BAB 4

Family Completed 10579

Aku mengetap bibir. Entah siapa-siapa entah Hairi tu. Aku tak pernah sedar pun akan kewujudan Hairi dalam hidup Fasha. Tup.. tup…. dah terjatuh cinta pula ni. Fasha pun satu, tak sedar diri sudah bertunang. Macam mana teruk pun sikap Ikram, dia tetap tunang Fasha. Lelaki yang pernah Fasha pilih untuk dijadikan tunangan.

“Opps… opps….. tadi kau kata kau sayang Ikram. Macam mana kau boleh terjatuh cinta kat Hairi pulak ni? Siap tipu aku nak plan dating kat Pangkor lak tu. Tergamak kau ya.” Keningku berkerut lagi. Tension aku dengan perangai Fasha.

“Alah…. tak payahlah sebut pasal Pangkor tu lagi. Aku minta maaf,” maaf Fasha itu juga sudah beberapa kali aku dengar.

Tapi dia tak juga insaf-insaf. Ada sahaja dia nak buat kontroversi. Kalau Fasha ni artis popular, sudah heboh satu malaya ni dengan kontroversi demi kontroversi yang dicetuskannya. Suka hati kaulah Fasha. Letih aku.

“Dah.. dah… soalan aku tadi apa jawapan kau? Pasal Hairi tu. Mana kau kenal dia?” aku menyoal selidik Fasha.

“Dia ni ni handsome tau Dilah. Aku kenal dia sebab salah nombor. Dia yang call aku,” cerita Fasha bersungguh-sungguh. Bola mataku membulat sekali lagi.

“Salah nombor?? Salah nombor pun kau boleh lekat?” tinggi nada suaraku. Fasha hanya tersengih. Aku menggeleng-gelengkan kepala.

“Habis tu sekarang ni Ikram macam mana? Aku tak nak jadi mangsa lagi tau,” tegasku.

“Tulah masalahnya. Aku sayang Ikram. Tapi aku cinta Hairi,” luah Fasha lagi.

“Mana boleh macm tu Fasha. Ikram tu tunang kau kan? Kau bertunang dengan dia pun atas dasar cinta,” aku memberi ingatan.

“Memanglah. Tapi sekarang aku… aku tak tau. Yang aku tau, aku cintakan Hairi. Ikram tu suka paksa akulah,” Fasha seakan mengadu.

“Amboi… amboi, dulu masa bercinta semuanya manis. Bila jumpa orang lain, buruk je yang kau nampak ya. Tapi aku memang terkejut Ikram sanggup lempar kata-kata kesat kat aku,” kali ini aku pula yang mengadu.

“Ikram tu cemburu sangat. Aku tau dia memang setia kat aku. Dia mana ada kawan perempuan lain. Sebab dia dah janji dengan aku takkan kawan dengan perempuan lain. Dia yang berjanji. Aku tak janji pun takkan kawan dengan lelaki lain. Kawan je. Takkan tak boleh. Hidup ni kan kena bergaul. Tapi dia tetap tak boleh terima.

Kalau dengan kawan lelaki, dia halang aku tak apa lagi. Ni aku keluar dengan kawan perempuan pun dia nak marah. Aku boleh keluar dengan dia je. Dengan family aku pun dia nak cemburu. Semua yang aku buat, setiap saat kena report kat dia. Kalau aku tak report apa yang aku buat, mulalah dia nak naik angin. Lepas tu, yang aku tak suka tu, dia suka cederakan diri dia sendiri,” panjang lebar Fasha meluahkan apa yang tersirat di hati. Melopong mulut aku mendengarnya.

“Kenapa dia cederakan diri sendiri?” soalku

“Sebab dia geram. Dia tak sampai hati nak pukul aku, dia pukul diri dia sendiri. Depan-depan aku. Sampai berdarah-darah. Lagi aku halang, lagi dia buat. Aku takutlah dia tu.” Fasha memandang meja.

Jelas kerisauan terpancar pada wajah Fasha. Seburuk-buruk sikap Fasha pun, aku masih ada rasa belas kasihan terhadapnya. Tapi masalahnya, Fasha suka mempergunakan rasa belas kasihan aku. Hingga aku terjerat sendiri. Nak dibiarkan tak sampai hati pula. Susah juga ada tunang yang terlalu cemburu ni.

“Ha ni lagi satu aku nak tanya, kenapa kau layan si Hairi tu? Kau tak takut kat Ikram ke?” aku betul-betul ingin tahu apa jawapan Fasha.

“Erm….. aku pun tak sangka boleh sampai ke tahap ni aku layan dia. Aku bosanlah dengan sikap Ikram. Aku tertekan. Sebab tu aku layan Hairi. Walaupun Ikram tu tunang aku, tapi aku rasa takut bila dengan dia. Aku takut dia naik angin. Dengan Hairi pula, aku rasa selamat. Dia jaga aku… ambil berat… penyabar…. dia memang baiklah,” melambung tinggi Fasha memuji Hairi. Entah macam mana rupa si Hairi tu sampai berjaya menambat hati Fasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience