BAB 9

Humor Completed 22641

Syuhada mengucap panjang tatkala membaca mesej itu. Dia sangat terkejut apabila membaca mesej kiriman Haris. Dia mengerti maksud kata-kata Haris itu. Selama ini pun Syuhada sudah dapat merasakan yang Haris takkan dapat menahan keinginannya itu.

Lelaki itu bukanlah beragama untuk tahu yang perbuatan itu terkutuk di sisi Allah dan sudah lama Syuhada dapat mengagak bahawa Haris pasti akan mendapatkannya dari wanita lain kerana dia tidak memberikannya kepada Haris.

Tapi saat itu dia bersedia menerima segala kemungkinan itu dan berkata kepada dirinya bahawa dia tidak kisah dan tidak apa-apa jika Haris berbuat begitu. Tapi sekarang, tatkala mesej itu dibaca, hatinya hancur berkecai dan hampa. Dia berasa sangat marah apabila mengetahui Haris sengaja menyakiti hatinya dan mencabarnya dengan mengirimkan mesej sebegitu.

Haris memang tidak segan-segan memberitahunya yang dia akan melakukan zina dan maksiat sedangkan dia suaminya dan mereka masih lagi mempunyai hubungan suami isteri yang sah.

“Syuhada, kenapa ni?” soal Puan Sofea

Syuhada menyembunyikan telefon bimbitnya. “Tak ada apa-apa ma”

“Tapi Syuhada nampak pucat” Puan Sofea mendapatkan Syuhada dan mengusap wajah menantunya itu.

“Syuhada naik atas dulu ma” pinta Syuhada.

Puan Sofea mengagguk. Syuhada terus berlari ke biliknya dan mengunci pintu bilik dari dalam, dia menangis teresak-esak memikirkan kebodohan Haris dan kebodohan dirinya sendiri.

Bagaimana dia boleh menyukai lelaki itu suatu ketika dulu? bagaimana dia boleh terbuai dengan kata-kata manis lelaki itu dan malam ini, lelaki yang sudah menjadi suaminya itu bakal meniduri perempuan lain.

Alangkah perih rasa di hati memikirkan kebodohan dan kegilaan lelaki yang bernama Haris itu. Lelaki itu takkan pernah berubah, tidak serik dengan apa yang dilakukannya terhadapku dulu.

Jika Haris meniduri perempuan lain, adakah ikatan perkahwinan ini tidak bermakna buat dirinya? Adakah dia merasakan perkahwinan ini sekadar untuk memenuhi permintaan keleuarga semata-mata? Jadi mengapa dia cuba memenangi hatiini dulu?

Syuhada menangis semahunya memikirkan kebodohan dirinya. Walaupun dia membenci lelaki itu namun, dia pernah menyukai Haris suatu ketika dulu, tidak mustahil untuk dia menyukai Haris kalau Haris benar-benar berubah menjadi seorang suami yang mampu dihormati dan mampu membimbingnya ke jalan Allah, mampu menjadi ketua keluarga dan suami yang baik.

Tetapi Haris terlalu terpesong dari jalan yang benar. Walaupun tidak menyukai Haris lagi tetapi hati isteri mana tidak terusik kalau tahu suHarisya mahu berhubungan dengan gadis lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience