutnya sambil tersengih.

"Abang dah lama ke kenal dengan Anis Umairah?" Soal Zarina ingin tahu.

"Iya, kami kenal dari kecil lagi. Terpisah di sebabkan sekolah je." Ucap Harris lagi.

"Kamu pula tunggu siapa?" Harris menyoal Zarina kerana belum balik seperti menunggu seseorang.

"Ina tunggu drebar family Ina, babah Ina tak bagi ikut bus sekolah atau grab." Jelasnya dengan senyuman.

Harris terangguk-angguk mendengar penjelasan dari Zarina.

"Haa...tu Anis Umairah dah sampai!" Tunjuk Zarina setelah melihat kelibat Anis Umairah menuju ke perhentian bas sekolah.

"Oh okay, terima kasih Zarina." Ucap Harris terus sahaja berdiri dari duduknya mendekati Anis Umairah.

Dahi Anis berkerut melihat Harris yang datang mendekati sambil tersenyum ceria.

"Aik, kenapa bengong?" Soal Harris kenapa Anis Umairah.

"Anis terkejutlah tengok Harris tiba-tiba muncul depan sekolah Anis. Nak jumpa Anis ke?" Melihat Harris yang sudah berdiri di hadapannya.

Harris mengangguk perlahan.

"Dah lama tunggu?"

"Baru juga, nasib pelajar-pelajar kat sini ramah-ramah. Harris nak jumpa Anis la, dah lama kita tak belajar bersama-sama." Sahutnya lagi.

Anis Umairah mengangguk perlahan.

"Oh... tapi Anis tak boleh keluar sekarang kalau tak minta izin dulu." Kata Anis sambil melihat Harris yang masih tersenyum berdiri di dekatnya.

"Okay, kalau macam tu nanti kita study bersama, Harris Whatsapp Anis ya." Kata Harris ingin kepastian dari Anis.

"Okay."

"Kalau macam tu, Harris balik asrama dulu." Harris mengusap lembut kepala Anis seketika kemudian balik ke sekolahnya semula.

Dada Adib Umair bergemuruh melihat kelancangan Harris menyentuh kepala Anis, perasaan cemburunya meluap-luap. Mengapa Anis Umairah tidak menghindar daripada sentuhan Harris? Mereka ada something ke yang Adib tak tahu?

Adib nekad ingin menyoal Anis Umairah setelah balik dari sekolah nanti. Sepatutnya Anis tahu menjaga dirinya daripada yang bukan mahramnya. Dada Adib Umair berombak apabila mengenangkan Kedekatan Anis Umairah dengan Harris, sahabat baik Anis dari sekolah rendah.

semoga terhibur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience